Maintenance Yamaha YZF R25

Kali ni aku nak kongsi pulak maintenance yang aku dah leburkan kat motosikal aku, Yamaha YZF R25 a.k.a Gadis Bertudung Biru aku tu. Mana tau kot-kot ada yang berminat dan dalam plan nak angkat R25, boleh jugak tengok-tengok dulu maintenance dia macam mana

have you?


Maintenance Yamaha YZF R25


Tapi sebelum tu aku nak declare siap-siap yang maintenance yamaha YZF R25 aku mungkin tinggi sedikit berbanding orang lain sebab penggunaan aku yang sangat-sangat kerap. sehari sahaja dah pakai buat pergi kerja dalam 80km pergi-balik. Itu tak termasuk jalan-jalan makan angin koner lagi.

jalan-jalan makan koner dalam misi tawan tanah tinggi, 3 hari 2 malam.


Purata mileage aku untuk pergi kerja sahaja dan sebanyak 20,800km setahun (80km sehari x 5 hari seminggu x 52 minggu setahun). Dan untuk keseluruhan mileage aku guna, dalam masa setahun adalah lebih kurang 35,000km

Bagi lebih memudahkan cara kira, aku bahagikan kepada dua. Maintenance wajib dan maintenance sunat.


Maintenance wajib



Mentainance wajib ni adalah maintenance bagi menjaga prestasi motosikal supaya sentiasa tip-top. Tak boleh kalau tak keluarkan duit untuk yang ni. So, pecahan benda wajib ni termasuklah:

Minyak Hitam
Liquid Molly semi synthetic RM40 sebotol, setiap 3,000km tukar 2 botol
35,000 km bahagi 3,000 km  kali 2 botol (RM80) = RM933

Oil Filter
RM40 tukar setiap 6,000km
35,000km / 6.000km x RM40 = RM233 setahun

Tayar belakang
ikut jenama, saiz, dan kedai. aku bagi purata dalam RM300 yang biasa-biasa punya. Sebijik dalam 10,000km lebih, kalau bawak cermat jaga tayar, boleh pergi 15,000km tapi dah tak umph... Dan sebab aku selalu keluar ride, kondisi tayar kena sentiasa tip-top.

jangan guna sampai lunyai macam ni. hahaha..


So, aku jaga 10,000 hingga 12,000km, aku tukar terus. Lagi-lagi kalau ada orang ajak ride. So, kita kira 10,000 km la senang. Kalau korang jenis sayang duit, boleh lajak sikit part tayar ni. aku tak sayang duit. aku sayang nyawa. hahaha..


35,000km / 10,000km x RM 300 = RM1050



Tayar Depan
Kenapa aku asingkan tayar depan dengan tayar belakang? Sebab tayar depan lambat haus. tayar belakang yang paling banyak "buat kerja". tayar depan kalau korang selalu ride makan koner, baru cepat habis. so, aku selalu tukar selang seli dengan mileage tayar belakang.

2 kali tukar tayar belakang, baru aku tukar tayar depan. harga murah sikit dari tayar belakang. Tapi aku letak je dulu RM300 kat sini supaya korang prepare the worst. hahaha..

So, 35,000km / 20,000km x RM300 = RM525

kadang-kadang kena prepare for the worst, contoh bila tetiba tayar kena paku


Brake pad
mileage brake pad bergantung kepada aggressiveness cara korang bawak. Aku baru ni pakai dalam 13,000km ++. Rasanya boleh lajak lagi.. Terutamanya kalau bawak cermat,  dan sebab aku pentingkan cengkaman untuk prestasi, aku tukar je kalau dah nak nipis. demi keselamatan.

Aku bagi contoh, kalau brake pad racing boy, RM110 untuk depan belakang.

