suami? masih tak layak rasanya. urusan diri sendiri pun tak terurus, inikan pula nak uruskan rumah tangga. bapa? hmm.. arwah ayah aku meninggal tatkala aku masih kecil. tak sempat rasanya untuk aku 'belajar' dari dia macam mana nak menjadi seorang bapa.
bapa tak bertanggung jawab
tapi ada dua situasi yang membuatkan aku pasti yang aku tak akan menjadi seorang bapak yang macam ni:
Situasi 1 : Memandu Membahayakan Anak
dalam perjalanan ke tempat kerja, aku bersama gadis bertudung biru aku sedang menunggu kat trafic light. lampu masih merah. tak lama selepas itu, lintas sebuah motosikal dipandu seorang lelaki beserta seorang pembonceng budak yang aku kira anak kepada pemandu motosikal tadi, keluar simpang dalam keadaan melanggar lampu merah.
dalam masa yang sama, diorang hampir eksident bila kereta yang keluar simpang dari arah bertentangan terpaksa berhenti mengejut bagi memberi laluan kepada motosikal tadi yang melanggar lampu merah dalam keadaan merbahaya.
situasi tu buat aku terfikir. ni apa jenis bapak la manusia ni. kalau nak mati, mati sorang-sorang sudah la. bawak anak lepastu naik moto secara merbahaya.
Situasi 2 : Rokok Depan Anak
lagi satu situasi yang buat aku heran, bila ternampak seorang bapak merokok depan anak-anak yang masih kecik. again, kalau nak mati, mohon mati sorang-sorang. kesian kat budak kecik yang terpaksa hirup racun yang keluar dari mulut kau.
bapa sebagai pelindung keluarga
walaupun aku tak tau lagi bapa jenis macam mana yang aku bakal jadi, tapi aku berharap dan berdoa agar tak jadi macam bapak-bapak yang macam dalam dua situasi diatas.
dan tahniah buat dua orang kawan aku, ariff dan Ehsan yang masing-masing telah menjadi seorang bapa baru-baru ni. hairannya, kedua-dua isteri diorang selamat bersalin pada hari yang sama! dan dua2 mendapat anak lelaki!
dua orang kawan aku jadi bapa pada hari yang sama.! what kind of sorcery is this???
31 Comments
Tanggungjawab sbg ibubapa ni amat besar pelan2lah belajar memahaminya pha is.
ReplyDeleteinsyaAllah..
Deletemoga pha is menjadi bapa yang terbaik....sepertimana seorang bapa yang pha is ingin miliki....
ReplyDeleteamiin.
Deleteitu la.. terlebih memikirkan keselesaan sendiri sampai terlupa orang sekeliling
ReplyDeleteBetul tu pha is..
ReplyDeleteteladan ada dimana2, mana yg buruk dijauhi, mana yg baik dicontohi. :)
psl rokok tu memang tak sesuai dan 'sopan' kalo bapa merokok depan anak
ReplyDeleteSemoga kita semua dpt menjadi bapa yg terbaik buat anak2 dan keluarga... aamiin.
ReplyDeleteHAI Abang Pha Is! Dah lama tak main blog dan jadi Pengomen Pening kat blog ni. Amboi, tak sangka dah nak kahwin la ni. HUHU. InsyaAllah, semoga Abg Pha Is dapat jadi suami dan bapa yang baik buat keluarga. Amin :)
ReplyDeletemana ada.. lambat lagi nk kahwin.. hehe
DeleteAku seorang abah.
ReplyDeletetahu.. hahaha
DeleteBesar tanggungjawab abah tu...
ReplyDeletetahuu.. hahaha
Deletemoga anda menjadi seorang abah yang bertanggungjawab. baru seronok anak-anak.
ReplyDeleteinsyaAllah..
Deleteamiin..
hahaha.. suratan atau kebetulan??
ReplyDeletetahniah buat kwn2 mu faiz..:D
phais mesti bukn perokok kan? yang bab moto tu baru smlm suami ckp bnda yg sama. bawak ank langgar lampu isyarat. nak mati biar mati sorg jgn libatkan ank kan... insyaAllah tp cite mcm ni mcm da jumpa madu gadis tdung biru jaaaa.... hhehehe
ReplyDeleteyup.. saya x merokok.. hahaha.. great mind think alike.. hehehe
Deletehehe, i'allah pha is akn jadi bapa yg terbaik utk anak2 nanti..haha!
ReplyDeletepastinya bpak yg cool sebb ada gadisbertudungbiru..kankankan..haha!
hahaha.. musti la...
Deletepengalamanan ya?
ReplyDeleteyup
Deletekes bapak merokok depan anak2 ni memang banyak. dah lama aku perati benda ni.
ReplyDeletetu la.. kalau perati saja x jadi jugak.. kita kna take action.. x dapat tegur dengan lisan, tegur dalam blog je mampu.. educate people.. hehehe
DeleteinshaAllah Pha Is boleh jadi bapak yang baik..Akak doakan yang murni2 je utk Pha Is ok..
ReplyDeleteamboi.. seru nama sendiri.. hahaha..
Deleteamiin..
Bagi sayalah tanggungjawab sbg ibu bapa ni besar, mempersiapkan hidup dan selepas mati anak itu maksudnya mempersiapkan dunia dan akhirat anak itu
ReplyDeletebetol2.. saya stuju...
DeleteAlahai.. Yang no 1 memang sangat bahaya..
ReplyDeleteKesian kat anak tu..
tu la.. yg tengok ni pun sakit hati je tengok.. hmm..
Delete