Jenis helmet | kelebihan kekurangan


Alkisah…

Isteri : helmet abang dah teruk la. Dengan visor rosak tak boleh buka. Jom pergi beli helmet! Biy belanja!
Aku : serius? Okay. Tapi kali ni abang rasa nak beli helmet open face cukup la
Isteri : apa beza?
Aku : helmet open face tu yang biasa selalunya orang naik kapcai pakai. Tak tutup muka.
Isteri : kenapa pulak nak beli yang tu? Nanti abang nak pi ride macam mana?
Aku : dah kahwin ni rasa macam susah je nak pergi ride. Jadi rasa macam tak perlu je full face.
Isteri : tak pe la abang. Nanti abang pergi je la ride.
Aku : .................

"Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"


Gadis Bertudung Biru di Route 185 (simpang pulai menuju cameron highland)
penang-cameron-sungai koyan-raub-fraser hill-kuala lumpur-kuala pilah-penang
solo ride (kenduri di kuala pilah)
01.12.2017-03.12.2017

Jenis helmet | kelebihan kekurangan


Dah lama rasanya tak tulis pasal motosikal. Baru-baru ni semangat aku nak tulis pasal moto mula naik bila tengok popular entri aku bulan ini adalah MAINTENANCE YAMAHA YZF R25. Ramai pulak yang komen Tanya soalan kat situ.

Jadi kali ni aku nak berceloteh lagi pasal motosikal. Kali ni pasal helmet pulak. Helmet ni kalau korang nak tahu ada beberapa jenis. Kalau kat Malaysia yang selalu aku Nampak Cuma ada beberapa je. Kalau luar Negara mungkin ada beberapa jenis helmet tambahan yang orang akan pakai, terutamanya bila musim sejuk.

Antara jenis helmet yang ada :

1. Helmet open face


helmet open face jenama SGV, yang paling popular di Malaysia (sebab akan dapat free)

Juga dikenali dengan nama helmet tiga suku (3/4) disebabkan 3/4 bahagian kepala ditutup dengan helmet manakala 1/4 lagi adalah bahagian muka yang terdedah (tanpa visor). Kalau di Malaysia, kita tengok selalunya helmet jenis ni akan dipasangkan sekali dengan visor, tak macam luar Negara.

Keanu Reeves dalam iklan motosikal beliau sendiri, Arch Motorcycle

Kelebihan

-Tahap kejelasan yang paling tinggi. Wide view.
-Boleh pasang visor, dapat elakkan habuk, batu kecil, serangga, tahi burung, dan sinaran cahaya -matahari yang panas.
-Paling sesuai untuk kegunaan harian
-Agak murah berbanding jenis lain. Tetapi masih boleh cecah ribuan ringgit bagi helmet original jenama popular.
-Selesa
-Tidak panas

Arai SZ-RAM4 Pedrosa Samurai

Kelemahan

-Tak dapat lindungi muka untuk perlanggaran dengan impak yang kuat
-Perlindungan yang kurang berbanding fullface

2. Full face


bentuk asas helmet full face


Helmet jenis full face ni adalah helmet yang tutup muka penuh, kecuali bahagian mata sahaja yang ditutup dengan visor. Merupakan helmet pilihan utama bagi motosikal berkuasa besar, terutamanya motosikal jenis sportbike. (lihat entri  JENIS-JENIS SUPERBIKE). Tapi kadang-kala kapcai pun ada yang pakai jugak.

Helmet full face secara amnya dapat dibahagia kepada dua mengikut tujuan kegunaannya sama ada untuk sport atau touring.

full face sport


AGV Valentino Rossi Limited Edition Corsa Winter Test 2013 - The Double Face

Untuk full face sport, ianya dicipta untuk kelajuan. Jadi helmetnya lebih kuat, ringan, dan design yang sangat aerodynamic. Cuma fitting yang agak ketat sedikit supaya helmet tak gegar/goyang pada kelajuan tinggi dan pandangan visor yang lebih sempit.

full face touring


LS2 Motorcycle helmet FF390 Breaker

Bagi helmet full face touring, ianya dicipta untuk santai dan untuk perjalanan jauh. Jadi ianya lebih selesa dipakai. Helmet ini lebih besar supaya dapat ditambah dengan liang aliran udara yang baik dalam helmet. Sedikit longgar supaya lebih selesa, dan pandangan visor yang lebih luas dan jelas. Selalunya ditambah dengan visor gelap dalam helmet sebagai eksesori tambahan untuk lebih keselesaan dari pancaran cahaya matahari.

