Honda CBR500R 2016
baru-baru ni aku berpeluang menghadiri customer day kedai motosikal Taycon Motor di Bayan Baru Penang untuk pelancaran motosikal Honda CBR500RR 2016. Boleh tahan rupa middleweight sportbike yang baru ni. Mengancam. Tambah-tambah dengan design lampu depan (headlight) yang baru. Pergh.
Spesifikasi Honda CBR500R 2016
Tak nak cakap banyak. Jom kita ushar spesifikasi honda CBR500r 2016 yang baru ni.
engine : Liquid-Cooled Parallel twin DOHC 4 valve per cylinder
bore x stroke : 67.0 mm x 66.8 mm
displacement : 471cc
compression ratio : 10.7:1
fuel system : PGM-FI (Programmed Fuel Injection) with 34 mm throttle bodies
Ignition : Computer-controlled digital transistorized with electronic advance
transmission : Six-speed
Front Brake : Twin-piston caliper with single 320mm wave disc
Rear Brake : Single-caliper 240mm wave disc
Front Tire : 120/70-17
Rear Tire : 160/60-17
seat height : 78.5 cm
Fuel Capacity : 15.5 liter
Review Honda CBR500R 2016
Secara keseluruhan, tak banyak beza sangat dari segi spesifikasi Honda CBR500R 2016 dengan batch yang lama (Honda CBR500R 2013). Cuma penampilan dia yang sangat-sangat berbeza. Hampir nak sama dengan Honda CBR250R 2016 yang tengah hangat orang dok sebut tu.
kiri : Honda CBR500R2016
kanan : Honda CBR250RR 2016
nampak persamaannya?
Antara perbezaan lain termasuklah muffler baru yang lebih style, lebih sporty. Aku suka muffler pendek macam ni. contoh macam muffler Yamaha YZF R25 moto aku tu.. hehehe..
muffler Honda CBR500R 2016
Selain itu, honda CBR500R 2016 ni didatangkan dengan adjustable brake lever. So, boleh laras sendiri lever brake dan clutch nak panjang atau pendek ikut keselesaan. Tak payah nak tukar lever after market yang baru.
adjustable brake/clutch lever
Performance? malangnya aku tak sempat nak test ride masa hari pelancaran tu sebab tetiba hujan. tapi Honda CBR500R ni memang dah terkenal dengan kualiti yang boleh dipercayai sejak dari dulu lagi. Lagipun, 2 silinder 500cc, konfom la lagi mantap dari motosikal 250cc 2 silinder aku tu.
So, kesimpulannya, pendapat aku la, aku rasa moto ni berbaloi bagi mereka yang nak beli motosikal jenis sportbike buat pertama kali tapi rasa 250cc tu masih tak cukup. Jugak sesuai bagi mereka yang nak bergaya sambil easy ride.
Harga pun boleh tahan. harga asas tak sampai RM 30,000 wei! Dalam lingkungan RM 29,888.00 kalau ushar kat mudah.my.. Okay la, sportbike 500cc RM30k kan. Berbaloi dah tu.!
Cuma kalau korang betul-betul pentingkan top speed, mungkin motosikal yang lain lebih sesuai. Yer la, ini cuma middleweight sportbike je. Nak laju-laju, angkat la middleweight super-sport macam Kawasaki ZX-6R 636 ke, Yamaha YZF R6 ke, tak pun supersport terus!
tapi siap duit je la.. middleweight supersport (yang cc lebih kurang je) dah harga lebih 2 kali ganda! hahaha..
Sumber dan rujukan :
1. Belang Tarung (2016 Apr). 13 Katagori Superbike Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membelinya. Belangtarung.com; dipetik dari http://www.belangtarung.com/2016/04/13-kategori-superbike-yang-perlu-anda.html
2. Eddy. (2015 Oct). 2016 Honda CBR500R – sharpened middleweight machine. Motomalaya.net; dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2015/10/19/2016-honda-cbr500r-sharpened-middleweight-machine/
3. Mudah.my
18 Comments
smart la...
ReplyDeletewah best tu..promot harga baru
ReplyDeletecantik muffler dia...
ReplyDeleteharga yang menarik....cuma kena ada lesen Bfull
ReplyDeletetu la kelemahan dia.. walaupun kalau ikut cc, lesen B1 pun dah boleh.. tapi dah alang2 ambik B1, baik ambik B full terus.. hehehe
Deletehati hati menunggang haihhhh tapi memang segak tgk orang naik moto besar
ReplyDelete30k pun zman2 skrg mcm kene berigt sikit kan..
ReplyDeletetudiaaa bawak awek naik syok ni. hahha
ReplyDeletetu la..
Deletenk bawak awek..
awek x de..
hahahaha
Tak tau nk pilih ygmana..asal moto besar semua lawo
ReplyDeleteMinat juga cbr ni sejak dari model2 sebelumnya waktu zaman bujang dulu... antara moto pilihanlah cbr nie... :)
ReplyDeletewow.. kelas taste KK
DeleteAkak tak tahu pasal motor tapi ai is suka sebab nampak sexy... auwww.... gggrrrr.... miow...
ReplyDeletedulu bukan suami pernah paklai z800 kan.. hehee.. mesti tau jugak sikit2.. hehehe
DeleteTak dapatlah saya nak menilai motor, tapi saya kagum jugalah bila baca kisah org yang buat ekspedisi dgn motor pergi luar negara tambah2 lagi perempuan :)
ReplyDeletebetol2.. baru2 ni ada ekspedisi naik moto modenas kriss ke makkah.. alhamdulillah, mereka selamat sampai menunaikan haji baru2 nih..
Deleteseperti biasa. tak minat moto besar2 ni. keta besar takpe. ehhh!!! hahahahahha
ReplyDeleteamboi.. besar2 nk pakai kereta apa? baik pakai van terus.. hehehe
Delete