35,000km / 14,000 km x RM110 = RM275

Bateri

Bateri ni aku tanya otai-otai dia macam tak specifik sangat ikut mileage. kalau problem, memang kena tukar. kalau tak problem, rekomended untuk kegunaan 2 tahun. so, setahun harga dia kita bahagi 2. baru ni aku tukar pakai jenama Bike master, biasa-biasa je. RM 170

kegunaan setahun = RM85

Rantai
Rantai konsep dia, pandai jaga, dia tahan lama. malas basuh, malas buh minyak, cepat lingkup. aku pakai dalam setiap 20,000km la jugak. boleh lajak lagi kalau cermat. aku tukar baru ni RM320 1 set, rantai jenis X-ring.

rantai emas untuk #GadisBertudungBiru


35,000/20,000 x RM320 = RM560

TOTAL MENTAINANCE WAJIB = RM3661 SETAHUN


Maintenance Sunat


maintenance ni tak wajib. selalunya untuk nak bagi lawa, modify, dan sebagainya. so far yang aku dah belanja untuk 1 tahun ni adalah :

Ekzos full system custome made


footrest racing : RM230
brake lever guard : RM70
buang ekor + tambah signal belakang : RM180
Ekzos full system : RM1600
setting angin : RM60

fork adjuster.
kalau suka layan corner, boleh pasang ni.
kalau bagi lowered, lagi rekomended.


Fork adjuster : RM150 (ada kedai jual tak sampai RM100 pun! silap aku x survey)
Spa (basuh + cuci rantai + wax) RM20 x 24 = RM480

TOTAL MENTAINANCE SUNAT : RM2770

Total keseluruhan : RM6431 Setahun

Aku ulang sekali lagi, aku punya maintenance banyak sebab kegunaan mileage aku tinggi. Kalau korang jenis pakai weekend ride seronok-seronok je, yang wajib tu boleh bahagi 3. So, kalau modify sama macam aku, dalam RM3990. RM4,000 la senang cerita.

So, macam mana? Ini baru 250cc. Memang rendah sangat-sangat mentainance dia kalau nak dibandingkan dengan moto superbike 500cc keatas. Yang tu lagi berganda.

tepuk dada, tepuk kocek, tanya diri.. hehehhe..

Post a Comment

114 Comments

  1. Todia, mkn duit jugk ye, mcm kereta jugk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dok macam menang moto ni lagi daripada kereta.. hahaha

      Delete
    2. aku pun dok rasa moto ni lagi win berbanding kereta drpd segi servis. hahaha... 6x kali ganda aku servis kereta aku (tapi dah abes warranty la).

      Delete
    3. hahaha.. kan.. memiliki moto besar memerlukan pengorbanan yang tinggi.. hahaha

      Delete
  2. Todia, mkn duit jugk ye, mcm kereta jugk..

    ReplyDelete
  3. Kalau harga maintenance mcm tu mampu tgk n sentuh je x mampu memiliki

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. x jugak.. kalau dah minat, apa pun jadi.. macam sis Jm la.. jalan travel merata.. obesea plak tu.. org mesti ingat JM kayo.. hahaha.. padahal saya ada kawan suka travel.. saya tau diorg hari2 ikat perut semata nk kumpul duit nk travel..

      nak seribu daya.. hehehe..

      macam tu la lebih kurang

      Delete
  5. hehe.

    tp kedai motor ada kol suh bawa motor r25 tu. tak sure mslh apa.

    tp mmg btul maintenance tinggi. pape pun, tahu pakai dah tentu tahu cmne kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, itu recall.. dah 2 kali dah moto R25 ni dipanggil untuk buat recall kat Malaysia nih.. wlaupun x de rosak apa2, tapi sebab ada banyak kes error/kerosakan melibatkan sesetangah part dalam moto tu.. so, diorang panggil balik semua moto R25 untuk tukar bahagian tu..

      Delete
  6. fenin kepala tgk maintenance dia. harap lah dapat isteri yang memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal isteri dah tengok. so far macam still boleh memahami .. siap dah bagi kebenaran nak keluar ride.. hehehehehe

      Delete
  7. wahhh good sharing hehe teringin nak cuba naik moto camni tapi gayat hahaha minat tu ada lah sikit.