Kelebihan

-Perlindungan menyeluruh
-Kelihatan lebih macho
-Lebih Aerodynamic

Kekurangan

-Halga agak mahal. Paling murah pun dalam RM200++ dengan kualiti yang diragui.
-Muka pengguna tidak dapat dicam
-Lebih panas terutamanya bagi helmet full face berkualiti rendah.

3. Flip up


GIVI X.16 Voyager


Juga dikenali dengan nama helmet modular, helmet ini adalah jenis hybrid yang menggabungkan fungsi bagi helmet jenis open face touring dan full face. Bertujuan menggabungkan fungsi kedua-dua helmet tersebut.

Helmet ini mempunyai mechanisme khas supaya bahagian pelindung dagu yang terdapat pada helmet full face dapat diangkat/dikeluarkan, menyamai helmet open face.


Kelebihan

-Perlindungan muka menyeluruh seperti full face
-Pandangan yang lebih luas seperti open face
-Bahagian muka (dagu) boleh diangkat sekiranya panas.

Kekurangan

-Lebih berat
-Lebih mahal

4. Off road


KYT Strike MX Helmet Eagle Roulette


Nama lain bagi helmet ini adalah helmet motocross kerana sering dipakai bikers motosikal jenis motocross/off road dan dual purpose. Kini helmet ini turut dipakai oleh bikers supermoto dan funbike, terutamanya untuk aktiviti “stunt”. Helmet ini kebiasaannya tiada visor tetapi dilengkapi dengan google tambahan. (ada juga yang disertakan dengan visor)

kelebihan

-ranggi dengan cara tersendiri
-google helmet yang senang dibuka dan mudah dicuci.
-Perlindungan yang lebih baik dari aktiviti lasak dan stunt.

kelemahan

-rintangan angin tinggi, tidak sesuai untuk kelajuan

5. half (helmet kura)


Harley-Davidson Wheeler M04 Half Helmet

helmet half atau shorty adalah helmet yang menutupi hanya separuh kepala iaitu hanya di bahagian atas kepala sahaja. Juga dikenali dengan nama jalanan “helmet kura” di Malaysia. Helmet jenis ini banyak dipakai oleh biker kapcai tapi sangat sinonim dengan bikers motosikal berkuasa tinggi jenis easyride/softail/chopper.

Kelebihan

-Murah
-Mudah dipakai
-Sangat santai


Kelemahan

-Perlindungan yang paling minimum.
-Tidak sesuai untuk kelajuan
-Perlu eksesori tambahan seperli google untuk perlindungan mata.
-Kadang kala dipadankan dengan kain bandana untuk perlindungan hidung dan muka dari habuk jalanan.
-Terlalu ringan sehingga boleh diterbangkan angin sekirangan tidak diikat dengan kemas dalam kelajuan tinggi.
-Tidak mendapat kelulusan sirim
-Tidak mendapat kelulusan JPJ

6. Helmet Pintar


Skully-AR-1-Smart-Helmet


Sekarang ni semua benda dah canggih dan helmet pun tak terkecuali. Sudah wujud beberapa jenama helmet yang dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan pintar seperti GPS, kamera belakang, skrin paparan, speaker, dan sebagainya.


kelebihan

-Boleh tengok peta dengan sistem GPS sambil memandu
-Ada paparan skrin dari kamera belakang yang menunjukkan titik buta
-Boleh ride sambil dengan lagu dengan mudah


Kelemahan

-Mahal
-Sukar didapati kerana dijual di luar negara. Perlu tempahan khas melalui online dan penghantaran currier.

