Kalau dulu aku menamakan motosikal Yamaha YZF-R25 aku dengan nama #GadisBertudungBiru, Kenapa aku namakan Honda CBR650R aku sebagai Panglima Awang Hitam? Beza kan? Dari keayuan kepada kejantanan. Hahaha..
Panglima Awang Hitam
Nama ini sebenarnya terinspirasi dari sebuah novel sejarah karya Harun Aminurrashid yang diterbitkan pada tahun 1958 berjudul “Panglima Awang”. Novel ini berdasarkan sejarah Henry the black (henry si hitam) atau Enrique of Malacca (Enrique dari Melaka), seorang melayu yang bersama dengan kapten Ferdinand Magellan dalam misi pelayarannya mengelilingi dunia.
Aku menamakan motor aku dengan nama Panglima Awang Hitam ni, dengan harapan kalau tak dapat kelilingi dunia macam Henry the Black tu, dapat kelilingi Malaysia, cukup la.
Sunnah Menamakan Barang.
Tahukah korang bahawa menamakan barang-barang kegunaan harian peribadi adalah merupakan satu sunnah nabi?
Berdasarkan hadis dari Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan,
“Apabila Rasulullah mengenakan pakaian baharu, Baginda akan memberikan nama dengan nama yang dikhususkan untuknya. Tidak kiralah serban, gamis ataupun selendang.”
(H.R. Tirmizi)
Banyak nama-nama barangan peribadi nabi yang agak popular. Contohnya Muezza, nama kucing nabi, Dzul Fiqar, nama pedang nabi, qaswa, nama unta nabi, dan sakb, nama kuda nabi.
Antara barangan peribadi nabi yang lain yang diberikan nama termasuklah :
Nama gelasnya adalah ar-Rayyan
Nama tikarnya adalah al-Kazz
Nama cerminnya adalah al-Mudillah
Nama tongkatnya adalah al-Mamsyuq
Nama tongkatnya yang ujungnya besi adalah an-Namir
Nama kudanya yang berwarna hitam adalah as-Sakb
Nama kudanya yang berambut perang adalah al-Murtajiz
Nama kudanya yang lain adalah al-Lahif, az-Zharb, dan al-Lizaz
Nama unta (betina)-nya adalah al-Qashwa atau disebut pula al-Adhba’
Nama baghal-nya adalah Duldul
Nama keledainya adalah Ya‘fur
Nama kambing yang sering diminum susunya adalah Ghaytsah
Nama tabung panahnya adalah al-Kafur atau Dzul Jum‘
Nama busur panahnya adalah Dzus Sadad
Nama perisainya adalah al-Dzafn
Nama baju perangnya yang dilapisi tembaga adalah Dzat al-Fudhul
Korang ada barangan peribadi yang diberikan nama?
Sumber dan rujukan :
Wikipedia : Panglima Awang. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Panglima_Awang
Wikipedia : Henry si Hitam. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_si_Hitam
Ikhlas. (2021) Sunnah Menamakan Barang. Facebook Photo. Dipetik dari https://www.facebook.com/ikhlasdotcom/photos/sunnah-menamakan-barangabu-said-al-khudri-ra-meriwayatkan-apabila-rasulullah-men/279323760307612/
C Jangkang. (2011). Rasulullah Suka Menamakan barang-Barang Peribadinya. Iju Budak Baik. Dipetik dari http://buatbatu.blogspot.com/2011/08/rasulullah-suka-menamakan-barang-barang.html
Wikipedia: Muizzah. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Muizzah
Syaikh al-Allamah al-Muhaddits Yusuf Ismail an-Nabhani, Wasa’il al-Wushulila Syama’il al-Rasul (Dar el-Minhaj, Beirut, 2009)
Orang Pekan. (2019). Pedang-Pedang Yang Digunakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. The Patriots. Dipetik dari https://www.thepatriots.asia/pedang-pedang-yang-digunakan-baginda-nabi-muhammad-s-a-w/
28 Comments
Ada jugak yang kuberikan nama pada beberapa barang yang dah tentu menjadi kesayangan. Kucing yang singgah makan kat rumah pun ada nama memasing, senang nak ingat.. :)
ReplyDeletekucing paling senang nk bagi nama..
DeleteAllahuakbar sunnah rupanya menamakan barang-barang peribadi. Terima kasih atas perkongsian. Kucing-kucing Mrs. A semua ada nama yang touch and go pun Mrs. A bagi nama. Kereta vivaforever. Keta yang baru ni babyred hehehee...
ReplyDeleteya, saya baru perasan. selama ni memang dah tahu ada beberapa barang peribadi nabi yang ada nama, tapi baru tahu rupanya memang nabi suka berikan nama kepada barang-barang.
Deletewow terbaik pilihan nama moga seteguh nama wira idola
ReplyDeleteamiin..
Deleteooo ya ke? barang peribadi yg sy beri nama kereta sy tu laa... sy panggil dia evo. mana laa tau kan tetiba berubah mcm enjin evo mitsubishi hahahaaha
ReplyDeletehahaha... berangan kan free saja.. hehehe
DeleteTerima kasih untuk perkongsian ini. Lepas ni bolehlah namakan barang barang peribadi
ReplyDeletesila-sila..
Deletenow i know. setakat ni abe kie bagi nama kpd nama2 benda hidup spt kucing dsb. lps ni kena bagilah nama kpd laptop, kereta, TV, HP dsb. Thanks for sharing...
ReplyDeleteu're welcome...
Deletebaru tau tentang menamakan barang peribadi...tapi so far anak-anak dok namakan kereta kami Jennifer sbb no. plat mula dengan JNF hahha
ReplyDeletekelas betol.. nama mat salleh.. hahaha
Deletetak pernah tahu pulak pasal bg nama dkt barang2 ni
ReplyDeletesaya pun baru tahu.. sebab tu terus share...
Deletetq pha is, mama baru tahu. ada juga brg2 mama yg ada nama man ja mcm baby blue mama.. lepas ni nk bg nama kat yg lain la
ReplyDeleteada jugak kawan saya yang namakan kereta dia babyblue.. nama universal,.... hehehe
DeleteGood sharing. Baru tahu pasal ni. Terima kasih.
ReplyDeletesama-sama..
DeleteBaru tahu berikan nama tu sunnah.. Kita letak miboblue.. Heee
ReplyDeleteni mesti gabung2 nama ni.. hehehe
DeleteOh, baru tau namakan barang tu sunah. Kalau barang besar macam kereta dan motor, kami bagi nama tapi barang yang dalam rumah ni memang tak letak nama. Nanti kena buat list nama la :D
ReplyDeletesila2.. hehehe
DeleteIye ke.. first time dengar tu. Thanks share.. Kembali blogwalking, banyak dah berubah dunia blog ni, dan blog ni blog pertama saya singgah yang takde ad hahaha
ReplyDeletehahaha.. malas nk buh ads..
Deleteso far kereta dengan teddy bear teman tido je ada nama. hehe
ReplyDeleteok la tuh..
Delete