Andai Dapat Berjumpa Diri Sendiri Yang Berumur 12 Tahun
Tetiba aku ternampak satu persoalan kat laman 9gag yang agak menarik bagi aku. Persoalan yang simple tapi boleh bagi jawapan yang tak sama bagi setiap orang. Kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang akan korang cakap kat budak tu?
Kalau boleh kembali ke masa lalu
Dan dari ruangan komen post tersebut, tak kurang juga jawapan-jawapan yang lawak. Biasa la, 9gag. Tapi bila aku cuba jawab jawab persoalan tu, aku rasa jawapan aku juga tak akan sama jika Tanya sekarang berbanding pada waktu-waktu yang lain.
Suka untuk aku bagitau siap-siap kat sini, soalan ni sekadar suka-suka je. Seronok-seronok cuba persoalan diri untuk cuba critical thinking. Tak melibatkan soal akidah. Kang tak pasal korang kata aku tak beriman dengan qada’ dan qadar’ Allah pulak.
Apa yang aku akan cakap?
kalau masa aku umur 17 tahun, mungkin jawapan aku adalah aku tak akan cakap apa-apa, Cuma aku akan bagi diari yang aku tulis sejak form 1 kat budak tu. Mesti menarik kan hidup aku, boleh predict apa yang akan berlaku kat aku setiap hari! Macam ada superpower!
Tapi, kalau aku cuba jawab soalan ni masa aku berumur 24 tahun, aku rasa 1 je jawapan yang akan aku bagi. JANGAN AMBIK COURSE FARMASI! Sebab masa tu, penyesalan utama dalam hidup aku adalah dengan pilih untuk belajar farmasi lepas matrikulasi.
Gila tak menyesal. Dengan belajar susah nak paham, banyak nak kena hafal sedangkan otak aku otak logic dan kira-kira (sebab tu sampai sekarang mata pelajaran fevaret aku adalah fizik), tambah pulak sampai aku kena repeat paper dan tangguh waktu grad dari 4 tahun kepada 5 tahun.
Kalau tak percaya tengok sini - 24 tahun : zaman gelap
Tapi, kalau Tanya sekarang, hari ini, apa jawapan aku? Kalau aku dapat kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri aku yang berumur 12 tahun, AKU TAK AKAN CAKAP APA-APA KAT DIA. Atau sekurang-kurangnya tak akan mendedahkan apa-apa pun pasal masa depan.
Sebabnya? Setiap yang berlaku ada hikmah dia. Dulu masa aku umur 24 tahun tu, walaupun aku tau semua benda ada hikmah tapi sebab masa tu hikmah tersebut aku tak Nampak lagi. Contohnya, kalau aku tak ambik farmasi, kalau aku tak repeat, aku tak jumpa la tunang aku sekarang ni. Eh.. okbye..
jawapan korang?
Tapi sebelum tu, cuba korang pulak jawab soalan ni. kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang korang akan cakap kat budak tu?
27 Comments
Hurm.. Mungkin akan cakap belajar rajin-rajin dan jangan give up dengan subjek matematik.. Hahaha.. Sampai sekarang give up maths.. Kalaulah..
ReplyDeleteSaya dulu minat giler dgn math sejak sekolah rendah. Tp give up bila bila masuk matrik sbb susah ssgt. Hahah
Deletejadi kesimpulannya xkan cakap ape ape la kan ? hehehe.. tapi part bagi diary tu menarik.. mesti dia mcm bangga gila tahu apa akan jadi in the future and kalo dia x suka blh dia acah2 nak ubah hehe..
ReplyDeletebtw.. rajin tulis diary yaaa kemain hehe =P
Dulu mmg rajin menulis. Sbb tu tulis diary. Stop tulis diary pun sbb ada blog sbagai pengganti... Hehehe
DeleteKalau Nurrul, akan ckp cmnie just be yourself , be good , be happy and grateful in your life. :)
ReplyDeletehihi.. aci tak ?
Aci.. Anything pun kira aci..
Deletedah jawab dekat entry hehe..selamat bertunang ehh...#tahniah
ReplyDeleteThanks..
Deletehmmm....rietta pown xkan kata apa apa rasanya....sebab...semua pengalaman pahit manis, mengajar kita erti dewasa....hehehe....
ReplyDeleteCewwah.. Hahaha.. Bagus2..
Deletentah la. aku pun x tau apa yg aku nak cakap.
ReplyDeleteKalau mcm tu x payah ckp apa2 je la.. Hahha.. Baru adventure...
Deletewah.. lama tak singgah sini..
ReplyDeletepsstt: nanti kendurinya jangan lupa jemput ye.. ;)
InsyaAllah..
Deleteagaknya dptkh mngulang masa lalu dgizin-Nya insyaa Allah
ReplyDeleteX harap pun dpt ulang kembali masa.. Cuma saja nk fikir sejenak, apa yg akan kita pesan pada diri kita kalau bnda ni terjadi. Tp mmg x akan dan x harap pun ianya terjadi
Deleteowho, gitu yer..nak buat jugak entry ni open lagi x? hehe..
ReplyDeleteSila2.. Still open..
DeleteX bleh mcm tu... Hahaha
ReplyDelete1 saja menyesal byk main kt skolah dan ambik course yg xberapa minat hahaha
ReplyDeletesaya dulu mmg x banyak sangat main kat sekolah.. n kos yg ambik pun, dulu ada la sikit rasa menyesal tp skrg dah x rasa..
DeleteEntah lah...x pernah plak terfikir...hahaha
ReplyDeleteUmm kalo macy.. Macy bgtau siap2 apa macy jadi nnti. Xpayah susah2 nk strugle ke lain. Haha. Kidding
ReplyDeleteowh tunang tu dah kenal lama la hehehe
ReplyDeletelain orang lain jawapannya
x de la lama sangat.. baru setahun je sebenarnya kalau nk kira betul2 kenal.. hehehe
Deletebtul.semua perkara ada hikmah, kita xkan dpt jadi lebih baik jika tidak ada kesilapan yang kita lakukan
ReplyDeletenk belajar betul2 dan nk dptkn 5A dlm upsr pastu boleh msk MRSM heheheh
ReplyDelete