Bolehkah Upload Gambar Anak Dalam Pantang?


petang semalam sempat aku ziarah rakan sekerja aku si Ehsan yang baru sahaja menimang cahaya mata. bila dah jumpa, Ehsan pelawa aku untuk bergambar bersama anak dia. dah alang-alang ambil gambar, kena la share. yer dok. tapi sebelum tu, aku minta izin dulu.

"ehsan, hangpa laki bini tak ada pantang ambik gambar baby upload kat FB ka?"

"tak dak.." jawab ehsan. soalan yang sama aku ajukan pada Hanisah, isteri Ehsan, dan dia juga tak pantang. saja aku nak konfomkan. sebab sekarang ni "trend" kepercayaan orang tak bagi share gambar anak dalam pantang kat FB.

dan diorang pun ada tanya aku kenapa tak boleh share gambar baby kat laman sosial. jawab aku, "nanti aku check, lepas tu aku tulis kat blog."

"hmm.. blogger sangat.." jawab hanisah.


Tak Boleh Share Gambar Bayi Dalam Pantang?


musykil jugak aku, mana datang pendapat kata tak boleh share gambar anak umur 40 hari ni? so, aku pun godek-godek la cari maklumat. dan kesimpulan, banyak yang orang share ni bersumberkan asalnya dari pendapat Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani dalam status FB beliau.[1]

lepas tu orang lain pakat-pakat share, sampai ada yang share tu tak tahu pun apa yang di-share.[2] tahu share je. orang lain pun pakat follow percaya.

Penyakit 'Ain?


pointnya aku lihat hampir sama. tak boleh share gambar bayi sebab takut terkena penyakit 'ain. antara definisi mudah penyakit ain ni :

"satu penyakit yang berlaku akibat panahan mata yang mengagumi sesuatu, disertai dengan sifat dengki/hasad atau kerana kekaguman yang keterlaluan terhadap sesuatu."[3]


naruto, ninjjutsu, the power of eye, kamui, amaterasu
gambar sekadar hiasan

selain tu, ada jugak sebab yang lain kenapa tak boleh share gambar bayi, contohnya sebab Ummu Sibyan (penyakit yang melibatkan jin) dan penyakit klinikal seperti antibody dan sawan. dan bahayanya penyakit 'ain ni sehingga boleh menyebabkan bayi menangis tanpa sebab, turun berat badan sehinggalah penyakit kulit seperti Eczema dan sebagainya.   untuk nak tahu lebih lanjut boleh rujuk Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani tu sebab banyak orang share, sumber asalnya dari beliau.

suka untuk aku tegaskan, walaupun sebagai ahli farmasi yang diajar dengan dunia perubatan barat, tapi aku tak nafikan wujudnya penyakit-penyakit 'ghaib' seperti penyakit ain, dan sebagainya. tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat dan tulisan Abu Urwah Nasarudin[5]

Syirik percaya "Jangan Upload Gambar Anak Bawah 40 Hari"?


Abu Urwah ni tak nak orang takut nak share gambar anak sebab percaya ianya boleh membawa mudharat. dia tak nak kepercayaan ni menjejaskan aqidah ibubapa sebab percaya benda ni boleh bawa mudharat/sial kepada anak.

antara point dia yang aku setuju sangat, termasuklah:
1. kenapa mesti 40 hari (dalam pantang?)
2. Penyakit ain boleh berlaku tanpa ada had umur. Sebab menjoriti hadith penyakit ain adalah pada usia dewasa, hanya ada satu tentang bayi, tetapi martabatnya dinilai dhaif oleh para ulama.[5]
3. mengkritik penulisan yang bersandarkan prasangka semata dan menggunakan hadith umum dan memaksakan hadith itu selari dengan pandangan peribadi.

dan beberapa lagi point dia yang lain. boleh rujuk di laman beliau.

kesimpulan

apa yang dapat aku simpulkan,

1.segala sesuatu itu datang atas keizinan Allah. pegang macam tu. jadi, jangan terlalu taksub percaya mudharat/sial boleh datang sebab share gambar bayi kat laman sosial. boleh percaya ianya sebagai asbab, tapi bukan punca secara langsung

contoh, dalam bidang farmasi, aku langsung tak percaya dan i'tiqad bahawa ubat tu boleh sembuhkan penyakit. walaupun aku ni farmasi, tapi aku masih percaya kuasa penyembuh itu datang dari Allah, bukan ubat. makan ubat cuma sebagai asbab untuk menyembuhkan penyakit. macam tu la lebih kurang analoginya.

