Orang malaysia ni kan mudah terikut-ikut. Bila tgok taukey produk kecantikan pakat boleh jadi jutawan, yang lain pun pakat nk try. yer la, siapa yang tak nak jadi jutawan kan?
Senang je tektik dia. dia. Beli produk luar secara bulk berkilo kilo. dah beli secara bulk, komfom la murah kan. Lepas tu balik rumah bungkus comey-comey, letak sticker sendiri, letak nama sendiri, letak muka sendiri, buat penjenamaan semula. Siap!
Harga? Jual mahal-mahal. Sebab orang Malaysia ni mudah tertipu. dia ingat yang mahal-mahal ni sebab ekslusif. ini bukan produk cikai-cikai beb, produk mahal nih! berkualiti! kononnya lah.
Mahal kat Testimoni je
Bijak kan? Kos kurang sebab beli secara pukal, untung pulak berganda sebab jual mahal-mahal. Modus operandi dia senang je, buat testimoni bnyak-banyak, lepas tu print screen. Orang malaysia ni kan mudah kena tipu dengan testimony!
Ala, bukan susah pun buat testimoni. bukannya nak kena keluarkan duit banyak macam kompany-kompany syarikat pharmaseutikal ubat yang keluarkan duit berbillion-billion semata-mata nak buat kajian klinikal, dari fasa 1, fasa 2 sampai la fasa 4 (post marketing phase). cuba tanya tengok pasal fasa clinical trial semua ni, haram tak tahu! tahu untung je.
Nak buat usaha extra mile? Nak bagi lagi laku? Senang je. Buat iklan gedik-gedik! Setel! Nak dengan tak nak je. Isu dia Sanggup dengan x sanggup je. Nampak x permainannya disitu?
Penipuan Suplement
Yang suplement pun tak nak kalah! Dia punya claim, ya Auloh! Kanker pun buleh sembuh. pakai letak je nama penyakit semua yang dia pernah dengar, kat poster, kat brochure. semua tu boleh sembuh kalau ambik produk dia! Tinggal tak letak claim kalau ambik suplement dia, mati bleh hidup balik je..
Paling simple, tapi berkesan, dia bagi info yang salah. Dia jual Vitamin, tapi dia claim kononnya sehari badan perlukan 1000mg vitamin C. 1000mg wei! padahal sehari badan yang sihat perlukan 70mg sehari je! Beza 1000mg dengan 70mg dia kencing! rasa-rasa berkat ke rezeki tu dengan menipu?
Produk PenunggangAgama
nak lagi dahsyat? tambah sikit claim special. produk ni dah dibacakan 33 juzuk! 33 juzuk wei! 30 juzuk tak cukup power! kalau nak lagi power? 44 juzuk! orang melayu ni pantang dengar nombor 44! tak cukup tunggang orang, dia tunggang Agama pulak.
Siapa yang jadi mangsa? Customer la! Beli produk murahan tanpa kualiti dengan harga yang ekslusif tak masuk akal. Ingat mahal-mahal tu sebab buat researh ke aper, rupanya mahal kat testimoni je. kena kencing kat situ je.
Lepas tu bila aku tegur, kata aku dengki tak boleh tgok org melayu berniaga, PHD, kacau periuk nasi orang. Kalau berniaga jujur tak pe. produk buat sendiri, kilang sendiri, ada buat kajian klinikal sendiri. aku tegur apa yang salah.
bila dah kena serbu, dan produk kena rampas dengan penguatkuasa farmasi, buleh pulak dia kata "saya tak halal kamu rampas produk saya!"
"kak rasa jual produk secara salah ni, rezeki tu halal ke?"
Hmmm...
bacaan tambahan :
rujukan :
40 Comments
YANG JADI MANGSA TENTULAH PENGGUNA
ReplyDeletebetol..
Deletememang kesian la kepada pengguna yang tertipu dengan kelebihan pada supplement yang ada. .. siapa mampu merawat sakit darah tinggi la apa semua.. macam2x serang..
ReplyDeletedah la sakit, kemudia tambah lagi penyakit, bukan selesai masalah..
