Gaji Ahli Farmasi


Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal gaji ahli farmasi ni sebab ini merupakan keywords tertinggi dalam blog aku untuk bulan ini. So, nak sangat kan tahu berapa gaji ahli farmasi? Meh nak cerita berapa sebenarnya gaji ahli farmasi ni. Banyak sangat ke? Kaya ke kerja farmasi?


Gaji Ahli Farmasi


Pertamanya, aku rasa keyword ni merujuk kepada entri aku yang tertajuk Farmasi gaji Tertinggi! dalam entri tu, aku ada senaraikan top 10 gaji bagi fresh graduate di malaysia menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan dan bancian dari jobstreet[3]. Dan menurut kedua-dua list top10 tu, farmasi menggungguli carta dengan gaji tertinggi! lihat entri tersebut untuk maklumat lanjut.


Gaji Farmasi Sektor Kerajaan 


Bagi farmasi lepasan graduan, korang kena jadi PRP (provisional registered pharmacist) gred U41 dulu dan dalam fasa ni, gaji korang adalah lebih kurang RM2500 sebulan tidak termasuk alaun.[4]

Lepas berjaya habiskan fasa PRP setahun kemudian gaji korang akan naik sikit. Dan dari situ, bermula la peningkatan gaji secara time-based , kalau korang masih dalam sektor kerajaan la.

Anggaran selepas 11 tahun berkhidmat, korang dah boleh dapat gred U52 dimana dari situ, gaji basic korang boleh pergi sehingga RM5000 - RM6400. Tu baru basic. Lepas tu tambah lagi dengan elaun semua dalam anggaran RM2000. [5]


Gaji Farmasi Sektor Swasta


Ha, bab ni seronok sikit nak cerita. Secara amnya, sekarang tak ada lagi gaji yang standard dalam sektor swasta bagi farmasi ni. Khabarnya dari PRP yang bekerja di sektor swasta kata yang gaji diorang boleh dapat dalam minimum RM2600. ada yang sampai RM3000 tapi jarang.

Beza sektor swasta dan kerajaan adalah lepas PRP, korang lebih bebas nak jurus ke bidang mana. nak masuk korporat, administration, atau boleh buka kedai sendiri. Sebuah bisnes kedai farmasi yang berjaya boleh menjana income sebanyak 5 angka sebulan tau![9]

Gaji Farmasi Luar Negara


Tak puas lagi? Boleh try aply kerja farmasi kat luar negara. Yang terdekat di Singapore. masa aku student kat USM dulu, wakil Guardian Pharmacy Singapore ada datang bagi talk dan buka peluang pendaftaran kepada mereka yang berminat kerja kat sana. Aku tak isi sebab pointer aku berapa je. kerja kat sana aku rasa konfom lagi lumayan.

Antara info lain yang aku dapat termasuklah gaji kerja farmasi kat UK. Tengok sendiri la banyak mana gaji farmasi diorang :

"the salary of a newly qualified pharmacist working for the National Health Service (NHS) ranges between £26,041 to £34,876 (MYR 138,893 – 186,015) per annum. Their salary will be further increased to around £41,000 (MYR 218,679) with further training and qualification. The most senior pharmacists in the service can expect to earn up to £98,000 (MYR 522,696) per annum"[7]

Tu tak masuk lagi sektor swasta kat sana. hmm..

Gaji Farmasi Tinggi?



So, persoalannya, berbaloi ke kerja farmasi ni? Tepuk dada tanya selera dan tanya diri, untuk apa kita bekerja? adakah kerana duit semata? sebab bila kau dah start bekerja, jadi PRP terutamanya, rasa macam tak ada life je untuk tahun pertama tu. lepas tu, baru la ada ruang nak bernafas sikit.

nak kata tertinggi, doktor lagi tinggi.. dan banyak lagi kerjaya lain yang jauh lebih tinggi, kalau korang sekadar nak mengejar gaji.

