Cinta selepas nikah dah tak relevan?


Tak tau kenapa semenjak dua menjak ni kat lawan twitter terutamanya, aku banyak terbaca tweet orang yang memperlekehkan mereka yang berhasrat dan bercadang untuk bercinta lepas nikah. Beribu retweet pulak tu.

Kebanyakan mereka menceritakan pengalaman sedih terhadap kenalan mereka yang nak bercinta selepas nikah, kahwin tanpa dating, rupa-rupanya pasangan tu kaki pukul la, gay la, dan macam-macam la.


Jadi, sebagai orang yang telah harungi sendiri bercinta selepas nikah ni, meh aku nak kongsi sikit kat sini pasal isu ni.

Wujudkah cinta selepas nikah?


disclaimer : aku bukan kahwin dengan budak umur 11 tahun yer. Isteri aku memang tinggi tu ja. hehehe...

Sebelum tu, meh nak cerita sikit perjalanan kisah cinta selepas nikah aku. Cewwah. Sikit je, nanti korang muntah pulak. Hahaaha..

Isteri aku ni, aku kenal dia kejap je, tak sampai setahun pun. Terjumpa, kemudian komen-komen di Facebook, Instagram, dan twitter dalam beberapa bulan, kemudian terus bertunang dan kahwin.

Aku nak sampaikan hasrat hati aku nak sunting dia pun, aku minta ibu dia jadi orang tengah melalui pm facebook ibu dia. Sebelum tu aku tak pernah pm dia pun kat fb, twitter, dan instagram. Whatsapp apatah lagi, sebab nombor dia pun aku tak ada.

Bila dah dapat balasan positif, next month terus jumpa family, bincang apa patut, bulan seterusnya terus tunang. Kemudian kahwin. Setel.

Tak macam budak-budak sekarang yang ambil masa bertahun-tahun bercinta dan mengenal hati budi sebelum kahwin. Kata mereka, masa “sesi” bercinta sebelum kahwin ni la kena kenal betul-betul dulu, kenal perangai, kenal marah dan rajuk pasangan macam mana, dan sebagainya.

Aku tak ada semua “sesi” tu. So, aku tak kenal sangat la isteri aku, tak macam orang lain yang kenal-mengenal dengan lebih lama dan mendalam. Aku kenal gitu-gitu je. Tapi so far Alhamdulillah, semuanya okay je. 

Kenal pasangan bukan hanya melalui dating



Jadi, macam mana aku memilih dia? Macam mana aku nak kenal dia? Tak kan aku membuta tuli je kahwin dengan isteri aku tu? hahaha

Aku pun sebelum memilih tu dah "merisik" sikit-sikit dah tentang diri dia. dah buat background check siap. Cuba tengok keluarga dia macam mana. Stalk sikit-sikit profil dia dan dari gaya penulisan dia kat laman sosial. Cukup tutup aurat ataupun tak, cukup "berhijab" atau tak, dari segi bahasa dan istilah, dsb..

Lepas dah bertunang, baru start chatting. Itu pun hal-hal kahwin sahaja. Cuma kadang-kadang dia akan whatsapp tanya aku soalan, aku jawab. Ada masa pulak, aku yang tanya soalan, dia pulak jawab. Sekadar nak tengok cara dia jawab soalan tu. dari situ je la nak kenal pun.

Bukan soalan biasa-biasa yer, tapi soalan KBKK/KBAT yang jenis memerlukan jawapan esei 20 markah! hahahaha.. 

Lepas tunang tu pun masih lagi tak keluar dating tengok wayang makan-makan macam budak-budak sekarang. Cuma ada keluar cari barang kahwin bertemankan mahram. 

Cinta selepas nikah tak relevan?


So, kalau ada orang Tanya aku, ya, cinta selepas nikah masih relevan pada zaman sekarang. Kisah cinta aku adalah salah satu dari buktinya. Tapi dalam masa yang sama, aku tak menafikan kewujudan cinta sebelum nikah.

Dan aku juga tak menafikan jika wujudnya konflik rumahtangga bagi mereka yang bercinta selepas nikah. Sebab aku ada kenal seorang kawan yang kahwin atas dasar cinta lepas nikah. Kahwin disebabkan dia tu pilihan hati emak mentua. Tapi akhirnya menjanda anak satu. 

Bagi aku, sama sahaja sama ada cinta sebelum nikah atau cinta selepas nikah, konflik akan tetap ada. Tak perlu nak skeptikal dengan mana-mana jenis. Konflik dan masalah rumah tangga tak memilih sama ada kahwin dengan cinta sebelum nikah ataupun selepas nikah.

Yang penting macam mana cara kita tangani masalah tu...





sumber screenshot twitter :
Janatunmaqwa. (2018 Aug 8). BERCINTA SELEPAS KAWIN TU TAK RELEVAN ZAMAN SKRG! Ini adalah thread. twitter.
dipetik dari : https://twitter.com/janatunmaqwa/status/1027138126383206402

Post a Comment

44 Comments

  1. Suka tgk Pha Is & Wife, semoga hgpa berbahagia sampai syurga.. Aamiiin

    ReplyDelete
  2. Terbaik la Pha Is. Sememangnya bercinta selepas nikah adalah terbaik dan terhindar dari bisikan syaitan...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. nanti timm kahwen kita tgok dia berbicara apa plak..