2. sebagai ibubapa, bagi yang nak share gambar anak, silakan. cuma jangan terlalu ghairah share gambar anak setiap hari sudah la. bukan sebab penyakit ain, tapi nnti orang meluat pulak. hehehe..

3. bagi ibubapa yang dalam 'pantang' share gambar anak, terpulanglah. itu hak masing-masing nak percaya/ikut kata-kata ustaz Wan Asrul Al-Kalantani atau tak. cuma ingat, jangan terlalu taksub. segalanya datang dari Allah.. itu sahaja.

4. dan sebagai 'media influencer' (pengguna laman sosial seperti blog, fb, twitter, instagram, dan sebagainya) cuba semak dulu kesahihan apa yang dishare. jangan sekadar share sahaja. dan jangan pula hanya baca dari 1 sumber.

5. bila kita tengok gambar bayi, bersederhanalah dalam memuji. segala puji hanya layak untuk Allah dan segala sesuatu itu datang dari Allah. lagi 1, jangan nak banding-bandingkan pulak kecomelan anak orang (macam kes anak che Ta). dan jangan pula mendengki. itu rezeki masing-masing, rezeki kita mungkin datang dalam bentuk lain.

point utama aku, bersederhanalah dan jangan taksub!

p/s : kalau korang ada bayi dalam pantang, nak share atau tak gambar baby? just nak survey...  
 



sumber dan rujukan
1. Wan Asrul Al-Kalantani. (2013 July 13). KENAPA TIDAK 'UPLOAD'? Facebook Status. Dipetik dari https://www.facebook.com/wan.asrul.378/posts/311046212364979
2. Nurul Qastalani Radzuan. (2014 Jan). MENGAPA TAK DIGALAKKAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR? Karipapsayur. Dipetik dari http://www.karipapsayur.com/2014/01/mengapa-tak-digalakkan-upload-gambar.html
3. Marlisa Halim. (2014 Nov). PENYAKIT 'AIN. MarlisaHalim. dipetik dari http://www.marlisahalim.com/2014/11/penyakit-ain.html
4. Haron Din. Penyakit 'Ain. Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5 bab 9.
5. Abu Urwah Nasarudin. (2014 July 16). Syirik percaya pada "Jangan Upload Gambar Anak Bawah 40 Hari". Muhajirin Store. dipetik dari http://muhajirinstore.blogspot.my/2014/07/syirik-percaya-pada-jangan-upload.html
6. Eza Ezamie. (2015 July 11). Bolehkah Upload Gambar Bayi Baru Lahir di Media Sosial? SirapLimau. dipetik dari https://siraplimau.com/upload-gambar-bayi-baru-lahir-share/
7. Ikhwan Yusuff. (2014 Aug 12). KENAPA TIDAK DIGALAKKAN UPLOAD GAMBAR BAYI YANG BARU LAHIR? IkhwanYusuff. dipetik dari http://duniakita94.blogspot.my/2014/08/kenapa-tidak-digalakkan-upload-gambar.html
8. Biaqpila (2014 Jan 25). JANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BAWAH USIA 40 HARI KE DALAM FACEBOOk. Biaqpila. dipetik dari http://biaqpila.blogspot.my/2014/01/jangan-upload-gambar-bayi-bawah-usia-40.html
9. Nur Alya. (2014 Jan 13). Al Ain : Kenapa Tidak Upload/Siarkan Gambar Bayi. Hidup Sekali Biar Bererti. dipetik dari http://chentazulya.blogspot.my/2014/01/al-ain-kenapa-tidak-boleh-uploadsiarkan.html
10. Marlisa Halim. (2014 Jan). BOLEHKAH UPLOAD GAMBAR BAYI DI FACEBOOK? MarlisaHalim. dipetik dari http://www.marlisahalim.com/2014/11/bolehkah-upload-gambar-bayi-di-facebook.html

Post a Comment

37 Comments

  1. bg farah ok je balik kepada niat asal kenapa nk upload..sapa tahu mgkn sedara mara jauh xdapat jumpa lagi. teringin sangat nk tgk boleh je tgk dulu dlm media sosial..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. yg jauh x dapat datang tengok, boleh jugak tengok melalui fb dsb..

