Farmasi dalam hospital buat apa je?

Farmasi dalam hospital buat apa je?


Pernah terfikir tak, ahli farmasi ni dalam hospital dia buat apa jer sebenarnya? Bagi ubat je ke? Sampai pernah dulu masa aku kerja kat hospital, hari tu aku keje kat bahagian yang tukang bagi nombor giliran kat pesakit yang datang mai ambik ubat.

Lepas aku bagi nombor giliran, orang tu Tanya aku :

“encik ni gaji beribu-ribu keje tukang bagi nombor je ke?”

Apa Tugas Farmasi Dalam Hospital?



Sentap tau! Hahaha... mungkin dia tak tahu, tapi farmasi ni banyak lagi keje dia kat dalam hospital. Meh aku nak share satu-satu secara ringkas. Secara ringkas yer! Kalau detail, 10 entri pun tak cukup.

1) dispense ubat (farmasi pesakit luar)


Ni yang paling menonjol. Pesakit datang bagi slip ubat (preskripsi), ambik nombor, tunggu, ambik ubat, blah. Tapi yang sebenarnya berlaku secara ringkasnya:

a. pesakit bagi preskripsi sambil ambik nombor, tapi kami dah start screening preskripsi tu dah masa tu.
b. isi ubat. Sekali lagi senarai ubat disemak
c. melabel ubat. Sekali lagi senarai ubat disemak.
d. proses semak silang (counter check). Sekali lagi ubat tu akan disemak.
e. dispense. Sambil ubat diberikan dan diterangkan cara pengambilan, proses semakan dilakukan buat kali terakhir.


2) kaunseling ubat



bagi pesakit yang pakai inhaler, pen insulin, dan alatan ubat lain selalunya farmasi yang kena ajar. terutamnya yang baru first time ambik.


3) Farmasi pesakit dalam


walaupun kalau tengok dalam wad, ubat tu nurse yang bagi, tapi sebelum ubat tu sampai dalam wad, farmasi yang bekalkan dan masa proses pembelakan tu, ubat tu still akan di screen dan disemak, sama macam kat pesakit luar tu..


4) memeriksa kepekatan ubat dalam darah



ada sesetengah ubat yang sangat 'sensitif'. ambik lebih sikit jadi bahaya, ambik kurang sikit je, dah tak effektif. so, dalam hal ni, kita kena monitor tahap kepekatan ubat tu dalam darah. basically kita akan ambik darah, analisis pakai mesin khas, dan interprate result tu siap kna ada kira-kira sekali.

kerja ni dipanggil TDM (therapeutic drug monitoring)



5) bancuh ubat chemo.



ubat chemo (ubat untyuk kanser) ni sangat bahaya. so, nak handle dia pun procedure dia sangat strict. proses pembancunhan dia semua farmasi yang buat, dalam "clear room", siap pakai sut protective khas dan buat pun dalam kebuk kaca yang boleh masuk tangan je tu.

kerja ni dipanggil CDR (cytotoxic drug reconstituent)

6) bancuh cecair drip nutrisi



bagi pesakit yang tak boleh makan (baru lepas buat pembedahan kat perut, perut dia problem, dsb) dan juga bayi lahir pramatang, kita bagi makan melalui salur darah! kami bancuh cecair yang siap ada semua nutrient tu dan proses dia pun susah jugak. kna buat dalam clean room, kna pakai sut khas sebab tak mau bagi kuman atau bnda asing masuk dalam ttu.

kerja ni dipanggil TPN (total parenteral nutrition)

7) jaga stor ubat


Proses perolehan ubat di hospital sebenarnya diuruskan oleh ahli farmasi bermula dari proses pemesanan, pembelian, penyimpanan stok, pengagihan, dan pelupusan ubat. Kira semua berkaitan pasal ubat lah senang cerita..