    ReplyDelete
  8. Mesti ramai yg berminat tu salam Ramadan

    ReplyDelete
  9. org berada ja mampu... kami naik moto honda jd la

    ReplyDelete
    Replies
    1. honda besa laa.. selamat berpuasa noh

      Delete
    2. honda biasa tu honda apa? RS150? CB650F? atau honda goldwing? hahaha

      Delete
  10. pehhh..konar baring kat kuala klawang keluar karak..cara

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni x tau pun pasal jalan karak-klawang tu.. lepas google, tgok jalan macam best.. nnti nk try la.. heheh

      Delete
  11. bla dah ada kenderaan sendiri ni kan part yg palinggggggggggggggggggggggg sy x suka adalah..... tayar kena paku warrghhhhhhhhhhhhhhhh boleh hangin 1 badan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta kalau tayar pecah, ada spare tyre..
      moto kalau pecah, habis terus.. hehehe

      Delete
  12. pernah. time hujan. <-- menjawab soalan gmbr yg mula2. hehehe...

    boleh tahan gak servis setahun.
    ni kalau dah kahwin ni, kena kurang2 kan dah guna motor tu.
    wife confirm bising nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far x sedih pun time hujan.. rilex je redah.. cmua kadang2 malas je sbb nk kna sarung baju hujan.. hehehe.. so redah je hujan tu macam budak2 main hujan kegirangan.. hahaha

      x bleh nk kurangkan penggunaan moto la bro.. dah pakai utk pi kerja hari2.. hahah..

      Delete
  13. nice broo .... alang² tu nak tanya maintenance yamaha R25 ni dengan ktm rc250 ni jauh berbeza ke sama je ... sebab ada sesetengah kata ktm kos maintenance lg tinggi nak bandingkan yamaha nii, sebab ktm erop punya buatan .. so ape pendapat bro... saya tengh servey sama ada nak ambik r25 atau rc25 untuk kegunaan pegi keje dan bawak jalan² ... pinta pendapat... ����
    nak pakai 600 belum ready lg so nak biasa kn dengan 250 dulu .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pndapat saya la, klau mentainance hmpir sama. Saya bg contoh kt atas tu, mnyak itam, tayar, rntai, bateri, brakepad, smuanya sama ja...

      Kecuali klau ada part yg rosak yg mmg specifik ktm punya n cma bleh gnti dgn brg ktm saja. Cntoh mcm coverset, brg2 dalamn enjin, dsb, Yg tu mgkin mahal skit.

      Delete
  14. As salam.. thanks sharing pasal maintenance r25.. saya pon bru angkat r25, bru habis pantang 1k nk tukar minyak hitam.. tengok pde maintenance cost ni lbey kurang dengn motor cbr250 saya pkai 5 tahun lepas.. saje swap dr single piston nk pkai double.. memg tak dinafikn power r25 memg lbey dr cbr250.. tp maintenance & fuel consumption cbe 250 memg lg jimatle.. saya ulang alik keje hari2 dlm 90-100km gk.. sebabtu malas nk upgrade cc lg beso sebab dh thu penglaman 5 thun layan 250 punye maintence..lg beso cc lg beso maintenance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara teori, sememangnya fuel consumption R25 lebih tinggi daripada CBR250 sebab beza bilangan piston (atau disebut "dapur" oleh sesetengah otai).

      matematiknya mudah, semakin banyak silinder (dapur), semakin banyak pembakaran bahan api berlaku untuk jarak perjalanan yang sama. jadi, lebih banyak la penggunaan minyak petrol.

      itu baru 2 silinder. contoh macam r25 kalau bawak cermat tak laju, rilex2, boleh sampai fuel comsumption sehingga 25km/L.
      saya punya kawan ada honda CBR1000RR (rabbit). 4 silinder. kegunaan minyak dia untuk normal kegunaan dah cecah 14km/L. dah macam kereta.

