Blog | medium kenal personality


Secebis Sejarah Blog Hikayat Budak Pening


Sebelum tu, meh aku nak cerita apa yang membuatkan aku mula berblog. Seperti yang pernah aku cerita kat dalam entri How you found out about blog and why you made one segalanya bermula pada tahun 2010 masa aku 1st year 2nd semester di USM dimana aku baru beli laptop dan kemudiannya baru kenal erti facebook. 

Dari FB, aku dapat connect dengan ramai kenalan sekolah dan matrikulasi. Kemudian aku dapat tahu classmate aku kat matrikulasi dulu ada blog. Masa tu aku tak tahu pun blog ni menatang apa sebenarnya. Jadi aku pun baca la blog dia. Lepas tu, my mind blown! 

Budak ni kat matrikulasi dulu bagi aku memang budak skema habis la. Dalam kelas pendiam. Tak pernah kot sembang dengan aku. Stakat aku mintak pinjam buku tutor dia nak tiru tu ader la. Exam pointer 4.00! lepas tu dari budak fizik kat matrikulasi sambung ambik medic!

Tapi dalam blog dia, gila-gila rupanya budak nih. I mean, not in a bad way la. In a good positive way. 180 darjah berbeza dari apa yang aku kenal masa kat matrikulasi dulu. Dari situ la aku rasa, blog ni boleh jadi medium yang terbaik untuk kenal personality seseorang.

Dan dari situ jugak la lahirnya blog aku nih. 

header pertama blog hikayat budak pening
masa tu nama blog ni cuma "pening"
yes, itu mata aku


Blog | medium kenal personality


Sebab apa blog boleh jadi medium terbaik? Sebab kat blog orang buat karangan. Tak macam laman social lain yang sekadar ayat pendek-pendek (mostly). Dari karangan tu kita boleh menilai personality seseorang!


Tengok gaya bahasa yang digunakan, melambangkan gaya pemikiran dia. Lihat pemilihan kosa kata dia, menunjukkan gaya penuturan dia di dunia luar. Lihat pula penyusunan ayat dan perenggan dia, macam mana dia menyusun kehidupan seharian dia.

Dan tak lupa juga dari segi  ejaan gedik dan sebagainya, dah boleh Nampak perangai dia macam mana. tengok juga isi dia sama ada dia conteng, merapu, ataupun nasihat.. Hahaha..

Aku tak nafikan, penulisan lama aku memang menampakkan ketidak matangan aku masa tu. Dengan ejaan aq yg entah apew apew, hahaha.. Saja aku biarkan tak delet entri 7 tahun lepas. Entri-entri aku menjadi bukti transformasi penulisan dan gaya pemikiran aku dahulu dan sekarang.

Jadi, nak kenali aku atau mana-mana blogger yang lain, cukup mudah. baca je blog dia..  

Post a Comment

35 Comments

  1. Hai..hehe.saya dah delete blog zaman muda mudi dulu sebab bila baca, too depressing haha..

    ReplyDelete
  2. saya dulu pun start blogging sebab terpengaruh dengan kawan sendiri - suka baca blog dia, pastu lama-lama terfikir 'why dont aku pun tulis blog mcm dia'. hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha tak padam pun entri lama.. mcm xmatang

    ReplyDelete
  4. ish, tiba2 rasa nak kena tengok balik entri aku lepas2. nak tengok kematangan aku macam mana. nasib baik aku hibernasi kejap. boleh la acah2 matang sket. hahaha...

    ReplyDelete
  5. syg nk delete entry2 lama... zaman syok sendiri ms tu tp dari situ sy belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..biasa la tu..zaman kita baru nak up katakan..

      Delete
  6. Salam singgah.. ok dah baca hehee. Dgn blog juga kenal ramai org dan jalin silaturrahim. Melalui blog juga kenal Pha Is :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. akhirna dapat jugak jumpa bro KK depan mata.. sebelum ni dapat sembang kat blog ja..