Deleteproduk mana tu? cuba citer sket. bukan nak caras rezeki orang, tapi niat nak selamatkan orang daripada kena tipu dan tak kena "racun".
ReplyDeletebanyak nak buat list.. nanti terasa plak.. hehehe
Deletehahahaha perghhh bila ahli farmasi berkata2.. serius tak layan produk2 ni. bukan jenis mudah tertipu
ReplyDeletebagus la.. tapi masalahnya ramai kat luar sana mudah tertipu..
Deletextau la nak cakap.. depa kaya, yang tertipu ni terkontang-kanting.. kesian jugak tengok mangsa-mangsa keadaan nih huhu
ReplyDeletekami yang pegawai kesihatan ni bila bagi nasihat ni, yang pesakit tak nak dengar, yang penjual kata kami dengki.. hmm.. kesian kan kami? hehehhe
DeleteOrang kita tak kuasa berfikir semua ok saje. Guna pula agama percaya habis lah.
ReplyDeleteagaknya org2 macam tu x rasa bersalah ke?hmm..
Deletesekarang macam macam sangat produk dan kebanyakan sama je...
ReplyDeletebetol..
Deletetakutnyaa hmmm
ReplyDeletelani bersepah ja jual produk...mdh amek kat ngara thai..
ReplyDeletesiam, indon.. merata.. hahaha
DeleteSemakin maju dunia ni semakin maju juga akal sesetengah org menipu... nak hidup katanya... mmg kita kena berhati2 skrg dan jngn cepat teruja.. bagus prkongsian ni. Moga jadi peringatan dan renungan buat semua. Thanks sharing Phais.
ReplyDeleteu're welcome.. harap2 org x mudah tertipu lagi lepas nih..
Deletekena berhati2 ye..
ReplyDeletebetul sangat apa yang ampa cakap tu. kami pun memang takut nak guna produk yg berlambak2 duk ada sekarang ni. sayang kulit muka rasanya walaupun tak ploles hahahaha
ReplyDeletehahaha.. bagus la kalau macam tu..
DeleteBiasa kat pasar mlm byk produk kecantikan murah ni
ReplyDeletejangan la beli kat pasar malam atau tepi2 kali lima jalan.. bahaya..
Deletebila masing2 sibuk nak jadi founder produk macam tu lah jadinya.. duit dah mengaburi mata..
ReplyDeletekan.. bila pakat nk jadi kaya tanpa kira kesihatan org awam..
Deletemcm mana nk kenal pasti..
ReplyDeletecarilah produk yang berdaftar dengan KKM.. ada cara untuk kenal pasti produk berdaftar dengan KKm yang saya dah share dalam blog nih..
Deletesbb tu sy mmg x ada ati nk beli produk2 begini... biarlah sy ikut nashat doktor... kalu doc suruh amik vitamin barulah sy amik. at least kalu apa2 terjadi sy trs refer doc... bab2 gini mmg buat sy seriau
ReplyDeletebagus la kalau macam tu.. harapnya semua rakyat malaysia kalau buat macam ni...
DeleteBANYAK SUNGGUH PRODUK MENIPU SEKARANG NI KAN?
ReplyDeleteada permintaan, ada sambutan, ada lah org jual ambik kesempatan.. hmm..
Deletepaling takut produk pemutihan.seram..tapi ini byk permintaan..da mcm clorox da
ReplyDeletekalau pemutih2 nih, banyak mercury je.. bahaya
Deletedulu terjebak jgk dgn produk2 skincare ni. tapi bila pakai 1 produk tu terus jerawat naik kt muka mmg taubat nak pakai dah. skrg baik guna skincare yg dijual kt drugstore je. huhu
ReplyDelete#sisdahinsaf
alhamdulillah.. bagus la kalau dah insaf.. selamat kembali ke pangkal jalan.. hehehe
Deletesy skrg gna produk yg dibeli di watson/guardian je.. diyakini selamat..
ReplyDeletebagus la kalau macam tu..
DeletePart produk penunggang agama tu memang tak suka.. Senang sangat buat duit.. Yang membeli pun, percaya je..
ReplyDeletekan.. smoga ramai org terbuka mata bila nak beli produk2 macam tuh..
Delete