Kenal tak ikan puyu? bagi sesiapa yang kenal, kemungkinan besar masa kecil-kecil dulu mesti dia tinggal kat kawasan kampung yang berdekatan dengan sawah padi. Tapi tak ramai yang tau sebenarnya ada beberapa kisah mistik berkaitan dengan ikan puyu ni. Pernah dengar tak?
Ikan Puyu Penghalau Penanggal
Cuba tengok gambar ikan puyu tu. Tajam kan sirip dia? Disebabkan ikan puyu ni sisik dan siripnya yang tajam, ikan ini antara ikan yang khabarnya ditakuti oleh makhluk bernama penanggal disebabkan duri yang terdapat pada sirip ikan ini.
Fungsinya sama seperti daun mengkuang yang tajam yang diletakkan dibawah rumah terutamanya oleh tok bidan semasa menyambut anak baru lahir, bagi menghalau penanggal semasa proses bersalin kerana khabarnya, uri bayi baru lahir ni makanan feveret penanggal.
Ini jugak antara sebab knapa wujud petua uri ditanam dengan paku atau benda2 tajam disebelahnya, dan beberapa pantang larang yang lain semasa menanam uri seperti tak boleh toleh ke kiri dan kekanan, tak boleh bercakap, dan sebagainya.
Puyu vs Lampam
Orang yang pernah memancing joran buluh di tali air (ban) mesti tahu kalau ada ikan puyu, mesti ada ikan lampam. Ibarat dua spesis ikan ini sentiasa ada bersama.
Sifat ikan lampam yang lembut, licin dan tidak tajam pula menjadikan ikan ini antara ikan kegemaran penanggal terutamanya isi perut ikan lampam.
Puyu penghalau gangguan makhluk halus
Selain itu, ikan puyu jugak turut dipedomankan dibela di dalam rumah yang selalu terdapat gangguan makhluk halus kerana rupa ikan ini yang tajam dan sifatnya yang tidak tidur, khabarnya makhluk halus susah nk kacau penghuni rumah yang terdapat didalamnya makhluk yang tidak tidur.
Kononyalah, mengikut pesan orang tua-tua. Antara cerita-cerita yang biasa didengar oleh budak2 kampung macam aku ni. Ada sapa-sapa lagi budak kampung yg nak tambah?
disclaimer : ini cuma aku yang aku pernah diceritakan masa aku kecik-kecik dulu oleh orang melayu tua-tua. kesahihannya, Wallahu a'lam
42 Comments
pernah bela ikan puyu org kasi, tapi lepas tu hilang dari kolam, melompat agaknya...
ReplyDeletemisteri tuh.. hahaha
Deletedulu ms kecik2 suka mancing ikan ni esp time hujan n blkg rumah air naik... tp x penah pulak dgr cerita ni ;-)
ReplyDeleteha.. kalau time hujan ni mmgpossible nk dapat ikan ni tinggi.. mak saya kata sebab masa hujan ikan ni lapaq..
Deletetak pernah dengar lagi ni..
ReplyDeleteilmu baru.. hehehe
Deletesaya bela ikan puyu di rumah...
ReplyDeleteada sebab tersirat ke, atai saja2..
Deletekat rumah mertua e'in ade ikan puyu.. ade sekali tu waktu maghrib, tetibe ikan puyu kat dalam bekas tu macam bising and aktif.. tetibe memasing yang ade kat ruang tamu tu rase seram termasuk e'in.. huhu
ReplyDeletehaa... ada makna tuh..
Deletepernah dgr jgk kisah ikan puyu ni..
ReplyDeleteIkan permukaan perairan, yaitu ikan yang mencari makanan di permukaan air. Biasanya, ikan type ini menggunakan waktunya lebih lama ada di susunan atas perairan.
ReplyDeleteowh.. thanks atas maklumat tambahan
DeleteDulu pernah juga bela ikan puyu hasil memancing dalam parit...
