#728HariMencariCinta
Kelahiran Dan Kematian
pada bulan mac 1999 masa aku berusia 9 tahun, beberapa hari lepas birthday aku, tok aku meninggal di rumah aku. detail masa hari kejadian aku tak beberapa nak ingat sebab masa tu baru umur 9 tahun.
dan pada tahun ni, tahun 2016, 2 hari selepas birthday aku, abang aku telahpun menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital pulau pinang ketika berusia lebih 60 tahun. (sebab ramai yang susah nak percaya aku ada abang umur 60 tahun)
mungkin ni peringatan dari Tuhan bahawa semakin meningkat usia, makin banyak hari lahir yang disambut, kita sering lupa bahawa semakin dekat umur kita dengan kematian.
aku dan sambutan hari lahir
sejak dari kecil, keluarga aku memang bukan jenis yang sambut hari ulang tahun kelahiran. rasanya dulu masa aku kecik lagi, aku pernah tanya arwah ayah aku kenapa tak sambut birthday. dia kata tak boleh sambut sebab berdosa.
aku tak sure dia 'bohong sunat' atau tak, sebab masa tu kami bukan orang senang. lagipun, arwah ayah aku agak straight pasal agama. banyak benda yang dia tak bagi buat. katanya tak boleh ikut cara orang 'kapiaq'.
contohnya, kalau aku pakai cap, dia punya marah tu macam aku letak kepala babi atas kepala aku. tapi tu dulu la. semua tu masa ayah masih ada, sebelum tahun 2001. sebelum aku darjah 5.
sekarang, aku dah kerja, 2 orang adik aku pun dah kerja, dah mampu sikit, baru la nak merasa makan kek hari jadi, walaupun aku ni bukannya makan kek sangat. hehehe..
lagipun DrMAZA kata sambut besday bukan bid'ah sebab dia bukan hal agama.. wallahu a'lam..
pointnya kat sini, aku tak kisah sangat sambut besday atau tak. tak heran sangat pun sama ada buat atau tak. hadiah besday apatah lagi. so, tak payah la susah-susah.. hahaha. *perasan giler*
20 Comments
al-Fatihah utk yg telah pergi..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman di sisiNYA.
ReplyDeleteHappy belated birthday! Mrs. A ucapkan buat tuan blog.
thanks..
DeleteAL FATIHAH..HAPPY BIRTHDAH PHA IS RAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KITA DGN NIAT MENSYUKURI NIKMATNYA MENGHADIRKAN KITA KE ALAM DUNIA...SEMOGA PHAIS SHT N SUKSES SELALU.
ReplyDeleteamiin. thanks kak PI
Deletered velvet ke tu...happy birthday pha is....wah, siap ada count down mencari cinta...err rietta pown igtkan typo umo abang pha is tu, pic xleh load...jap g reload semula...
ReplyDeleteyup..
Deletethanks,,
hahaha.. bukan typo.. memang family saya lain sikit.. ehehe
Fida sejak azali lagi...tak pernah sambut birthday..hati ni memang nak sgt..tapi kenalah faham tahap kemampuan diri dan suami kan.
ReplyDeletewaa.. bagus2.. pentingkan keperluan dariapada kehendak..
Deletesalam takziah..and hepi belated besday phais..
ReplyDeletethanks..
Deletekamu sebaya adik saya yang bongsu..birthday dia 29mac.
ReplyDeleteselamat hari ulang tahun yang ke 26 dan salam takziah juga
Salam takziah... Al Fatihah...
ReplyDeleteSelamat menyambut hari lahir Pha Is... :)
happy birthday dan semoga murah rezeki. dah tua setahun nampak nyer.
ReplyDeletethanks..
Deletesemoga dikurniakan rezeki ilmu dan umur yang berkat....semoga bertemu cinta sejati :)
ReplyDeleteaminn.. thanks..
Deletebetul tu Phais.. peringatan dari tuhan tentang kekuasaan-Nya.. dan untuk kita mengambil iktibar.. apa2 pun happy birthday ya..
ReplyDeletethanks..
DeleteTakziah atas pemergian abang ke hadrat Ilahi
ReplyDelete