Berpesak Berkekek

Entri pertama untuk tahun 2025! Yeay! Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca yang masih mengikuti blog Hikayat Budak Pening ini.

Entri kali ini adalah rentetan dari entri raya tahun lepas, Oh Baju Melayu. Tahun lepas, aku berjubah dan berkurta di hari raya kerana aku berkempen, Katakan Tidak Kepada Baju Melayu Slim Fit!

Dan seperti janji aku pada tahun lepas, raya tahun ini aku akan berbaju melayu berpesak dan berkekek, lengkap bersamping dan kalau boleh, sekali dengan tanjak! Alhamdulillah, janji dicapati!

Tahun ini aku pakai baju melayu berpesak dan berkekek dengan butang teluk belanga dari Jakel. Alhamdulillah, baju melayu tradisi yang berpesak dan berkekek masih ada terjual, bukan sekadar baju melayu slim fit yang Ketat Sendat sahaja.

Kelebihan Baju Melayu Berpesak dan Berkekek

Apa kelebihan baju melayu berpesak dan berkekek? Antaranya adalah :

1. Potongan Longgar dan Selesa

Baju Melayu berpesak berkekek direka dengan potongan yang lebih longgar, menjadikannya selesa dipakai, terutamanya dalam cuaca panas.

2. Aliran Udara Lebih Baik

Rekaan berkekek (lapisan tambahan pada bahagian ketiak) membantu meningkatkan pengudaraan, mengurangkan rasa panas dan peluh.

3. Membantu Pergerakan

Dengan adanya kekek, baju ini lebih fleksibel dan membolehkan pemakai bergerak dengan lebih selesa, sesuai untuk aktiviti harian atau upacara tradisional atau keagamaan. Contohnya ketika solat, atau bersilat

4. Rekaan Tradisional yang Elegan

Potongan ini lebih klasik dan menyerlahkan keaslian budaya Melayu, sesuai untuk dipakai dalam majlis rasmi seperti kenduri, majlis adat, dan Hari Raya.

5. Tahan Lama dan Kukuh

Jahitan berkekek dan berpesak menjadikan baju ini lebih kukuh dan tahan lama kerana beban jahitan tidak hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja.

6. Sesuai untuk Semua Bentuk Badan

Potongan yang lebih longgar menjadikannya sesuai untuk pelbagai saiz badan, memberikan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.

Baju Melayu berpesak berkekek bukan sekadar pakaian, tetapi melambangkan warisan budaya Melayu yang kaya dan bernilai tinggi. Katakan tidak kepada baju melayu Slim Fit berzip! Hahaha..

 

 

Post a Comment

46 Comments

  1. salam aidilfitri maaf zahir batin phais n famili

    ReplyDelete
  2. Peh! Bertanjak sekali dengan anak2...!

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya. Tahniah kerana mempertahankan pakaian budaya kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.. Sama-samalah kita mengembeleng tenaga mempertahankan warisan kita.. Hehehe

      Delete
  4. Salam Aidilfitri buat Pha Is sekeluarga..
    Ini barulah betul baju melayu.. Barulah kemas.. Tanjak tu bonus kan.. Bila lagi nak pakai ye tak.. Comel anak-anak dengan tanjak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri.. Jom sama2 memartabatkan busana melayu!

      Delete
  5. Salam Aidilfitri. Saya setuju kalau kaum lelaki pakai baju melayu berpesak dan berkekek..begitu juga jubah..walaupun nampak gedobos (besar sedikit)..tetapi selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Selesa dan lebih sesuai dari segi banyak aspek. Keselesaan, cuaca, praktikaliti, dsb..

      Delete
  6. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Saya juga memilih baju melayu berpesak tahun ini. Rasa cutting original ni lebih versatile dah tak nampak kebudak-budakan kalau pakai slim fit. Nak tanggalkan dan nak ambil wudhu pun senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Nampak BBNU sgt kalau slim fit ketat melekat. Lagipun, kurang mesra yg berbadan besar. Macam saya... Hehehhe

      Delete
  7. oh tadinya saya confused juga arti berpesak dan berkekek, tapi krn abang jelaskan dengan gambar di atas, jadi paham :).

    baju2 slimfit pun saya tak suka juga.. nampak ketat, dan memang ga sesuai di iklim tropis kan.. gerah...

    btw, saya suka lihat foto keluarganya, baguuuus ;) warna merahnya nampak lux. salut lah karena masih banyak kaum melayu di sana yg bangga memakai baju melayu seperti ini.. menjaga tradisi.. saya tak begitu yakin kaum melayu di riau dan batam masih mengekalkan baju melayu

    selamat hari raya abang pha is dan keluarga. minal aidin wal faizin yaaa. mohon maaf jika ada salah2 kata dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Malah ada di sesetengah negeri di Malaysia, penduduknya mengamalkan pakai baju melayu selama sebulan sepanjang syawal.

