ada jugak beberapa tips yang sempat aku hadam. maklumlah, budak baru belajar. newbie katakan.
ilmu didada masih banyak yang kosong.
Baru Balik Dari Kemboja
tapi tak lama lepas tu, datang seorang bro dengan motosikal BMW yang nampak sangat gagah perkasa. dengar bunyi pun dah respect. tapi bmw dia penuh dengan selut-selut tanah merah macam baru lepas redah sawah bendang.
sebijik macam ni. cuma dlm gambar ni tak ada selut ja.
ni mesti lagi otai nih! entah hutan mana yang dia dah redah dengan moto bmw dia yang gagah perkasa tu. banyak benda yang aku kena menuntut dari dia ni. lantas aku pun bertanya.
"bro, mai dari mana? sampai berselut ni?"
"baru balik dari kemboja" jawapan beliau yang aku dengar macam tu la lebih kurang.
fuh, hebat! rilex je ride pergi kemboja! ni rider sejati nih! nak kena berguru nih!
"hebat bro... konvoi, ke, kembara solo?" soal aku.
"ke mana?" soal dia balik
"kemboja la.."
"eh, bukan pergi kemboja. cuma pergi PASAR KEMBOJA ja..." jawab dia balik.
"la, ingatkan pi kemboja tadi."
Pasar Kemboja
pasar kemboja merujuk kepada sebuah pekan sehari yang dibuka di beberapa kawasan sekitar utara malaysia (kawasan lain aku tak sure) khas menjual kain-kain murah dari kemboja. orang perempuan minat la tempat macam ni.
sebagai contoh, area kepala batas penang ni ada 1 pasar kemboja kat satu tempat yang bernama "Kubang Menerong". pasar kemboja kat sini agak special sbb tempat tu kat tengah2 hutan kelapa sawit. dah nama tempat pun "kubang" kan, mau tak berselut moto brader tadi.
anyway, sebut pasal kubang menerong ni, ada 1 lagi cerita yang tak akan aku lupa, jugak pasal pasar kemboja. bila aku terdengar perbualan antara 2 orang nurse cun kat dalam ward pasal rancangan diorang nak pi pasar kemboja.
hmm.. lain kali la aku cerita. okbye..
43 Comments
hahahahaha.. ape daaa salah dgr..
ReplyDeleteExcited duk baca tetiba tertipu rasanya ^-^
ReplyDeletehahha.. padan muka.. hehehe
Deletepasar kemboja tu dah lama nak p..belum kesempatan lagi..
ReplyDeletepi la.. geng pompuan suka la jualan macam tu.. kami laki pi tengok saja la.. hahaha
DeleteCissss..ingat ke Kemboja huhuhu
ReplyDeleteseronok juga dengar cerita abang abang motor besar nie..
ReplyDeletedengar cerita diorg je la.. saya newbie lagi.. hehehe
Deletela... ingat betul kemboja tadi. Tapi kalau dengan BMW tu, takdehal punya lah..
ReplyDeleteHahahaha... :D ... tapi macamana motor jadi lagu tu? Jalan selut kot nak pi Pasar Kemboja?
ReplyDeleteentah.. dia lalu kot tgh2 hutan kelapa sawit kot.. hahaha
Deletebaru ja nak kata sakan Pha Is nie , rupanya org lain , dan pasar kemboja jaa . heheheh .. =P
ReplyDeletejadi la kan..
DeleteHahaha. Ingatkan ke Kemboja betul tadi :D
ReplyDeletehahaha baru nak puji otai kan ... bila baca tajuk, ingatkan pha is yg baru balik dari kemboja :)
ReplyDeletehahaha.. yeer la.. saya nubis lagi.. mana ada otai.. hehe
DeleteINGATKAN PHA IS PI KEMBOJA...XLAMA SAPAILH TU BUKAN SETAKAT PI PASAR KEMBOJA KAT KUBANG MENERONG JER..
ReplyDeletejadi la.. hehehe
DeleteLah...ingat betul2 dari kemboja. Power betul motor bro tu
ReplyDeletehaha... the power of word
ReplyDeletelerr..psr kemboja ja p nya..ingtkan kemboja btoi..hee tp mmg best pun psr kemboja.. yui p kat parit buntar tu
ReplyDeletetu la.. dengar cerita kat parit buntar pun ada 1..
Deletetipah tertipu..
ReplyDeletesuspen tajuknya...
ReplyDeleteHahaha.. macam menarik.. sekali rupa2nya..
ReplyDeleteAlaa ok laa asalkan ada Kemboja..hihihi
ReplyDeleteceh , nape la dia tak habiskan cerita ...kat belah tengah dan selatan , rasanya tak ada pasar kemboja ni ...
ReplyDeletehahahaa.. tak salute lah setakat p pasar kemboja lawak bro
ReplyDeletehahhhaahah suspen jek...ingat betui pi kemboja... ahahahaha
ReplyDeleteWaaa... sekarang dah jadi rider pulak ya...
ReplyDeletebaru newbie.. hehehe
Deletebhahahaha Kemboja sangat kan dengan selut bagai =D
ReplyDeletelahai....igtkan pha is ride pergi kemboja...upenye psar kemboja....mmg berselut la musim hujan....bike spa? kt mna tu? xpernah plak tgk...biasa tmpang car wash je...
ReplyDeletebike yg mna? yg biru tu saya punya.. hehehe...
Deletespa tu kat area kiosk bertam, belakang sup hammed..
bahaya pakai car wash, sbb moto cuci dia teknik lain skit.. kalau pkai car wash, x menyeluruh
Assalamualaikum...
ReplyDeletePasar kemboja...cuci mata la kalau yang perempuan ni...bersih dah mata tu bila dah beli apa yang berkenan...
(Terima kasih sudi jengah blog akak)
sama2..
DeletePasar kemboja dan awek cun... menarik tu... sharelah citer nanti ehehee.. :)
ReplyDeletehahaha.. tengok la nnti macam mana..
Deleteehehehe..silap dengar daaaa...ari tu masa pergi kedah,rasanya pernah nampak kut pasar kemboja ni.tapi tak singgah pun.lalu tepi je.
ReplyDeletelerrrrrrrrr terbantut teruih nak teruja hahahahaha
ReplyDeletehahahaha
Deletehahaha tengok tajuk entri macam sungguh pi Kemboja, rupa2nya tersalah dengar
ReplyDeletetu la.. saya terkena.. so nk pekena org lain plak.. hahaha
Delete