Jalan Layan Corner Penang

kat penang ni selain ada tempat-tempat menarik tarikan pelancong, ada jugak jalan-jalan "mountain pass" bagi kaki layan corner macam aku ni. tapi walaupun ada banyak, jalan dia pendek-pendek je. jadi la setakat nak merasa.

Jalan Genting (Mountain Pass) di Penang


so, kali ni aku nak share antara jalan-jalan mountain pass yang ada kat penang ni yang boleh dibuat layan corner.. lets cekidaut.. [klik gambar untuk tumbesaran sempurna]

1. jalan Tanjung Bungah (Tanjung bungah - batu feringghi - Teluk Bahang) 



part 1

coordinate
mula :  5°28'7.37"N 100°16'38.22"E
tamat : 5°28'45.89"N 100°15'20.64"E

jarak : 3.9 km

part 2

coordinate
mula :  5°27'51.91"N 100°14'18.74"E
tamat :  5°27'46.01"N 100°13'16.12"E

jarak : 2.5 km

total jarak ; 6.4 km  

saja aku pecahkan kepada 2 bahagian sebab pertengahan jalan tu (area batu feringghi) cuma jalan straight je. mountain pass dia cuma permulaan dan akhir jalan ja. jalan sini agak sempit tapi kau tengok bas rapid penang lalu rilex je. aku tengok pun takut.

dan agak selalu jemm terutamanya part 1 (tanjung bungah - batu feringghi) sebab ini jalan utama nak ke pantai batu feringghi, antara tarikan utama pelancong kat penang. so, tak beberapa layan sangat

2. Jalan Teluk Bahang



coordinate
mula :  5°26'46.24"N 100°12'54.37"E
tamat :   5°23'57.75"N 100°12'57.37"E

jarak : 11.6 km

dulu jalan ni antara feveret aku masa aku hanya ada moto honda wave 125x ultimo. selalu aku lalu jalan ni bila boring dan nak release tension. berita penuh boleh lihat entri ini : Jalan Teluk Bahang : "Canyon" NFS Carbon

jalan dia memang lebih sempit dari jalan tanjung bungah. jalan pun berlubang-lubang. tak beberapa elok. antara tarikan kat jalan ni sebab ada air terjun titi kerawang di pertengahan jalan.

dan lagi satu, jalan ni best sebab tak ramai yang guna. selalunya sunyi. tapi ada sebab sebenarnya kenapa tak ramai orang lalu. kata orang, jalan ni agak 'keras'. siap ada petua, kalau lalu malam-malam kat jalan ni mohon kepak (terbalikkan) side mirror. sebab takut nanti ternampak ada 'benda' ikut belakang. untuk berita penuh boleh lihat entri ini : Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala

3. jalan tun sardon (jalan bukit baru)



coordinate
mula :   5°21'18.96"N 100°16'17.13"E
tamat :   5°21'2.76"N 100°14'25.71"E

jarak : 8 km

jalan ni agak baru berbanding jalan-jalan lain untuk ke balik pulau dari belah timur pulau. (sebab tu juga dikenali sebagai jalan bukit baru). jalan ni agak elok, cukup lebar, dan selekoh yang tak terlalu rapat.

tarikan utama pada pertengahan jalan atas puncak bukit ada perhentian. boleh berhenti dan layan permandangan cantik arah balik pulau. dan kat sini bila musim durian, ada macam "pesta durian" kat situ. sambil makan durian sambil tengok permandangan yang cantik. memang layan!

tapi jalan ni pun sibuk jugak. kadang-kadang jemm terutamanya waktu puncak. sebab antara jalan utama nak ke georgetown dari balik pulau. ramai yang tinggal di balik pulau tapi kerja di area georgetown.

4. jalan Teluk Kumbar (jalan bukit lama)



coordinate
mula :   5°19'48.58"N 100°13'0.20"E
taman :   5°18'5.55"N 100°13'54.38"E

jarak : 4.7 km

jugak dikenali dengan nama jalan bukit lama sebab jalan ni antara jalan terawal untuk ke balik pulau. dulu, khabarnya dahulu jalan kat sini "jalan bukit paling teruk" kat penang. tapi beberapa tahun lepas, jalan ni dah dinaik taraf jadi cantik.

serius cantik, sebab ditambah binaan beberapa jambatan merentasi gaung antara bukit. jalan pun lebar elok dan selekoh jauh. tarikan utama antaranya orang selalu parking di bahu jalan (cukup luas untuk parking) berhenti ambil gambar sunset! sunset kat sini lawa.  

sama jugak kes macam jalan bukit baru, jalan bukit lama ni jemm bila waktu puncak orang pergi dan balik kerja.



okay, tu baru jalan-jalan mountain pass dalam penang. nanti aku share jalan-jalan luar penang pulak yang pernah aku lalu. coming soon, insyaAllah...

p/s : ada cadangan jalan mountain pass area utara tak? aku nak pi test layan corner..

Post a Comment

36 Comments

  1. seronok layan corner ?? naik moto besaq lagi rasa nak terbang an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mna ada terbang.. moto berat... susah skit nk terbang.. hehehe..

      Delete
  2. kemain layan corner ea.. kena cri lg tmpt len naa

    ReplyDelete
  3. Pernah sekali lalu jln corner ke puncak bukit makan durian...indah pemandangannya.

    ReplyDelete
  4. bas rapid penang kalau lalu jalan feringgi - teluk bahang tu, memang dia selamba je makan jalan kadang2. so kena hati2 sket bila lalu situ, especially tang selekoh dan sempit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol22.. dulu pernah follow belakang dia lalu jalan teluk kumbar... laju dia bawak, saya yg bawak moto pun x bleh kejar.. tau2 hilang macam tu je.. hahaha

      Delete
  5. alamak layan corner yg dok blakang takut laa.. sllu kne mrh sbb bdn tegak hahaa bdn kene ikut lentok corner gk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha.. sah, konfom based from experience nih.. encik husben dah beli kawasaki versys ke..?

      Delete
  6. Lady baru blik dari penang buln lps.. Klu jumpe entry ni dulu mgkin lady g terjah jln2 ni.. Hihi..

    Ps :org penang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlambat.. x pe.. lain kali maybe..

      yup.. ank jati penang..

      Delete
  7. seram layan corner kt sana.. bas rapid lalu hari2 relax ja. titi kerawang pun seram lalu mlm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kalau mndi titi kerawang, pkul 6 orang dah blah.. org kampung area tu pun takut nk mandi lajak smpai maghrib..

      Delete
    2. pha is xtau ka titi tu tmpt org buang benda2 mcm kes kna sihir etc. sbb tu arwah tok xbg mandi tkut terkena

      Delete
    3. what..??? seriusly..? x tau pun selama ni.. waa... x pi dah lepas nih..

      Delete
  8. Corner nie kalau layan ngn kereta best tak?? Kat tanjung malim ada satu.. Sha selalu layan dengan kereta je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah.. yg pasti, kalau dengan moto lagi best.. hehehe

      Delete
    2. Kita boleh bawak motor, tapi scooter jelah.. Pastu xde lesen.. so layan kat dalam kawasan poli je..

      Delete
  9. takut woo nak naik motor konar baring..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk takut buat apa.. kita buat dia.. bukan dia buat kita.! hahaha

      Delete
    2. wow..klu dia buat kita terbaring laa kat icu..nauzubillah..takpe pha is dah terer..baring pon baring laa..hehehe

      Delete
    3. hahahaha.. baring boleh, kuak lentang boleh, smua boleh.. hahah

      Delete
  10. layan corner kt Penang...fuh jemm....xsuka jemm...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)