Dah lama tak tulis entri pasal motosikal.
Sebagai seorang rider single tapi akan menamatkan zaman bujang beberapa hari sahaja lagi, antara perkara yang aku fikirkan adalah cara supaya aku dapat kongsi hobi aku ni dengan my future wife.
That’s the dream!
Tapi masalah mula timbul bila moto aku sekarang, Yamaha YZF R25 bernama GadisBertudungBiru termasuk dibawah katagori “sportbike” yang agak tak mesra penumpang, terutamanya penumpang muslimah.
Terutamanya bab posisi badan. Bagi sportbike, posisi penunggang pun dah kena tunduk menonggek, apatah lagi posisi penumpang di belakang yang seat lebih tinggi, yang sememangnya memerlukan posisi yang lebih seksi dan berahi. [Lihat entri Naik Superbike Kena tonggek]
Superbike mesra pembonceng muslimah
Jadi antara plan aku untuk masa hadapan adalah untuk tukar jenis superbike bila nak upgrade cc nanti. Antara beberapa model middle-weight level superbike yang sedang berlegar dalam fikiran aku sekarang antaranya dari jenis naked bike, sport touring bike, ataupun chopper.
Naked bike
Walaupun berbanding dengan sportbike, naked bike lebih selesa dari segi posisi tunggangan, tetapi sebenarnya tak banyak jauh sangat perbezaannya. Masih kena tunduk, Cuma tunduk yang santai. kelebihannya, masih boleh nakal layan koner walaupun tak sehebat sportbike.
Antara sedang dalam pilihan aku termasuklah :
1. Honda CBR650
2. Yamaha MT 09
Sport-Touring bike
Sport touring bike ni posisi memang sangat selesa. Badan tak perlu tunduk dan Nampak posisi tunggangan yang lebih sopan dan ‘steady’. Masih boleh seronok layan koner tapi tak boleh merapat sangat la disebabkan body selalunya lebih besar dan berat untuk counter stearing.
Antara yang aku dok pandang-pandang termasuklah :
1. Benelli TRK 502
2. Kawasaki Versys 650
3. Yamaha MT 09 Tracer
Chopper
chopper ni paling rileks dan paling steady dari segi posisi badan. kelemahan utama, konfom dah tak seronok nak layan koner sebab design dia yang agak inconvenience untuk ambik selekoh tajam dengan kelajuan high speed corner.
so far yang aku dok ushar dari jenis ni cuma 1 model je:
1. Kawasaki Vulcan S
korang pilih yang mana? cadangan?
p/s : #2HariMenantiCinta !
24 Comments
singgah sini n follow
ReplyDeletethanks..
Deletetahniah..selamat pengantin baru phais dan pasangan semoga bahagia hingga ke jannah
ReplyDeletepilihan moto tu kena tanya bakal wife dia yang duk kt blkg tu..hihi
thanks El...
Deletetu la.. tunggu lepas kahwin baru nk berbincang.. hehehe
betui. Kami naik moto ng laki kami pun sama. walaupun moto LC ja, tapi taku takut gak kang ternampak macam pic yg kat atas tu naya
ReplyDeletepic yg atas tu kalau sport bike mmg mesti jadi macam tu punya.. tapai kalau naik kapcai x ada masalah, cuma jaga baju dengan tudung ja sebab kalau laju dia terbang nnti terselak..
Deleteseeloknya pakai jaket dengan kemas dan tudung masukkan dalam jaket, baru kain tudung tak terbang n terselak. baju pun kena labuh supaya boleh duduk atas baju masa duduk, baru tak terselak.
selain tu, pakai lah seluar.. walaupun pakai kain berstokin panjang, tetapi nampak bentuk betis kering.. tak elok..
Kalau Mrs. A semestinyalah chopper rilex je cara duduknya.
ReplyDeleteSesuai dengan faktor usia yang dah matang aka tua huhuhu....
tua tapi jiwa muda xpe.. hehhe
DeleteWah lagi beberapa Hari lagi ke.. Tahniah ye
ReplyDeletethanks..
DeleteSelamat pengantin baru....
ReplyDeletethanks..
DeleteSelamat pengantin baru. nampak best semua superbike tu :)
ReplyDeletethanks..
DeleteAlAlhamdulill . Sampai sudah jodohnya ye.. Tahniah.. Cantik-cantik model motor yang dikongsi tu..
ReplyDeletealhamdulillah..
Deletesetia dgn ex5 😆😆😆😆
ReplyDeletebaguslah.. hehehe
DeleteSport touring bike ni slalu nmpk org dok jln jauh mcm p travel tu..
ReplyDeleteyup.. mmg selesa walaupun jalan jauh..
Deleteaku cadangkan Yamaha MT09 Tracer. cadangan drpd segi design body la. bab lain aku tak reti. huhuhu...
ReplyDeletehahaha..
DeleteKena bagi tunang baca entry ni lah, hahaha.
ReplyDeletehahaha,... memang patut kna tunjuk kat dia nih.. hahaha
Delete