Penang sememangnya terkenal dengan makanan yang sedap dan tempat-tempat tarikan pelancong. kali ni aku nak share kat korang 1 tempat yang merupakan 2 dalam 1! tempat tarikan pelancong, dan juga makanan yang menarik, hanya di Georgetown Herittage Chocolate.
Lokasi Georgetown Herittage Chocolate
Georgetown Herittage Chocolate ni senang je nak cari. ianya terletak di no. 30, Lebuh Light, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Google atau waze je "Georgetown Herittage Chocolate", mesti jumpa punya. (Coordinate : 5.421161, 100.339607)
Lokasinya memang strategik, berdekatan dengan Padang Kota Lama. kalau korang singgah Padang Kota Lama atau Fort Cornwallis, cuma jalan kaki je dari situ.
Georgetown Herittage Chocolate : Chocolate Berkualiti Dengan Harga Terbaik!
kat sini, selain coklat import yang berkualiti, ada juga terdapat GHC Premium Handmade Chocolate iaitu coklat buatan tangan yang dihasilkan di kedai tu sendiri. dan coklat yang terdapat di sini ada macam-macam jenis jugak, dari jenis truffle, praline, panned chocolate, chocolate cake, chocolate bar, hinggalah ke brownies.
Dan yang jenis praline pun ada macam-macam jenis. Praline ni yang jenis ada macam "inti" kat dalam coklat bar tu. macam-macam isi ada. Ada coconut, raspberry, blueberry, dan yang paling unik, praline durian! kat oversea pun tak ada jual tau! hahaha..
Georgetown Herittage Chocolate : The 1st 3D Chocolate Museum
Di tingkat atas Georgetown Herittage Chocolate ni terdapat 3D Chocolate Museum. Aku dah masuk, memang berbaloi dan berinformasi. Semua tentang coklat yang perlu korang tau ada kat sini. Memang tak boring walaupun pasal sejarah coklat. Serius, sejarah pasal coklat ni agak menarik sebenarnya.
harga dia pun berpatutan. cuma RM14 bagi dewasa dan RM10.00 bagi kanak-kanak. ni dah siap diskaun, harga istimewa untuk rakyat malaysia yang mempunyai mykad. kalau pelancong asing harga lain.
Georgetown Herittage Chocolate
sebarang maklumat dan pertanyaan boleh terus contac Georgetown Herittage Chocolate seperti dibawah :
Georgetown Herittage Chocolate,
No 30, Lebuh Light,
10200, Georgetown, Penang, Malaysia
Sun-Sat 10:00 AM - 08:00 PM
Tel: +604261 0118
E-Mail: penang.ghc@gmail.com
official website : http://georgetownherittagechocolate.com
facebook : https://www.facebook.com/penang.ghc/
instagram : http://www.instagram.com/georgetown_herittage_chocolate
17 Comments
sedap ye...
ReplyDeletewah..team blogger utara.
ReplyDeletenak join ke? heheh
DeleteHaritu pergi jugak sini. Sedap coklat dia orang even agak mahal sikit. Heheh.
ReplyDeletesaya pun rasa harga agak mahal.. tapi berbaloi la sebab handmade.. diorang buat sendiri dengan penuh kasih sayang gitew..
DeletePergi Penang pada awal tahun dulu lawat masuk Fort Cornwallis tetapi miss pula cokolat herritage ni. Next visit may be.
ReplyDeletex jauh dah tu.. pergi padang kota pekena mee sotong hameed pata, dan tarikan terbaru ada "projek nasi lemak".. lepas tu untuk buah tangan boleh ke georgetown herittage chocolatte nih..
DeleteAsalam singgah ..hebatnya menarik sekali tuan Pha Is
ReplyDeletejemput singgah
Deletehaa, another tarikan. banjir hr tu ok tak
ReplyDeletehahaha.. banjir hari tu rumah saya kena la jugak.. tapi kedai ni x tau la..
DeleteThn dpn blh msk list,kbtln g Penang ritu xde muzium coklat ni lg...
ReplyDeleteboleh try.. buat beli oleh2 sebelom balik.. hehehe
DeleteEntri dan info yang menarik
ReplyDeleteterima kasih..
Deletewoww..Penang ni mcm2 ada la eh..cuma tak best tu kebanyakan tempat menarik kat Penang tu entrance masuk mahal..ke murah bg Pha Is hihihi
ReplyDeletetak tau.. kami masuk free ja.. blogger la katakan.. hehe..
Deletelen kali kalau nk travel penang, buat surat siap2 kat muzium2 kat penang, kata nk terjah tempat2 menarik kat penang sambil promot dalam blog.
mana tahu ada yang reply boleh masuk free.. blogger kat penang banyak buat macam tu.. kumpul rmai2, buat surat. kalau dapat, rezeki..
kita bukan masuk saja-saja.. kita masuk sambil promot.. hehehe