KERJA RUMAH TANGGUNG JAWAB SUAMI?


Pernah terbaca tak satu dakwaan terutamanya dari laman social media yang mengatakan dalam islam, kerja rumah (memasak, membasuh pakaian, etc) adalah sebenarnya tanggung jawab suami dan bukan isteri?


Aku terbaca dakwaan ini dalam twitter, khabarnya penulis twitter tu dapat info dari kursus kahwin yang dihadiri. Kata penceramah di kursusu tersebut, tugas melaksanakan urusan kerja rumah sebenarnya tanggung jawab suami, dan bukan tanggung jawab isteri. Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?


Kerja rumah tanggung jawab suami



Jumhur ulama berpandangan seorang suami tidak berhak mendapatkan khidmat seorang isteri mengerjakan kerja-kerja rumah tangga di dalam rumah serta tidak wajib isteri melayani keperluan suami melainkan dengan kemahuan isteri sendiri berbuat demikian tanpa ada paksaan atau mewajibkan kepada isteri.[1]

Mazhab Hanafiyyah


memetik pandangan imam ‘Ala’ al-Din alKasani dalam kitab Bada‘i’[2]; “Sekiranya suami datang membawa makanan yang perlu dimasak lalu isteri enggan memasaknya maka isteri jangan dipaksa berbuat demikian”, sebaliknya suami perlu membawa makanan yang sudah siap dimasak.


Mazhab Malikiyyah


Disebutkan dalam kitab al-Syarh alKabir[3]; Wajib bagi suami memberikan khidmat kepada isterinya; (jika suami mempunyai keluasan rezeki), dan isteri (orang yang mempunyai kedudukan/kemuliaan) maka tidaklah menjadi kewajipan isteri untuk berkhidmat (melakukan kerja-kerja rumah). Justeru suami wajib menyediakan pembantu bagi isterinya.Tetapi jika suami tidak berkemampuan, maka isteri hendaklah melakukan kerja-kerja rumah untuk suaminya meskipun isteri seorang yang kaya dan mempunyai kedudukan/kemuliaan, tetapi isteri tidak dituntut melakukan kerja-kerja tersebut untuk tetamunya.

Mazhab Syafi‘iyyah



Abu Ishaq al-Syirazi dalam kitab Muhazzab[4]; Tidak wajib bagi seorang isteri memberikan khidmat membuat roti, memasak, membasuh dan sebagainya, kerana yang ditetapkan dalam perkahwinan adalah memberikan khidmat seksual, justeru khidmat selainnya adalah tidak menjadi kewajipan bagi isteri.

Pandangan ini juga dipetik oleh Wahbah Zuhayli dalam kitabnya, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh [5]

Mazhab Hanabilah


Tidaklah seorang isteri melayani suaminya dengan menguli tepung, membuat roti, memasak, menyapu dan sebagainya kerana yang ditetapkan dalam perkahwinan adalah memberikan layanan seksual, justeru hal-hal selain itu tidak menjadi kewajipan bagi isteri melakukannya. Bagaimanapun menurut mazhab ini, adalah lebih utama bagi seorang isteri melakukan apa yang menjadi adat kebiasaan.[6]

Kerja rumah tanggung jawab isteri



Namun, ada pandangan ulama’ yang cenderung mengatakan kerja-kerja rumah kepada isteri. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah. Rasulullah SAW sendiri telah membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah[12]

Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam. Hal ini tidak pelik dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya.

Dalam Raudhah al-Nadiyyah oleh Sayyid Siddiq Hasan Khan menyebut: “Ia berbeza mengikut tempat dan masa, keadaan seseorang individu. Nafkah di masa mewah dengan cara baik dan di waktu ekonomi meleset dengan cara yang sepatutnya.”

Menurut Ustadz Aris Munandar[13], Isteri wajib taat kepada suami asalkan perintah suami bukan maksiat. Jika suami memerintahkan istri untuk masak misalnya dan istri mampu untuk masak karena dalam kondisi sehat, maka memasak dalam hal ini adalah kewajiban yang membuahkan dosa jika tidak dijalankan.

