“Ini kain sutera bang, memang kualiti elok. ”
Wow. Sutera. Patutlah harga dia mahal. Aku nak pakai pun kadang-kadang je, tu pun masa perhimpunan mingguan yang dua minggu sekali.
“Tie yang bukan sutera ada tak?” soal aku. “hitam plain”.
Lepas aku tanya tu, agaknya maybe dia ingat aku tak mampu, dia pun bawak kami ke satu sudut kedai yang jual tie kain biasa. Dia ada sebut kain apa, tapi aku tak ingat. Sebab aku tak ambil kisah pun. Asalkan bukan sutera!
Kenapa? sebab masa tu aku teringat akan hadis nabi berkenaan larangan lelaki memakai sutera. so, masa tu aku ingat lelaki tak boleh pakai sutera, walaupun sekadar tali leher.
Tapi lepas aku balik rumah, bila aku check balik, rupanya ada pendapat yang kata lelaki boleh pakai tali leher sutera pula. hmm..
Hukum Lelaki Memakai Sutera
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Emas dan sutera dihalalkan bagi golongan wanita dari umatku dan diharamkan bagi golongan lelaki.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa’i dari Abu Musa, Sahih Al-Jami'(209)] .
Banyak lagi hadis-hadis yang melarang lelaki memakai pakaian sutera dan mengharuskan perempuan memakainya, di antaranya hadis daripada Saidina‘Ali Radhiallahu ‘anhu yang bermaksud:
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memegang sutera di tangan kirinya dan emas di tangan kanannya. Baginda mengangkat keduanya lalu bersabda: "Sesungguhnya kedua-dua ini haram ke atas lelaki daripada umatku dan halal bagi perempuan daripada umatku."
[Hadis riwayat Ibnu Majah]
Adapun memakai sutera kerana dharurah seperti ketika musim sejuk atau panas atau selainnya, dan tiada pakaian lain selain sutera, maka harus dia memakai pakaian tersebut bahkan hendaklah dia memakainya bagi menutup aurat. (Al-Majmu‘, kitab Ash-Shalah, bab Ma Yukrah Lubshu Wa Ma La Yukrah: 4/380)
Hukum Lelaki Memakai Tali Leher Sutera
Tapi bila masuk bab tali leher, banyak pulak pendapatnya. Ada pendapat yang kata harus kalau sekadar tali leher sahaja yang diperbuat daripada sutera manakala pakaian yang lain (kemeja, seluar dan sebagainya) diperbuat dari kain biasa.
Ustaz Azhar Idrus dalam 1 video ceramahnya[3] kata kalau tali leher sahaja yang sutera, diharuskan sebab sikit sahaja yang dipakai.
Dan hadis daripada Suwaid bin Ghafalah,
"Sesungguhnya ‘Umar bin Al-Khattab berkhutbah di Jabiyah (bandar Syam) lalu berkata: "Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada memakai pakaian sutera melainkan pada kadar dua, tiga atau empat jari."
(Hadis riwayat Muslim)
Pakaian yang bercampur dengan sutera, menurut pendapat yang sahih dan masyhur adalah mengikut kadar timbangannya. Jika sedikit timbangan sutera itu, maka haruslah dipakai oleh lelaki, namun jika lebih banyak timbangan sutera itu berbanding dengan timbangan bahan yang lain itu, maka haram lelaki memakainya. Adapun jika sama timbangan antara keduanya, maka menurut pendapat yang shahih adalah harus dipakai oleh lelaki kerana ia bukan sutera[1]. Sebagaimana dalam hadis daripada Ibnu ‘Abbas katanya:
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada pakaian sutera yang tulen. Adapun sujian daripada sutera dan jahitan pakaian maka tidak mengapa."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Tapi SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dalam 1 video ceramahnya[2] pula kata tak boleh berdasarkan pendapat umum lelaki tak boleh pakai sutera.
Jadi, terpulanglah nak ikut dan bersetuju dengan pandangan yang mana.
Tali leher berzip?
sambungan kisah tadi...
“yang ni pun ramai yang pakai bang” kata promoter tu sambil menunjukkan tie ‘readymade’ berzip. Lantas aku dan syafiq sama-sama tergelak.
“tapi kawan saya ni dah nak kahwin.” Tiba-tiba syafiq menyampuk.
“hoi! Apakes?” sergah aku. “aku kenduri pakai baju melayu la! bukan nak buat pakai masa kenduri pun! Untuk ofis ja!”
“tak, macam ni...”jawab syafiq. “hang kena faham. Orang dah kahwin kena pakai tie yang kena lilit sendiri. Baru nanti bini hang boleh tolong lilitkan. Tak kan yang tu pun aku nak kena ajaq?”
“fuh! Genius!”