Yang penting, perbetulkan niat balik. kerja kerana tanggung jawab, bukan sekadar bekerja tapi berkhidmat. Kalau kerja kerana Allah, insyaAllah, kerja apa pun tak kisah. Sebab rezeki itu semua datang daripadaNya. Jangan diharap gaji yang tinggi, tapi pohonlah rezeki yang melimpah.




sumber dan rujukan:

1. Pha Is. (2015 July). Farmasi gaji tertinggi. Hikayat Budak pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2015/07/farmasi-gaji-tertinggi.html
2. Pha Is. (2014 Jan). WW #79 | Top 10 Best Paying Jobs. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2014/01/ww-79-top-10-best-paying-jobs.html
3. JobStreet.com. (2014). Top 10 Best Paying Jobs in Malaysia. dipetik dari http://www.jobstreet.com.my/career-resources/top-10-best-paying-jobs-in-malaysia/#.VyWX_j8y5_s
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (2016). Pegawai Farmasi Gred U41. Ministry of Health Malaysia. dipetik dari : http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1128
5. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2007).  Pembangunan Kerjaya: Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ministry of Health Malaysia. Putrajaya.
6. Ooi GL. (1991). British Colonial Health Care Development and the Persistence of Ethnic Medicine in Peninsular Malaysia and Singapore. Southeast Asian Stud;29(2).
7. AGCAS. (2016). Job Profiles: Hospital Pharmacist. dipetik dari: https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/hospital-pharmacist
8. AGCAS. (2016). Job Profiles: Community Pharmacist dipetik dari : https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/community-pharmacist
9. Mak Wen Yao. (2016 July 29). Pharmacist Salaries: How competitive is Malaysia? MIMS. dipetik dari http://today.mims.com/topic/pharmacist-salaries--how-competitive-is-malaysia-?country=malaysia

Post a Comment

137 Comments

  1. sangatlah berbaloi..mungkin berbaloi dengan apa yang ahli farmasi belajar dlu kan..bukan senang rasanya nak jadi ahli farmasi..kalau takde ilmu,takkan nak buta2 bagi orang ubat atau buat apa2 yang berkaitan dengan farmasi.. kan..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. belajar penat2.. saya sampai fail banyak paper sampai kena repeat sampai lulus. yer la, kita handle dengan nyawa org.. silap bagi ubat boleh mengancam nyawa.. sbb tu x kna bagi dapat at least C dan keatas utk setiap paper. kalau dapat C- sekalipun, tetap kna ulang sampai lepas. ada je paper yg saya ulang 3-4 kali.. hahaha

      Delete
    2. Mencabar juga paper2nya yea?! Dah kalau C- pun still kena ulang. Betul juga penting bagi ubat yang betul, kalau tak bahayakan pesakit.

      Setuju juga part pilih kerja ikut minat bukan ikut gaji...

      Delete
    3. kita deal dengan nyawa orang.. x bleh la takat belajar cukup makan je.. hehe

      Delete
  2. sumber yang atas sekali tu tak menahannnnn he he he

    ReplyDelete
  3. kalau nak kejar gaji tinggi, kena belajar pun tinggi-tinggi sampai dapat title prof la kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. yg tu lagi tinggi la.. gayat plak.. hehhe

      Delete
  4. Replies
    1. mana ada.. sengkek je setiap hujung bulan.. hahaha

      Delete
  5. Replies
    1. bro MKL tau la sbb ada anak kerja farmasi.. hehehe

      Delete
  6. Niat bekerja itu lagi penting berbanding dengan gaji.

    ReplyDelete
  7. Tapi nak dapat placement PRP pun sekarang susah...macam mana laa zaman saya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. junior yg grad tahun lepas pun ada yg sampai sekarang x dapat posting lagi.. hmm..

      Delete
  8. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini.Moga sihat2 selalu yer. wah boleh bgtau anak2 kot mana2 sangkut jd ahli farmasi plak he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x guna kerja mengharapkan gaji..
      yg penting minat..

