Kerana Aku Tak Cukup Makan


Seperti yang pernah aku cerita dalm entri bertajuk Antara Jodoh Dan Makan Tak Habis, antara "pantang" dalam kamus hidup aku adalah "pantang makan tak habis". Sekali makan, pinggan aku kalau boleh kena habis licin. Sebutir nasi pun tak mau ada baki.

Pantang Makan Tak Habis


Sampai tahap aku kalau makan kat kedai, jarang ambik lauk ikan atau ayam sebab lauk ni ada tulang. Nanti lepas makan ada saki baki tulang dalam pinggan. Nanti pinggan tak licin dan nampak macam makan tak habis.

Kerana Aku Tak Cukup Makan


Semuanya bermula masa aku kecik-kecik dulu. Sebab aku bukan orang yang lahir dari keluarga yang senang. Sampai nak makan pun tak cukup! Dah habis makan pun lapar lagi. Sampai gigit-gigit tulang yang ada bila dah habis makan sebab masih lapar.

Bukan takat tu je. Siap gaduh adik beradik berebut makanan sebab tak cukup makan. Bila ayam ada 5 ketul, tapi kami 4 beradik ja. Bergaduh la kami berebut ayam yang lagi 1 ketul tu.

Jadi, sebab tu la bila setiap kali makan pinggan mesti licin punya. Tulang pun selagi boleh aku pepak*, aku pepak telan.

Makan sayur


Bila aku start masuk asrama masa aku tingkatan 1, makanan kat asrama plak tak cukup. Yer la, kat asrama mana boleh tambah lepas makan.

Dah la kat sekolah jarang ke kantin. Terutamanya sejak aku tingkatan 3 sampai 5. Memang masa tu aku pegang rekod tak pernah pergi kantin. Bukan sebab boikot, tapi sebab tak cukup duit. Tak cukup duit sebab main kut* dan simpan duit nak beli PS2 masa tu (last-last aku guna duit tu beli fon pertama aku. rujuk entri benda yang aku hampir nak beli, tapi terbeli benda lain.).

Jadi, makan je la apa yang ada kat asrama. Kalau serve sayur yang cair tawar tak sedap pun, makan je la sebab lapar. Kalau tak makan, nak harapkan lauk dengan nasi je memang tak cukup.

Dan kat sana aku perasan ramai student tak makan sayur. Jadi aku la tukang pau* sayur budak yang tak makan nak bagi kenyang. Dari tak suka sayur, terpaksa makan sebab lapar, sampai la last-last suka sayur!

Ibaratnya macam aku dah mula dapat terima cinta sayur yang walaupun tawar, tapi tanpa jemu buat aku kenyang setiap hari masa aku lapar kat asrama. Cewwah...

Sampai la sekarang, kalau aku makan nasi campur kat kedai makan atau nasi kandaq kat kedai mamak, mesti aku akan letak sayur. Dah biasa. Semuanya bermula kerana aku tak cukup makan.

Budaya membazir makanan



Sebab tu aku agak sedih bila tengok orang lain makan tak habis dan membazir makanan. Mungkin diorang tak pernah rasa susah macam aku dulu yang sentiasa rasa lapar tak cukup makanan.

Contoh macam kat buffet diner ataupun buffet ramadhan, ambil makanan banyak-banyak tapi pinggan akhirnya penuh dengan sisa makanan yang tak habis. Sedih. Bak kata mak-mak melayu dulu-dulu, nanti nasi tu menangis.

Mungkin kerana aku tak cukup makan, aku tahu hargai setiap lauk, setiap kuah, dan setiap butir nasi yang terhidang dalam pinggan. 




*Daftar kata

Pepak : memepak memamah, mengunyah.
[Kamus Dewan Edisi Keempat]

Kut : kutu
[Glosari Dialek Pulau Pinang]

Kutu ii :  sj usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi, sinoman, arisan
[Kamus Dewan Edisi Keempat]

 Pau : perbuatan meminta sesuatu
[Kamus Pha Is]

Post a Comment

43 Comments

  1. samalah.. kita dulu duk serama pun mana pernah p kantin.
    duit ada cukup2 wat tambang balik rumah cuti penggal. satu penggal = 3 bulan lebih duk asrama..makan la apa yg dewan makan bagi..kenangan tul. makan sampai licin tu wajib bagi orang kurang have have macam kita nih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama.. duk asrama bagi orang lain maybe makanan sana tak sedap.. tapi bagi yang kurang have have ni, makanan kat asrama tu la makanan mewah yang pernah rasa..

      Delete
  2. ohh lupa bagi tau.. kita dah polow sini sekali link kat blog kita, senang nak ulang datang

    ReplyDelete
  3. makanan sepatutnya tidak dbazirkan....kira la cukup makan atau lebih makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. x kira la cukup makan atau tak, makanan tetap rezeki..