      Delete
  15. Salam bro, klu harga bayar bulanan dgn insurans dan roadtax pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar bulan2 saya tak pasti sebab saya angkat cash.tapi masa survey2 dulu dalam 300++ hingga 400++ bergantung kepada rate dan duit muka.

      insurance dan roadtax pun tak beberapa nak ingat jumlah exact. tapi prepare dalam 700-800 setahun untuk bnda ni.. lebih kurang.

      Delete
  16. Insuran + roadtax brapa bro ? Sy nak angkt nie

    ReplyDelete
  17. salam.. bro valve clearance tak termasuk sekali ke? n mende ni wajib ke x buat?.. harap abg dapat terangkan ckit pasal ni.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. valve clearance ni agak kontroversi sikit. heheh..

      macam ni. sebab bnda ni ada banyak pendapat.

      1. ada orang kata kata valve clearance patut buat lepas 50k km mileage.
      2. ada yang kata selagi tak rosak, jangan kacau enjin.
      3. ada pulak kata kalau jaga enjin elok2, minyak itam tukar on time, filter, tak selalu main red line, dsb, pada 50k km mileage just tukar air filter dengan spark plug ja. xperlu valve clearance lagi.

      jadi, berbalik kepada senario yang berlaku kat aku, lepas 50k km mileage, aku buat valve clearance. sebab aku ambik pendapat pertama tu. tapi aku silap pi buat kat orang yang kurang experience, moto jadi makin teruk. top speed 130 ja, pick up jangan kata la, cair. memang tak sedap langsung!

      jadi, nasihat aku, terpulanglah.. kalau rasa enjin masih sedap walaupun dah 50k km, rasa macam tak perlu ja lagi valve clearance selagi jaga betul2 enjin. sebab valve clearance ni agak risiko.

      kalau nak buat, boleh tanya kepada yamaha servis centre, minta pendapat diorang.

      kalau nak buat kedai lain selain servis centre, pastikan orang tu betul2 pengalaman terutamanya bagi enjin yamaha. n konfom dengan dia siap2 ttg risiko kalau problem dari segi speed, dia ada bagi jaminan tak..

      tu je la aku boleh cakap, based from experience aku sendiri.. dari valve clearance kat moto sku sendiri.. macam menyesal pun ada jugak..
      pikir panjang2.. n dapatkan banyak nasihat dari mekanik yamaha..

      Delete
  18. Beli moto ni.. Nk dekat 2 bulan bru 3000KM.. Perhiasan garaj. .Aiyo.. Kesian dia

    ReplyDelete
  19. moto ni banyak tak masalah dia.ingat nak beli jugak la..berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far pakai 3 tahun, mileage dah 70,000km lebih.. ok je..

      Delete
  20. sekarang ni pakai tayar apa bro?
    tayar apa sesuai ntuk kegunaan harian

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg pakai tayar metzeler sportec street..
      tapi kalau untuk kegunaan harian, so far yang paling aku rekemen, tayar pirelli angel city.. kalau cari kat kotak search, dalam blog aku ni ada aku review tayar tu..

      Delete
  21. R25 klau tukar exhaust x effect dekat enjin ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada efect banyakk.. sebab tu kena setting balik. sekurang-kurangnya kena setting:
      1. lubang "angin"
      2. kalau meletop2 n nak buang bunyi letop, tutup lubang AIS (Air Induction System)
      3. lepas tututp AIS, mesti kna buat FID (Fuel Injection Diagnostic)

      kos atas tu ikut kedai. yang aku buat, seting angin rm50, tutup AIS dengan FID free (ada yang charge RM30-50 kalau x silap).

      tu cuma nak bagi elok sikit ja, sebab lepas tukar ekzos, performance akan turun, terutamanya kalau yang tukar ekzos tu tak berpengalaman. kalau nak mantapkan performance dan bajet banyak, boleh buat flush ICU dengan buat dyno balik.

      Delete
  22. Aq baru joint ...minggu lepas R25 Aq keluar....balun highway x ingat punya...ty for the tip...free2 jom nk joint ride

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah bro.. ajak aku join ride, tapi tak baguitau nama, pakai nama unknown, macam mana aku nk tau.. hahahaha

      Delete
  23. Salam kalau r25 60k mileage,ape problem yg nak kena hadapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau shim dah problem dan berbunyi, boleh dah buat valve clearance..