      Delete
  9. banyak yang minat nak keje pharmacist ni..nak jugak tau range gaji berapa..kan.
    apapun kerja kita..yang penting minat kena ada. kalau tak minat, nanti terjadilah kes ngulor dan ponteng kerja..nauzubillah.. kerja ke mana, gaji ke mana..
    selamat bekerja semua.. :)

    ReplyDelete
  10. p kerja kt arau saudi banyak gak. hahaha. well skrg kena betulkan niat dlu. tkut kejar gaji salah bg ubat jt org naya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. arau saudi kat mana plak tu..? arau bukan kat perlis ke..?HAHAHAHHA...

      Delete
  11. Gaji pharmacy memang tinggi rupanya...entri ni best, siap dgn sumber dan rujukan, mcm baca buku pulak hehe..salam pkenalan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terbiasa buat rujukan macam tu dari assignment masa belajar farmasi dulu. hehehe

      Delete
  12. ahaa nak tahu gak beraa gaji ahli farmasi ni..mesti tggi sbb susah kot waktu belajar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la tinggi mana pun. doktor lagi tinggi.. heheh.
      tapi mmg agak susah belajar la.. hehehe

      Delete
  13. kalau mak-mak yg ada anak yg nk bertunang ngan ahli farmasi leh rujuk entri ni ;p

    ReplyDelete
  14. ramai yg buat carian gaji ahli farmasi..means ramai yg berminat nk adi ahli farmasi lah tu

    ReplyDelete
  15. ramai yg buat carian gaji ahli farmasi..means ramai yg berminat nk adi ahli farmasi lah tu

    ReplyDelete
  16. perghh...permulaan cecah ribuan ringgit..mmg tggi tu...so dah boleh buat aggaran gaji Pha Is

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi x ada masa nk melancong macam sis JM.. hahaha

      Delete
  17. nak ambik jadi adik ipar boleh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahaha

      Delete
    2. ni gelak dari siang sampai mlm ke..tak sudi lah tu ;p

      Delete
    3. erk? haha.. malu la kat sini.. hehehe..

      Delete
    4. hahaha ... peluang ni pha is ... adik JM mesti sweet macam kakaknya juga kan ;)

      Delete
  18. betul!...yg penting niat..kalau duit byk tapi x berkat byk mana pun x cukup tul tak

    ReplyDelete
  19. mmg berbaloi lah gaji di berikan sbb susah kot nak habiskan course

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu satu hal.. tapi berbaloi ke..? hahaha

      Delete
    2. berbaloi lah tu pha is ... kalau compare ngan medic, lagi susah kot :)

      Delete
  20. gaji permulaan tu macam standard je utk semua budak degree.. kan?

    ReplyDelete
  21. Belajar penat2 dpt kerja gaji tinggi oklah tu...kak nk tanya phais berminat x nk tulis apa2 berkaitan farmasi kalau berminat boleh join fb dr Fahd Razy beliau doktor yg diat dlm penulisan n sedang cari2 pharmasis yg suka menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau menulis bab selain dari farmasi suka la.. bab farmasi ni x berani sangat sbb sedar yg ilmu masih cetek. kalau kna buat penulisan pun, kna ambik banyak rujukan bagi nk lebih konfiden, macam dalam entri ni. hehehe...

      Delete
    2. x salah. cuma x berani n konfiden je.. hehehe

      Delete
  22. wah...baru tahu gaji ahli farmasi...berbaloi lah dengan apa yang telah dipelajari betul tak?

    ReplyDelete
  23. kalau di guardian pharmacy tinggi juga gaji lebih dari 3k...tapi bershift la...


    dengar kata PRP pun dah penuh sekarang ni yaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope.. x penuh lagi pun sbenarnya..banyak je hospital kekurangan staff farmasi terutamanya PRP. the problem is bajet je sebenarnya..
      kerajaan dah xde bajet.. nmpak x ekonomi kita skrg ni macam mana..

