Hampir bertahun blog aku ni tak aktif, tak berupdate, dan tiada entri terbaru. Sekarang aku cuba aktifkan kembali. Sayang sebenarnya dengan “legasi” blog aku ni yang terzahir ke alam maya ni sejak tahun 2010. Legasi selama hampir 14 tahun. Hmm.. Legasi la sangat. Hahaha.
Masa tak aktif berblog dulu, aku fikir dunia blog ni sudah
hampir nazak. Group whatsapp “komuniti blogger utara” yang aku ahlinya, dah
krik krik. Group FB blogger pun semakin sunyi.
Dunia blog kini
Aku lihat trend blogger sudah mula beralih ke “social media
influencer.” Semua dah mula beralih ke media sosial, terutamanya untuk “cari
duit”. Susah nak “cari makan” kalau sekadar berblog semata. Kan?
Tapi sejak aku kembali aktifkan diri menulis, ternyata
sangkaan aku meleset. Masih ramai sebenarnya blogger yang kekal aktif dari dulu.
Walaupun aku tak nafikan, ada juga yang kecundang.
Pendek kata, blogger yang aktif tu masih ada! Ruangan komen
entri aku yang lepas masih rancak dikomen blogger yang membalas kunjungan. Tradisi
blogwalking dan membalas kunjungan serta komentar tu masih diamalkan blogger.
Tapi biasalah, perubahan itu tetap wujud. Dunia blog 10
tahun lepas tak sama dengan dunia blog sekarang. Masing-masing ada perubahan
dan penambah baikan yang dilakukan di blog.
Itu saja dulu celoteh aku pasal dunia blog sekarang. Apa pula
pandangan korang?
46 Comments
Guna gelanggang blog untuk asah skill berkarya.... kalau tak tumpul!
ReplyDeleteitu lah.. antara sebab saya berblog sebab ada sedikit cita-cita nak jadi penulis. tak dapat tulis buku, dapat tulis blog pun jadi la.
Deletemohler kite kembali semarakkan dunia blog..
ReplyDeletejomm!
Deleteblogger dah ramai hilang dari radar ...kak blogging simpan karya ja
ReplyDeleteasalkan masih aktif.. ada gunakan blog sebagai medium luahan, tapi kak PI gunakan sebagai medium berkarya..
Deleteblog x sama dgn socmed lain...
ReplyDeletesng ckp ia 'tak sepantas' FB, X etc
sbb tu ramai yg 'berpaling tadah'
hahaha...
sy akan kekal menulis kat blog ni selagi mampu...
dulu, blog medium untuk orang menukil pandangan yang berat. sekarang, dah banyak jugak orang buat macam tu kat medan fb dsb.. cuma sekarang macam nampak blog ni medan "iklan" je.. hehehehe
Deletehakikat yang tak dapat dinafikan...
Deletehakikat yang kita sedia maklum. tak ada la menulis blog saja-saja. selain menulis, dapat juga jana pendapatan.
DeleteMasih lagi mencari masa untuk membalas kunjungan, tidak berjanji tapi ku cuba usahakan.
ReplyDeleteinsyaAllah.. semoga berjaya membalas kunjungan dan semoga berjaya juga dalam dunia blog.. kak aizamia3 antara orang yang lama saya kenal dalam dunia blog, hingga kini masih setia menukil kata dalam blog..
DeleteSaya masih nak berblog sebab saya rasakan jika kita jadi influencer dan ada juga platform blog, lebih mudah nak halakan rakan di sosial media ke blog. Lagipun saya suka menaip panjang, cuma di blog saja yang saya boleh menaip tanpa kawan rapat atau kenalan baca haha
ReplyDeletebetul... blog jadi medium rencah tambahan yang baik kepada seorang social media influencer.. satu value added yang tak rugi bagi seorang influencer..
Deleteabe kie tetap istiqamah sbb sygkan tapak blog yg sudah dibina sekian lama ini. Jgn biarkan ia berkubur..
ReplyDeleteinsyaAllah... semoga kita kekal instiqomah menjadikan blog sebagai medium penulisan yang menjadi timbangan berat kebaikan kita di akhirat kelak.. amiin..
Deletesaya baru setahun jagung datang berbalas kunjungan
ReplyDeleteTerima kasih dan selamat datang..
DeleteWelcome back.. kikiki..
ReplyDeleteTQ singgah blog Sha..
U're welcome :)
DeleteSaya pun sama. Blogging dari tahun 2004, start tak aktif dari tahun 2013 - 2020 (7 tahun), lepas resign jadi surirumah sepenuh masa baru ada masa nak aktif balik blogging ni. Semoga kita sama2 istiqamah dalam dunia blog ✌🏻
ReplyDeleteWow.. Lagi lama berblog.. Otai blogger nih.. Hehehe.. Selalunya, yang kekal aktif berblog ni banyak yang housewife atau househusband..
DeleteAmiin.. Selagi blog masih ada..
Mungkin blog tak lagi relevan bagi zaman sekarang, tetapi realitinya masih ramai juga yang mencari maklumat melalui penulisan para blogger.
ReplyDeleteSaya masih suka dan kekal menulis blog berbanding medsos lain, lebih rasa puas dan boleh tulis panjang-panjang 😄. Orang tak baca tak apa, yang penting ia catatan memori untuk saya dan mungkin jadi rujukan penting bagi orang yang memerlukan info tersebut.
