Kejadian pagi tadi masa aku bergerak keluar dalam perjalanan dari rumah menuju ke tempat kerja, berlaku dua insiden. Satu pasal Tendang dan satu lagi pasal Lampu Merah.
Kes 1 : Lampu Merah
Si bapa naik motosikal Honda RS150 bawa anak berbaju sekolah putih kat belakang. Sampai di simpang 4 trafic light, kalut dia tengok jam di tangan. Mungkin sudah lambat benar, fikirku. Dan kemudian selepas ditoleh ke kiri dan kekanan, terus maju memecut laju walaupun lampu isyarat masih merah.
Hanya sayu sahaja mata aku melihat dia pergi. Bila besar nanti, aku rasa si anak pun fikir, “oh, dulu bapak aku boleh je langgar lampu merah. Tak apa, tak salah.”
Dan tak mustahil jika ‘pengajaran hidup’ ini terus diajar kepada anak cucu beliau jugak. Maka jadilah 1 keturunan jenis tak reti nak ikut lampu isyarat. 1 keturunan langgar lampu merah.
Kes 2 : Tendang
Di hadapan aku ada seorang mamu naik motosikal Yamaha Y15ZR biru. Tiba di simpang 3, muncul kereta keluar dari simpang yang hampir membuatkan mamu tadi terlanggar mereta tersebut.
Aku lihat marah betul mamu tu. Tak cukup dengan hon, diangkatnya kaki macam nak tendang kereta tu. Aku yang hanya lihat dari belakang turut tersentak. Walaupun memang jelas salah kereta, tapi aku faham, kadang-kadang tak perasan. Murphy’s Law.
Mamu yang sama aku ikut sehingga ke simpang 4 trafic light tadi. Elok je dia berhenti di sebelah si bapa yang menunggang Honda RS150 membonceng anaknya yang berbaju sekolah.
Setelah si bapa dan anaknya meluncur laju melanggar lampu merah, si mamu pun turut sama ikut sekali. Masing-masing tak nak kalah, berlumba-lumba mengerjakan kesalahan lalu lintas.
Aku cuba bayangkan, kalaulah ada kereta yang keluar simpang masa tu kerana laluan dia menunjukkan lampu trafik berwarna hijau, lantas hampir langgar mamu tu tadi, mesti pemandu kereta tu marah-marah sambil hon.
Cuma aku tak pasti macam mana pemandu kereta tu nak tendang tanda protes dalam kereta beliau.
30 Comments
kadang kadang kita tengok orangnye biasa biasa saja, tpi bila dia memandu, baru tahu penyabar ke tidak penyabar orangnya, boleh bertolak ansur ke tidak boleh bertolak ansur orangnya...
ReplyDeletebetol2..
Deletebiasa tengok dah orang langgar lampu merah ni. maybe dah jadi kebiasaan utk sesetengah rakyat Malaysia. cuma bab tendang tu jarang berlaku.
ReplyDeletep/s: weyh, 1hb Jun hari tu hang ada function kat The Light Hotel ek. macam hang, tp nak tegur takut salah orang pulak.
yup.. ada majlis buka posa dengan anak yatim.. hehehehe
Deletekenapa x tegur? aku x perasan pun..
Ada je orang macam ni sebenarnya.. cuma bila nampak kejadian macam ni, berdoa moga dia selamat hendakNYA walau pada hakikatnya membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.. :(
ReplyDeletetu la kan.. at least berdoa kalau dia nak kemalangan pun, x kacau orang lain..
DeleteEii sibuk sangat duk langgar lampu isyarat kang tak pasal pasal masuk hospital
ReplyDeleteErni Hasmiza
kalau masuk sorang2 xpe.. jangan libatkan orang lain..
DeleteKesalahan berantai 😁 salam singgah, follow done
ReplyDeletethanks..
DeleteKalau kena tahan sbb langgar undang2 jlnraya beri alasan apapun xmempan tu..saman mesti byr heh..heh
ReplyDeletelepas tu mintak "kawtim".. hmm..
Deletesha selagi takhijau tak kisah la takdak orang atas jalan pun sha tak lintas haha #followsini
ReplyDeletebagus..
DeleteRamai jugak yg naik motor kat sini main jalan je kat trafic light time merah, especially ptg atau malam... tp klu aku bawak moto pun rasanya buat perkara yg sama kot.. penat nk nunggu jln clear haha :D
ReplyDeletex boleh macam tu.. lain la kalau jalan klear sah sah..
Deletehaha! timm lnggar lampu isyarat pepgi subuh jer sbb tak ada org..hihi, time bzy xbraniii..
ReplyDeleteamboi.. berani timm ni
Deletekita yg selalu seriau tgk depa ni berani sgt kan..
ReplyDeletebetol2
Deletehaih depa ni awat prangai cemni tah.. sabaqlaa sikit ajar diri tu bersabar. anak2 tengok perangai orang yg lebih muda tengok perangai lama2 jadi ikutan bila nak stop ? Phais jangan buat gitu !!
ReplyDeleteinsyaAllah.
DeleteKita tak boleh emotional bila diatas jalan raya.
ReplyDeletewaktu kat tempat lain pun kna kontrol emotion jugak, bukan atas jalan raya saja.. heheh
Deletehmm camtu pun rasa tercabar ke? adoiii tapi pernah juga ternampak situasi camni masa kat trafic light. tahlahhh nape diorang ni asyik nak gaduh je
ReplyDeletehahha.. tu la.. ikut perasaan sangat..
DeleteAllahu.sikap mnusia skrg kan.ade yg tgh bwa ank pula tu,xrisau ke jadi yg xbaik.malang tu xberbau.kenala sentiasa beringat,kan. yg mamu tu pula, alahai..kot mra benau smpai angkt kaki gitu..hon tu xpe la lg..hmm masing2 kena beringatla.kalau kita bhati2 sklipun tp org lain x, same juga ksudhannya.
ReplyDeletebetol.. kadang2 kita dah hati2, tapi orang lain yang buat taik, kita yg terpalit sekali..
Deleteni semua masalah dalaman diri
ReplyDeletebetoi..
Delete