8) bancuh ubat sirap untuk pesakit kanak-kanak.



tak semua ubat ada dalam bentuk sirap, terutamanya ubat bagi penyakit yang sangat rare kena kat budak-budak. so dalam kes ni, ubat sirap tu ahli farmasi yang bancuh. daripada ubat biji yang di-crush. selalunya kami "tumbuk" ubat biji tu pakai mortal and pestle, atau bahasa mudahnya, lesung batu.

9) bancuh ubat krim sapuan


kalau dapat ubat krim sapuan yang dalam bekas leper bulat-bulat tu daripada hospital-hospital besar, semua tu kami bancuh sendiri tau! ingat senang? sekali bancuh krim 60kg, lenguh habis badan nak gaul bagi sebati, walaupun pakai mesin.


10) farmasi wad


sebenarnya, dalam wad pun ada ahli farmasi. cuma tak semua wad dapat sorang satu farmasi. ada yang share-share, tapi ada jugak yang 1 wad 1 farmasi. biasa la, tak cukup kakitangan. Yang dapat 1 wad 1 farmasi ni selalunya wad-wad yang kritikal dan betul-betul memerlukan.

nak tau farmasi dalam wad ni senang je. dia pakai labcoat yang kaler putih tu (macam doktor) tapi dia tak pakai stethoscope (alat yang selalu guna untuk dengar degupan jantung tu) dan selalunya dia bawak file kat tangan. selalunya la..

11) hotline


selalunya farmasi kat hospital-hospital besar akan ada team hotline. kalau doktor, atau nurse, atau sesama farmasi sendiri pun, kalau nak check atau ada apa-apa persoalan pasal ubat, boleh call nombor hotline ni. akan ada farmasi yang standby untuk jawab call ni.

Unit ini dipanggil drug info unit atau drug info service.


Farmasi Luar Bidang Hospital


fuh, tu baru farmasi dalam bidang hospital. banyak lagi cabang farmasi sebenarnya dalam bidang luar hospital. contohnya macam kerja aku sekarang ni. aku dah tak kerja kat hospital dah. tapi dengan jabatan kesihatan negeri. kerja-kerja pejabat.

nanti aku cerita part kerja aku pulak. hehehe..


sumber asal :

Faiz Zakaria. (2017 Jan 12). Apa Tugas Farmasi Dalam Hospital?. Nota Farmasi; dipetik dari http://notafarmasi.blogspot.my/2017/01/apa-tugas-farmasi-dalam-hospital.html 

Post a Comment

53 Comments

  1. Good sharing. Tq
    Ank saya dr farmasi kos kena kena engineering kos

    ReplyDelete
  2. Rumit kerja pharmasis ni sebab berkait dgn ubat yg akan menyembuhkan pesakit...mesti amat teliti cara pengendaliannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rumit cuma kalau tersilap tu risikonya agak bahaya sebeb malibatkan kesihatan dan nyawa orang..

      Delete
  3. NICE sharing...

    setiap pekerjaan mesti ad kesukarannya.. kalau tak takkan lah belajar susah2 setakat duduk aje.. jgn tgok yg nampak , kena tgok yg tak nampak.. haa berjeler2 list

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.. betul2.. selalu bila saya cakap student farmasi, mesti orang tanya, belajar farmasi ni susah tak? mana lagi susah dengan medic? (soalan paling popular). hahaha
      setiap kos ada susah cara masing2.. farmasi cara farmasi, medic cara medic, engineer cara engineer, dan sebagainya..

      Delete
  4. boleh tahan juga kerja farmasi ni. nak tanyalah juga. selalu pesakit kena bagi ubat tp kalau ada lebihan ubat tu nak buat camne eh? buang ke atau pulangkan? tp nak pulgkan dekat siapa? farmasi juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna ikut jenis ubat jugak.. sebab selaluny akita bagi cukup2 ngam-ngam je..

      kalau ubat tu antibiotik, kena habiskan walaupun dah rasa hilang demam/ dah rasa sihat. sbb kalau tak habiskan, kita takut nnti ada saki baki bakteria yang masih hidup dalam badan walaupun kita dah rasa sihat. kalau stop makan antibiotik, nnti bakteria ni jadi bertambah kuat sbb dia dah berjaya "survive" antibiotik jenis tu. nnti kalau bagi antibiotik jenis yg sama, dia dah tak effective dah.

