Statistik Cluster Headache Aku

Sebab kenapa blog aku ni bernama Hikayat Budak Pening, sebab sejak kecil lagi aku selalu sakit kepala sampai la sekarang. Cuma bermula tahun 2018, baru aku secara rasminya di-diagnose mengalami penyakit migraine dan ada follow up dengan klinik pakar neurologi di Hospital Pulau Pinang.

Secara lebih tepat lagi, sakit kepala yang aku alami sekarang ini adalah dari jenis migraine dan cluster headache. Cluster headache ni bagi aku lebih parah sebenarnya berbanding migraine biasa. Sangat sakit.

“Cluster headache is a very painful type of headache. It usually occurs in periods of frequent attacks known as clusters. Cluster headaches can wake people from sleep. These headaches cause intense pain in or around one eye on one side of the head. Cluster periods can last from weeks to months”   

-Mayo Clinic

Statistic cluster headache aku

Disebabkan sangat sakit dan sangat kerap, aku akhirnya tulis data sakit aku tu dalam google sheet dalam fon bagi “musim” yang terkini, sejak bulan April-Mei 2024. Total sebanyak 44 attack yang aku rekodkan dalam masa 43 hari.


Dan penemuan hasil daripada data yang aku kumpul tentang cluster headache aku adalah:

maximum attack yang aku terima adalah sebanyak 13 attack cluster headache dalam masa seminggu, purata sebanyak 2 attack dalam masa sehari direct selama 7 hari.

selalunya, cluster headache aku attack selama 30-35 minit. tapi ada sesetengah kes attack yang sampai lebih dari sejam.

cluster headache yang aku kena ni kebanyakannya aku kena masa tengah buat benda ni. paling banyak kali kena, masa aku tengah tidur atau tengah baring.

berdasarkan carta ni menunjukkan ubat tak banyak beri kesan yang baik terhadap tempoh masa aku kena attack. makan ubat ka, tak makan ubat ka, sama je tempoh waktu aku kena attack, malah ada yang lebih dahsyat bila makan ubat.

walaupun masa aku tidur/baring adalah yang paling kerap aku kena attack, tapi kebanyakaknya adalah moderate saja. paling banyak severe attack yang aku kena adalah attack masa aku tengah duduk, makan, dan mandi.

sekian dapatan kajian aku. hehehe... ada sapa nak ambik buat publish paper? hahaha... 

Sumber dan rujukan :

1. Mayo Clinic. (2023 Aug. 26). Cluster headache. Dipetik dari : https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cluster-headache/symptoms-causes/syc-20352080


Post a Comment

48 Comments

  1. semoga Alalh berikan kesembuhan.. ameennnn

    ReplyDelete
  2. moga Allah beri kesembuhan phais petua org dulu2 kalau migrain pijak kacang hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..

      Lain macam petua ni. First time saya dengar. Kalau bab penyembuhan, insyaAllah akan saya konsikan di next entri.

      Delete
  3. saya pun ada migrain tapi tak kerap sangat and not cluster headache i guess. sebulan 3-4x je kene tapi sekali kena tak boleh nak buat rutin harian dengan gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, cluster headache ni datang dalam bentuk "cluster".. dia bermusim.. dalam 1 musim akan kena tiap2 hari, selalunya dalam masa 1 hingga 2 bulan.

      dan bila kena, saya langsung dah tak boleh buat apa-apa. baring pun tak boleh! kena duduk sabar menahan sakit menanti dia hilang sendiri. kalau makan ubat pun, lepas 30minit baru hilang, kadang-kadang sama je kalau tak makan ubat pun.

      semoga kita sama-sama diberikan kesembuhan.. :)

      Delete
  4. Saya ni sesekali sakit kepala pun dah x tahan, ini kan hampir sekerap ini..semoga diberikan kesembuhan insyaÁllah aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, hampir setiap hari. kadang-kala sehari sampai 3 kali serangan sakit kepala. setiap serangan pulak, ambil masa 30 minit hingga 1 jam lebih. sabor je la..

      Delete
  5. Ada dalam keluarga saya sesekali mengalami vertigo, katanya ia berkait juga dengan keturunan. Saya sendiri pernah kena juga tapi Alhamdulillah dah lama tak kena. Ada kaitan ke vertigo dengan cluster headache ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi sesetengah kes, vertigo memang ada kaitan dengan sakit kepala.. tapi bagi kes saya, saya hanya ada sakit kepala sahaja. dan penyakit kepala saya pun ada berpunca dari keturunan. keluarga sebelah ayah saya ramai yang pengidap migraine.

      Delete
  6. Allahuakbar...semoga diberikan kesembuhan...kita yang kena bumi berpusing sekali sekala pun stress...nie kan pulak kerap...

    ReplyDelete
  7. Semoga diberikan kesembuhan...insyaallah...sis yang kadang2 pening pun x bleh tahan

    ReplyDelete
  8. Bagus juga ada statistik cam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. statistik ni saya present kat doktor pakar.. memang saya ada follow up dengan klinik pakar neurologi di Hospital Pulau Pinang.

      Delete
  9. Akhirnya dapat juga maksud disebalik nama blog ni. Ini rupanya.

    Moga Pha Is diberikan kesembuhan dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.
    Bagus pulak ada carta macam ni, bila sakit terus tunjuk je yang ini pada doktor, tak payah dah nak terangkan sebab semua detail ada pada gambarajah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ingatkan kak dah tahu..

      amiin.. ya, saya buat statistik macam ni, baru dapat rujukan doktor ke klinik pakar.. kalau setakat bagitau mulut sahaja, doktor macam tak anggap serius. so, saya bagi bukti sekali, tetang keseriusan sakit kepala saya.. baru doktor tu kalut nak buat surat refer saya ke klinik pakar.

