5D Interactive World
Macam yang aku dah cakap dalam entri lepas yang bertajuk "Teddyville Museum", Penang ni sememangnya kaya dengan muzium yang tumbuh bercambah subur sejak baru-baru ni. semua best-best. tapi kali ni aku nk try bawak korang merasai pengalaman ke 5D Interactive World.
Apa yang dimaksudkan dengan 5D? sebenarnya galeri ini berkonsepkan 5D-Methodology, iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver).
Galeri ni baru je dibuka pada penghujung tahun 2015. apa yang ada dalam 5D Interactive World ni? dalam ni ada 5 zon berbeza. setiap zon ada membawa mesej yang tersendiri. antaranya
Zon Alam Sekitar
Rata-rata kebanyakan muzium yang aku pergi kat penang pun ada membawa mesej alam sekitar ni. sebuah mesej yang penting. so, sesuai kalau nak bawak budak2 sekolah buat rombongan sambil belajar kat sini. tak bermakna orang tua-tua bangka macam aku ni tak boleh ambil pengajaran sekali. hehe..
Zon Animasi
kat sini best. boleh beraksi mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.. contohnya mostly untuk gambar atas kiri tu orang ambil gambar dengan posisi tengah "power up", atau buat kuasa psychic. tapi aku buat "superhero landing". tadaa..!
instagram aku. sila la follow yer.. hehehe
Zon Magik
zon ni ada prob yang boleh nampak macam korang buat magic. contoh gambar atas ni buat magik nampak macam terapungkan orang yang tengah baring tu. dan lagi satu, ada pose yang nampak macam korang terapung sambil pegang tongkat bajet wizard tua yang ada banyak power.
err.. chidori dan rasengan tu cuma penambahan dalam bentuk CGI je okay.. hehehe
p/s : Chidori dan Rasengan : jutsu (move) yg diguna pakai oleh 2 watak utama anime naruto, uzumaki naruto dan uchiha sasuke
Zon Arca
dia macam 3d printer la konsep dia. macam-macam bentuk yang korang boleh buat. bawah kiri tu ada nampak macam muka zumal tak? hehehe...
Zon Tanah Liat
kat sini rasanya budak-budak paling seronok. tapi orang tua-tua bangka pun seronok jugak.. hehehe..Itu bukan plasticine okay, tapi tanah liat betul-betul, yang orang gunakan untuk buat bikar tu. kalau korang nak, diorang boleh bakarkan dan jadi keras.
Penang 5D Interactive World
ada beberapa lagi sudut yang tak cukup ruang kalau nak masukkan gambar semua. kalau korang nak try, boleh terjah sini. nak lagi best, buat pakej terjah muzium-muzium kat penang macam yang kami buat. baru berbaloi datang / jalan-jalan kat penang. senang je nak cari Penang 5D Interactive World ni...
5D Interactive World
29-F Jalan Dato Keramat
10150, George Town,
Penang.
Phone: 04-218 9676 @ 010-818 1089
google/waze : 5D Interactive World
coordinate; 5°24'48.01"N 100°19'36.91"E @ (5.413336, 100.326919)
Facebook: https://www.facebook.com/Ace5D/
Website: www.ace5d.my
Email : info@ace5d.my
(Closed on Monday unless it's a public or school holiday)
Ticket Prices/Entry Fees:
Dengan Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak dan warga tua (60 tahun dan keatas) : RM13
Standard:
Adult : RM30
Child : RM20
42 Comments
Eh muka Zumal ke tu atau saka? Hehe...
ReplyDeletehahaha tak abih dengan saka
Deletetu la.. hahaha
DeleteSaka tu.. not me
Deletekena saka betui baru tau haha
Deletetu la.. sakaa. saka.. dia mai betoi baru ada akai.. heehhe
Deleteok best!
ReplyDeletefuyoo best seh
ReplyDeleteWahh macam macam dah ada dekat Penang ! Bestnya !
ReplyDeletewah ni tarikan terbaru ni...kena pergi tengok!
ReplyDeletebetul juga...setiap muzium di penang banyak berikan sesuatu untuk pembelajaran
ReplyDeletebetul2. x de la pergi ambik gambar saja.. ada la jugak input mesej yg nk disampaikan..
Deleteha ha comel jer
ReplyDeletesaya mmg comel pun.. eh..hahaha
Delete5D pulak..jenuh nak beraksi..hehehehe
ReplyDelete3D pon jarang pergi inikan pulak nak berlimaD
ReplyDeletememang tak laaaaa kot
hahaha ^_^
belum cuba belum tahu.. hehehe
Deletetudiaaa selfie sakan. hahahaha
ReplyDeleteawat nampak chubby
eh?
Deletehahaa
Deletehhhmmmm..
Deletewaahh.. macam best je..
ReplyDeletemmg best.. nk tahu kna datang sendiri..
DeleteBanyak sangat muzium kat Penang ni kan.
ReplyDeletetu la.. x sempat nk terjah semua..
DeleteWow bestnya... menarik n harga pun berbaloi... kena pergi ni nanti klu ke sana.. thanks sharing bro :) :)
ReplyDeletemai2 penang.. dah sampai rojer.. hahahah
Deleteu're welcome..
mai bagitau la KK...hehe saja tolong tambah skit hehe
DeleteBoleh2... cantekk! :) :)
Deletetu la.. dok kenai kat blog ja.. kalau boleh jumpa sua muka, baru sempoi..
DeleteMusim cuti sekolah ni eloklah bawa anak2 melawat sneka muzium yg banyak terdapat di Penang...
ReplyDeleteMenarik.. satu hari nanti pasti akak akan ke Penang.. mungkin masa kenduri Pha Is.. sape tau kan.. hehehe..
ReplyDeletehahahahahaha...
Deletemana tau kan..
hmmm...
boleh masuk list untuk dilawati
ReplyDeletepehhhh mcm menarik je! tak tahu laa bile e'in nak sampai penang..
ReplyDeletemai la singgah penang..
Deletedah sampai nnti rojer.. hahaha
Best pulak muzium dalam entry ni :)
ReplyDeletehihi boleh masukkan dalam list muzium wajib singgah ni.
ReplyDeleteZon tanah liat tu ohsem..
ReplyDeletenampak syok saja...
ReplyDeletetapi kalau nak pi tempat cam ni. orang tu pun kena pandai gayakan mengikut watak. kalau tidak nampak tak kena pulak ekekeke.
ReplyDeletetapi gambar pha is denga arz tu best!!
hahaha.. ada CGI tu.. hehehe
Delete