      Delete
    2. Hati2 dgn ayat ni, anda sdng diperhatikn...'

      Delete
    3. Tahu... Hehehe.. Tp mmg ini yg terjadi.. Baru je disebut dlm PTM kemarin..

      Delete
    4. sedang bertabah la ni.. hehehe.. saya x kisah sgat sbb dah masuk kerja.. kesian kat junior yg masih lagi menganggur x dpt posting la..

      Delete
    5. Skunk ni mne2 bidang pun lambat posting, baru2 ni sklh Cikna dpt 3cikgu baru masing2 setahun lebih baru dpt posting... Masing2 kawin awal plak tu,huhuu..

      Delete
    6. yer la.. dah lambat sangat posting, baik kahwin dulu.. hehehe.. kalau nk tunggu posting baru nk kahwin, entah bila la pulak.. hahahah

      Delete
  24. Berbaloi klu pandai memanfaatkannya, klu gaji tinggi mana pun tapi mmg dah kebiasaan belanja tak boleh kawal kerja apa pun tak cukup... yg penting, kerja seronok, gaji yg dpt pun sepadan kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. dulu mmg x seronok sangat pun.. skrg dah okay.. :)

      Delete
  25. masyuk....tapi betul la, klu kerja gomen...lagi tinggi gred dan gaji, lebih besar tugas yang dpikul...gud luck pha is,berkhidmat utk masyarakat....

    ReplyDelete
  26. ramai akwan ahli farmasi suka melancong ke luar negara.. ahahhha kaya la tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka melancong ke luar negara x semestinya kaya.. sis Jm rilex je travle merata.. yg tu perlukan minat dan passion untuk travel.. macam saya ni x minat sangat..

      klau dah minat, mesti sanggup kumpul duit punya.. nk seribu daya..

      Delete
  27. Kalau niat kerja tu betul, gaji sikit pon akan terasa banyak sebab berkat insyaAllah

    ReplyDelete
  28. untuk starting fresh grade ... rasanya kerja apa pun lebih kurang jer. bila dah ada experience nanti baru lah nampak perbezaan gaji.

    kalau yg experience ni, paling mahal gaji doktor pakar dan engineer oil and gas. masyukkkk

    tapi ... makin mahal gaji, makin besar tanggungjawab, makin kurang masa bersama keluarga.

    ReplyDelete
  29. ok la tu takde life pun. gaji tinggi. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jenis forever alone macam aku x pe la.. kalau yg dah kahwin ada anak bini, susah jugak..

      Delete
    2. Sbb tu majority llki yg Cikna kenal masing2 nk cari bini bekerjaya.. tp jgn risaulah tiap2 thnkn naik gaji...;-)

      Delete
    3. bla laki bini bekerjaya, dah ada anak nnti pening nk cari pengasuh plak.. hehehe..

      Delete
  30. setuju sgt.. setiap apa yang kita buat kena ikhlas bukan sebb gaji semata-mata.. :)

    ReplyDelete
  31. Sangat setuju dgn kenyataan ini, "Jangan diharap gaji yang tinggi, tapi pohonlah rezeki yang melimpah."

    ReplyDelete
  32. banyak juga tu, beruntung ahli farmasi

    ReplyDelete
  33. banyaknya gaji ahli farmasi....suka juga ahli farmasi ni educate pelanggan dekat kuanter

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la kalau macam tu.. saya kalau ada masa, selalu jugak educate bagi info tambahan skit2, ikut keadaan la.. tapi so far pengalaman saya sendiri bila saya ambik ubat kat farmasi lain (dia x tau saya farmasi) susah nk jumpa yg senyum masa dispense ubat.. sbb tu saya tekad setiap kali saya bagi ubat, nk senyum n cakap elok2..

      Delete
  34. Kira banyaklah tu untuk fresh graduate.