ReplyDeletesaya memancing kat tali air (ban)
DeleteDulu2 mmg suka mancing ikkan puyu kat bendang...org tua2 bercerita brdsarkn pngalmn mrk
ReplyDeletebudak bendang jkalau x pernah mancing ikan ni x sah la.. hehehe
Deleteselalu juga dgr kisah ikan puyu dgn kisah2 mistik ni..
ReplyDeletetakut x? hehe
DeletePernah dgr gak.. Bela ikan puyu ni nak elak benda2 halus la.. Dia bole detect klau ada benda mai....
ReplyDeleteha.. lebih kurang macam tu la.
Deleterupanya itu kisah ikan puyu... akak tahu makan jer... keke
ReplyDeletehahaha..
Deletepernah dengar kalau bela ikan putu dalam rumah boleh elak kena pukau..kan selalu ada kes pencuri pakai pukau untuk mencuri...betul ke tak? cubalah :p
ReplyDeleteboleh try cuba.. ikhtiar.. hehehe
DeleteKisah tu pun lebih kurang sama dengan kisah yang Mrs. A dengar.
ReplyDeleteKenal sangat dengan ikan puyu sebab Mrs. A memang asal kampung pun.
Dah tu pulak Abang Lang Mrs. A memang kaki pancing dan menangguk ikan ke udang ke etc. Pernah jugak bela ikan puyu yang Abang Lang tangkap tu tapi we all adik-beradik selalunya clash part bila nak kena tukar air ikan tu hahahhaaaa...
hahaha.. semua pakat rajin nk tukar air ke macam mana.. hahaha
DeleteSatu petang lepas hujan saya jumpa ikan puyu melintas jalan ( tiada air bertakung atas jalan tu)
ReplyDeletedia terbang ke macam mana tuh? hahaha
DeleteSaya pun bela ikan puyu di rumah.. mmg terbiasa dari kecil ada ikan puyu ni. klu x mcm tak best je takde ikan hehe
ReplyDeletejarang tengok orang bela ikan ni sebenarnya.. rare..
DeleteDulu mak saya bela 2 ekor, pastu dedua mati..hurm..
ReplyDeletelepas tu makan tak ikan tu? hehehe
DeleteMak saya Ada beli seekor.. esoknya bila tengok ikan tu hilang..ikan tu letak dlm balang kecik je dlm rumah..balang tu tutupnya terbukak tapi ikan tadi..kalau melompat mesti ada air merecik tapi takde langsung..sampai skang tak jumpa..apa maksudnya tu ek?
ReplyDeletewallahu a'lam..
DeleteLepas hujan jumpa ikan puyu..kt tepi kereta..xtau mana dtg ikan puyu..kesian kt dia..terus beli aquarium..bela dia..nampk aktif...
ReplyDeletemasih hidup?
DeleteSy pun bela ikan puyu sekor..bile time malam tepat pukul 11 die melompat² dalam aquarium.. Agak² ape yg puyu 2 nmpk ye🤔
ReplyDeletewallahu a'lam..
DeleteSaya pernah bela ikan puyu dulu, tapi selapas saya ambil dari bendang, besok bangun pagi rupa-rupanya mimpi...
ReplyDeleteIkn puyu hilang sekor tp lpas seminggu tb2 muncul blk kt longkang rumah yg kering.pelik jugak mcm mn bole hidup tnpa air seminggu???
ReplyDeleteSaya bela sebab senang nak bela. 1st ikan bela ikan emas sbb anak minta nak bela kucing kami tak bg.. mati waktu 1st time tukar air.. Sebab dah ada akuarium tp kosong, pak ndak sy bagi 2 ekor ikan puyu. Sampai skrg bela iman dgn daud nie.. Senang bela. Balik kg seminggu pun dia hidup lg. Letak makanan lebih sebelum balik kg. Kadang2 tgh malam tiba2 dia aktif seram gak, bukan apa sebab teringat cerita2 mistik mcm nie la.. Haha
ReplyDelete