      Delete
  24. Ha na tnya la alang2..rse cm xptut...tpi demi bajet dn kmmpuan dri....agak2 pndptn bersih bulanan brpe yg mmpu utk bela r25 ni...1800 ckup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure nak jawab macam mana. tapi kalau cntoh buat loan bank under personal, bulan2 boleh dapat dalam rm300+ macam tu.. tu pun untuk 6 tahun.. so, lepas la kot..

      dari segi mentainance, kalau banyak pakai, banyak la bayar.. kalau jarang pakai, kurang.

      Delete
  25. R25 ni kalau kite nak tukar ekzos macam akrapovic,kene tukar block juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu.. cuma setting lain je.. yang penting setting angin dengan FID. bajet lebih kalau nk dyno flush ECU pun ok jugak.

      Delete
  26. Replies
    1. baru ni valve sopek 2 biji.. nah harga.. hahahaha

      gasket top set 70
      valve x2 170
      clearance shim 380
      valve seal x 8 96
      minyak itam x 2 elf 10/60 110
      oil filter 50
      coolant x 2 70
      skim head 150
      service charge 350

      total RM 1446

      Delete
  27. As salam..sy baru ambik sehari r25 latest model..soalannya ada perbezaan x enjin first model dgn enjin keluaran 2018 dari segi performance

    ReplyDelete
  28. Wahh.. banyak jugak info yg dapat.. lepas bace semua diatas, terbukak sikit mata untuk cost2 yg perlu di selenggara demi motor ber'cc' 250 ni.. amat berguna.. Inn Syaa Allah akan memiliki jugak satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome to the club bro.. apa2 hal, boleh je tanya kat sini, mana aku mampu, aku tolong.. hehehe

      Delete
  29. Blh sy tahu x ape beza semi and fully synthetic. Kalau pakai fully utk jln dekat jeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya bukan ahli dalam bidang minyak itam.. hehhe..'
      cuam rasanya basically selalunya kalau pakai fully, boleh pakai untuk mileage yang lebih jauh. contoh, selalunya yang pakai semi, setiap 3000km dah tukar tapi kalau pakai fully, boleh lajak sehingga 5000km..

      dari segi jalan dekat atau jauh, rasanya tu bukan faktor. sama je dua2. jalan dekat atau jauh selalunya orang akan pakai beza kelikatan minyak itam. contohnya kalau selalu jalan jauh, orang akan rekemen 10w-50 berbanding kebiasaan 10w-40. khabarnya, lebih likat, enjin lebih lambat panas. itu apa yang orang kata la.. saya bukan mekanik.. hehehe

      Delete
  30. Salam bro, dari segi penjagaan r25 dgn ninja 250 2019 sama x? bulan march nie nak sambar satu. tapi sedang memilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sama je.. kalau dari segi penjagaan harian la.. contoh macam servis, minyak itam, oil filter, valve clearance, lebih kurang ja..
      cuma kalau sparepart la kot yang beza..

      Delete
  31. Hello mau tnya kalau gaji basic 1125..blm msuk ot..kalau msuk ot..slalu dpt 1200-1500..bleh jaga x maintenance r25 heheh ..nak angkat sebiji utk ulang alik krja ja heheh..tmpat krja pun dkat ja..sangat dkat..komitmen tiada hehehe..rasanya bleh jaga x..nak angkat sebiji..loan kedai..bulanan 338 ..5 tahun..sda survey kedai dahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tmpat keje dekat, kurang mileage, mentainance akan rendah.
      Loan kedai tu pun mcm berbaloi... Aku buat personal loan yg interest lg rendah dari aeon credit pun, around rm300++ mcm tu jugak lebih kurang. Ok dah tu. .