    Untung jadi pharmacist tahu gred ubat mana yang terbaik di antara yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. gred ubat? ubat yg sama tapi lain2 jenama ka? kalau dalam kes ni, kami selalu tekankan yg keberkesanan ubat ni tiada beza. kalau ada pun mungkin sikit je perbezaan yg x significant. kes timbul bila tukar ubat original yg mahal kepada ubat generik yg murah. ubat generik disini bukan ubat tiruan yer, tapi ubat betol. cuma dihasilkan lepas company ubat original dah tamat tempoh pemilikan hak cipta.

      Delete
  35. kenai x mana2 ahli farmasi yg single? hahaha

    ReplyDelete
  36. memang gaji penting, tapi kalau dok fikir gaji dulu dari passion, memang takkan lama la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. nak kata gaji banyak pun tak juga.. taraf hidup makin tinggi skrg ni.. org gaji 3k pun sesak.. apatah lagi yg gaji bawah dariapada tu.. hmm..

      Delete
  37. Betul ke U41 naik time based trs ke U52... Klu kerja b'tuankn duit gaji besar mne pun xkn cukup,niat kena betul baru gaji tu berkat..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu memang macam tu, time based.. tapi skrg ni x sure sbb dengan ura2 macam ikut kekosongan ja.. tpi yg tu x sure lgi..

      Delete
    2. Kitaorg sllunye dr DG41 naik DG44... Xtaula plak psl ikut kekosongan tu,makin susahle...

      Delete
    3. buat masa sekarang masih lagi time based...

      Delete
  38. blh tahan gaji lepas berhempas pulas belaja :)

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah orang kaya..bleh pinjam sket x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada kaya mana pun.. kereta pun x mampu nk beli.. naik moto je pergi kerja.. hehehehe

      Delete
  40. memang gaji tinggi. tp nk bgubt pun kena betul jugak. silap bg ubt merana la seumur hidup huuuu. tp suka tgk org keja farmasi. bila tnye bab ubt terus jawab siap nama saintifik lagi. dengan lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tinggi mana pun..
      tu la.. kita dela dengan kesihatan n nyawa org,, kalau silap, naya orang..
      nama saintifik? hahaha.. nama ubat mmg pelik2..

      Delete
  41. Replies
    1. hmmm x payah nk taufik hidayat sangat la yusri oi.. hahahah

      Delete
  42. Assalamualaikum nak tanya , nak amik diploma farmasi ni mana yang under kerajaan ? Kalau boleh yang yuran mampu tanggung sendiri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      maaf, bab diploma saya tak pasti sangat sebab saya ambil degree terus dari matrikulasi..

      kalau nak tengok under kerajaan, better pilih yg berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia, itu lebih terjamin. sbb masih ada institudi yg jalankan program farmasi tapi masih belum dapat kelulusan dari lembaga farmasi malaysia. ada beberapa kawan saya jadi macam tu.. tapi itu bab degree. sekali lagi, bab diploma saya x pasti

      untuk nk tengok senarai IPTA IPTS yang disahkan oleh LFM untuk jalankan program farmasi sama ada diploma atau Ijazah Sarjana Muda Farmasi, boleh tengok kat portal www.pharmacy.gov.my

      bab yuran saya tak pasti..

      Delete
  43. Assalamualaikum nak tanya , nak amik diploma farmasi ni mana yang under kerajaan ? Kalau boleh yang yuran mampu tanggung sendiri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau boleh rujuk di entri saya di sini..

      http://www.budakpening.com/2016/10/penempatan-farmasi-sudah-penuh.html

      Delete
  44. Steady, terbaiklah abg faiz R25. Jawapan anda amat mengagumkan. Saya amat kagumi anda. Semoga terus beristiqamah menjaga kemaslahatan ummah!!