      Delete
  4. Anak2 zaman sekarang mungkin perlu 'disusahkan' sedikit untuk memberi sedikit pengajaran. My two cents....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju..jangan manjakan sangat anak2, tak elok. ajar anak supaya tak semua yang dia nak, dia dapat. kena usaha.baru dia hargai apa yang ada..

      Delete
  5. tapi bila tengok kat restoren skrg ni bersepah orang makan x abis

    ReplyDelete
  6. yang mana yg tak pernah merasa kesusahan, tak kan pernah timbul rasa utk menghargai makanan.

    ReplyDelete
  7. Sama ka... Mak selalu pesan kecik2.. Sat g nasi reyau klau xhbis..so smpai ke besar dok teringat..nasi akan reyau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian nasi suka gheyau.. low self esteem betul nasi tu.. hahha

      Delete
  8. ngeh3, timm kalau bab mkn mmg licin, sama la perangai tu..
    sampai kwan slalu ckp, xrugi bwak hg mkn mna2, confirm licin n xmmbazir..ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tak pernah je tengok timm makan.. hahaha

      Delete
  9. Baca entry ni teringat zaman akak kecik dulu. Susah.. masa tu rumah arwah Wan akak takde 'air dalam besi, api dalam kaca'. Walau nampak kekurangan a.k.a miskin tapi kami tak mengemis meminta2. Syukur dengan apa yang ada.

    Akak tak pernah manjakan anak2. Makan seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada. Tak suka apa yang akak masak, jangan makan. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la kalau macam tu.. tak boleh nak rasa hidup senang sntiasa.. susah nnti.

      Delete
  10. kita serupa..pengalaman dulu mendewasakan kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. lain orang mungkin x pernah merasa apa yg pernah kita rasa.

      Delete
  11. saya dalam golongan sederhana.. cuma masa saya di asrama, bapa saya jarang melawat (mak dah meninggal), kalau datangpun jarang bawak makanan (orang lelaki mmg gitu)..jadi pada saya makanan asrama sangat sedap sebab kalau kat rumahpun saya jugak yang masak...saya heran kenapa rakan rakan lain jarang makan licin macam saya...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. lain orang lain cara hidup.. mereka tak tahu lauk kat asrama tu la lauk mewah kita..

      Delete
  12. makan tak abis nie dah dah mcm jadi tabiat. kalau dah terbiasa ssh nak habiskan makanan tu dan akhirnya membazir..kira bagus la dapat habiskan makan pepak sampai licn.elakkn pembaziran

    ReplyDelete
  13. abe kie ambik nasi setakat mana yg rasa boleh abiskan. jrg benar menambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. hebat.. saya ni nafsu makan kuat sikit.. hehehe

      Delete
  14. Bab membazir tu, macam-macam cerita menakutkan yang akan keluar kalau kita tak habiskan makanan dulu-dulu. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu.. pantang orang tua2, kalau tak nak bagi budak2 buat sesuatu, dia akan kaitkan dengan unsur2 yang menakutkan, kadang2 mistik, seupaya budak takut dan x buat bnda tu..

      Delete
  15. Betul..Kalau kat buffet tu lauk hot macam ketam lagilah cepat licin, semua nak ambik banyak-banyak tapi end up tak habis pun. Bazir.

    Mai pun sejenis makan pepak ayam sampai ke tulang. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kita yang x sempat ambik ni panas je tengok diorang tak habiskan.. hahaha

      Delete
  16. Nak sedih tapi cerita kitorang satu family lagi sedih kot. Adik beradik 13orang, bayangkan je la tahap kebulur makanan tu macammana..haha

    ReplyDelete
  17. Zumal pun kalau boleh pepak tulang tu memang pepak sampai tinggal yang tak boleh makan jer. Stress tengok orang makan tak habis...

    ReplyDelete
  18. org malaysia kaya dgn makanan allah bg rezeki tp bab makan sampai membazir. salah satu budaya juga bila kecik2 mak ayah xajar supaya habiskan makanan

    ReplyDelete
  19. mereka yg x pernah rs hidup susah x mengerti bertapa sukar hendak mencari sesuap nasi

    ReplyDelete
  20. Pernah juga rasa susah mcm tu.. tp sutujulah dgn PhaIs. Kdg2 klu review bufet atau makan kat restoran pun kita boleh tngok org ambil mudah tak hargai makanan. Banyak lagi baki makanan kat pinggan, lagi tambah ambil yg lain. Perkongsian yg baik utk peringatan dan renungan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sedih sangat bila tengok macam tu..

      Delete
  21. setuju
    saya pun kalau makan memang licin
    kadang-kadang tengok kawan-kawan makan tinggal nasi dan lauk tak habis...rasa macam sayang gila...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)