      Delete
  32. Replies
    1. sebulan duit minyak habis sebih kurang RM150. so, bahagi dengan 20 hari bekerja lebih kurang, dapat la dalam lebih kurang RM7.50 sehari

      Delete
  33. ade tips x pujuk wife utk beli r25. geram tgk moto nie, minat dah lame nk beli,cume kebenran je x dpt.biase la, bende mahal, msti susah nk adjustnye.. hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je.. Beli je terus, jangan tanya bini.. Lpas tu baru tanya aku tips pujuk wife yg merajuk sbb beli moto x bagitau dia.. Yg tu aku tau.. Hahahha..

      Delete
  34. Kat mana dpt x ring chain set hrga 320?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu harga 2 tahun lepas, baru ni aku dapat harga rm320 utk rantai saja. Kalau 1 set rm420 kot kalau x silap.

      Kedai kat kulim, kedah. Google "kiang huat motor" kalau nk ke sana. Area sungai kob. Orang panggil "kedai ken".

      Rantai x-ring jenama DZX 520 (gold).

      Delete
  35. so abang da brape lame da pakai ni ? 4 tahun ? ade issue2 tak ngan motor ? mcm mana keadaan motor abang skrg ? sorry bnyk tanye XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai sejak 2016. so, dah 3 tahun lebih, sekarang tahun ke4.n dah 80,000km dah mileage.
      moto still okay. dah 2 kali buat valve clearance. kerosakan yang major, cuma pernah radiator seal bocor, dengan valve sompek 2 biji.

      Delete
  36. so abang da brape lame da pakai ni ? 4 tahun ? ade issue2 tak ngan motor ? mcm mana keadaan motor abang skrg ? sorry bnyk tanye XD

    ReplyDelete
  37. salam bos, saya ulang alik dgn wife kerja dr sg petani komtar, rasanya R25 ni sesuai x kalau naik dua org, dan sesuai x kalau nk buh box belakang atau side2. terima kasih atas penjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berdua, saya tak rekemen ambik R25. terutamanya kalau jalan jauh. ni moto katagory sport. lebih "tonggek". saya pernah duduk belakang membonceng, bagi saya, tak selesa. better ambik moto yang lebih rilex santai, dengan posisi yg kurang tonggek, terutamanya bagi pembonceng. tambah2 kalau jalan jauh.

      saya rekemen moto naked atau touring. kalau nk kira selesa, level 250cc, saya rekemen moto touring kawasaki versys 250.. yg ni kalau buh box lagi cantik. boleh jugak orang belakang sandar.

      cadangan saya ja. sebab mungkin bagi sesetengah orang, versys 250 nmpak x lawa.. hahahaha

      Delete
  38. Bang, ada tak cara nak bagi motor r25 ni lowered sikit dari yg original?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADAAA....
      aku sekarang pun dah lowered. Rendahkan bahagian fork depan. Baru lebih cunggit, n lebih sporty. Handling pun lagi sedap, cuma lpas lowered, kena ketatkan sikit fork depan pakai fork adjuster. Baru sedap.

      Monoshock belakang pun boleh adjust bagi lowered lagi, kalau mau la. Bagi lagi ketat skit.

      Delete
  39. Baru 80km pegi balik dh ckp jauh? Kitorg ulang alik shah alam- klia sehala dh 56km..relax je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rilex jugak ni.. xde pun saya cakap 80km tu jauh.. saya kata cuma pakai kerap ja.. hahahaha...

      Delete
    2. Jenis manusia yang suka cari salah orang ni

      Delete
    3. Biarlah.. Asalkan dia bahagia..

      Delete
  40. Bro nak tanya, saya still dilemma samada r15, r25 atau ktm rc 200 mana yang lagi okay dari segi maintenance ? Bab maintenance r25 memang mampu cuma risau nak kahwin ni lepas kahwin banyak pakai duit pula, please saya minta suggestion bang 🙏🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak kahwin, kna pastikan dulu yg pasangan tu memahami.
      Kedua, duit utk kahwin dah ckup ke belum... Kalau belom, setelkan dulu bab tu. Kalau x nnti x panjang jodoh dgn moto, pakai kejap dah nak jual.
      Ketiga, depend jugak moto nak pakai utk apa? Harian pi kerja ke, atau weekend ride. Kalau harian, berapa jauh rumah ke tmpat kerja.. Jauh perjalanan, cepat mentainance, banyak part yg cepat nk kena tukar.. Banyak pakai duit.
      Dari segi pilihan moto, lebih kurang ja tiga2 tu.. Cuma part ktm aku x sure harga macam mana..