      kalau ubat-ubat yang lain, contoh macam uabt2 penyakit kronik seperti ubat kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya, kalau makan ikut atauran, x pernah miss, sepatutnya tak ada lebihan ubat. kita akan bagi cukup2 sehingga next appointment atau sampai next month punya masa untuk datang ambik ubat.

      dan kalau ada lebihan jugak untuk ubat penyakit kronik ni, seeloknya habiskan ubat yang tu dulu, baru datang refill kat farmasi. atau boleh datang ke farmasi dan cakap ubat mana yang masih ada lagi. nnti kami cuma top-up mana yang dah habis je, supaya pembaziran ubat tak berlaku. tapi perlu pastikan ubat tersebut belum sampai tarikh luput la..

      kalau nak pulangkan, contoh kalau doktor suruh makan ubat jenis lain, yang lama punya dah tak perlu makan, boleh pulangkan dengan kaunter farmasi.

      jangan buang sebarangan sebab proses cara nk lupuskan ubat ni pun ada caranya. tak boleh buang suka kati je dalam longkang, tong sampah, etc..

      Delete
  5. apa juga kerjanya ada nilai ibadahnya,irda bukanlah orang yang sesuai kerja dalam pharmasi sebab ia perlukan kesabarann dan sikap yang details,jadi orang yang bekrja dengan farmasi ni ALLAH dah takdirkan keje itu untuknya kerana DIA tahu org tu sesuai.besar pahala ni,sebab keje untuk kesihatan orang kan..

    ReplyDelete
  6. Good sharing. Point no 7 tu paling renyah. Nampak simple, tapi nak jaga rekod inventori ni kalau tak konsisten boleh jadi pening jugak

    ReplyDelete
  7. hehehe org tengok cam mudah tp sbnrnye susah jd ahli farmasi ni..

    ReplyDelete
  8. banyakkan kerja farmasi....teringat ada kwn kerja famasi yang weekend dia OT, isi ubat kt KK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. saya dulu masa kerja kat hospital pun kna korbankan masa kerja weekend.. tapi tak dikira OT pun sbb tak boleh claim duit OT.. cuma boleh claim time off ja.. sadis tak.. ?

      Delete
  9. Anak saya kerja farmasi. Ogos 2016 telah diposting ke Institut Kanser Negara, Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. best la kerja sana.. lebih specifik kearah ubat chemo.. lebih pakar..

      Delete
  10. a.. baru tau.. selalu kalau g hospital ke kan, tengok dak dak farmasi lepak jek menyengih.. hahahaah~ thanx untuk info..

    ReplyDelete
  11. Wahh.. banyak betul eh cabang tugas ahli farmasi ni. so sirup apasuma tu ingatkan kilang yg buat, rupanya ahli farmasi gak eh. btw nice info ni, baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kilang yang buat. tapi tak semua ubat ada dalam bentuk sirap. ada yang farmasi kena bancuh sendiri..

      Delete
  12. Andainya kita berkerja di tempat yg membantu orang lain, bermakna kita cintakan kehidupan. We love life.

    *perkataan yg manis2 dari ahli hospital merupakan sebahagian dari ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah sekali masa dispense (beri) ubat pada pesakit, bila dah habis bagi semua, aunty tu cakap kat saya

      "I tengok U manyak senyum. I tengok U punya senyum pun I punya sakit sudah mau hilang.."

      hahahaha...

      Delete
    2. Beri senyuman tu satu sedekah tuan.
      Sedekah tu ganjarannya pahala.

      Delete
  13. Baru faham.. Memang tidak dinafikan sebelum ni Reen pernah tertanya-tanya tugas farmasi, bagi nombor dan ubat saja ke? Waktu tu fikiran jahil sikit hahahahaaaa

    Mustahil ada kerja senang macam tu.. Tentu ada kerja bhgian dalam yang pesakit tak nampak.