Mereka juga berhujjah dengan hadis daripada Ali bin Abi Thalib RA seperti berikut :

Ali bin Abi Thalib berkata bahawa Fatimah mengadu sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu pula ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya (untuk berkhidmat) kepada Rasulullah. Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah. Kemudian Fatimah berpesan kepada Aisyah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang kedatangan Fatimah. Ali berkata, lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi baginda mencegahnya seraya berkata: “Tetaplah di tempat kalian!” Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki baginda yang menyentuh dada saya. Setelah itu, Rasulullah bersabda: “Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”[7]

Sekiranya kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab suami, sudah pasti Rasulullah SAW akan meminta Ali RA memenuhi permintaan Fatimah RA dengan menyediakan pembantu kepada Fatimah RA atau mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja rumah atau meminta Ali RA sendiri yang melakukan kerja-kerja tersebut[8].

Tetapi rutin isteri melakukan kerja kerja rumah tangga dalam hadis Fatimah RA tidak membawa maksud kerja-kerja tersebut wajib dilakukan isteri sebaliknya hanya menunjukkan kebiasaan seorang isteri melakukan kerja kerja tersebut dan merupakan sebaik-baik bentuk pergaulan dan pekerti mulia yang ditunjukkan oleh seorang isteri dan puteri Nabi. 

Penetapan kewajipan kerja-kerja rumah tangga di pihak isteri adalah mengambilkira ‘urf di sesebuah kawasan atau budaya setempat yang biasanya meletakkan kewajipan mengerjakan kerja-kerja rumah tangga dalam rumah tangga kepada isteri. Ini bermakna penetapan kewajipan ini berkait rapat dengan sosio budaya masyarakat.

Kerja rumah tanggung jawab bersama


Kebanyakan ulama termasuk mazhab Shafii mengatakan kerja-kerja rumah tangga bukan kewajipan isteri mahupun hak suami yang dapat dituntut. Bahkan ulama yang mewajibkan isteri melakukan kerja kerja rumah tangga masih memberikan ruang dan keringanan kepada isteri untuk tidak melakukan kerja-kerja ini jika ada sebab yang menghalangnya berbuat demikian.

suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.

kerjasama suami melibatkan diri dengan kerja-kerja rumah tangga sangat penting dan sebaik-baik ihsan dalam perhubungan. Hal ini sangat dianjurkan dalam Islam berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW sebaik-baik teladan dan pedoman para suami.

Daripada al-Aswad bin Yazid katanya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi SAW kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya iaitu membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu solat, baginda pun keluar untuk solat (ke masjid)”.[10]

Dalam hadis lain diceritakan baginda SAW sendiri membuat kerja-kerja rumah tangga seperti menjahit baju, menampal kasut dan lain-lain. Antaranya:

“Daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada bapanya; “Seorang lelaki bertanya kepada Aisyah: Adakah Nabi SAW melakukan kerja-kerja di rumah”? Aisyah menjawab: “Ya, baginda sendiri menampal kasutnya dan menjahit bajunya dan baginda juga membuat pekerjaan di rumah sepertimana yang dibuat oleh orang lelaki (suami) di rumah mereka”[11]

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa penglibatan suami dalam kerja-kerja rumah tangga sangat dianjurkan dalam Islam dan merupakan ihsan dalam perhubungan suami isteri yang ditunjukkan Rasulullah SAW yang wajar diteladani oleh para suami.

dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati. Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing.

wallahu wa a'lam...