      Delete
  7. sama dengan rietta...rietta tulis blog....sebab blog bleh taip panjang panjang....tetapi.....rietta xpndai menaip....pendek pendek aje yang mampu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang ada cara penulisan tersendiri..

      Delete
  8. Betul.. betul setuju sangat. Ayat pendek-pendek dalam Facebook tu semua orang boleh tulis... tapi ayat panjang-panjang macam ni, orang yang cekal macam blogger je buat.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Kan... Kalau baca entri awal2 berblog dulu boleh sampai tergelak.. entah apa2 merapu. Tapi saya delete entri lama2. Sebab.. malu aaiihh.. haha. Dulu kalau menaip kat blog pun guna bahasa sms, ringkas. Tapi lama2 rasa mcm sakit mata plk baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk malu apanya.. biarkan je.. baru nampak evolusi perubahan tuh.. hehehe

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. entahlah..kadang-kadang i terpaksa hipokrit juga dalam menulis sbab ada orang suka skodeng (perasan kena stalk)..hahahaha ..phuii..takdelah.i rasa dulu i menulis lagi baik dr sekarang,,entahlah.ishhh susah nak baca personaliti ak ni..tahlah..susah nak cakap.apapun ak suka baca hikayat budak pening sebab bila pening ak baca blog ni macam panadol jadinya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu.. haters gonna hate.. hehehe
      amboi, jadi panadol yer.. hahaha.. bagus betul penulisan saya kalau macam tu..

      Delete
  12. Maaflah akak dah jarang singgah dekat blog ni. Sentiasa ingat tapi alahai.. akak sibuk dengan rutin harian akak. Blog sendiri pun terabai rasanya.. huhuhu..

    Akak berblog sebab anak kedua akak. Dari dia terus berkembang ntah apa-apa ada dalam blog akak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. xpe.. saya pun dah macam susah nak buat aktiviti blogging sama ada update entri mahupun blogwalking..
      masing2 skrg ada prioriti msing2..

      Delete
  13. lama dah blog ni yer ... my first blog 2009, dah terkubur dah pun hihi :)

    ReplyDelete
  14. Alamak! Dari blog leh kena personaliti eh? Ermmm ye ke 😬 pha is kenal ke sis JM ni mcm mana? Kadang personaliti dlm blog x sama dgn realiti tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tau, mmg tak akan sama 100%.. tapi ada la sikit gambaran tuh..

      Delete
  15. Cam kwn pha is tu..org nya pendiam tp bila menulis otak gila2..camne tu 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat luar pendiam, tapi dalam penulisan nmpak macam dalam kepala otak dia ni aktif betul.. macam2 dia pikir..

      Delete
  16. Menulis blog sbb suka nk share pengalaman travel dan sbg guide bg yg minat travel..itu pun dulu x tahu..camne la nk tulis blog ni..baca pun x penah..dpt tahu pun melalui kwn semasa belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la.. buat penulisan yang bermanfaat..

      Delete
  17. Samalah Mrs. A teringin nak ada blog sebab dulu suka sangat baca blog RM.

    Mula-mula buat blog untuk diri sendiri jer private tapi dah lelama tu confident je bagi set public.

    Mrs. A pun jenis tak delete entry lelama biarlah dah itu memang diri kita di zaman itu so tak perlu kot nak malu lainlah kalau entry carutkan orang itu patut delete

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog RM? sape tuh..? x beberapa nk familiar dengan shortform tu..
      hahaha.. yang elok kita biarkan.. yg x elok tu, kita tinggalkan..

      Delete
  18. Saya sangat setuju dengan pandangan Pha Is. Bukan sahaja blog malah fb juga boleh jd medium untuk kita kenal personaliti seseorang. Dlm dunia realiti ambil masa kalau kita nak mengenali seseorang bergantung jg kpd usaha kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. at least menjadi medium membatu kita mengenal seseorang.. bukan melelaui blog je dah kenal.. cuma at least nmpak la sikit yang tertonjol kat blog nih..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)