Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking
Previously > Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet
Sila rujuk entri sebelumnya, Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet untuk berita penuh. sory aku terpaksa nak kena bahagi beberap part sebab kalau nak lumsum dalam 1 entri, panjang sangat.
Okay, back to the topic, kelengkapan hiking kinabalu ni sebenarnya bergantung kepada individu. Ada yang perlukan semua ni, ada yang kalau tak ada pun, boleh hidup. Tengok sama ada korang ni jenis tahan sejuk atau tak, atau korang jenis yang prepare the worst atau jenis yang simplest.
Kelengkapan hiking
So, list aku ni tak valid untuk semua orang. Ikut diri masing-masing. Antara kelengkapan yang kena sediakan termasuklah.
Headlamp
wajib sebab hari ke-3 korang sambung pendakian pukul 2 pagi
Penutup muka / scarf
aku bawak topeng orang mesin rumput tu. macam penyangak pun ada. aku beli kat Mr D.I.Y
scarf leher
aku tak bawak pun.
T-shirt
aku bawak dan pakai 1 je. Tapi aku pakai lengan panjang siap-siap. Kalau tak tahan sejuk, bawak lebih
Baju sejuk
aku rasa macam wajib sebab sejuk sangat, kat check point laban rata (trail km ke-6 daripada total 9km) pun dah 2 darjah celcius. Tapi ada member aku cerita dia naik pakai wind breaker je. Tapi mat saleh yang tahan sejuk tu pun semua pakat pakai baju sejuk tebal-tebal kat atas.
Nak murah, aku cari kat kedai bundle je. Nak pakai sekali tu je. lain la korang jenis selalu melancong oversea.
Seluar
aku bawak dan pakai 1 tracksuit je. Member aku si Affan rekomen bawak sekali dengan seluar jean yang tebal dan stretchable (jean campuran spandex) untuk pakai masa hari kedua pendakian (day-3) sebab nak bagi tahan sejuk. ada orang suggest pakai 2 lapis. so, depends.
Affan pakai jeans je |
member aku si Akhmal dia pakai seluar hiking yang dia beli online. katanya memang selesa walaupun sejuk kat atas.
Glove
sejuk wei! macam wajib je.
Stoking
bawak spare, takut hujan dia x sempat kering. Nanti sejuk
Kasut
recommended kasut getah a.k.a “adidas kampong”. Tapi aku pakai kasut sukan biasa je. Kalau tak hujan okay je.
Baju hujan
prepare poncho pun dah okay. Ringan, murah. Just in case
Ubat-ubat
kami naik semua empat2 orang pening kepala!
Power bar
bajet lebih, beli yang kat kedai orang gym beli potein tu. Kalau tak, takat cokelat mars or sneakers pun memadai. Bagi aku la
Water bladder.
Nak pakai botol air pun boleh, tapi yang ni aku sangat recommended.beli yang 2 atau 3 liter. Bergantung kepada korang sama ada jenis banyak minum air atau tak.
Air
aku bawak 1.5liter letak dalam water bladder, tak cukup. 2 liter okay kot. Depends
next >> Hiking Kinabalu Part 3 | Itinerary
36 Comments
sekali fikir macam teringin nak naik. mai part empat empat orang naik semua pening kepala tu yang dok pikiaq 2-3 kali. kami berdua jenis suka sakit kpala. duhhh
ReplyDeletehahaha.. cubaan dan dugaan tu bnda biasa dalam kehidupan.. apatah lagi dalam pendakian.. ewwah.. hahaha
DeleteBoleh dijadikan panduan.. ;)
ReplyDeleteharapnya begitu lah hendaknya..
DeleteKeperluan mendaki perlu lengkap segalanya..kalau x pndg jelah gunung Kiabalu tu
ReplyDeletetermasuk fizikal dan mental..
Deletesemakin ramai yang gemar hiking sekarang ni
ReplyDeletebetol.. hobi ni dah macam trend dah pulak.. hehehe
DeleteTeringin nak pergi hiking dekat sini tapi since kejadian yang dulu tu mesti mak tak bagi nak pergi sini.
ReplyDeletekejadian pa tuh? ceciter2.. hehee
DeleteImpian ni nak hiking kat sini. Tp, masalahnya dah lama pulak tinggal hiking nii. Pancit sudah.
ReplyDeletenak tempah permit tu lambat.. sementara tu boleh slow2 ptaktis balik.. hehehe
Deletebanyak kena prepare bila nak naik atas tu...bagus share pha is..
ReplyDeletethanks..
Deletebanyak juga kelengkapan yang perlu yea....
ReplyDeleteha ah..
DeletePS : ibu emas tu untuk suri rumah yang bawah umur 60 tahun...
ReplyDeleteowh...
Deletewah....ada ibu emas ye..
ReplyDeleteha ah.. kat entri rietta...
Deletepower bar tu boleh try protein shaklee. hihi
ReplyDeleteprotein shaklee ada yang bentuk cokelat bar ke?
Deletelama kina tinggalkan dunia berblog ni.rindu rasanya nak kunjung mengunjung
ReplyDeleteBagus panduan n ;) Bila entah nak sampai Sabah pulak. Hehee
ReplyDeletejom...
Deletebestnya hiking hehe sy orang sabah tapi belum pernah hiking mount kinabalu ni..takutla hehe
ReplyDeleterugi la kalau macam tu.. hehehe
Deleteterbayang kesejukannya..pas ni mendaki mana lagi?adidas kampong tu yang macam kasut menoreh tu ek?
ReplyDeletekawan saya si affan tu next target dia kat checkpoint himalaya, di gunung everest..
Deleteya betol! kasut getah yang orang bawak pergi meroreh tu..
Deletesejuk tuuu... hmpr sm sejuk ms sy kt london ... berat x beg?
ReplyDeletehahaha... mmg sejuk..
Deletebeg saya bawak yang simple2 je, x berat..
2 celcius tu memang sejuk laaa.. perghh boleh pakai jeans saja. hahaha
ReplyDeletexlama jd blogger daki sana sini
tu kawan yg pakai jeans.. saya pakai tracksuit biasa yg nipis tu je.. hahaha.. rilex je x sejuk sbb kaki buat kerja nk panjat tangga.. x rasa dah sejuk.. rasa penat ja.. hahaha
Deletehahaha.. wow memang jenis tahan sejuk ni. nasib lah selamat smuanya
DeleteAlhamdulillah..
Delete