setel sudah celoteh aku pasal helmet. ada lagi ke jenis helmet yang aku tertinggal? mohon bagitau di ruangan komen. hehe




sumber dan rujukan
1. Zamir Yusof. (2016 Aug 3). 6 Jenama Helmet Motosikal Terbaik.ZAMIRYUSOF BLOG : Arkib Informasi Motorsikal Malaysia. dipetik dari http://zamiryusof.blogspot.com/2016/08/6-jenama-helmet-motorsikal-terbaik.html
2. ZY. (2017 Aug 13). Tip Pilih Helmet [SIRI 1]: Ketahui Jenis Helmet Pilihan Anda. PanduLaju.com.my. dipetik dari https://pandulaju.com.my/tip-pilih-helmet-siri-1-ketahui-jenis-helmet-pilihan-anda/
3. ZY. (2017 Aug 14). Tip Pilih Helmet [SIRI 2]: Ketahui 5 Kriteria Penting Ini Sebelum Beli Helmet. PanduLaju.com.my. dipetik dari https://pandulaju.com.my/tip-pilih-helmet-siri-2-ketahui-5-kriteria-penting-ini-sebelum-beli-helmet/
4. mStar. (2016 Aug 16). Henti Jual Topi Keledar Kura-Kura. mStar online. dipetik dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/08/16/henti-jual-topi-keledar-kura-kura/
5. Hamzah Osman. (2018 Feb 12). Topi keledar 'kura-kura' bahayakan pemakai. BH Online. dipetik dari https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/02/387688/topi-keledar-kura-kura-bahayakan-pemakai

Post a Comment

44 Comments

  1. teringat helmet lama, walau dah lama dan teruk, kenangan ngn helmet tu terlalu banyak...

    ReplyDelete
  2. saya pakai helmet open face sahaja. tapi letak bizer bogo.

    ReplyDelete
  3. banyak jenis rupanya helmet ni, kenal 2,3 jenis je. haha

    ReplyDelete
  4. Banyak betul jenis helmet tu bolehlah pilih yg mana brknan

    ReplyDelete
  5. wow! dah dapat green light. halahh. confirm balik hari. hahahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dah try mnta ride 2 hari 1 malam.. susah sikit..

      Delete
  6. helmet semua ni beribu kot. mampu pakai cap dolphin. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x semua beribu.. ada yang harga mampu milik..

      Delete
  7. Dulu pakai full face touring. Sakit tengkuk je rasa hehehe moto da jual. Skrg pakai givi flip up je.
    Nk sweet2 bawa la bini. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bini x mau naik sport.. tunggu angkat touring.. heheh

      Delete
  8. Helmet yang memberi perlindungan maximun perlu dipilih walau pun mahal. Tentu nya hobby riding ni untuk mereka yang berkemapuan kerana peralatan mesti serba serbi lengkap. Pandangan saya tak ramai anak muda kita yang berkemampuan. Mereka jika degil juga ingin bermotoran hanya merbahayakan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kebanyakan hobi pun lebih kurang saja. kalau betul yang kualiti dan betul minat, barang tu bukannya murah. dalam bab motosikal ni, yang penting keselamatan sebab melibatkan nyawa penumpang. terutamanya motosikal jenis kelajuan. (sebab ada peminat motosikal yang beli moto sekadar ingin memiliki saha ataupun jenis yang easy ride makan angin slow2)

      Delete
  9. banyak rupanya jenis helmet . hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak.. lain jenis lain keperluan, lain kelajuan.. hehehe

      Delete
  10. mcm best je yang siap boleh tgk peta tu.... naik iswara pun boleh pakai sebenarnya, baru nampak macam rally. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau rally pakai satria baru sesuai..

      Delete
  11. mesti pakai helmet mahai nk bg match dgn moto

    ReplyDelete
  12. Helmet pintar tu mesti mahal kan, survey helmet biasa pun RM80-RM150 yang cantik. Ini mau riban2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. helmet biasa tu helmet open face kan? kalau helmet lain susah nak dapat harga range tu.. hehehe

      Delete
  13. Mcm2 jenis helmet ni.. dpt helmet mcm black panther pun best juga hehe

    ReplyDelete
  14. Helmet kura tu kalau pakai menggoda kereta jpj ajak parking tepi jer...

    ReplyDelete
  15. Lelaki kalau ada motor, bagi hadiah helmet pun ok.

    ReplyDelete
  16. helmet kura tu bagi sy plg cun hehehe

    ReplyDelete
  17. bagus dapat isteri yang faham minat suami hehe. kami tau dua helmet ja. helmet biasa dengan helmet kura nama dia

    ReplyDelete
  18. Teringat zaman sekolah dulu.. Dok keluar pekan naik moto.. Klau cerita bab helmet tau helmet 88 tu ngan helmet kura ja..

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. x semua.. ikut brand jugak.. yg ori tapi bawah seribu pun ada..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)