Tetiba rasa nak kongsi cerita, sebuah cerita pendek tentang aku dan emas. Semuanya bermula pada tahun 2011 (14 tahun yang lalu!). So, dah lama aku ni minat dengan emas ni.
Aku dan Dinar
1 Dirham dan 1/8 Dinar Darul Takzim |
Tahun 2011 tu, kawan aku masa tu ada kongsi di laman FB yang dia ada jual pakej 1/8 dinar (0.53g emas 999) dan 1 dirham (2.975g perak 999) keluaran “darul takzim”. Ya, emas keluaran negeri johor.
Aku ada kongsikan cerita aku mula beli emas tu di entri aku yang ini : Wang emas.
Dinar kerajaan negeri
Zaman tu, dinar banyak dikeluarkan oleh kerajaan-kerajaan negeri, contohnya dinar kelantan, dinar negeri perak, dinar darul takzim negeri johor, dan dinar darul khusus negeri sembilan.
Dinar Darul Khusus (Negeri Sembilan) |
Dinar Kerajaan Negeri Kelantan |
Dinar Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan |
Harga aku beli masa tahun 2011 tu (1/8 dinar + 1 dirham) adalah rm130. Tahu harga sekarang berapa? Anggaran dalam rm296.
Dinar buat mahar
Setahun lepas tu kalau tak silap, pada tahun 2012 aku beli pula 1 dinar dari syarikat GCP. Sekarang ada lagi ke tidak syarikat GCP ni entah. Aku beli dalam RM600++ masa tu beli guna duit biasiswa jpa je. Sekarang? Dalam lingkungan harga RM2000++. Gila! Hahaha
Memang masa aku beli dinar tu, aku niatkan untuk buat mahar kahwin! Masa tu umur dalam 22 tahun dah fikir dah pasal mahar kahwin. advance tak? walaupun masa tu tak ada calon isteri lagi. Hahahaha.. Sekarang dinar tu dah selamat pun berada di tangan bini aku.
Dinar GCP |
Lepas pembelian dinar pada tahun 2012 tu, aku dah tak ada sebarang penambahan pembelian emas dah. Sebab bila aku mula start kerja dan ada duit sendiri sejak tahun 2015, aku kurang exposure tentang dinar/emas ni.
Emas hadiah Anniversary
Sampai la tahun 2023, masa aku pening tak tau nak bagi hadiah anniversary apa kat bini aku. Aku terjumpa promosi kawan yang pernah kerja sekali sebagai pegawai farmasi PRP di Hospital Pulau Pinang sekali dengan aku dulu, Shikin Zainal.
Dia dealer public gold. Dia banyak share pasal gold accumulation program (GAP). Aku pun mula daftar akaun sebab nak beli hadiah anniversary kat bini. Maka anniversary kami pada mac 2024, aku hadiahkan 1g emas 999.
Selang 2 bulan lepas tu, lepas bini aku bersalinkan anak kedua kami pada mei 2024, aku hadiahkan lagi 1g emas 999. Nampak tak pattern aku disitu? Tak tau je nak bagi hadiah apa, bagi je 1g emas. Setel! Hahaha...
Senang bila ada akaun GAP ni. Simpan sikit-sikit, serendah rm100, buat back up hadiah. Tak tahu nak bagi hadiah? Withdraw saja 1g. Senang hidup. Itu je tujuan aku buka akaun GAP masa tu.
Ketagih Emas
Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold |
Tapi dengan simpanan emas ni, kita mudah ketagih! Hahaha.. ketagih nak menyimpan. Bagus la kan? Benda baik. Sekarang dalam pegangan aku, dah ada 2 biji gold bar 1g emas 999 dan 1 Dinar (4.25g emas 999) keluaran Public Gold. Next target, nak withdraw sekeping 5 Dinar, insyaAllah...
Korang pun, yang mana ada minat nak menyimpan emas, boleh contact kawan aku tu di sini : https://publicgoldofficial.com/shikinzainal
Ko hado? Korang ada simpan emas?
8 Comments
Pernah gak beli dinar dari syarikat GCP.. masa tu adik ipar jadi dealer.
ReplyDeleteTak sure juga ada lagi ke tidak syarikat tu sebab adik cam senyap je.
Itu la.. Tapi nampak macam ada lagi terjual dinar gcp ni kt shopee.. Mungkin stok lama kot.. Sekarang ni yg tengah top pasal dinar dan emas, syarikat public gold.. Dealer dia ramai..
Deletehaah pernah jugak dgr yg dr syarikat GCP tu..
DeleteKann... Dulu popular la jugak emas jenama GCP tu... Sekarang senyap.
DeleteSaya dah mulai kumpulkan gold bar dari THN 2014 bang. Tiap bulan beli minimal 2 gr. Tp saat ada rezeki lebih, ntah dapat bonus, itu saya beli langsung besar, tergantung bonus dpt berapa. Gold Bar tertinggi saya baru 25 gr. Nak punya bar 50 gr, susah sangat 🤣🤣. Apalagi skr harga dia gilaaaa naiknya 😂😂
ReplyDeleteTapi tak apa, saya tetap konsisten beli tiap bulan. Planning saya gold bar memang utk living cost saya dan suami saat pensiun nanti. JD memang tak pernah saya pakai sekalipun dari 2014 hingga skr.
Walau dah naik banyak, tp insyallah ttp rutin saya tambah tiap bulan, Krn memang tak akan rugi beli emas batangan.
Anak2 saya pun saya ajarkan utk simpan emas batang, dan mereka semangat tiap kali lihat simpanan emas mereka masing2.
So far utk simpan, memang di dlm mini vault lah, biar aman kan. Simpan currency biasa skr tergerus inflasi... Rugi .
WOW...!
Deletebijak ya Fanny Nila. Siap sudah ada 50g emas ditangan. Hebat! Simpan emas sudah 11 tahun sampai sekarang belum pernah terusik.
Emas batangan tu emas fizikal ka? Saya cuba cari maksud emas batang tapi tak jumpa. 😅
Semoga simpanan emas Fanny Nila makin bertambah-tambah, biar lebih dari 1kg.
abe pun ada akaun GAP. simpan n x kuar2 pun. tunggu harga emas naik sampai RM1K per gram baru la nak withdraw. Target bila pencen nanti la. InsyaAllah.
ReplyDeleteMaksudnya, tak pegang emas fizikal la kan? Semua dalam akaun GAP ja. Macam tu? Mesti skrg dah banyak gram.
Delete