Sumber dan rujukan
1. ‘Abd al-Karim Zaydan, al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’at wa Bayt alMuslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah (Bayrut: al-Risalah, 2000), 302.
2. ‘Ala’ al-Din Abi Bakr bin Mas‘ud al-Kasani, Bada’i‘ Sana’i‘ fi Tartib al-Syara’i‘ (Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2003), 150
3. Syams al-Din Muhammad ‘Arfa al-Dasuqi, Hasyiyah al-Dasuqi ‘ala Syarh al-Kabir (t.tp: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, t.th), 510-511.
4. Abu Ishaq al-Syirazi, al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi‘i (Damsyiq: Dar al-Qalam, 1996), 236. 
5. Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (Damsyiq: Dar al-Fikr, 2002), 6850.
6. Abu Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah, al-Mughni (Riyad: Dar ‘Alam al-Kutub, 1997), 225
7. Al-‘Asqalani, Fath al-Bari, Kitab al-Khumus, Bab al-Dalil ‘ala ‘ana al-Khumus li Nawa’ib Rasul Allah wa al-Masakin, no. hadith 3009; Kitab Fada’il Ashab al-Nabi, Bab Manaqib ‘Ali bin Abi Talib, no. hadith 3578, Kitab al-Nafaqah, Bab ‘Amal al-Mar’ah fi Bayt Zawjiha, no. hadith 5163 dan 5164.
8. Ahmad bin ‘Ali bin Hajr al-‘Asqalani, Fath al-Bari (Riyad: Maktabat al-‘Abikan, 2005), 417; ‘Abd al-Karim Zaydan, al-Mufassal, 305.
9. Al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 417, ‘Abd al-Karim Zaydan, alMufassal, 305
10. Al-‘Asqalani, Fath al-Bari, Kitab al-Nafaqah, Bab ‘Amal al-Mar’ah fi Bayt Zawjiha, Bab Khidmat al-Rajul fi Ahlih, Bab Kayfa Yakun al-Rajul fi Ahlih, no hadith 5165, no. hadith 5824.
11. Al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 476.
12. laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2017 Jul 6). Al-Kafi #642: Mengemas rumah tugas suami atau isteri? dipetik dari http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/761-al-kafi-641-mengemas-rumah-tugas-suami-atau-isteri
13. Aris Munandar. (2012 Oct 27). Pembagian Tugas Rumah Tangga antara Suami dan Istri. KonsultasiSyariah.com . dipetik dari https://konsultasisyariah.com/14533-pembagian-tugas-rumah-tangga-antara-suami-dan-istri.html
14. Siti Halimah Putung, Dg Hafizah Ag Basir. Penglibatan Suami Dalam Kerja-Kerja Rumah Tangga: Kajian Kes Di Sabah. Jurnal Fiqh, No. 14 (2017) 1-26
15. Embun Karina. (2019 jan 24). Twitter. Dipetik dari https://twitter.com/embunkarina_/status/1088437616393900032
16. khairiena. (2019 jan 25). Twitter. Dipetik dari https://twitter.com/yienaaa_/status/1088625447376547841




Post a Comment

43 Comments

  1. Dah kahwin kan.. kenalah saling bertolak ansur dan berkerjasama.. tambahan pula zaman sekarang kedua-duanya berkerja.. maka kerja rumah haruslah dilakukan bersama.. Salinv membantu dan berkomunikasi dwmi sebuah rumah tangga yang bahagia.. hanyalah pendapat peribadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat yang berasas.. dahulu, tukar kerja cari rezeki banyak tertanggung pada bahu suami. tapi skrg dunia dah berubah. sama-sama kerja, sama-sama penat. jangan bebankan isteri lagi.. berat sama dipikul..

      Delete
  2. ya kerja rumah tanggungjawab bersama, sama juga dlm mendidik anak2

    ReplyDelete
  3. seharusnya kaum suami kenalah bersama-sama membantu si isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. membantu keluarga banyak pahalanya..

