Review Tayar Metzeler sportec street
Habis saja aku pakai tayar Pirelli Angel City (lihat review : Pirelly Angel City), aku try plak tayar Metzeler sportec street. Asalnya aku plan nak try tayar metzeler M5, tapi disebabkan metzeler M5 tak ada saiz 150, Cuma ada saiz 160, aku tak jadi pakai.
Sebelum ni aku pernah sarung tayar saiz 160, sampai makan habis plastic cover rantai aku tu. Sebab tu aku malas nak pakai saiz 160 dah, terlalu lebar untuk moto aku, Yamaha YZF-R25.
Harga Metzeler sportec street
Maka, aku pun try la Metzeler sportec street ni. Belakang sahaja, saiz 150/60-17. Harga masa tu (20 Dec 2017) adalah RM300 di kedai Hock Lee Motor Sungai Dua penang. (coordinate : 5.455107, 100.440943).
Kat kedai ni kalau tayar motor, aku tengok hari tu tak banyak pilihan sangat. Sebab dia bukan kedai specialized untuk tayar. Kedai servis biasa ja. Kalau bab tayar, aku tengok hari tu, tayar metzeler sahaja memang banyak, dari Metzeler sportec street, Metzeler M5, sampai la ke Metzeler M7.
helmet di Hock Lee Motor |
Ride Metzeler sportec street
Antara ride yang aku sempat join dengan guna tayar Metzeler sportec street ni antaranya :
1. Ride tawan 3 tanah tinggi
Laluan : Penang – Cameron highland – Sungai Koyan – Fraser Hill – Genting Highland – KL – Penang
Total perjalanan : 930 km
2. Ride pusing pulau
Laluan : Bukit Baru – Balik Pulau – Teluk Bahang (pusing pulau pinang)
Total perjalanan : 127 km
3. Ride tenangkan hati
Laluan : Penang - Gerik – RnR Puncak Titiwangsa – Pengkalan Hulu – Penang
Total perjalanan : 366 km
4. Ride gunung jerai
Laluan : Penang – Gurun – Puncak Gunung Jerai – Penang
Total perjalanan : 152 km
Entri : Ride | Gunung Jerai
5. Ride sumpitan
Laluan : Penang – sumpitan – Gerik – RnR Puncak Titiwangsa - Penang
Total perjalanan : 384 km
entri : Route A6 Jalan Sumpitan | cantik tapi seram
6. Ride Merdeka Mashoor
Lokasi : Penang – Chuping - Padang Besar – Kuala Perlis – Gunung Jerai – Penang
Total perjalanan : 417 km
Entri : Ride Merdeka Mashoor
7. Ride Pharmsport
Lokasi : Penang – Gerik – Kota Bharu – Gua Musang – Cameron Highland – Penang
Total perjalanan : 898 km
Entri : Ride ke pharmsport
Review Metzeler sportec street
1. Hujan
Out. Kena sangat berhati-hari. Masa ride tawan 3 tanah tinggi tu, tayar masa tu baru pakai 730 km. masa hujan, x best. Jalan basah pun tak best. Aku rasa so far tayar ni paling tak best aku pakai kalau nak bandingkan dengan Pirelli angel city, nankang sportiac, battlax s20 evo.
2. Corner
Sama jugak. Bagi aku tayar ni out. Lepas ride tawan 3 tanah tinggi, aku ride solo (ride tenangkan hati) ke gerik. Masa tu cuaca elok, jalan pun okay. Tapi still tak puas layan koner jugak. Mileage tayar masa tu baru 3,330 km.
Lepas kahwin, aku sewa rumah kat balik pulau dalam 7 bulan. Memang hari-hari pergi kerja dari balik pulau ke Georgetown lalu kot lereng bukit. Hari-hari layan koner, tapi sebab pakai tayar ni, jadi tak best sangat.
3. Mileage / Ketahanan
Tayar ni aku sempat pakai hampir setahun. Dari Dec 2017 sampai la Nov 2018. Lepas 10,000 km mileage, tayar ni okay lagi la. Masih boleh bawak jalan jauh.
abaikan line seret kat tengah tu. ambik gambar lepas baru buat burn out. |
Kalau korang nak bajet, bunga tayar tu macam boleh pergi sikit lagi. Tapi dari segi performance, memang lepas 16,000 km tu dah tak best. Lalu atas line putih divider jalan dah goyang teruk. Nak mencilok pun tak best. Lepas 16,000 km tu, rasa macam tak sabar je nak tukar tayar lain.
4. Braking
So far aku pakai tayar ni, shockingly, masa brake aku tak pernah seret jalan masa brake mengejut. Dan sejak aku pakai tayar ni jugak la aku tak pernah jatuh, tak macam semua tayar yang aku pernah pakai sebelum ni.
Kalau tak, dulu semua jenis tayar yang aku pernah pakai, mesti ada sekali dua aku jatuh masa guna tayar tu. Maybe ada faktor lain seperti teknik braking, dsb. Maybe jugak cengkaman braking tayar ni yang membantu. Mungkin.
