Yamaha YZF R25 Review 1 | Luaran
sekarang cuma review dan komen muqaddimah je.. tak valid sangat komen aku ni tapi boleh la kalau korang nak baca bagi mereka yang minat nak angkat motosikal ni.
be advised, aku tak pernah naik motosikal berkuasa tinggi (lebih dari 150cc) yang lain sebelum ni. aku cuma pernah pakai honda wave 125x je. so, memang tak valid sangat pendapat aku sebab aku tak boleh nak compare dengan moto-moto yang lain.
R25 Luaran 1 : Signal
dari segi luaran, bagi aku dah cukup puas hati dah. cuma yang aku rasa tak kena pada moto ni adalah kedudukan button signal dia, susah aku nak bagi signal terutamanya kalau aku tengah tarik clucth.
aku ni jenis pemandu berhemah, masuk simpang bagi signal, mencelah pun bagi signal. so, agak penting la bagi aku pasal button signal ni yang agak susah nak guna.
tapi aku rasa superbike yang lain pun lebih kurang je macam ni.
R25 Luaran 2 : Ekzos
kedua, ekzos dia dah lawa dah. mufler (standard) yang pendek bagi aku nampak lebih sporty jika nak bandingkan dengan mufler yang panjang macam kawasaki ninja 250r. dan aku lebih suka bunyi standard Yamaha YZF R25 berbanding Kawasaki Ninja 250R sebab bunyi dia lebih smooth. bagi aku la..
tapi, cuma aku kurang berkenan kedudukan ekzos dia yang menghala keluar sedikit (rujuk gambar ekzos yang atas). nampak pelik bagi aku. aku tengok review kat youtube, ada jugak yang sebut pasal ekzos ni. so, bukan aku sorang je la yang rasa ekzos tu 'terkeluar' sedikit.
R25 Luaran 3 : Tangki Minyak dan Fairing Kurus
ketiga, aku tengok kalau bandingkan dengan kawasaki ninja 250r, aku rasa Yamaha YZF R25 ni 'kurus' sedikit. terutamanya part tangki minyak dan fairing. bagi sesetengah orang, ini mungkin 1 kelemahan,
tapi tak bagi aku. kurus ni senang sikit nak menyelit terutamanya kalau jalan jem. dah banyak kali dah, moto ni aku menyelit steady je atara 2 kereta yang berhenti jem. walaupun moto "moped" depan aku terpaksa turunkan kaki jalan slow-slow nak menyelit antara 2 kereta tu, tp aku bawak rilex je..
tapi aku rasa bukan faktor saiz, tapi lebih kepada konfident penunggang dan pengalaman serta teknik yang betul. tapi aku ni tak de la terrer sangat pun, newbie je.. hehehe
cuma bila nak layan corner, kurang sedap sikit la sebab tangki minyak kurus. kalau tangki minyak besar lagi, sedap sikit nak paut siku kat tangki minyak masa nak "kneel down" layan corner. aku rasa sebab tu ada pemilik R25 yang hanya convert tangki minyak dia kepada tangki minyak R6.
R25 Luaran 4 : Meter Kelajuan dan RPM
yang ni, aku cukup puas hati. pertama sebab kat meter ni ada Jam! dah macam dashboard kereta pulak. sangat convenient! boleh sukat performance aku. hari ni pi kerja ambik masa berapa minit, esok berapa minit, lepas tu deduce sebab kanapa aku lambat/cepat berbanding biasa. macam Takahashi Keisuke praktis dalam cerita anime Initial D 5th stage.
kedua, sebab meter tu ada tunjuk posisi gear aku kat mana. aku tak sure meter moto lain ada atau tak, yang pasti, moto terawal aku naik yang pakai clutch (masa baru nak belajar pakai clutch) adalah Kawasaki Ninja 150RR, Yamaha FZ 150i dan Kawasaki Ninja 250R generasi ke-4 (2008-2012). ketiga-tiga moto ni tak ada tunjuk posisi gear. so, aku agak konfius masa tu.
ketiga, meter Yamaha YZF R25 ni ada lampu untuk 'alert' kita tukar gear sebab RPM dah nak sampai line merah. sangat convenient wei! sebab tengah nak pecut dari stop kat lampu isyarat, tak kan kau nak tengok meter selalu untuk timing tukar gear. mesti la mata nak tengok jalan nak menyelit mana yang patut.
so, bila RPM dah cukup tinggi, lampu ni akan menyala dan dia agak obvious walaupun kau tak tengok meter sebab lampu tu agak terang. so, masa tu la kau up-shifting gear kau. sebab tu aku rasa motor ni sangat-sangat sesuai untuk beginner macam aku ni.