Sumber dan rujukan
1. Jabatan Mufti Brunei : [Soal Jawab Ibadah] Hukum Memakai Sutera Dan Yang Berkaitan Dengannya. dipetik dari https://www.facebook.com/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-ibadah-hukum-memakai-sutera-dan-yang-berkaitan-dengannya/140610682635083/
2. video youtube : DR ASRI-Adakah Boleh Memakai Tali Leher SUTERA? dipetik dari https://youtu.be/NlVsKi1iljU
3. video youtube : Pakai 'Necktie' / Pakaian Bercampur Sutera - Ustaz Azhar Idrus. dipetik dari https://youtu.be/ZHDw7SE9EfU
31 Comments
nak pakai sekali sekala beli yg biasa2 je la :-)
ReplyDeletememang cari yg biasa2 ja.
DeleteTerima kasih . CCL pun baru tahu tal8 leher pun ada juga yg jenis sutera
ReplyDeleteada.. kalau dah harga ratus2 tu, selalunya sutera la tu..
DeleteIlmu baru.
ReplyDeleteMrs. A pun fikir asalkan sutera je lelaki tak boleh pakai, rupanya pada keadaan tertentu dibolehkan.
Ulama berselisih pendapat itu dikatakan khilaf terpulangkan pada kita nak ikut yang mana satu.
Wallahulam.
terpulang kita rasa pendapat mana yang lebih dekat..
Deleteamboi, sweet2 sgt aih kwan pha is tu noo..
ReplyDeletedia single lagi.. timm nak? hahaha
Deletewaa.. terlopong kejap.. sebab memang tak terfikir ( baca : tak tau ) hee~ terima kasih untuk ilmu baru ni..
ReplyDeletesaya dulu pun x tau.. lepas balik check baru tau.. hehehe..
Deleteaku gi office tak pakai tie pun. hahaha...
ReplyDeletesini kalau ada kes2 event khas je kna pakai..
DeleteKalau Rasa was2 xyah lah pakai. Byk lagi tie lain kan
ReplyDeletehahaha.. itu kalau nk selamat.
Deletexpernah fikir lak pasal tie sutera ...
ReplyDeletejarang sangat pakai tali leher....
ReplyDeletesatu perkongsian yang baik...sharing is caring
ReplyDeletebagus perkongsian ilmiah nie.. tapi setahun sekali dua je pakai tali leher ni :D
ReplyDeleteby the way thanks for sharing :D
ReplyDeleteassalammualaikum..
ReplyDeletehehe part last tu kelaka..khwin ala inggeris tu bole la klo nk pkai tie ye dok..huhu
tq share entri ni..selma ni pun memang ingt llaki xbole pkai sutera lgsung,rupanya boleh tapi dalam timbangan yang sedikit..
em cmne nk kira tu..elok toksah pakai la senang melainkan kalau ade mjlis grand2 ke yg nak bgaya sikit kan..haha
tapi bergaya ke kalo pakai pun.. haha
mmg x plan nk pakai suit masa kahwin.. kita org melayu, buat apa tiru barat kan? hehehe
Deletedulu saya pun igt laki x boleh langsung pkai sutera.. lepas balik check, rupanya ada pndapat kata boleh.. even ada pendapat yg kata [pkai sutera 100% pun boleh sbb larangan tu cuma makruh menurut imam tirmidzi kalau x silap.
kalau pakai pun org bukan perasan pun tie tu sutera atau x.. haha..
so far tak pernah jumpa lagi necktie berzip hahahahaha ^_^
ReplyDeletedulu zaman sekolah rendah memang pakai zip tu.. budak sekolah rendah kan.. hahaha.. mana nk reti ikat2 ni.. dah sekolah menngah baru start pakai tie ikat2 lilit2 nih..
DeleteSebaiknya tak payah pakailah sutera pun.. banyak lagi jenis2 kain lain yg cantik2 di pasaran hehee :)
ReplyDeletebetol2. kalau x de keperluan x payah la kan..
Deletekalu was2 tu better jgn pakai...
ReplyDeleteBagus info ni baru sy tahu.
ReplyDeleteLast week baru je nak try pakai tie (g ofis x perlu pun pakai tie).. Nak jadikan crta tie tu dah lama dsimpan dan berlipat2.. Dgn kbijaksaan dr planet lain, sya ironkan tie tu n hangus.. Cek2 rupanya tie tu kain sutera. Alhamdulillah Allah bagi petunjuk.. :)
ReplyDeletetapi boleh pakai sutera pun.
DeleteAku pakai tie bundle jer, 3 rm10..kikiki
ReplyDeleteBaru ni beli tie hrg rm11.90, check blkg tulis 100% silk. Silk jns apa plak murah camni?
ReplyDelete