Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Maaf Zahir dan batin. Bak kata senario, Selagi syawal masih ada. Kan?
Saja nak Kongsi pakaian raya aku pada hari pertama dan kedua
raya. Hari pertama, aku pakai jubah. Semua 1 set termasuk kain rida’ dan kopiah
aku beli kat Madinah masa kerjakan umrah tahun lepas.
Pada raya kedua pula, aku pakai set baju dan seluar kurta. Aku
beli di tiktok shop. Hehehe.. kalau ada siapa yang ikuti tiktoker Azrul Affandi
Sobry “tak gitu”, mesti korang akan terbiasa Nampak baju kurta yang dijual
beliau.
Persoalannya, kenapa aku tak berbaju melayu bersamping dan
bersongkok pada hari raya?
Boikot baju melayu slim fit
Sebab baju melayu yang terjual sekarang ni, kebanyakannya (tak semua) adalah scam! Sebab apa scam? Sebab nama saja baju melayu tapi tak menepati syarat baju melayu! Hahaha..
Antara syarat yang patut ada pada sebuah busana yang menjadikannya
sebagai “baju melayu” adalah dengan berpesak dan berkekek. Tapi cuba tengok
kebanyakan baju melayu yang dijual sekarang, kebanyakannya slim fit! Tak berpesak
dan berkekek.
Ini namanya mencarik adat! Hahaha..
Azam aku, untuk baju raya tahun depan, aku akan cuba cari
baju melayu yang berpesak dan berkekek, lengkap dengan samping. Kalau boleh,
bertanjak sekali. Ha, baru melayu! Tak gitu? (ter-copy tagline azrul affandi
pulak).
InsyaAllah..
Sumber dan rujukan:
1. Tiktok : Azrul Affandi Sobry (https://www.tiktok.com/@penceritatv)
Glosari:
1. pesak :
(pésak) kain yg dijahit pd kelangkang atau depan seluar (tempat kancing) atau di bawah ketiak baju; berpesak ada pesaknya, mempunyai pesak.
[Kamus Dewan Edisi Keempat]
2. kekek IV:
(kékék) bahagian ketiak baju kurung.
[Kamus Dewan Edisi Keempat]
48 Comments
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin... zaman skrg ni orang lelaki pun nak show off badan sado, sebab tu fesyen baju Melayu makin seksa. Saya lebih prefer baju Melayu tradisional utk suami pakai.
ReplyDeleteMasalahnya, kesian la kat kami lelaki yg tak sado n perut boroi.. Ketat sendat.. Hahaha..
DeleteSelamat Hari Raya..maaf zahir & batin....baju Melayu fushion...siap letak brand besar2 mcm lencana sekolah...yg lama jg lebih manis, sedap dipandang..
ReplyDeleteHa ah.. Tu belum masuk bab logo yg x nak kalah.. Hahaha
DeleteHaa…betul la tu. Suami saya pun pilih kurta sebab pilihan baju melayu terhad. Slim fit je yang banyak, macam balut nangka pulak kalau dipakai 😅
ReplyDeleteBaju melayu trend sekarang sangat diskriminasi terhadap kami2 yang tak beberapa slim ni. Hehehe.. Baju melayu pun dah pandai main selek..
DeleteSelamat Hari Raya, Maaf zahir & batin.
ReplyDeleteDesign lama juga yang menarik kan. Tapi tulah, tak banyak jual design asal. Banyak dah dimodenkan mengikut peredaran zaman.
Betul tu.. Ada benda yang boleh dimodenkan, dan ada benda yang kita kena kekalkan. Bukan semua benda kita nak tukar.. Nanti warisan apa yang tinggal untuk anak cucu kita...
Deletekacaknya berbaju Melayu identiti lelaki Melayu sejati
ReplyDeleteAzrul tu ke? Dia kacak sebab badan pun ok. Mungkin sbb dia pesilat yang aktif..
Deleteselamat hari raya aidil fitri. hari pertama je pakai baju melayu lengkap. hari kedua pakai kurta je sbb mudah nak bergerak...
ReplyDeleteSelamat hari raya abam kie.. Baju melayu warisan kita. Kena ada. Itu identiti kita sebagai orang melayu. Kurta dan jubah dan lain2 boleh pakai, tapi baju melayu tak boleh dilupa.
DeleteUncle tak pernah lengkap... ada je yg tak cukup.... huhuhu
ReplyDeleteSama2 kita berazam untuk lengkapkan baju melayu kita..
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri... Mhlohon Maaf Zahir Dan Batin..
ReplyDeleteSelamat hari raya TT..
DeleteBaju melayu sebenarnya amat dituntut dipakai di pagi raya terutamanya.. melambangkan kemelatuan dan lambang islam.. tapi zaman skrg ni baju melayu byk diolah mengikut trend gaya yg kdg2 jangkal kita tgk.. sbb tu suka beli baju melayu di pasaraya biasa jer..
