Ride Merdeka Mashoor

rozaili, pha is, hanip, kamal


Disebabkan pada entri lepas (lihat entri Jenis-jenis helmet | kelebihan dan kekurangan), isteri kesayangan aku dah bagi green light untuk aku pergi ride, siap nak belanja helmet baru lagi, maka dapat lah aku join ride dengan budak sekolah aku dengan helmet baru yang dibelanja isteri.

Alhamdulillah.

Isteri belanja helmet fullface KYT NF-R Logos Matt Grey


isteri belanja helmet, gambar dari facebook page kedai helmet. hahaha..  


Lagipun, teruk sangat dah helmet lama aku tu. Siap letak selotape lagi kat visor sebab mechanism buka-tutup visor tu dah tercabut. Merata kedai aku cari spare part helmet tu tapi tak ada. Kalau kat traffic light, memang panas sebab tak boleh buka visor. Sebab tu la kot sejak akhir-akhir ni aku kuat migraine. Helmet panas!

Ride Merdeka Mashoor


Sempena cuti merdeka baru-baru ni, tetiba member sekolah ajak ride. Cari punya cari, dapat la 4 orang budak sekolah batch aku yang boleh join. Ride santai-santai ja. Bukan semua motor cc besar. Aku dengan Rozaili pakai motor Yamaha YZF-R25, kamal bawak moto Honda RS150R, dan hanip Honda CB1300.

Penang -> chuping -> padang besar (window shoping) -> kuala perlis (daging bakar harimau menangis) -> gunung jerai (mandi sungai) -> balik penang. Rilex-rilex je. Tak ada layan konar, tak ada lenjan top speed. Makan angin je.

jalan chuping (route 79) terbentang luas.

roadblock Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). kini dikenali sebagai Agensi Keselamatan Sempadan (AKS) berdekatan Padang Besar

alamak, kena tahan la pulak. nasib baik hanip ni anak YB. hahaha.. tak de la, check ic dengan lesen je sebab moto cc besar sangat. 1300cc kot. hahaha.. 

sampai padang besar, perlis


pekena daging bakar harimau menangis di kuala perlis

mendaki jalan gunung jerai, route 252


solat atas batu tepi sungai di Sungai Teroi, Gunung Jerai


balik dah gelap.

Sekian ride kali ni. Gambar kebanyakannya dibawakan kepada anda oleh camera Gopro Hero4 oleh hanip anak YB. hahaha.. nak kena cekau sebijik ni. gambar giler lawa dan clear. masuk wishlist la kot. hahaha.. 


Post a Comment

54 Comments

  1. Helmet dan jacket motorcyclist adakah yang jenis ada cooler. Kadang saya tengok rider memakai full riding gear dalam cuaca yang sangat panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara practicality safety riding gear.... nak selamat atau nak sejuk.. hehehe

      Delete
  2. dah ada moto besar ni mmg pasti 'panjang langkahnya' ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut minat jugak.. ada yg jenis beli mahal2 last2 buat simpan kat rumah ja.. hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah, dapat isteri yg supporting hobi ride.. hehehe

      Delete
    2. harapnya zumal nanti macam tu jugak la.. amiin..

      Delete
  4. Wahh menarik.. mmg seronok dpt ride mcm ni, lebih2 lagi dgn member sekepala. Happy riding bro PhaIs, jngn pening2 lagi heheee :)

    ReplyDelete
  5. wah bermotor hala utara seronok tu

    ReplyDelete
  6. bestnya! sha pun duk pasang niat nak grab jugak gopro tu haha

    ReplyDelete
  7. Ride ni sat ja bole p byk tempat noh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tak sat sangat la.. lenguh juboq jugak..

      Delete
  8. Seronok nampaknya tu ride jalan-jalan cari makan tambah heaven sebab wife bagi green light :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. dapat jodoh yang memahami hobi..

      Delete
  9. Ahaa lahhh gambar dia clear sangat. Cantik

    ReplyDelete
  10. YANG LEBIH SERONOK ADALAH RIDE DENGAN KAWAN-KAWAN HAHAHA

    rimau teriak tu kat mana best tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area kuala perlis.. nama kedai dia "daging bakar nostalgia"

      Delete
  11. salam singgah. best nya geng ride. saya suka tengok, bunyi dentuman enjin tu menarik. hehehe

    ReplyDelete
  12. salam kenal..
    paling takut, naik motor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takut kna naik banyak kali, baru hilang takut..

      Delete
  13. ooo amik kesempatan ya ada kwn anak yb hahaha

    ReplyDelete
  14. dah lama x naik motor..seronok roadtrip JJCM..

    ReplyDelete
  15. perghhhh... lama dah myra x buat ride (scooter) dgn member2 pg pantai. plg last time study la.. dah dekat 5 tahun!

    P.S.: myra dah add GFC and Google+ jemput dtg blog!

    Live Life to the Fullest!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama sangat dah tu.. kena repeat lagi tu.. hahaha
      thanks..

      Delete
  16. Tang wife beri lampu hijau siap sponsor helmet tu yang mahal tu 😊

    ReplyDelete
  17. Kene cuba2 kot ajak isteri. Mesti seronok kalau bawa bini

    ReplyDelete
  18. Dah lama ada jugak pasang niat nak grab moto tp mem tak setuju la hahahaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, x dapet la den nk nolong nyer.. hehehe

      Delete
  19. Untungnya minat phase is supported by isteri siap belikan helmet lagi tu

    ReplyDelete
  20. dan lg sambil ride ambik gambaq.. hahaha.. apa pun syok la bini support hobi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. nina nnti kna la cari husband yang suka travel jugak.. hahaha

      Delete
  21. Isteri belanja helmet?? Bestnya dpt isteri sporting

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. rezeki dapat helmet tu.. n jodoh dapat isteri supportive macam tu.

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)