Sebatang Pen Biru (Part 2) | Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu


Sambungan dari entri “Sebatang Pen Biru”. Ingat nak buat intro je, malas nak sambung walaupun kat hujung entri aku tulis “bersambung…”. Tapi kat komen ramai pulak permintaan. Hahaha.. bajet retis betol. So, here it is…

Sebatang Pen Biru (Part 2)


Selepas aku “kenal” dia masa pinjam pen tu, tak ada la aku terus mengorat ke aper. Cool je. Hahaha.. takat sembang-sembang biasa kat laman social tu ada la jugak. Sebab dah kenal dan pernah sembang kan. Sebelum ni cuma tahu yang dia tu friend fb je.

Tapi selain sembang-sembang, stalk tu ada la sikit kat fb, twitter, ig. Bukannya apa, sekadar nak merisik je. Nak pilih pasangan ni kena la tahu perangai cantik ke tak, dah berpunya ke belom. Kan kan kan?

Tapi malangnya plan aku sampai kat situ je. Ye la, nak konfes tak pandai. Malu. Nak mengorat apatah lagi. Dah nak buat macam mana, aku tak pernah ada awek. Tak pernah ada pengalaman sebelum ni. Forever alone la katakan..

Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi… 



Aku pernah cuba nak buat video confession kat dia di atas puncak gunung kinabalu! Hahaha.. serius aku tak tipu. 9-10 Febuari 2017 aku dengan budak sekolah aku pergi hiking gunung kinabalu. Plan nak buat video confession bila dah sampai puncak. Konon-kononnya kira habis sweet la tuh. Hahaha..

Malangnya baru je sampai ke Laban Rata (checkpoint bermalam sebelum sambung daki pukul 3 pagi) aku migraine teruk sampai muntah. Tak sampai ke puncak. So, plan tak kesampaian.

Dirisik Orang Tengah


Sampai la aku dapat mesej dari orang tengah. Agaknya orang tengah tu dah banyak Nampak aku sembang dengan si dia kat fb. Lepas tu terus jadi. Dapat mesej pada mei 2017, bulan jun pergi jumpa family, julai terus tunang, sampai la mac 2018 nikah. Plan tak sampai setahun.

Alhamdulillah, dari bibit pertemuan antara aku dan isteri hingga lafaz nikah dizahirkan, semuanya hampir sama seperti apa yang aku bayangkan dan harapkan sebelum ini. Tiada waktu perkenalan yang panjang, tiada dating, tidak bermesej, call, dan sebagainya yang melalaikan.  Hanya cukup sekadar keperluan.


Tak bercintan-cintun seperti budak-budak zaman sekarang. Cukup sekadar dia tahu aku menaruh hati dekat dia dan aku tahu dia juga punya rasa yang sama.


bersambung.....






rujukan tambahan:

Post a Comment

33 Comments

  1. tak sabar tunggu sambungan hahaha

    ReplyDelete
  2. ngeem so sweet..nk sambungan lagi boleh tak? haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tengok la nanti kalau ada cerita tambahan yg baru.

      Delete
  3. Wah amazing love story..very intresting.

    ReplyDelete
  4. Allah indahnyaa pertemuann <3 I wish one like thiss, hm hahahaha

    ReplyDelete
  5. Tak baca entry sebelum ni, Tak faham apa kena mengena dengan pen. Kena baca cerita sebelum ni

    ReplyDelete
  6. Pasal migraine tu Tau sebab pha is cerita di whatsapp

    ReplyDelete
  7. xperasan plak ada perkataan bersambung sblm ni...tpi yg ini perasan ada perkataan bersambung...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. mudah jodoh en pha is.. hrp sy begitu juga

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. toodiaa.. tetiba je awan nina komen balik kat sini.. rare nih.. hahahaha.. dah lama sangat menyepi.. apa kata cerita plak kisah awan nina.. mana tau lagi sweet macam awan kapas gula maneh melecaih.. hehehe

      Delete
  10. Alhamdulillah, bila dah sampai jodoh, semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  11. Wah, so sweet story. Apa pun tahniah yer Pha Is...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. jodoh pertemuan ditangan Illahi.. tahniah Pha Is :)

    ReplyDelete
  13. ada duit, jumpa pasangan jalan. hahaha. masih struggle simpan duit. haha.
    kt sunway xnmpk bini pha is p mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu dia ada conference kat tgkat 4.. hahaha

      Delete
  14. Alhamdullilah dipermudahkan jalan bertemu jodohnya.. Kdg apa yg kita fikir kalau bnda baik2 insyaAllah termakbul...

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. sambungannya, tunggu hujung tahun ni la kot.. hehehe.. doakan yang baik-baik..

      Delete
  16. Wah dapat tak kejar sidia..menarik cerita tuan ni

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)