Chicken strips


Kali ni aku nak share pasal chicken strips. Bagi mereka yang masuk entri ni bila Nampak tajuk dan sangka ianya berkenaan makanan, maaf kerana aku telah menghampakan korang. Chicken strips yang aku maksudkan di sini bukan sejenis makanan, tapi sebuah istilah yang digunakan dalam aktiviti permotoran.

Definisi Chicken strips


Chicken strips atau terjemahannya “jalur penakut” (chicken = penakut) adalah sebuah jalur dibahagian tepi permukaan tayar yang tidak digunakan (faiz, 2016).

tayar dengan chicken strip
tayar rider penakut

tayar tanpa chicken strip
tayar rider berani

Definisi lain yang aku jumpa adalah “The band of unscuffed tire surface at the outer edges of the contact surface.[1] (jalur yang tidak haus pada permukaan hujung luar tayar)

chicken strips ni bukan jenis tayar yer. tapi keadaan/kondisi yang akan berlaku kepada tayar tersebut setelah lama digunakan bergantung kepada cara pemanduan rider yang menunggang.

Chicken Strip = Penakut?


kenapa jalur tu dipanggil chicken (penakut?) sebab tayar yang ada chicken strips yang lebar menunnjukkan bahagian tepi tayar tersebut jarang digunakan. bahagian ini hanya digunakan ketika rider menyengetkan motosikalnya semasa mengambil selekoh dengan sudut (lean angle) yang tertentu.

knee drangging

semakin lebar chicken strips, bermaksud semakin jarang bahagian tayar tersebut digunakan. ini bermakna rider motosikal tersebut takut untuk "meleper" semasa mengambil selekoh. takut layan corner.

selain tu, chicken strips ni ibarat "virginity" (dara) kepada tayar tersebut. kalau masih ada chicken strip, maksudnya masih ada dara. masih virgin.

"The harder you lean into corners, the more of the tyre you use. This means that a biker who rides hard will have an evenly-worn tyre. A biker who rides gently will not use the outer edges of the rubber resulting in a phenomenon known as 'chicken strips'. These are very uncool and a beacon to those in the know that the rider is a novice."[2]

"At our first gas stop, I was thrilled to note that the "chicken strips," those bands of virgin rubber found on the edges of most Midwestern riders' rear tires, had been burned off the Yamaha's 17-inch Bridgestone Battalax BT-20s. In other words, I was hitting some serious (for me) lean angles."[3]

tayar moto aku pun ada jugak chicken strips. nak kena keluar ride layan corner selalu la, baru chicken strips tu boleh hilang.






next time nanti kita bincang pasal teknik knee dragging plak..




sumber dan rujukan:
1. Wiktionary: Chicken Strips. dipetik dari https://en.wiktionary.org/wiki/chicken_strips
2. "How London bikers measure up ; ES WHEELS; [W_04 Edition ]", Evening Standard. London (UK): p. 5 May 3, 2002
3. Neale, Brian, "New Yamaha offers best of sport, touring worlds; [Chicagoland Final , CN Edition]", Chicago Tribune (Chicago, Ill.) p. 6, 29 July 2001

Post a Comment

26 Comments

  1. Pertama kali tahu ada istilah chicken strips

    ReplyDelete
  2. ingat chicken tu ayam kfc je...bhahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha macam2..klu gitu kena la selalu lalu kot grik nun..konar leper kat sana..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan baling-gerik x best.. konar jauh, kna high speed baru boleh meleper elok.. silap langkat masuk gaung.. hehe..
      jalan gerik-jeli jugak best... low speed corner.. sbb corner dia rapat2.. bawak slow 130km/j pun dah boleh layan corner seret lutut n siku. hehehe

      Delete
    2. aduss..akak dengar kata seret lutut & siku terus rasa semput..seriau weiii...baca doa makan dlu ya pha is sblm layan koner tu..huhuhu

      Delete
    3. hahahahaha.. apa kes doa makan plak nih.. nk makan jalan ke..? hahahah

      Delete
  4. hahahaha... ingatkan apa lah tadi...

    ReplyDelete
  5. BANYK TAHU ILMU PEMOTORAN OKLAH TU

    ReplyDelete
  6. baru tahu ada istilah ni....apa2 pown, safe ride....

    PS: mulamula baca tjuk entry dan nmpak gambar tayar, igtkan tayar kena cakar dek ayam...kihkihkih....

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. tanda kuat makan.. asyik2 pikir makanan je.. hahaha

      Delete
  8. tiap2 hari kerja hadap tayar keta la tayar moto la.. tapi xpernah dgr plak chicken chicken ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja hadap tayar? ZF kerja apa nih..? mekanik..?

      Delete
  9. Ingatkan makanan lah tadi..
    hehehe.. sabar jelah..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. kalau minat, x de motor besar pun dia dah ambik tahu.. hehehe

      Delete
  11. kalau chicken wings sis JM tahulah

    ReplyDelete
  12. Kongsi la jenis2 tayar yg sesuai utk coner dan mampu milik..teknik knee down utk kapcai..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)