    Pernah juga terfikir macam mana agaknya ahli farmasi agihkan ubat2.. Macam mana untuk mengelakkan kesalahan agihan ubat..

    Lepas baca info dalam entry ni, baru faham..

    Yang no 4 tu rasanya paling mencabar.. Kalau melalui bacaan. Yang kerja dalam bidang ni je yang tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. biasa la.. itu aa yang orang awam nampak pada bahagian luar. kerja-kerja farmasi ni banyaknya melibatkan pada bahagian yg org x nampak.. kami ni low profile sikit, x macam doktor.. hehehe...

      haa.. bab agihan dan elakkan kesilapan pengendalian ubat (medication error) tu la yang pening tu.. hehehe.. orang heran kenapa dapat uabt lambat sedangkan tu semua ada banyak proses, semuanya nak bagi kurang risiko kesilapan nak bagi ubat.

      yg nombor 4 tu memang mencabar. bab ni la farmasi paling banyak buat kira-kira, calculator sentiasa ada disisi kalau nak buat kerja nih. dari raw info berkenaan kepekatan ubat dalam darah, kami kena calculate dan estimate dia punya maximum dan minimum concentration dalam darah dan seterusnya analyse, apa yang patut buat berdasarkan data tu.. masa ni kami jadi budak math kejap. hehehe

      Delete
  14. Uih byk jugak. Ingatkan dr kilang ubat dh dpt terus semua tu.. Tp macy x bias dgn any job. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakannya macam tu.. ada beberapa jenis ubat je yang farmasi bancuh sendiri..

      Delete
  15. baru tahu rupanya ubat kalau tak ambik tak boleh buang suka hati. selalu gak ada lebih ubat cam smecta (utk cirit) anak2 yang tak buka lagi sebab doc bag banyak. so boleh pulangkanla ye?

    dulu ada dgr cadangan nak diasingkan dispensari daripada klinik/hospital. tak tahu cemana skrg cadangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat tak boleh buang sesuka hati. ada cara pelupusan dia yang tersendiri. kalau tak, pembuangan ubat secara tak terkawal boleh menyebabkan pencemaran alam.

      sbb bahan kima yang terdapat dalam ubat ni adalah bahan aktif dimana ianya boleh bagi kesan secara fisiologi kepada tubuh manusia, apatah lagi kesannya kepada makhluk hidupan yang lain.

      kami nak lupuskan pun perlu jalani proses bagi meleraikan bahan aktif yang terdapat dalam ubat tu. lepas tu baru buang. itu pun dibuang oleh syarikat pelupusan yang dipantau oleh jabatan alam sekitar.

      jadi, langkah selamat, pulangkan kepada farmasi.


      berkenaan dengan pengasingan dispensari tu (dispensing separation), pihak farmasi masih memperjuangkan cadangan ini untuk direalisasikan supaya keselamatan dan ketelusan berkenaan ubat dapat dijamin.

      tapi masih ada beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan pengasingan dispensari ini atas sebab mereka tersendiri. harapnya pengasingan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dalam malaysia nih..

      Delete
  16. kalau ubat2 yg baru, biasanya siapa yg akan terangkn ttg ubat2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat baru tu, ubat yang pesakit baru 1st time ambik ke, atau ubat baru wujud dalam pasaran?

      kalau pesakit baru 1st time ambik, dan ubat tu tak ada precaution yang special tentang pengambilan dia atau cara2 nak ambil, selalunya doktor akan terangkan dulu pasal ubat tu.. atau jika doktor tak terangkan dan pesakit nak tahu, boleh je tanya farmasi masa ambik ubat.

      cuma selalunya ditekankan bila ubat tu special sikit. contoh bila cara nak ambik ubat tu memerlukan cara yang specifik macam ubat inhaler (sedut) untuk asma, atau ubat cucuk insulin, dan sebagainya.

      atau boleh jadi ubat tu simple, seperi ubat sapuan, tapi ada banyak jenis dan kena ikut turutan dan cara yang betul untuk menggunakan ubat sapuan tu.