      Delete
  8. Suami dan anak soleh memang kekal berbaju melayu dengan pesak dan kekek.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.

    ReplyDelete
  9. Kalau kami baju melayu mmg wajib utk lelaki x kisah la teluk belanga ke, berpesak ke tp mmg wajib di hari raya, jubah selalunya utk solat raya atau hari raya haji, kurta pulak nk tgu tetamu bertandang di rumah, hehehe... begitulah kalau kisahnya encik suami saya... anyway, selamat hari raya En Pha Is sekeluarga!! update la lagi ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus betol.. Istiqamah.. 👍🏻

      Selamat hari raya aidilfitri... InsyaAllah, ada kesempatan, ada idea, ada mood, ada la entri baru.. 😅😅😅

      Delete
  10. Selamat hari raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada Pha Is serta keluarga.
    Alhamdulillah husband dan anak-anak lelaki Mrs. A masih kekal dengan tradisi berbaju melayu di 1 Syawal. Selalunya husband akan tempah baju melayu telok belanga. Yes katakan tidak kepada baju melayu slim fit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga.. Kalau kita org melayu sendiri tak memartabatkan busana melayu, tak kan nak harapkan bangsa lain pulak. Kan? Semoga usaha murni ini berterusan..

      Delete
  11. Kemas busananya. Kalau ada perhiasan lagi cun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah tahun depan raya perlu lengkap sekali dengan keris pulak? Hahaha

      Delete
  12. Selamat Hari Raya ✨
    PH datang beraya :D

    Segak dan rupawan seisi keluarga 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.. Sila2, buat mcm blog sendiri.. Hehhehe..

      Delete
  13. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
    Wah, tahniah! Kekalkan pakaian tradisi warisan bangsa kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.. Kalau bukan kita yg perjuangkan busana melayu, siapa lagi... Kan?

      Delete
  14. Selamat Hari Raya..maaf zahir & batin...cantik kaler merah, tahun depan cekak musang pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin... Kita tengok nanti macam mana. 😅

      Delete
  15. sy ni org lama. memang tak la pakai baju melayu slim fit! kekalkan design asal baju melayu. Selamat hari raya aidil fitri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai baju slim fit berzip, nampak mcm budak baru nak up pulak nnti.. 😂😂😂

      Delete
  16. Selamat hari raya Pha Is. Baju melayu berpesak dan berkekek memang sentiasa dlm list family akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Smoga ciri tradisi busana melayu ni kekal tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

      Delete
  17. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat tuan blog dan keluarga. Cantik warna tema tahun ni. Terbaik mempertahankan pakaian tradisional melayu kita. Susah dah nak jumpa jenis baju melayu berpesak berkekek. Ada pesak ni lebih selesa kan. Tahniah juga jakel keluarkan baju pesen begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Tahun ni nampak mcm ramai yg gunakan kaler maroon sebagai warna tema baju raya.

      Baju berpesak berkekek ni lebih selesa, tapi yg penting, lebih mesra org yg badan x slim ni.. 😅😅😅

      Delete
  18. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kacak bergaya dengan baju Melayu yang asli dan sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.. Marilah kita sama2 berbaju melayu asli.. 😊

      Delete
  19. baju melayu berkekek berpesak ni sepatutnya lagi mahal sbb guna kain lebih🤣 berbanding slim fit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha.. Slim fit mahal kat zip kot.. 😅

      Delete
  20. Replies
    1. Selamat hari raya Henrietta Jose.. Lama x dengar khabar berita.. Hehehe..

      Delete
  21. Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Mohon Maaf Zahir Dan Batin 😎

    ReplyDelete
  22. salam syawal & selamat hari raya! betul tu Abah saya pun tak suka slim fit sbb kurang selesa & terlalu BBNU hehehe

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)