      Delete
  41. setahun untuk 35,000km dah Rm3661 bro belanjakan.. saya kira2 balik perjalanan pergi balik kerja saya setahun cuma 10,000km ke 13,0000km... kira lagi jimatkan... mintak2 supaya saya dapat keluar sebijik ni😊😊...

    ReplyDelete
  42. Bro rasa Menyesal tak lepas beli r25 nak tanya kerana i punya sudah make my mind ingin nak ambil r25 soik soik nak tanya jer~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit nyesal sebab pakai moto ni untuk ulang alik kerja jalan jauh, mentainance tinggi.. hehhe.. kalau pakai utk weekend ride baru ok..

      Delete
  43. Hi, Sy bru kuar moto R25 V2, klo buang ekor blakang ganti kn signal + plate dan lain2 berkenaan ekor tu brp anggaran dan jenis mcm mne yg ok? org kata klo di rendahkn sikit bru cntik.. tp sy ske tggi2! tp entah lah!
    awk tahu x berkenaan kos sticker full body? sy nk tukar colour yg wow sikit! sbab sy amik red colour so sy nk tukar pd red chrome.
    almaklumlah.. kte gurl2 so kurang sikit bab2 moto ni.. tp disebabkan minat.. bli jgk! hihi...
    mnta pencerahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buang ekor skali signal n plate dulu dalam rm100 lebih macam tu la..
      rendahkan memang sedap sikit.
      kalau kat bukit mertajam penang saya tanya harga sticker moto full 1 body haritu, dia kata dalam rm250 paling murah. harga ikut design.

      Delete
  44. Hi, Sy bru kuar moto R25 V2, klo buang ekor blakang ganti kn signal + plate dan lain2 berkenaan ekor tu brp anggaran dan jenis mcm mne yg ok? org kata klo di rendahkn sikit bru cntik.. tp sy ske tggi2! tp entah lah!
    awk tahu x berkenaan kos sticker full body? sy nk tukar colour yg wow sikit! sbab sy amik red colour so sy nk tukar pd red chrome.
    almaklumlah.. kte gurl2 so kurang sikit bab2 moto ni.. tp disebabkan minat.. bli jgk! hihi...
    mnta pencerahan?

    ReplyDelete
  45. Assalamuaikum abg, valve clearance buat kat mana kalau area penang? Saya x tau bengkel mana yang trusted area sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.

      kalau kat belah SPU boleh try kat KB Soon Huat kat area merbau kudung

      Delete
  46. Assalammualaikum abg, valve clearance buat kat mana kalau area penang? Saya x tau mana bengkel yang trusted

    ReplyDelete
  47. Harga utk VC brp boss. Rm200 ka yg kt soon huat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. VC dia harga tak tentu.. kalau barang semua okay, murah je la.. kalau shim problem, mungkin mahal sikit.. lepas tu servis charge lain kedai lain harga.. so far yg kat kbsh tu aku tengok harga servis dia okay la, x cekik darah sangat.

      Delete
  48. Doakan saya bulan 12 ni nak angkat R25. Tengah cari2 lagi ilmu pasal R25. Nak buat ride weekend je. Kalau pi kerja pun, 5 minit je sampai (naik LC). Terima kasih info diatas. semua comment dah baca. Nicey boss

    ReplyDelete
  49. Saya nak beli r25 second 2015 first edition tak silap saya. Mileage baru 35k. Abg rasa keluaran tahun 2015 okay gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblom nk beli tu, konfom dengan tuan asal dia yg dia ada buat recall tak? sbb 1st model banyak recall. dah 3 kali kalau x silap.