      Delete
    2. isteri goyang kaki, angkut tok adik beradik duk sekali, yg suami jadi tukang basuh pinggan mangkok depa makan lepas tu jadi tukang basuh pakaian sekali spender tok pon laki basuhkan siap sidai dan lipat pakaian tu lagi.. depa anak beranak tgk tv gelak ketawa..nasib laa laki tu dpt isteri mcm tu kan

      Delete
    3. kisah siapa nih? tragis sangat.. hehehe

      Delete
  4. Krnalah sama2 timbang Rasa.. so isteri pun prnat juga kesian dia

    ReplyDelete
  5. Jadi pasangan hidup utk dia yang kita sayang ,kena ada tolak ansur, itu yang penting. Inshaa Allah.

    ReplyDelete
  6. suami yg romantis & macho sentiasa akan menolong isterinya...

    kekdg mak suami ni tak suka tengok anak dia buat kerja rumah..ntahlah, sekrg zmn gen Y, tidak lagi mcm dulu..

    ReplyDelete
  7. Dalam perkahwinan salinglah bertolong bantu suami/isteri.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang sangat hebat.. Seronok LZ baca dan hayati.. Overall masing2 perlu kerjasama dan saling tolak ansur..

    ReplyDelete
  9. Hmm ada pulak pendapat isteri jadi queen saja.

    ReplyDelete
  10. kalau rasa x nak buat kerja rumah nak lepak 24 jam, jgn kawen senang cerita hehehe... tak pun kawen lepas tu hire 10 org bibik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau sampai 10 orang bibik tu dah macam level ada 4 bini dah.. hahaha..

      Delete
  11. ianya tanggungjawab bersama. janganlah dipikul oleh sebelah pihak je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...
      sekali baca macam dipukul pulak.. ahahaha

      Delete
  12. Bagus perkongsian ni PhaIs.. klu dah kawin sepatutnya mmg jadi tanggungjawab bersama saling memahami dan bertolak ansur membantu demi kebaikan rumahtangga serta keluarga. In shaa Allah ada keberkataan dan rahmat kasih sygNya.. aamiin.

    ReplyDelete
  13. sekarang dan dari dulu selalu je silap..

    soal kerja rumah diutamakan oleh isteri sehingga mengabaikan keperluan seks suami..

    kerja-kerja rumah boleh serahkan kepada pembantu rumah...jika mampu

    tak mampu suami pun boleh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembantu rumah tu kalau ikut kehidupan rakyat marhean ni, jarang la nk ada. kalau mampu lain cerita..

      Delete
  14. Suami saya tau bukan tanggungjawab saya buat kerja rumah tapi dia tak sebut dan saya pun tak kisah memasak dan buat kerja rumah sebab rasa memang tanggungjawab saya. Cuma dia akan beli makanan bawa balik walaupun saya masak haritu. Semoga suami saya dapat terus ke syurga sebab menjaga kami sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  15. tanggungjawab bersama.. bkn semua kerja isteri saja kena buat.

    ReplyDelete
  16. Kan elok kalau suami isteri sentiasa saling bantu-membantu...sama2 buat kerja rumah, sama2 susah & senang, lebih bahagia. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau zaman sekarang, memang idealnya begitu sebab isteri pun bekerja jugak..

      Delete
  17. Bila dah kahwin kenalah buat sama². Saling bantu membantu buat kerja. Susah senang sama² merasa barulah hidup lebih bahagia

    ReplyDelete
  18. semoga sukses terus gan buat usahanya

    ReplyDelete
  19. itulah dia, banyak betul org dok kongsi skarang.
    memang bukan sepenuhnya tugas isteri, tp gamak ke kita nih 100% nak letak atas bahu dia. lagi satu lumrah wanita, kalau boleh semua benda tu dia nak buat. tp sebagai suami, kena laa tolong mana patut. baru happening! hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi2, mentang2 dah bergelar isteri.. pandai dah bagi pandangan.. hehehe

      Delete
  20. Yg paling penting hargailh isteri...

    ReplyDelete
  21. Kalau pasal ni..semua kaum wanita akan setuju..tapi kenapa pasal poligami,kenapa kaum wanita tidak setuju,sedangkan itu juga tuntutan dalam agama?

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)