“Abang dah jemput officemate abang mai kenduri aqiqah Ali?”soal isteri aku, tiba-tiba.
“dah. Semua orang masa perhimpunan pagi tadi.” Jawab aku
“sekali dengan non-muslim?” soal isteriku lagi.
“yup. Kenapa?”
Daging aqiqah tidak boleh untuk non-muslim
Mesti korang ada pernah dengar orang yang melarang daging aqiqah diberikan kepada non-muslim. Sebenarnya, ini hanya pandangan ulama’, bukan sesuatu hokum yang qat’ie (muktamat). Pandangan ini adalah antara pandangan dalam mazhab syafie dimana daging korban tidak dibolehkan untuk diberikan kepada non-muslim.
Antara isu berkenaan pendapat ini adalah daging korban termasuk dalam amalan ibadat dan seharusnya daging tersebut hanya diberikan kepada orang muslim sahaja. Manakala bagi daging aqiqah, dikiaskan hukum ini seperti daging korban.
Sebab itu wujudnya pandangan ini. Apabila disoal kepada ustaz azhar idrus dalam video youtube, beliau turut berpendapat dengan pandangan ini. Kata beliau, kalau untuk orang non-muslim, boleh diberikan daging yang lain khas untuk mereka dalam majlis aqiqah.
Daging aqiqah boleh untuk non-muslim
Tapi ada juga pandangan yang membolehkan daging aqiqah diberikan kepada orang non-muslim. Pendapat ini ada dalam pandangan mazhab hanafi. Dr MAZA dalam video youtube beliau apabila disoal tentang perkara ini, turut berpendapat dengan pandangan daging aqiqah boleh diberikan kepada non-muslim.
Seperti yang dah aku cakap tadi, ini Cuma pandangan. Boleh nak pilih mana-mana pandangan yang kita rasa boleh diterima. Asalkan kita tidak saling berbalah tetang perkara yang khilaf ini.
Wallahu a’lam
sumber dan rujukan:
1. Umar Mukhtar Mohd Noor.(2016 Jan 14). Hukum pemberian daging akikah dan korban kepada non-Muslim. Laman web rasmi penajabt mufti wilayah persekutuan. dipetik dari http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1774-hukum-pemberian-daging-akikah-dan-korban-kepada-non-muslim
2. Bicara Agama: Bukan Islam boleh makan akikah. (2008 Nov 28). Utusan Online. dipetik dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
3. Dr. MAZA. (2016 Nov 21). Orang bukan Islam makan daging akikah. video youtube. dipetik dari https://youtu.be/n2g-isiUsDM
4. Ust Azhar Idrus. (2011 OCt 21). Daging Aqiqah & Qurban & Beri Jiran Kafir. video youtube. dipetik dari https://youtu.be/jweHpKto0rw
39 Comments
Selamat berkenduri akikah utk Aliff moga kelak sebagai anak soleh
ReplyDeletetypo kot.. nama anak saya Ali je.. hehehe
DeleteBoleh pilih pandangan mana nak diikut.Tak lah rigid sangat.
ReplyDeletein ither words, jangan jumud sangat.. hehehehe
Deletealhamdulillah sedap nama ali iskandar. bila baca tu terus teringat kat ally iskandar tu. hehehehe
ReplyDeletehahaha.. tu lain.. elly..
Delete"Khilaf" jadinya kita boleh ikut yang mana satu kita nak.
ReplyDeleteWallahualam.
betul.. tak perlu sampai nak tuduh orang lain tak ikut cara islam padahal bnda tu pun khilaf..
DeleteGood info sebab ni adalah pendapat yg selalu kompius
ReplyDeleteinsyaAllah, semoga bermanfaat..
Deletebaru tahu...
ReplyDeletesaya pun, lepas search baru tahu..
Deletesubhanallah Ali..hidung macam shah rukh khan..auntie JM nak kiss sikit boleh?
ReplyDeleteikut ibu dia.. kalau ikut bapak, kemek je hidung ni.. hehhee
Deleteberbeza2 pendapat sebab tiada dalil khas. tapi kita ikut juga hati berat ke arah mana..
ReplyDeleteinsyallah =)
betol.. ikut rasa hati yang mana rasa lebih dekat kepada Agama..
DeleteAlhamdulillah.. didoakan moga aqiqah yg dilaksanakan membawa berkat buat seisi keluarga.. aamiin :)
ReplyDeleteamiin
DeletePerkongsian yang bagus.. Baru tahu.. tq ye..
ReplyDeletesama2 tambah ilmu.. u're welcome..
DeleteComel Ali tu..
ReplyDeletemacam bapak dia kan.. eh.. hahaha
Deletesedap nama.. tak perasan pha is jemput.
ReplyDeletebila ntah ali nk jumpa makcik nina.. hehehe
DeleteDatang sini nak kiss ali
ReplyDeletesila-sila..
Deletepanggil sahabat2 non-Muslim utk silaturahim...tq for sharing..
ReplyDeleteu're welcome..
Deletebc entry ni sy teringat seorg kwn. dia mng 1 contest n pihak penganjur mahu buatkan satu majlis utk dia. jd dia pilih buat majlis akikah utk anak dia. pihak penganjur ni non muslim. bla tiba hari majlis dia terkejut bila tgk ada hidangan khas utk non muslim (masakan daging kambing) pd hal dia x tahu apa2 pun psl hidangan. dia cuma sediakan tmpt je yg lain2 diuruskan pihak penganjur
ReplyDeletefuh, pening kalau macam tu.. khas untuk non-muslim tu jenis tak halal ke? musykil ni.. kot la ada campur babi ke.. sebab kambing mesti dah sembelih elok dah sebab aqiqah.
Deleteterima kasih atas perkongsian. nice.
ReplyDeletesama-sama..
DeleteIjmak ulamak tak buat kesepakatan ke mengenai hal ni? Maaf bertanya sebab saya tak tau..huhu
ReplyDeletewallahu a'lam..
DeleteWah! alhamdulillah, tahniah pha is dan isteri! dah lama tak komen2, dah beranak pinak semua ye. hahaha
ReplyDelete-belogkayangan
Hahaha.. Alhamdulillah..
DeleteTapi dah lama x dengar khabar berita dari nafisah..
comel ali
ReplyDeleteya allah hidung Ali, ikut mak dia betul. hihihhi
ReplyDeletebaru berbaloi mengandung
Delete