      Delete
  50. top speed brapa?kalau buat ulang alik kg..kL-Kelantan. Tiap2 minggu ok ke jalan jauh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau standard pernah sampai 185km/j.
      kalau ulang alik jalan banyak kona-kona, okay la. cth kalau lalu jalan lebuhraya timur barat dari penang ke kelantan. kalau Kl-kelantan, rasanya kalau lalu LPT tu jalan straight ja, macam takut lenguh pinggang ja... boleh ambik touring kalau nk jalan jauh jalan straight. baru sedap

      Delete
  51. top speed brapa?kalau buat ulang alik kg..kL-Kelantan. Tiap2 minggu ok ke jalan jauh

    ReplyDelete
  52. Bang saya nak angkat r25 seken. Ada tips tak? Ada jumpa yg murah tapi mileage tinggi sikit, tak apa ke kalau mileage tinggi? Saya duduk kulim je bila2 boleh la mengopi kalau sudi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya dia, ada pernah valve sompek x? Kalau pernah,kebarang kalian nk berlaku lagi tu ada.

      Delete
  53. Asslamualaikum. Bang nak tnya, kalau kita servis moto bru tu sbb mileage dia dh ckup masa utk servis, angka tu boleh resit ke asal balik tk? Cth : 20k tu bila dh services dia resit balik jadi 00?? Sbb saya ada gak rasa nak angkat sec r25 v1 ni sbb mnat sngt tpi bila tngok ada yg ckap pasar clearance tu jdi mcm cuak sikit dbuatnya. Sya bru ja nak brjinak dlm cc 250 ni so mnta pncerahan skit dri otai. Dn satu lgi, sya beli sbb minat dn utk kgunaan hrian ulng alik blik krja. Msa diambil ulang alik pun dlm 20 min ke 25 min mcm tu kalau tk jam. Prlu sya prepare apa yg ptt? Srry bnyk tnya sbb msih bru hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. angka yg nak reset balik tu angka apa? mileage ka? kalau mileage, sepatutnya ta boleh reset balik. tapi x tau la kalau ada yg pandai boleh reset.

      kat meter tu selalunya ada mileage dan meter jarak perjalanan. kalau untuk meter jarak perjalanan tu, yer la boleh reset jadi kosong. meter jarak perjalanan tu selalunya guna untuk ukur jarak, atau untuk nk set jarak yang sesuai untuk servis/tukar minyak itam.

      kalau masa perjalanan 20 minit tu kira okay la, x jauh sangat. masih boleh dikira dekat. so x ada apa2 sangat yg nk kena prepare. servis ikut time, tukar part2 apa yg patut (tayar, rantai, brake disk, spark plug, cuci air filter (kalau pakai after market) bila masanya dah tiba..., itu je la..

      Delete
  54. kepekatan berapa untuk minyak hitam ni dan brand apa yg tuan recommend untuk fully synthetic

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dok pakai liqui molly semi-synthetic 10w-40.
      ramai yang rekemen untuk pakai yang lebih likat macam 50 or 60. tapi saya stick dengan buku manual je. terpulang ikut citarasa masing-masing.

      Delete
  55. Assalam bro.. nak tanya pendapat bro.. skrg nk berjinak² ngan cc lbh besar.. antara keempat² model ni.. yg mana lbh sesuai utk beginner cam saya.. yzf r25, mt25, cbr250rr, ninja 250.. thanks in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg top cbr250rr. tapi tahun depan lain cerita, sebab zx250r nak masuk. kalau tengok yang tu, yg lain semua kalah, kecuali part harga je

      Delete
  56. Major service utk mt 25 berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sekali valve clearance, harga ikut kedai. lain kedai tak sama harga..

      Delete
  57. Salam bang, untuk R25 ni Tayar apa yang berpatutan bagi kegunaan konvoi jarak jauh, bukan untuk main konar ye... Tayar touring apa yang berpatutan untuk R25?

    ReplyDelete
  58. 2023 bro still berguna ilmu ni trrima kasih byk bro

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)