Dalam tenang air disangka
Buaya ganas menanti mangsa
Bulat air dalam bentungan
Muafakat manusia mengambil pedoman
Cincang air cincang saudara
Selamanya takkan terputus jua
Saat tekak haus dahaga
Saat badan bau terasa
Saat kotor masih tersisa
Air juga dicari punca
Api marak air pemadam
Pokok layu air disiram
Dimana duduk ikut acuan
Dimana mengalir ikut arus
Takkan air mudik kehulu
Takkan air terbang ke langit
Tertib ikut aliran
Patuh hukum Tuhan
Berlembut seperti air
Dicincang tak putus
Dibakar tak hangus
Berjuang seperti air
Selembut air mengalir
Tanah degil bisa dihakis
Sekecil titikan menimpa
Akhirnya batu berlubang jua
-Pha Is
19 Mac 2017
p/s : hari ini dan esok
18 Comments
Peribadi kita pun macam air. Terbentuk mengikut acuan.
ReplyDeletePeribadi kita pun macam air. Terbentuk mengikut acuan.
ReplyDeleteDalamnye maksud, tingginya bahasa...
ReplyDeletePS: erk, yang itu ke yang pernah putus? hehehe...igtkan yang lain...naseb baek selamat mendarat....
Kalau kerja syarikat air teruk kena maki dengan consumer bila takde air.
ReplyDeletePuisi air menenangkan jiwa...air keperluan hidup.
ReplyDeleteamboihhh jiwang pulak mamat ni
ReplyDeletemana ada jiwang plak.. langsung x de kaitan dengan cinta, kasih, sayang, rindu, jiwang, dan sebagainya..
Deleteianya soal sifat air yang boleh kita ambil pedoman.. tu je..
Bak kata Bruce Lee, "Be water my friend",
ReplyDeletekena jimat cermat air
ReplyDeletetingat aritu blogger sal ckp, biar x de letrik jgn x de air" heheheh
ReplyDeletetetiba haus.. hee~ kakak g amik air jap..
ReplyDeletesesedap mana pun air, sedap lagi air yg member kita belanja. hehehe...
ReplyDeleteAir penting untuk kehidupan.. tiada air keringlah kita semua :)
ReplyDeleteSetitis air pun nikmat dari Tuhan, setitis air pun tak mampu kita nak jadikan.
ReplyDeleteAir boleh menenangkan tapi boleh juga menghancurkan..kan? :p
ReplyDeletepenuh peribahasa ni =D
ReplyDeleteair nadi kehidupan
ReplyDeleteWowww boleh tahan jgk ehh 😬
ReplyDelete