      Delete
  4. takberani nak komen pasal ni sebab belum kahwin hehehe

    ReplyDelete
  5. btul....risiko tetap ada, kdg kdg yang kita rasa dh sangat kenal, tiba tiba satu hari, dia berubah menjadi seorang yang langsung kita tidak pernah kenal...jodoh, pertemuan, ajal, maut...xmampu kita tentukan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia boleh berubah.. jadi jangan lah letak hati kepada manusia.. letakkan hati kepada Allah supaya Dia letakkan hati kita dan hati si dia kekal bersama selamanya..

      Delete
  6. Jodoh n perkhwinan adalh syukur Alhamdulillah dipertemukan Allah rezeki-Nya

    ReplyDelete
  7. pada pendapat aku, tak semestinya bercinta lepas kahwin tu tak bagus. bercinta sebelum kahwin pun ada jugak yg bercerai berai. banyak faktor-faktor yg memainkan peranan dalam bab2 perkahwinan ni. apa kata hang try buat satu entri pasal ni. nak harapkan aku, ntah bila la agak nyer entri tu akan siap. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. hg la pulak buat.. aku dah buat dah.. ada la jugak yg hg boleh update blog.. hahaha

      Delete
  8. budak2 sekarang dah byk cara nak dating... klu x dpt jumpa boleh dating kat wechat, facebook, video call whatsapp...ehhhh, mcm pernah buat jek

    ReplyDelete
  9. saya suka ayat ni

    Kenal pasangan bukan hanya melalui dating

    ReplyDelete
  10. terbaik la bercinta selepas nikah..

    yang penting bila dah jodoh tak akan ke mana-mana..

    duduk rumah jelah ..

    hahahaha...

    selamat pengantin baharu bro..

    moga kekal bahagia sehingga ke jannah..

    aamiin

    ReplyDelete
  11. Semoga sentiasa berbahagia dgn sepenuh rahmat dan keberkatan Illahi hingga ke syurga... aamiin ya Rabb.

    ReplyDelete
  12. yes! this one. husna once pernah ckp kat diri sendiri, boleh tak malas bercinta. mai jelaa jumpa parents pastu bincang semua then settle. hahahha igt kan dah tak wujud situasi yg surprise mcm ni. ada lg ye. :D

    alhamdulillah, tumpang bahagia. happy married pha is n wife. kenduri tu hari dah kena kerja, so memang tak bleh nak penuhi undangan. huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi husna dah ada yang sedang menanti kan.. hahahaha

      Delete
  13. betol bercinta bertahun2 last2 tak kemana. takdak hala tuju. hehehe.
    doakan nina pun bercinta lps kawen. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah la nina bercinta sebelum nikah atau lepas nikah.. yang penting jodoh berkekalan..

      Delete
    2. tulah belum tiba masa lg... in shaa allah harapnya dpt percepat nikah tu

      Delete
  14. Nikahh sebenarnya konsep sanggup menerima kekurangan kelemahan pasangan dgn melengkapkan dgn kekuatan kita. Saling melengkapi kn sb tu byk perkara kontra kita dn psngan kita kn... Bersyukur dan anggap perkahwinan tu 1 tanggungjwb dn salah satu kunci ke syurga... Amin semoga dikurniakan sebuah perkhwinan yang bahgia hingga ke jannah... ( kita pn brcinta lps nikah) hehe

    ReplyDelete
  15. Setuju sangat sebab saya pun kenal 3 bulan dengan husband terus tunang, lepas 3 bulan kemudian nikah. Alhamdulillah elok lagi hubungan bahagia ni walau dah nak masuk 7 tahun :D

    ReplyDelete
  16. cinta, bahagia dan rezeki setiap org itu acuannya berbeza2... cpt lambat, sblm or selepas... kita cuma boleh mengaturkannya...apa2 pn kembali kepadaNya... yg penting, kita tidak tersilap memilih... dan berdoa agar tidak tersilap memilih...

    ReplyDelete
  17. kami masih menyokong cinta selepas nikah sebab kami pun sama hehe

    ReplyDelete
  18. Saya pon menyokong cinta selepas nikah... Alhamdulillah... Saya dan suami pon cinta selepas nikah.

    ReplyDelete
  19. cinta selepas atau sebelum nikah masing2 ada pro and cons dia kan....terserah pada kita lah...moga abang dapat jodoh yang berkekalan sampai ke syurga...

    saya follow sini ya :D

    ReplyDelete
  20. Disclaimer tu kelakar. Moga kalian suami isteri bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  21. wujud tapi kena pasang niat nak nikah le..😁 kakau xda niat nak nikah.kenal2 dah ok bye cmtu jaa😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x de niat nk nikah, mmg sah2, haram dah.. hahaha

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)