Kesimpulan
Tayar
|
Hujan
|
Brake
|
Corner
|
ketahanan
|
9
|
7
|
7
|
9
|
|
8
|
8
|
8
|
5
|
|
7
|
6
|
7
|
7
|
|
Metzeler Sportec Street
|
6
|
9
|
6
|
8
|
40 Comments
Nice info pasal tayar.. Bila kita pakai dan bawa baru rasa tayar tu okay ke tak kan..
ReplyDeletesebab tu saya tukar2 tayar.. nk test semua..
Deletetakat mana yg mampu je la, sebab tayar yg saya review ni kebanyakannya yg harga biasa2 katagori agak murah la.. tayar mahal2 x mampu..
Tudia...
ReplyDeletemau tau ar... hahaha
DeleteWow, harganya lebih mahal dari tayar kereta zumal
ReplyDeleteni kira yang harga biasa2 je nih, belum tayr yang best2..
DeleteNice Info.. akak mampu baca je.. hehehe.. ;)
ReplyDeletepujuk la en husband beli balik Z800 tu.. hehehe
Deleteboleh tahan harga tayar dia...
ReplyDelete#hobikamimahal ... eh.. hahaha
DeleteMahal juga rega taya sebiji pun ya
ReplyDeleteha ah.. sabor je la..
DeleteSuka tengok rider ambil corner, lipat habis lutut macam sagat jalan, macam nak jatuh tapi tak jatuh. Kalau tayar biasa biasa saja bolehkah rider yang sangat cekap buat aksi ini.
ReplyDeleteamboi.. kalau tayar biasa, susah dan risiko tggi.. kalau nk layan koner sagat lutut seret telinga, kena pakai tayar sport.
Deletegetah dia lebih lembut, lebih mencengkam jalan..
tapi of course la lebih mahal..
Adalah baik utk pakai tayar yang berkualiti walaupun harga mungkin mahal sikit. Tapi demi keselamatan memandu memanglah berbaloi.
ReplyDeletedalam permotoran, 2 benda yang tak boleh kedekut adalah tayar dan rantai. 2 benda ni kalau nak beli, better yang berkualiti, jangan sep sangat. sebab kalau 2 bnda ni x kualiti, sangat bahaya.
Deletetayar penting utk keselamatan kenderaan, harga mahal sikit takpe..
ReplyDeletebetul.. sayanglah nyawa.. jangan sayang duit.. hehehe
DeleteMotor besar harga tayar pun besar walaupun tayar biasa-biasa lagi mahal dari seketul tayar Viva Mrs. A.
ReplyDeleteBest juga baca pasal tayar ni sebelum ni Mrs. A tak tahu apa-apa pun pasal tayar
bila saya tau pasal harga tayar kereta, saya terkejut.. hahaha
DeleteOh, baru tau tayar pun main peranan penting dalam permotoran. Kena tengok sistem braking yang mencengkam la kalau nak better protection ye..
ReplyDeletesistem braking lain, tayar lain. walaupun tayar amat main peranan dalam proses brake, tapi lain mekanisme.. hehehe
DeleteMmg menang memakai ni.. puas hati guna tayar betul2 tawan kawasan2 strategik yg menarik. Seronok tengok ride mcm ni
ReplyDeletehahaha.. alhamdulillah..
Deletenice info. berguna untuk hasben saya.
ReplyDeletebagus la.. hahaha
Deleteperghhh tak ride bawak bini ka. hahaha..
ReplyDeletedia x mau naik moto jenis tonggek.. hehehe
Deletewah bagus ye review tayar ni. kira recommended la ye.
ReplyDeletetak sangat
DeleteSeram arr nk bonceng moto
ReplyDeletemana ada.. kalau seram, peluk kuat2.. hehehe
DeleteTq for info bro.nice review
ReplyDeleteu're welcom..
DeleteKesimpulan dari cerita ko ni ak blh katakan tayar ni jenis kompaun keras. Bermakna tayar ni disyorkn pd rider2 yg daily ride, tak layan selekoh sama berkelajuan sederhana..Ye tak? :)
ReplyDeletelebih kurang macam tu la..
DeleteMetzeler ni memang out dalam hujan jalan basah. Bawa straight line pun rasa tak stabil masa jalan basah. dia macam nak leen ke kiri ke kanan masa jalan lurus jadi tak stabil jalan basah. risau gak. Tp masalahnya saya dah beli.. terpedaya dengan jenama. metzelerrr..
ReplyDeletesama la.. aku terperdaya jugak, dengan cadangan member2.. hahaha
DeleteTQ info Tuan.
ReplyDeleteBberapa org mmber aku ada guna metzeler ni,
Diorang komen,
Ok lh tayar tu.
Aku sdg survey info tntg metzeler dari sumber lain ni.
Nasib baik jumpa info dariwdari Tuan,
Nyaris2 terjebak tu.
T.kasih lg sekali Tuan.
sama-sama..
Delete