      selain tu, ada jugak ubat yang makan tapi special sebab2 tertentu seperti waktu pengambilan, sebelum atau selepas makan, pantang larang yang x boleh buat/makan, dan sebagainya. contohnya seperti ubat cair darah warfarin, dabigatran, ubat tulang seperti alendronate, dan sebagainya.

      untuk kes ubat special macam ni, memang kaunseling akan diberikan sama ada oleh doktor mahupun ahli farmasi, bergantung kepada kebiasaan amalan klinik atau hospital tu.

      kalau ubat yang baru wujud dalam pasaran, pihak syarikat pengeluar ubat tu sendiri yang akan terangkan kepada doktor dan ahli farmasi.

      Delete
  17. Barulah terbuka minda Mrs. A tentang kerja-kerja seorang ahli farmasi hehheeehe...

    Dalam erti kata lain ahli farmasi macam faiz ini mesti tahu ubat-ubat yang terbaik di antara yang baik kan?

    Contoh macam ubat batuklah kadang pergi klinik dapat jenis Bena kadang dapat jenis lain? Kenapa macam tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la, dah batuk pun bukan semua jenis sama.. ada beberapa jenis jugak.. ada batuk kering, ada batuk basah, dsb.. so, ubat pun lain-lain la.. lain ubat batuk lain fungsi dia..

      ada sekadar nak 'lubricate' anak tekak supaya tak gatal n tak menyebabkan batuk. ada yang berisi bahan aktif yang merawat punca yang menyebabkan batuk. dan beberapa lagi..

      dan ada ubat batuk yang disebabkan kandungan gulanya tinggi, tak sesuai untuk sesetengah org seperti pesakit kencing manis. so, dapat jenis lain yang kurang kandungan gula.

      tapi kadang2 ubat tu sama je, jenama je yang berbeza.. contoh, bena dan dyna.. itu beza jenama je..

      Delete
  18. "keje tukang bagi nombor je"??? hahahhaa.. lawaklah pakcik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la pasal.. sedih je dengar soalan tu..

      Delete
  19. course farmasi ni susah kan.. saya bab sains2 ni memang fail. ehhehehe. kalau bab matematik ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. sains dan math kan adik beradik.. tak boleh terpisah.. akan ada jugak bertemu walaupun tak banyak...

      Delete
  20. sentap ler kalau org tanya mcm tu...bg nombor jer...hihihi...byk keje nya...org yg kerja dalam bidang tu je yg tau kerja2 yg mereka kena buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nkbuat macam mana.. mereka tak nmpak dan tak tahu kerja kami.. ni yg nk bagitau nih.. hehhe

      Delete
  21. banyak juga ye keje ahli farmasi. biasa la, orang yg x biasa dengan keje kita, mana nak tau apa yg kita buat. tu yg kuar statement "gaji beribu, jaga nombor giliran je ke". huhuhu...

    ReplyDelete
  22. Farmasi ni skrg peluang keja dia luas ka dh kurang ? Sbb skrg rmai ckp farmasi dh bnyk n tk dpt keja . Takut jugak nk ambik course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dah makin luas sebab dah banyak cabang2 farmasi lain yang sebelum ni kurang mendapat perhatian tapi skrg dah mula pahrmacist ceburi walaupun pada peringkat permulaan PRP.

      cuma farmasi hospital je yang selalu orang ingat farmasi keje kat hospital, yang tu dah semakin terhad.. tapi terhadnya farmasi hospital sebenarnya telah membuka pelung cabang2 farmasi yang lain untuk menyerlah.

      so, x perlu risau.. rezeki dimana2.. yang penting usaha dan minat..

      Delete
  23. xboleh bayang mcm mana kerja dlm farmasi ni. dgn ubat bermcam jenis, nk tau psl dos, side effect, containdication dia dan bermacam lagi. fuhhhh pening...

    ReplyDelete
  24. Bagusnya ada perkongsian macam ni, barulah orang tak rasa farmasis ni lame lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lame..??? sapa yang kata lame tu habaq mai.. hahahah

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)