Jambatan pertama dan kedua tertinggi di Malaysia


Alhamdulillah, baru-baru ni aku telah diberi kebenaran oleh isteri tercinta berpeluang ride #GadisBertudungBiru dari penang ke kota bharu melalui gerik dan pulang ke penang melalui gua musang dan Cameron highland. Total perjalanan dalam 898km pergi dan balik.

selamat datang ke gua musang

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia di Jalan Lojing-Pos Blau



Dalam perjalanan pulang, aku terserempak dengan signbord di jambatan berdekatan lojing, gua musang, Kelantan. Tertulis di signboard tu, “Anda sedang melalui jambatan kedua tertinggi di Malaysia (52m tinggi)”.


Fuh, kira ada achievement unlocked jugak la ride aku kali ni sebab Berjaya tawan jambatan kedua tertinggi di Malaysia, di Loging, kelantan.

Jambatan tertinggi di Malaysia di rawang 


Rawang Bypass[3]

Dulu jambatan pertama tertinggi di Malaysia pun aku dah pernah lalu di Rawang. Cuma masa tu tak sempat nak ambil gambar sebab masa tu hujan lebat atas moto. Jadi la, walaupun tak dapat ambik gambar. At least kira dah pernah merasa la.

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia bukan di Negeri Sembilan!


jambatan jalan butkit putus, negeri sembilan[2]

Aku heran bila aku search pasal jambatan kedua tertinggi di Malaysia ni, semua keluar pasal jambatan di Bukit Putus, laluan Seremban - Kuala Pilah. Padahal bila aku tengok signboard jambatan tu, ketinggian dia cuma 48m.


Jadi, jambatan di negeri Sembilan tu kira yang ketiga tertinggi di Malaysia la kan? Bukan yang kedua! So, there you go, guys. Ranking Jambatan tertinggi di Malaysia ni adalah seperti berikut :

1. jambatan Rawang-Serendah, Selangor (ketinggian 58.2 meter)
2. jambatan jalan lojing-pos blau, Kelantan (ketinggian 52 meter)
3. jambatan jalan bukit putus, Negeri Sembilan (ketinggian 48 meter)

Ride ke Pharmsport



Tujuan aku ride kali ni adalah untuk teman kawan aku yang nak ride ke Kelantan untuk join kejohanan sukan farmasi Malaysia (Pharmsport) di HUSM Kelantan. Aku tak join sukan pun. Saja teman member ride ke sana.

rehat di RnR Puncak Titiwangsa, gerik-jeli

jeli

Pharmsport tu alasan je untuk ride sebenarnya.. hehehe.. maybe ride kali ni kira one last ride sebelom isteri due kot.  😊

#doakanyangbaik2

sumber dan rujukan:
1. Encik Adie. (2011 May 23). Jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Encik Adie ruslan (E.A.R). dipetik dari http://encikadieruslan.blogspot.com/2011/05/jambatan-kedua-tertinggi-di-malaysia.html
2. ujie othman. (2012 May 7). Jambatan Kedua Tertinggi Di Malaysia!. Titian Perjalanan. dipetik dari http://ujieothman.blogspot.com/2012/05/jambatan-kedua-tertinggi-di-malaysia.html
3. Kosmo! Online. (2017 Nov 28). Jambatan tertinggi di Malaysia dibuka esok. dipetik dari http://www.kosmo.com.my/negara/jambatan-tertinggi-di-malaysia-dibuka-esok-1.562272
4. Aizzul A. Majid. (2017 Nov 30). [VIDEO] Teruja guna jambatan tertinggi di Malaysia. Utusan online. dipetik dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-teruja-guna-jambatan-tertinggi-di-malaysia-1.563542
5. Hanafis Haris. (2017 Nov 29). Orang Ramai Berpeluang Menikmati Pemandangan Jambatan Tertinggi Di Malaysia. Rojak Daily. dipetik dari http://www.rojakdaily.com/skop/article/3942/orang-ramai-berpeluang-menikmati-pemandangan-jambatan-tertinggi-di-malaysia

Post a Comment

33 Comments

  1. Rawang ByPass tu akak tak lalu pun lagi walhal tak jauh mana pun dari lokasi akak.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi la kak.. hehehe.. kena merasa jugak sekali seumur hidup.. hahaha

      Delete
  2. jambatan tertinggi tu dah lalu..view cantik..

    ReplyDelete
  3. Baru tau jambatan tertinggi kedua tu kat Kelantan. Sblum ni ingat pun kat bukit putus tu huhu.. bestnya ride mcm ni.. cool!

    ReplyDelete
  4. Jambatan tertinggi kat Malaysia selalu sebab la ni duk Serendah

    ReplyDelete
  5. ranking dah berubah bila ada yang baru erk...

    ReplyDelete
  6. Xthu plak sebelum ni jambatan trtggi kt malaysia. ..
    Dok tau jambatan pulau pinang ja. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha/.. banyaak lagi jambatan kat malaysia ni ..

      Delete
  7. Selepas dua tahun tak melawat blog abang pha is, just menapak di sini untuk mengucapkan selamat menjadi ibu bapa dan selamat semuanya haha tak tahu apa ecah merepek pukul 2 pagi. Selamat hari raya deepavali juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. dah lama x singgah sini.. hehe..
      thanks.. hahaha

      Delete
  8. Tahun 2020 nanti ada lagi tinggi kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu a'lam..
      kita tengok nnti macam mana..

      Delete
  9. Wah mama pun baru tahu info pasal jambatan ni.. TQ for sharing.. jauh juga perjalanan pergi balik tu

    ReplyDelete
  10. Ui..baru tahu lojing area tu jambatan nombor dunia tertinggi. Tapi serius, penat kot lalu jalan tu walaupun naik kete. Naik motor tak sakit pinggang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. naik moto x sakit.. sbb best layan koner..

      Delete
  11. Jambatan Bukit Putus jatuh nombor tiga ya kurang empat meter. Jalan lama bukit putus lebih mencabar untuk rider kot sebab banyak bend dan mendaki. Zaman dulu kalau drive ikut jalan ni mengeluh semua driver tetapi tengok motorsikal bukan main seronok mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. biasa la tuh... jalan kena ada bengkang bengkok, sama la macam hidup ini, kena ada cabaran dan dugaan, baru lebih bermakna.. eh.. hahaha

      Delete
  12. wahhhh dasattttt👍👍👍👍yg kt rawang tu mmg ada hati nk lalu tp seriau laa

    ReplyDelete
  13. Baru tahu pasal jambatan ke dua dan ketiga tinggi tu.. yg Rawang tu dah 2,3 kali lalu..

    ReplyDelete
  14. bini nk bersalin dh hahaha.. lps ni kena slow sikit la dh jd bapak

    ReplyDelete
  15. bagus juga.. nanti balik dr KL nak try guna rawang bypass tu hehehe

    ReplyDelete
  16. Teman kawan??? Nampaknya dpt ride satu kepuasan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. kalau dapat ride, fuh, hilang tension

      Delete
  17. Update 2023 Jambatan Tertinggi di Malaysia:
    1. Jalan Berkembar Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus), P. Pinang (61.5m)
    2. Lebuhraya Rawang Bypass, Selangor (58.2m)
    3. Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) - Persimpangan Cheras-Kajang (56.4m)
    4. Jalan Lojing-Pos Blau, Kelantan (52m)
    5. Jalan Bukit Putus, Negeri Sembilan (48m)

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)