    ReplyDelete
  45. X payah la nk berselindung yusri oi. Hahahaha

    ReplyDelete
  46. assalam .. saya baru lepasan spm dan saya nak minta pendapat .. sebelum sambung degree abg ambil diploma atau matrik? dan macam mana nak apply ke dalm bidang farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan penulis blog ni tapi leh la bagi pendapat sikit2 sbb saya pun baru graduate degree farmasi tahun lepas. Untuk soalan pertama tu, kalau result cantik amik la matriks/asasi mana2. Senang sikit cepat masuk degree. Kalau diploma dah hilang masa 2 3 tahun dah tapi bagus untuk yang nak take it slowly bina foundation. So pick your poison.

      Bab apply farmasi tu, sy cadangkan pertimbangkan semula sbb skrg graduan farmasi terlalu ramai. Yang grad tahun lepas pun ada yg xdpt kerja lagi. Sebelum amik pape bidang, tanya dulu diri sendiri and kaji,' bidang ni dalam 5 tahun lagi boleh buat aku dpt kerja ke?'. Sementara tunggu result spm ni, banyakkan kaji kareer2 yang ada potential(and make sure adik minat la bidang tu jgn amek tp minat kosong nanti xstudy lak haha).

      Delete
    2. Thanks shizuno urushibara-kun
      Apa yg dikatakan urushibara-kun tu ada betolnya. Nk cepat memang matrikulasi/asasi terbaik untuk terus ambik degree.

      Dan bab pilihan nk ambik farmasi tu pun betul jugak. Sbb farmasi ni laluan kerjaya dia "sempit" sikit sebab nak tak nak, lepas je grad kna tunggu ambik prp (provisional registered pharmacist) dulu selama setahun, baru boleh dpat lesen. Klau x macam sia2 je ambik farmasi klau x berlesen. X macam kos lain, habis je belajar, korg bebas cari kerja sndiri ikut haluan masing2. Once u dah pilih farmasi, mcm dah x de jalan keluar dah. Wlaupun skrg bidang farmasi di Malaysia dah mula berkembang dlm bnyak sektor, tapi masih x sebebas macam kursus lain.

      Lain org lain priority. Klau nk habis grad terus dpt posting kerja, mmg jangan harap la. Kna banyak bersabar. Tp klau x kisah n betul2 minat, silakan. Welcome to pharmacy!

      Delete
  47. Abng faiz, brp kelayakan minimum untuk ke degree pharmacy lepasan matrikulasi? Dan sekarang senang x dapat kerja dalam bidang ni untuk sektor kerajaan? Balas tau.. Lagi satu, mana yg lebih susah nak bwlajar, pharmacy atau medic? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelayakan minimun, bergantung kepada pihak Uni yang tawarkan kos pharmacy. nak sebut exact tak pasti.

      cuma pihak Lembaga Farmasi dah tetapkan minimum secara umum untuk semua Uni dalam malaysia untuk nak ambik farmasi kena ada GPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B bagi Kimia

      tapi kalau 3.0 tu, jangan harap la nak lepas IPTA. kalau IPTS boleh je lepas, prepare duit je la..

      dan syarat tambahan seperti :
      i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
      ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat
      iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara

      artikel penuh : http://www.budakpening.com/2013/01/kelayakan-minimum-ke-program-ijazah.html

      nak dapat kerja tak susah, tapi lambat sangat kalau nak harap sektor kerajaan. tapi skrg peluang dah mula buka untuk sektor swasta.

      bagi saya yang penting minat. rezeki dimana-mana.. klau pntingkan kerja tapi tak minat, nnti mula la kerja lepas tangan, buat halai-balai, kerja tak ikhlas, gaji tak berkat, dan sebaginya.

      nak kira susah, semua kos susah oi.. mana ada kos yang senang. farmasi susah cara farmasi, medik susah cara medik, kos arkitek susah cara arkitek, kos seni susah cara seni, dan sebagainya.

