Aku terima nikahnya Nurul Nabila....


Semasa entri ini dijadualkan untuk di-auto-published, jika kesemuanya berjalan lancar, aku dijangkan sedang dalam proses bertukar status daripada bujang kepada suami orang. Tulis entri ni siap-siap sebab takut hari kejadian ni aku sibuk.

Aku Terima Nikahnya...


Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam, dengan limpah karunia dan izin-Nya, serta syafaat kekasihNya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan karomah Ibu dan hikmah Bapa, dan dengan doa-doa keluarga dan sahabat semua, jodoh antara kami berdua yang telah tertulis di Lauh Mahfuz telah selamat dizahirkan ke alam nyata pada hari ini.

Aku terima nikahnya Nurul Nabila....

Doakan kami.. J

Jodoh itu sampai bila waktunya


gambar ketika majlis pertunangan, Jun 2017

Dari tahun 2015 lagi aku dah pasang azam untuk tamatkan zaman bujang pada tahun 2018 melalui azam #1092HariMencariCinta. Alhamdulillah, termaqbul.

Sedikit pasal latar belakang kami, aku dan Nabila ni sebenarnya sama-sama student Farmasi kat USM. Tapi sepanjang aku belajar kat sana, aku tak kenal pun budak ni walaupun dia junior 1 tahun ja! hahaha..

Itulah kata orang, jodoh itu sampai bila tiba waktunya. Kalau waktunya belum sampai, walaupun belajar sekali, tetap tak kenal, tak pernah terserempak. Tapi walaupun bila dah kerja kat tempat lain-lain, kalau masa dah tiba, jadi jugak akhirnya.

Bertemu atas taqdir, disatukan dengan jodoh yang dimulakan oleh pihak keluarga. Yup, boleh dikatakan jodoh kami dimulakan dengan pilihan keluarga...

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kita berdua
Dua jasad menjadi Satu
Hidup mati jadi bersama


Jadi bagi yang masih mencari tu, jangan stress. Rilex.. jodoh tu dia macam rezeki. Dia datang kadang-kadang dengan jalan yang tak disangka.  


Jodoh itu tak ada yang tahu.. Seberapa kuat  menggenggam, seberapa jauh berjalan, seberapa lama bertahan, walaupun seberapa banyak cinta dan seberapa kuat perasaan ingin memiliki, Jika bukan jodoh yang tertulis di Lauh Mahfudz maka tak kesampaian juga.

Hanya terus lakukan yang terbaik. Jangan kerana fikir jodoh telah di tentukan Allah, jadi tak ingin berusaha dan hanya duduk diam tanpa memperbaiki diri dan tak pernah melakukan yang terbaik. J

p/s : #0HariMenantiCinta

p/s 2 : kenduri belah laki lambat lagi. Nanti aku jemput untuk rakan blogger..

Post a Comment

45 Comments

  1. بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ =) kami tumoang gembira

    ReplyDelete
  2. AlAlhamdulilla.. Tahniah Pha Is.. Barakallah ye..

    ReplyDelete
  3. Wahh akhirnyaa. Heheh. Barakallah Pha Is dan isteri!

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk mempelai! semoga kekal hingga ke akhirnya...

    ReplyDelete
  5. barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fi khair

    ReplyDelete
  6. Tahniah Pha Is, selamat pengantin baru yer. Semoga berbahagia hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  7. Tahniah dear. Selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah saudara. Kau dah lalui satu daripada moment penting dalam hidup lelaki dewasa. Yang satu lagi, insya-Allah... Semuanya atas rezeki dan keizinanNya. Tahniah sekali lagi. 👍

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH PHAIS SLMT PNGNTIN BARU MOGA KEKAL BRBHGIA BRSAMA SELAMANYA...ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  10. tahniah..semoga kekal bahagia hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  11. jgn lupa jemput awai2 pha is sabtu aku kadang2 keja

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  13. Selamat pengantin baru Pha Is hehehe. Didik bini elok-elok tau

    ReplyDelete
  14. Semoga berbahgia amin amin alhamdullilah diperkenankan doa berjodoh thn 2018 hehe

    ReplyDelete
  15. ngeh3, selamat pengantin baru
    *wish utk kali ke-4 dah nii, kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih laa.. buat kali yg keempat. susah2 je. hahaha

      Delete
  16. Congrats pha is... Selamat Pengantin Baru..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, tahniah ! Selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)