Sebatang Pen Biru



Baru-baru ini kat instastory, blogger yang agak lama aku kenal dia sebelum ini (imantizz_truper pemilik blog cintasampaisyurgaabadi.blogspot.com) ada Tanya aku, “macam mana kenal wife?”. Fuh, sebok je nak tahu. Hahaha..

So, aku pun dah tak banyak idea nak menulis apa, aku pun share je la kat sini. Senang. Boleh cerita panjang lebar. Hahaha..

Semuanya bermula bila aku kena lapor diri kat JKN Penang untuk penempatan Farmasi FRP aku. Masa tu JKN masih lagi di bangunan KOMTAR. Lepas sampai kat lobi, aku cakap nak lapor diri, then orang tu suruh aku sign senarai kehadiran. Lepas sign, aku tengok semua list nama, mana tau kot-kot ada yang aku kenal.

Ada la beberapa nama yang aku perasan. Kebanyakannya nama-nama junior aku. Tapi tak semua aku tau muka. Cuma nama tu aku familiar dan pernah dengar je. Maybe friend kat FB.

Lepas sign kena isi borang. Aku pergi ke sofa tepi tu. Ada meja, senang aku nak tulis. Cuma ada sorang je budak perempuan duduk kat situ. Muka aku tak kenal. Lepas letak beg dengan helmet, baru aku perasan yang aku tak bawa pen. Alamak.

Pen yang aku sign tadi jenis dah ikat kat kaunter lobi. Hmm.. tak ada pilihan lain, try je la Tanya budak perempuan depan aku ni, nak pinjam pen.

“err.. boleh pinjam pen tak?”

Dia pun bagi la pinjam sebatang pen biru yang lengkap bersticker tertulis “Nabila punye”. Sambil aku isi borang, aku cuba ingat-ingat balik senarai nama yang lapor diri untuk hari tu. Sebab aku rasa ada 1 nama Nabila yang aku perasan ada dalam senarai. Aku cam sebab aku rasa nama tu familiar. Aku syak nama junior aku. Nurul Nabila Amer.

“Nabila Amer kan?” aku cuba Tanya. Dia angguk.

Owh, junior aku rupanya. Hahaha.. tak pelik pun kalau aku tak kenal sebab aku memang tak kenal sangat dengan junior. Lagi-lagi perempuan.



Tapi, itu la kan.. Kalau belum jodoh, kalau masanya belum sampai, belajar kat tempat yang sama bertahun-tahun pun, tak kenal jugak, tak terserempak jugak. Tapi bila masanya dah sampai, semuanya jadi.

Pasal pen tu, aku tak ingat macam mana, tapi aku simpan sampai habis lapor diri. Sama ada aku mintak kat dia nak pinjam sampai habis lapor diri, atau dia yang offer nak bagi pinjam sampai habis, aku tak sure.

Sebab masa briefing, pen masih lagi ada kat aku. then aku ke tandas. Keluar je dari tandas, semua dah keluar. Alamak, macam mana nak pulangkan pen ni. Aku Tanya orang yang brief tadi, dia kata semua kena pergi ke bangunan persekutuan jalan anson pulak.

So, kat sana jumpa dia lagi. Baru ada kesempatan nak pulangkan pen tu...

Sebatang pen biru
secoret pertemuan
pada baris cerita
kamu dan aku
yang menjadi kita

-pha is





Bersambung…..

Post a Comment

37 Comments

  1. Romantik gitu pha-is... Hehehe..

    ReplyDelete
  2. alaaa tasabar nak tunggu sambungan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la nanti macam mana kalau rajin.. hehehe

      Delete
  3. macam menarik. tak sabar tggu sambungannya~

    ReplyDelete
  4. Mana Cerita PM mesej facebook tu!!

    ReplyDelete
  5. WAH MENARIK KISAH CINTA PHAIS..BEGITULAH KALAU JODOHNYA TERSURAT

    ReplyDelete
  6. yg last puitis...kalau dah jodoh, x kemana...

    ReplyDelete
  7. ecece... romantik betul jalan citer pertemuan korang.

    ReplyDelete
  8. kalau dua-dua berkenan apa salahnya bro..

    cuna dan terus mencuba..

    pasti boleh punya

    ReplyDelete
  9. cepatlah sambung....tak sabar nak baca...curios gak ni...plus sangat menarik macam dalam novel 'Aku mahu kamu'. novel tu pun start dengan sebatang pen gak. pen biru luar dia kaler oren. Tapi dorang jumpa dekat bank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x pernah baca novel tu.. kebetulan je nih..

      Delete
  10. Intro cerita real life yang menarik . . .

    ReplyDelete
  11. menarik nih..tak sabo nk tau part seterusnya..

    pen merah, pen biru..

    ReplyDelete
  12. Amboi..boleh buat novel Pen ke Jinjang Pelamin ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. susah macam tu.. novel kena detail.. tapi nk share detail sangat pasal private life..

      Delete
  13. Wah, macam tu rupanya kisah bermula. Hehe...

    ReplyDelete
  14. teringat bila kecik, suka tulis ayat pen merah pen biru. pantun klise sungguh la. haha

    ReplyDelete
  15. ni yg rs nk taip skrip n hntr produser drama hahaha #gurau

    ReplyDelete
  16. gitu citer dier...bg pijm pen,pastu buat harta skjap smpi lupa nk pulang..sudahnya jadi cerita perkenalan dgn wife disitu kan..hehe

    ReplyDelete
  17. hihi, suka dgr cerita love story, tambh2 klau lelaki yg cerita.aura dia lain tau, tak mcm pmpuan..
    sila sambung lagi pless!!

    ReplyDelete
  18. Ok la lepas ni sy pun akan ke JKN utk lapor diri rasanya. HAHA!

    ReplyDelete
  19. Romantis ni.. alhamdulillah.. sweet :)

    ReplyDelete
  20. oh kerana sebatang pen rupanya jumpa bini.. hahaha. so sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. jodoh datang dengan cara yg tak disangka.. cewwah.. hahaha

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)