      Delete
  48. Abang Faiz. Kalau pharmacist ada gred jadi career development dia berterusan lah en mcm cikgu? Dan gaji akan dibayar mengikut gred semasa? Adakah gred U52 tu dikira ketua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. saya tak pasti sangat career developement cikgu tu macam mana, tapi rasanya lebih kurang lah kot.. farmasi so far masih lagi ikut time based.

      yg dimaksudkan dengan ketua tu, ketua apa? banyak jenis ketua ada, bergantung kepada kat mana dan jenis perkhidmatan dia sama ada hospital, klinik kesihatan, enforcement, A&P, pengurusan, industri, dan sebagainya..

      but yea, basically UF52 tu dah dikira tinggi. at least mesti dah pegang dan jadi ketua untuk mana-mana portfolio atau unit.

      Delete
    2. Saya uf52, tengok tempat, kalau di hospital besar anda jadi bawahan shj.. tak jadi ketua unit pun, sebab atas saya ada uf54.. kalau di hospital kecil mcm hospital daerah atau klinik kesihatan anda dah boleh jadi bos farmasi atau KPF. dari segi portfolio kerja, anda mungkin lebih terikat kerja2 admin, meeting,jadi AJK yang bukan berkaitan farmasi pun. dan kurang kerja2 biasa seperti dispens ubat.

      Delete
  49. nasib dah kahwin,if not pinang pha is dengan bismillah..:P~


    hahaha..melawak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. amboi..
      sory, i dah taken.. hahaha

      Delete
  50. sekarang ni bidang pharmacy ni masih demand ke? ke ramai yg masih menganggur lepas habis belajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara kasarnya, masih ramai yang menganggur.. tapi kerajaan dah start buat inisiatif untuk kurangkan pengangguran ni..

      Delete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. Hi,bestnye jadi pharmacist. Tapi nk tanya kalau dah habis buat diploma farmasi dan baru graduate, dah boleh terus buat degree ke? Ataupun kena kerja dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh terus buat degree kalau pointer mencukupi.

      Delete
  54. tinggi juga kan gaji farmasi ni

    ReplyDelete
  55. Maaf nak tanya, apa sebb fresh graduate dlm course ni lambat posting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada university mana.. ada yg cepat, ada yg lambat.. zaman saya, uitm, uia laju je dapat posting..

      Delete
  56. saya sekarang y1 student in degree Pharmacy.. ya allah, memang saya down sangat bila result saya lulus, tapi , pointer macam kurang memuaskan untuk saya n family... saya banyak kali terpikir untuk keluar dari course ni, sebab stress sangat2...


    boleh tak kalau share sedikit tips untuk saya improve lagi result exam saya... Thanks in advance!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lulus, ok lagi tu.. Saya pernah gagal. 2 kali pointer saya bawah 2.0... Walhal kat matrikulasi saya 4.0...
      Dari 4 tahun, saya terpaksa repeat paper sampai kna ambil masa 5 tahun untuk grad. Takat terfikir nak tukar course, selalu sangat. Rasa menyesal ambik farmasi, apatah lagi. Banyak kali.

      Yg penting, jangan putus asa. Saya yg pilih nak ambik farmasi. This is my choice..

      Life is simple. U make choices and u don't look back... Just keep going.

      Delete
  57. Assalamualaikum, saya nak tanya, bagaimana peluang kerja dalam bidang farmasi buat masa ni dan pada masa akan datang ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya peluang kerja masih ok ..bidg perubatan rancak je berkembang dimana mana saja kitalah kene ambik peluang...sama juga belajar business pun kalau nak kata peluang kerja perit juga..depends how u perform urself adik adik ..and skills u...nak tau lebih tentang farmasi ? dan akak ada info tentang bidang perubatan/fisioterapi dan bidang psikologi -nak tau pasal ni boleh dm sis 0166371460 sis bantu utk uools nilaikan bidang terbaik utk belajar....ingat pilihan biar tepat di hati ...

      Delete
    2. adik adik yg nak tahu lebih tentang dunia perubatan boleh pm sis bg info..0166371460

      Delete
  58. Salam, saya nak tanya sekarang gaji prp dah berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti.. zaman saya prp dah lebih 9 tahun lepas..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)