Bad Genius (2017) Review


Bad Genius (2017)  Review


Baru lepas tengok filem Bad Genius. filem dari Thailand. kat Penang ni cuma ada kat GSC Gurney je. gagah jugak aku pi gurney dari seberang semata nak tengok cerita ni yang katanya sangat best sampai rotten tomatoes bagi markah 100%! inspired by true event kot! should be interesting.

[lihat entri bertajuk Filem Biografi untuk senarai filem-filem dari kisah benar]

so, lets check it out!


Synopsis Bad Genius 


Korang boleh cari sendiri synopsis ni. kalau melalui wiki, dia kata cerita ni pasal seorang budak sekolah yang genius (Lynn) buat duit dengan bagi kawan-kawan meniru jawapan dia. Bukan sahaja meniru exam biasa tapi exam antarabangsa!

plot Bad Genius



bagi aku perkembangan plot dia agak tersusun dan teratur. Intro yang agak baik sebab dari situ dia buat macam korang dah boleh teka ending dia macam mana sebab Nampak intro tu macam dah part ending, tapi rupanya tak! Yang korang sangka dah ending tu sebenarnya tak masuk part klimaks lagi pun!

Plot twist pun terbaik. Ada beberapa situasi yang Nampak macam korang boleh jangka apa akan jadi next, tapi rupanya sangkaan korang silap.

Gaya penceritaan, fuh!dia punya teknik suspens tu, aku yang tengok filem ni macam aku pulak yang nak ambil exam. Masa Lynn berpeluh bagi kawan dia meniru, aku pun macam nak berpeluh sama. Gila suspens.

Dan ada part dalam filem tu yang agak menakutkan, sampai aku tak sanggup tengok sebab nak termuntah. Literally tutup muka padahal bukan cerita hantu pun, cerita pasal nak jawab exam je.

Camera angle 


Ada beberapa scene yang camera angle dia sangat menarik! Contohnya masa Lynn bawak pensel nak masuk dewan exam tu cara macam nak bawak pedang masuk medan perang! Nampak jelas kan teknik perlambangan tu?

And that’s not even the best part. Part camera angle yang paling best masa last exam tu. Pergh. Tak nak cerita. Nanti spoiler. Hahaha..

Empathy


Aku rasa dalam filem ni barisan pelakon dan pengarah Berjaya meletakkan penonton dalam penjiwaan karektor watak-watak dalam filem ni. Ada part yang kau akan rasa kesian gila kat watak tersebut.

Dan kau tahu dia buat semua ni ada sebab. Tapi last-last pada bahagian perleraian, pandai pulak dia tukar empathy korang tu daripada selama ni korang kesian kepada watak ni, tapi last-last jadi benci.


Kelemahan



Pertama, aku Nampak kelemahan dalam filem ni adalah pada teknik penipuan yang dilakukan, terutamanya pada exam yang last tu. Teknik yang digunakan agak cliché tetapi ditambah dengan teknik sokongan yang membuatkan keseluruhan proses penipuan tu Nampak macam awesome. padahal basic penipuan dia simple ja.

Kedua, mungkin sebab sebelum tengok filem ni, aku dah build up too much expectation disebabkan oleh rating yang giler tinggi dari rotten tomatoes dan review yang sangat positif dari media social. So, bila aku tengok filem tu, aku expect more pada part genius dia tu. Sadly, no. Sorry guys, part genius dia bagi aku tak cukup genius lagi.

[lihat entri bertajuk Cerita Genius untuk senarai filem-filem genius yang pernah aku tengok]

Ketiga, cara dia discover tektik nak gunakan untuk meniru tu agak cliché. Dia Nampak piano, then terfikir teknik A. Then Nampak jam, baru terfikir teknik B, dan sebagainya. Macam tak perlu je tunjuk scene “Nampak-nampak” semua ni. patut idea tu dah boleh terlintas dalam otak dia, tu pun kalau dia betul-betul genius. Bagi aku la.

Rating aku : 9/10


So, part yang terpenting, walaupun aku Nampak beberapa kelemahan, aku masih bagi markah 9/10. Sebab teknik plot yang sangat umph!

so, korang dah tengok?




Post a Comment

12 Comments

  1. blom tgk....eeeeh gurney? jauh la plak...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat seberang pun ada.. tapi bukan GSC la.. kat megamall perai dan aeon alma

      Delete
  2. ohh macam best jer cerita nya..bleh la tengok nanti kat android box hehehe..

    ReplyDelete
  3. Wah review yg mnarik xrugi ditonton

    ReplyDelete
  4. dah lama dah tak masuk panggung wayang....macam best je citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi kalau tengok cerita nih, kalau jenis yg sekali sekala tengok wayang pun.. hehehe

      Delete
  5. wowww... cite ni cam best ni. filem thai mmg best best. hihi.

    ReplyDelete
  6. dah tengok dah best best best.. tapi loveline Lynn dengan Bank tu.. sikit ngat hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tuh.. sbb x nk kita terlalu attached dengan bank.. sbb last2 dia jahat.. hahah

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)