      Delete
  2. n3 menarik..rajin buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la.. hehehe..
      kalau x buat rujukan, nnti org kata saya syok sendiri plak, memandai2 kata..

      Delete
  3. Masa anak sulung upload, masa anak 2nd lepas 50 hari baru upload, hehe~

    ReplyDelete
  4. share je. cuma jangan melampau la. semua benda kalau dibuat secara melampau, akan mendatangkan mudarat.

    ReplyDelete
  5. haa.. betul tu... bukannya tak boleh share.. cuma berpada la bagi tasha.. sebab niat orang kita tak tahu... just beware

    ReplyDelete
  6. bayi comel comel. suke nyee tengok gambar bayii. tapi jangan melebih bila meng-upload :)
    gambar sekadar hiasan tu macam tak patut dijadikan hiasan je. serammm T_T
    *pengsan*

    ReplyDelete
  7. haa ye kan.. knapa perlu 40 hari je.. nak simpan, simpan terus.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Mmg klu boleh hindarkanlah... bnyk cara lain nak menggembirakan hati. Thanks sharing Pha Is...

    ReplyDelete
  9. Saya tak percaya.. tapi kalau mak ayah baby tak berapa suka, saya hormati pendapat itu dan tak post gambar anak mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju.. sebab tu saya tanya dulu parent baby tu sebelum upload, walaupun saya x percaya.. itu adab..

      Delete
  10. bg akak sekali sekala takpe..tapi ada gak yg setiap masa setiap waktu ada jer pic anak tu..nak vera, nak mandi, nak neb, nak tdo..tp biorkan ler...by da way pandai Pha Is pegang baby..dah boleh dah tu..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yg tengok pun dah meluat kan.. hehehe
      Alhamdulillah.. tu la.. baby dah boleh pegang, calon mak baby x nmpak rupa lagi.. hmm..

      Delete
  11. blh share je share. tp jgn byk sgt... huhuhu yg tk nk tnjuk tk nak sgt yg nak tunjuk berlebih2 lak hehehe tk kekok pegang ehh baguss ada byg & bau2 nasi minyakk mmmmm hehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. baby dan okay.. mak baby je x nmpak rupa lagi.. hahha

      Delete
  12. bagus juga perkognsian macam ni pha is...

    tapi sebab utama orang tak galakkan tunjuk gambar atas sebab dengki dan sebagainya...atau takut bersikap riak

    mudah-mudahan kita dapat pertibangkan mana baik mana yang tidak

    ReplyDelete
  13. Tanjat gegurl, tolongla Pha is buangle gambo mata jin tu boleh gugur jantung ni...;-(

    ReplyDelete
  14. bila anak dan besar lah baru sharekan gambar masa baby ...

    ReplyDelete
  15. bersederhana dalam setiap tindakan.

    ReplyDelete
  16. depends pada niat.. klu cik en mybe nk buat surprise tuk semua. ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. surprise upload gambar ka, surprise x nk upload gambar? musykil kjap.. hehe

      Delete
  17. Cara pangku baby tu, saya tgk Pha Is dah boleh jd ayah dah tu :)

    ReplyDelete
  18. Info yang bagus..
    selalunya x share pun..

    ReplyDelete
  19. Utk mengelakkan penyakit ain.. Perlulah sebut.. Allahuakhbar, masyaallah dll lagi sbelum memuji bayi.. Sbb tu org tua2 x puji bayi baru lahir.. Kalau putih dia ckp hitam. Kalau come dia ckp buruk.. Sbb nak elak penyakit ain ni la

    ReplyDelete
  20. Mmg teruja nk upload tp tunggu lah bayi lepas 40 hari dlu bg besar2 skit Hehe..
    Tambahan media social ni tmpt sy tgok blk foto2 pilihan sbg kenangan event kehidupan 😁

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)