Betul.. Kalau pandai SEO, carian maklumat di blog lebih mudah ditangkap enjin carian berbanding media sosial lain. Disitu mamang ada kelebihannya, terutamanya bagi blogger yang berkongsi maklumat dan pengalaman yang menarik yang orang cari.
DeleteCCL datang balas kunjungan
ReplyDeleteterima kasih...
Deleteblog masih je relevan. ramai yg masih memerlukan sumber rujukan dalam bentuk bacaan.
ReplyDeleteBetul.. Walaupun sekarang trend info dikongsi dalam bentuk video terutamanya di tiktok, YouTube, reels, dan sebagainya, info yang dikongsi dalam bentuk bahan bacaan seperti blog sebenarnya masih lagi releven dan dicari orang.
DeleteMedium-medium ini masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri.
Masih menulis walaupun kadang2 tu krik krik juga .
ReplyDeleteTetaplah menulis. Semoga diberi kekuatan kepada kita blogger semua agar dapat terus kekalkan momentum menulis penulisan yang bermanfaat di blog, yang bakal menjadi saksi dan timbangan berat kebaikan kita akhirat kelak.
DeleteSaya lebih suka menulis di blog berbanding media sosial lain. Puas hati boleh tulis dan letak gambar banyak. Simpan buat kenangan juga. Selamat kembali aktif menulis. Betul, sekarang beza dengan dulu. Tapi rutin blogwalking tu tetap diteruskan.
ReplyDeleteSetuju. Lain medium, lain kekuatan dan kepuasannya. Jika yang ditulis di blog adalah coretan asam garam kehidupan, ianya lebih mudah diakses dan dicari kelak, berbanding media sosial. Kalau nak jadikan diari, di blog lebih baik.
DeleteTerima kasih atas ucapan selamat kembali aktif. Semoga pengembalian ini terus kekal istiqamah menulis yang baik-baik.
Mungkin juga orang kembali kepada blog sebab nak lari dari mainstream media sosial. Blog ini lebih rasa hak sendiri daripada pos di lain-lain platform.
ReplyDeletebetul. blog tak ada keluar kat wall ataupun timeline. siapa yang buka, dapat la baca. tak buka, tak tau la ada update atau tak. kecuali kalau ada subscribe melalui email.
Deletedi blog, banyak perkara kita boleh personalize, dari segi design dan content, ikut citarasa sendiri. rasa lebih personal dari media-media dan platform-platform yang lain.
Bagi Mrs. A blog tetap nombor syatuuu... eh! hahahaa...
ReplyDeletesebabnya Mrs. A lebih selesa menulis di blog dan umpama diari walaupun sekarang ni dah tak rajin sangat menulis huhuuhuu...
saya masa mula-mula berblog dulu pun, sebab dulu saya ada diary. bila dah ada laptop sendiri, saya alihkan minat menulis diari tu kepada berblog. sebab disini lebih banyak detail yang boleh kita masukkan, contohnya gambar dan link. cuma, kalau nak tulis di blog, kena bertapis sikit la sebab dia tak private macam diari buku. semua orang boleh baca. kecuali blog di-privatekan.
Deletetapi, seronok juga kalau menulis kisah hidup kita yang orang boleh baca. seronok juga berkongsi kisah hidup di blog ni. kepuasan dia tu tetap ada.
saya masih berbloging bukan untuk dapat duit tetapi untuk mengasak dan mengasah penulisan supaya otak kekal sihat hahaha...mungkin sebab itu masih bertahan
ReplyDeletekita hampir sama. saya dah tak letak iklan di blog sebab buat masa sekarang, saya sudah bekerjaya. duit bukan lagi suatu isu utama. sekarang berblog sekarang suka-suka. tapi kalau dapat tawaran job pun, apa salahnya. hehhe..
Deletedan saya juga menulis untuk meluahkan pendapat bagi sesuatu isu. sekarang dah kurang entri kisah hidup. kalau ada pun, saya selitkan dengan info-info dan perkongsian tambahan supaya entri di blog ada faktor nilai tambah kepada pembaca. tidak hanya sekadar cerita-cerita kosong.
moga-moga otak kita kekal sihat dan semoga blog kita dapat bertahan lama. :) :-d
Rindu nak aktif berblog macam duluuuu. Waktu zaman study dulu, dah kerja nii kekangan masa.. Dulu selalu blogwalking, berbalas komen dan join segmen. Hehehe
ReplyDeletekalau rindu, buat sekadar yang termampu. asalkan masih aktif, itu sudah okay. saya pun mula berblog zaman study kat Uni dulu. maklumlah, masa tu baru dapat laptop. daripada asalnya saya menulis diari di buku, saya pindahkan minat menulisan saya tu ke platform blog.
Deletesekarang, bila dah kerja, memang ada kekangan masa. kita cuba-cuba cari masa yang ada. asalkan blog masih katif. sayang la blog yang dah ditulis bertahun-tahun, kalau nak dibiarkan terkubur begitu sahaja.
Blogging ni nak kena minat...kalau tak minat dan hanya hangat- hangat aje...memang kelaut dalam hasilnya...
ReplyDeleteminat itu nombor 1... nombor 2 kelapangan masa dan ketiga, kehadiran idea untuk menulis.. hehehe...
Deleteselamat kembali berblog....
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteMula berblog pd 2012 dah hanya bertahan beberapa tahun dan kemudian nazak hahaha.. alhamdulillah cuba utk kembali... Semoga kita semua istiqomah amin
ReplyDeleteperjalanan hidup berblog kita hampir sama. semoga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk terus menulis yang bermanfaat..
Delete