ReplyDeleteBetul.. Orang sekarang berlumba-lumba nak olah baju melayu warisan demi nama pemodenan dan trend.
DeleteKena ada yg beritahu pd umum setiap inci baju melayu itu kenapa di buat begitu.. huhuu
Deletesaya rasa, cukup kalau orang yang dalam bidang pembuatan busana ni tahu, terutamanya busana tradisi. kalau orang awam secara umum mengetahui, itu lebih baik, sekadar ilmu warisan tradisi.
Deletebaju melayu tu mcm baju kurung kan? tengok pd lukisan tu..
ReplyDeleteHa ah.. Baju melayu sebenarnya termasuk dalam katagori baju kurung. Dua2 ada pesak dan kekek.
Deletebaju melayu slim fit tu kesian laa utk mereka yg gempal...
ReplyDeleteyg kurus kering ok laa nampak terletak
tp secara peribadi sy pun kurang gemar baju melayu slim fit ni...
kan.... kesian yg kami yg tak beberap nk slim ni.. hehehe
Deleteeven bdn bsr pakai slim fit
Deletewaduhhh maaf cakap
huduh!
dah mcm sarung nangka daa
Hahahaa..
Deletebtw salam aidilfitri
ReplyDeletemaaf zahir dan batin...
kejap je ya dah besar anak teruna tu ;-)
selamat hari raya..
Deleteha ah, dah 6 tahun dah..
thn dpn dah darjah 1 daa...
Deleters mcm baru je dia lahir
hehehe
Ha ah.. Baru je lepas proses permohonan masuk sekolah rendah..
Deletealhamdulillah...
DeleteAlhamdulillah..
DeleteSelamat idul Fitri Abang.. minal Aidin wal Faizin ,🙏..
ReplyDeleteSaya baru tahu pula baju Melayu yang sebenarnya seperti apa. Krn selama ini banyak melihat yg modern, jadi saya pikir memang seperti itu 😅
Iya.. Baju melayu ada ciri2nya..
DeleteSelamat hari raya .
ReplyDeleteBetul sekarang rata-rata banyak memilih baju melayu slim fit .
Kalau badan pun slim fit, tak pe.. Kan? Hehehe
Deleteselamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga. tu la mama pn tak gemar baju melayu slim fit tu
ReplyDeleteSama la.. Baju melayu termasuk dalam jenis baju kurung. Fungsinya untuk kurung aurat dan bentuk badan. Sebab tu ianya dijahit lebih lebar dan tak ketat. Sekarang ni, baju kurung perempuan, baju melayu lelaki, sama ja dah berubah. Makin ketat..
DeleteSalam Aidilfitri buat Pha is dan family.
ReplyDeleteTahun ni pertama kali deme pakai kurta, nasiblah anak tak meragam nak baju Melayu juga. Alhamdulillah..
Kurta pun, pakaian jugak. Kita disunatkan pakai pakaian yg terbaik di hari raya..
DeleteMemang susah nak cari baju melayu berpesak berkekek sekarang ni. Ada kedai-kedai tertentu sahaja yang masih menjualnya. Jenuh pusing jugaklah mencari hari tu untuk 3 jejaka kat rumah ni.
ReplyDeleteSelalunya baju melayu yang biasa2, tak slim fit, masih berpesak dan berkekek. Cuma ianya nampak biasa, x nampak exclusive, itu saja..
DeleteSelamat hari raya Phais sekeluarga serta maaf zahir dan batin. Sebab itulah husband dan anak-anak lelaki Mrs. A baju melayu mereka ditempah supaya tidak mencarik adat gittewww...
ReplyDeleteEh! kalau macam tu Mrs. A kena up-post hari raya hari ini jugaklah sebabnya Syawal berakhir hari ini.
Wow.. Bagus2.. Kalau mampu, apa salahnya.. Kita jaga warisan kita..
DeleteHa ah, syawal dah habis.. Hehehe..
Walaupun dah terlambat tapi Selamat Hari Raya AidilFitri dan AidilAdha buat yang akan datang ya
ReplyDeleteselamat hari raya aidil adha yang bakal mendatang... :)
DeleteAlamak.. singgah sini, Syawal dah habis.. Tapi nak ucap juga Selamat hari raya..
ReplyDeleteSha setuju.. Baju Melayu sekarang banyak yang scam.. tolonglah, tak cantik langsung bila dimodenkan melampau-lampau..
Tak apa.. Kita ucap siap-siap untuk hari raya aidil adha yang bakal tiba tak lama lagi.
DeleteBaju melayu yang paling scam, saya rasa yang penari-penari dalam klip video lagu raya aliff syukri terlajak laris. Hahahaha.. Itu betul scam kaw-kaw..