Buffet Ramadhan Eastin Hotel Penang

Ramadhan dah tinggal tak beberapa hari sahaja lagi. Sebut pasal Ramadhan, mesti terfikir nak berbuka kat mana kan? sesekali kalau berbuka di hotel pun best jugak. Tambah pulak sekarang ni banyak hotel-hotel yang menyediakan Buffet Ramadhan yang pelbagai aneka juadah dan hidangan.


Buffet Ramadhan Eastin Hotel Penang


kembara desa


Kali ni, aku nak cadangkan kat korang untuk try Buffet Ramadhan di Eastin Hotel Penang, yang bersebelahan dengan pusat beli belah Quens Bay tu. memang best buffet ramadhan kat sini. aku dengan blogger Arz Moha dah try dah baru-baru ni. Thorbaek.

dari kiri ; Arz dan Pha Is


Pada tahun ni, Eastin Hotel menyediakan buffet Ramadhan yang bertemakan 'masakan kampung' style feast. Tema juadah dan makanan buffet ramadhan kali ini seolah-oleh masakan oleh ibu di kampung tatkala hari raya menjelma. Memang feeling-feeling maca nak raya dah.

'Masakan kampung' style feast


Buffet ramadhan Eastin Hotel Penang pada tahun ini bermula dari 28 Mei hingga 24 Jun 2017.Memang banyak pilihan yang disediakan. antaranya ulaman dan herba kampung sebanyak 5 pilihan, aneka kerabu sebanyak 10 pilihan, Rojak Mambo, aneka Jeruk, dan juadah diorang, "Kambing Golek Beratur Panjang" yang lembut disajikan dengan Biryani Pak Raj.

rojak, sushi, satay, dan marshmallow. macam-macam ada! 


Selain itu, ada jugak masakan indian seperti lamb masala thosai, chicken tandoori, bombay biryani, dan roti naan. Tak cukup dengan tu, ada jugak pilihan masakan "semenanjung noodle" seperti Laksa buyung, laksa johor, laksa sarawak, mee jawa, mee goreng mamak, dan popia basah selangor!

muka excited nampak kambing golek.
ni la namanya Kambing Golek Beratur Panjang tu.. 


Terdapat juga 15 pilihan "hot dishes" seperti Memang Pedas Oatmeal Prawn, Ketam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Kuzi Daun Pudina, Ikan Tenggiri Gulai Kampung, dan banyak lagi.

aneka Hot Dishes


Untuk dessert pula, buffet ramadhan Eastin Hotel Penang turut menyediakan Ais Kacang, Kuih Tradisional melayu, dan aneka kek, ais krim, dan buah-buahan. Okay, ini bahagian feveret aku. kat sini juga ada sup gearbox! memang layan wei. sedap, lembut, panas-panas.!

sup gearbox!


Tak cukup lagi? di Eastin Hotel Penang juga turut menyediakan masakan Negeri Sembilan iaitu Ayam Percik Seri Wangi yang dibakar dengan ramuan dan rempah ratus terpilih, yang boleh dimakan dengan kentang manis, pulut, dan lemang!

Bagi penggemar gulai kawah, kat sini juga ada aneka pilihan gulai kawah seperti Kawah Pedas kambing, Gulai Lobster, Gulai Daging Tongkat Ali, dan Gulai Sotong.


Harga Buffet Ramadhan Eastin Hotel Penang


Dengan Ramadhan Voucher, korang boleh beriftar di ramadhan buffet Eastin Hotel Penang dengan hanya RM95nett. Pilihan kedua, korang boleh dapatkan sosial media dan promosi kredit kad ramadhan pada harga RM100nett. Voucher boleh didapatkan daripada official FB page Eastin Hotel Penang. Bagi harga non-promotional rate pula adalah sebanyak RM120nett.

Buffet Ramadhan Eastin Hotel Penang ini bermula pada jam 7.00pm sehingga pukul 10.00pm. Jadi, boleh makan dengan puas. Korang boleh berhenti kejap untuk solat maghrin di Surau yang disediakan. lepas tu boleh turun sambung makan. hahaha..

Informasi tambahan dan tempahan


Untuk informasi tambahan dan tempahan, boleh hubungi Eastin Hotel Penang di talian 04-612 1128 atau boleh email di alamat info.pg@eastin.com atau boleh juga lawati laman berikut:

www.eastin.com
www.facebook.com/eastinhotelpenang/

Post a Comment

10 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)