      Delete
  10. Ohhh ada maksud rupanya. Hehehe

    Semoga Pha Is diberikan kesembuhan & dipermudahkan segala urusan. Sangat bagus dan teliti buat jadual macam ni. Boleh tunjuk terus pada doktor kann kalau doktor tanyaa, Haa siap data lengkap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. ada makna disebalik nama blog. hehehe...

      amiin.. kegigihan tu memang kena lebih sikit.. setiap kalai kena attack, cepat2 catat dan kena sentiasa berdisiplin catat bila kena attack.

      Delete
  11. Sis selalu sakit kepala bila billing bulan tu tak archieve target. Hehehehe..pening nak bayar gaji staff untuk next month.
    Apa2 pun amat membantu info ni..so far migraine attack jer selalu kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. otak seorang bisnes woman memang macam tu erk? hehehe.. saya bukan otak bisnes. hidup makan gaji rilex2 je. tu pun dah selalu sakit kepala. kalau nak pikir kejar target sale macam kak, mesti lagi teruk sakit kepala saya. hahaha...

      Delete
  12. ooo..ingatkan pening ttg hal dunia....rupanya betul2 pening...masa tengah drive tu mcm bahaya sikit...semoga diberi kesembuhan...take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. masa drive tu, memang bertahan sangat-sangat. nasib baik tak jadi apa-apa.

      amiin... thanks..

      Delete
  13. Kerap betul kena sakit kepala
    Mudah2an dapat cari penawarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya kongsikan penawarnya pulak...

      Delete
  14. Semoga diberi kesembuhan... Tgk laporan tu ... Allahu moga diberi kesabaran yg kuat Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..
      terima kasih atas ucapan dan doa..

      Delete
    2. Mcm mana keadaan skrg... Harap2 dah banyak berkurangan insyallah..

      Delete
    3. Alhamdulillah.. Cluster headaches dah stop dah utk cluster kali ni.. Srlalunya lpas setahun dua, dia akan masuk cluster baru. Kita tengok nnti mcm mana..

      Delete
  15. Masa kecil saya selalu kena sakit kepala tetapi sekarang sudah hampir tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bagus la kalau semakin sembuh. Saya dari kecik dah selalu kena. Bila besar makin teruk pulak..

      Delete
  16. Aisssh lumayan seriiing juga ya bang 😱. Semoga lah dengan bekam yg juga sudah dilakukan JD semakin berkurang.

    Saya sebulan lalu mengalami sakit kepala di saat tidur. Sampai terbangun. Itu pertama kali tapi, biasanya tak pernah. Tapi Alhamdulillah dah tak kumat. Saya rasa memang terlalu kencang pakai alas tudung, yg membuat kepala JD tertekan.

    Tak bisa bayangkan yg Abang lebih sering rasa peningnya menyerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "lumayan" ya... hahahahaha... berbeda penggunaan bahasa kita...

      Delete
  17. Semoga cepat sembuh ye. Memang dari kecik lagi kena migrain ye? pernah terbaca kalau rendam kaki dalam air panas boleh kurangkan sakit migrain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin...

      ya, memang dari kecik lagi dah migraine..

      tips tu pun ada terbaca jugak... secara teorinya, bila rendam kaki dalam air panas, saluran darah di kaki akan mengembang, dan akan menarik lebih banyak darah ke kaki.. jadi, darah akan turun sedikit di kepala, akan mengurangkan sedikit tekanan pada salur darah di kepala..

      Delete
  18. Menarik kajiannya ni. Sama mcm husband akak, tp selalunya bila dia makan ubat ...redalah sementara . Moga Pha Is diberi kesembuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu.. lelaki yang selalu migraine.. mgkin puncanya adalah perempuan.. hehehehe....

      Delete
  19. kalau mcm ni mmg kena selalu medical check up every year.. risau jugak kan selalu kena attack... semoga ada penawarnya nnt insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang ada pemeriksaan susulan dengan klinik pakar neurologi di hospital pulau pinang.. tiap2 tahun jumpa pakar.. hehehe

      Delete
  20. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan. Cuba check makanan, maybe ada yang patut dielak. Saya dulu masa sekolah, migraine yg spesisnya kena hangout ke hospital terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far, saya rasa macam tak ada kesinambungan antara makanan dan migraine.. makan la apa pun, kalau nk migraine, dia maigraine jugak... kalau aktiviti, ya.. kalau panas, atau balik dari ride moto, memang selalunya migraine..

      Delete
  21. Oh! itu pasal la nama blog ada perkataan pening ya.
    Mrs. A pun ada migraine juga tapi bukan cluster

    ReplyDelete
  22. Ooo begitulah hikayat nama blog ni. Lama jugak tu serangan dia. Aduhaii parah juga nak hadap selalu kan. Bagus juga ada buat rekod senang nak diagnose dan rujukan. Semoga cepat membaik kesihatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. ada sebab kenapa letak nama blog ni macam tu..

      dah x boleh nk buat apa.. skrang dah makan ubat pun, serangan masih ada.. hanya mampu bertabah sahaja.. hehehe...

      amiin atas doanya..

      Delete
  23. Rajin ye buat chart, graf semua tu.

    Semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik berpanjangan..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin... kena buat carta baru boleh nampak pola dia macam mana..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)