keempat, meter dia ada tunjuk fuel comsumption. yang bestnya, kau boleh tukar on the spot nak tengok 'instant fuel consumption' ataupun 'average fuel comsumption'. instant tu dia akan berubah-ubah ikut speed kau. average ko boleh tngok penggunaan minyak secara keseluruhan lepas setiap jurney. so, boleh bajet...
okay, cukup dulu stakat ni. nanti aku sambung bahagian performance plak.. aku tak suka sangat tulis panjang-panjang sangat dalam 1 entri, sebab pembaca aku bukan rider je.. nanti diorang boring. hehehe.. ni pun dah sangat panjang dah bagi aku padahal banyak lagi nak komen/review/bebel.. hmm..
NEXT : Yamaha YZF R25 Review 2 | Prestasi
penting : Tips Beginner Superbike 1 | Braking
sumber gambar :
Mohan K Ramanujam. (2015 May 13). REVIEW: 2015 Yamaha YZF-R25 – fun with the baby ‘R'. paultan.org; retrieved from http://paultan.org/2016/05/13/review-2015-yamaha-yzf-r25-fun-in-a-small-package/
29 Comments
HEBAT RUPANYA MEST SENANG NK MEREMPIT KE HOSPITAL KAN PHA IS..BERDESUP LAJU...
ReplyDeletehahaha.. ramai yg tegur cakap macam tu bila prasan nmpak saya lalu kat atas jambatan.. hehehe
Deletenice sharing
ReplyDeletetak minat moto..tapi suka tgk orang naik moto besau gni..hihihi
ReplyDeletesaya pun suka..
Deletetk tau jenis. bila moto besau semua nmpk sama je. lelaki je kenai . hehe selalu moto besar lalu satu je soalan. moto tu mahai ke biasa2 je hehe
ReplyDeleteorang mata duitan memang macam tuh.. hahaha
Deleterasa nak bawa moto gini la..huhuhuh
ReplyDeletereview yang menarik bagi orang yang baru nak kenal R25
ReplyDeletedah lama tak naik motor..hehe
ReplyDeleteminat moto..tp x suka moto yg gemuk2 hahaha
ReplyDeletesuka moto motard..ntah bila lah nk dpt..dah jd nenek2 pun x dpt kut hahaha
pergh.. ada taste tersendiri..not bad,...
DeleteMantop ni bro... superb... klu selisih dgn awek yg berjln kaki, mesti awek tu terlanggar tiang sbb mata tengok kat moto ni... :)
ReplyDeletehahahaha..
Deleteyg jenis terpaksa turunkan kaki jalan slow-slow nak menyelit antara 2 kereta tu sbb risau tenyeh cermin tingkap or side mirror keta org lah awak.. hurmm..
ReplyDeletebetol, tapi awak, saya tak payah turun kaki pun boleh lepas je la awak.. hahaha..
Deletesuka moto vespa.. hehehee
ReplyDeleterare
Deletecun!
ReplyDeletesiapa? moto ke, saya? hahaha
Deleteyang hitam putih tu auuww.. sexy.. ;)
ReplyDeleteyg tu kawasaki ninja, bukan yamaha..
DeleteBro aku bru angkt motor ni knp gear 1 cm ssh skit nak msuk..mmg cmtu ke
ReplyDeletelaa.. igtkan saya sorg je yg rasa macam tu..
Deletemmg rasa nk masuk gear 1 tu susah sikit.. lagi senang nk masuk gear neutral (yg selalunya susah utk moto clutch) berbanding nk masuk gear 1. tapi ada caranya kalau gear susah nk masuk.
1. jika gear dlm keadaan Neutral, lepaskan clutch sampai habis. then baru tarik clutch balik, baru masuk gear 1.
2. kalau dari gear 2, kena tekan gear by step, x bleh terus turun dari 2 ke 1 dlm sekali tekan... pijak separuh dulu, dia masuk neutral, then pijak lagi dalam, baru masuk gear 1.
3. kalau tgh berhenti, n x jadi jugak, kna tolak moto sikit, pastu baru masuk gear. yg ni leceh sikit sbb nk tolak moto dengan kaki rasa berat...
nice entry tapi tak minat motor
ReplyDeleteCantik gak design dia..
ReplyDeletemampu menengok sahaja..
X berani nak bawa..
belum cuba belum tahu..
DeleteTop speed ikut meter boleh lah dlm 190++km mcm tu. Enjin masih standard lagi. Test moto kwn.
ReplyDeletekalau standard memang power.. kalau modi mungkin boleh laju tapi belum tentu.. standard pun dah ok.. standard itu indah
Delete