Tips Beginner Superbike 1 | Braking
selfie: aku dan si gadis bertudung biru (dia malu nak pandang camera) |
so far dah dua kali aku kemalangan, dua2 berlaku dalam minggu kedua lepas aku pakai moto ni. aku rasa sebab utama aku kemalangan ni adalah kerana teknik braking yang lemah.
kemalangan pertama aku sebab lori berhenti mengejut dan aku tak sempat brake. hasilnya, cover set depan dan sebahagian headlight moto aku pecah. status kerosakan: masih menunggu barang yang dah di-order untuk sampai.
Tips emergency braking 1 : jaga jarak
so, mohon jaga bajet jarak untuk emergency brake. belajar bajet jarak yang diperlukan untuk moto korang berhenti dalam emergency brake. walaupun aku dah naik moto sejak darjah 5. dan motosikal honda wave telah menjadi tunggangan utama aku selama lebih 5 tahun, tapi aku masih noob bagi nak bajet jarak berhenti untuk moto R25 ni.
perlu ingat, bagi beginner dan newbie macam aku ni, yang baru angkat superbike dari moto moped, berat moto tak sama dan perbezaan ni sangat significant dalam jarak diambil untuk emergency stop.
newton 2nd law of motion plak kata, the net force on an object is equal to the rate of change of its linear momentum p. dalam konteks braking, semakin tinggi momentum motor, semakin susah nak berhenti (decelerate).
momentum, p = mv
m ; mass (berat moto + penunggang dalam kes ni)
v : velocity (kelajuan motor)
makin berat motor, makin tinggi inertia, makin susah nak stop. jadi, mungkin kena ambik lebih masa, lebih jarak, dan lebih cengkaman tayar bagi moto yang lebih berat untuk berhenti.
dan
semakin laju moto, semakin lebih banyak force diperlukan untuk dia stop. contoh macam gambar kat bawah ni:
Tips emergency braking 2 : lebihkan cengkaman tayar depan
kemalangan kedua aku kena sebab kereta masuk lorong motosikal (bahu jalan di lebuh raya) secara mengejut dan aku tak sempat brake. walaupun secara teori dan undang-undang, memang salah kereta tu, tapi bagi aku, tak kira salah siapa. selagi kita boleh usaha elakkan kemalangan, kita elakkan.
tak guna nak cari salah kalau kemalangan dah jadi, kan? so, better put lebih banyak efford untuk elakkan kemalangan, terutamanya dalam worse case scenario, near accident-events. paham tak maksud aku?
okay, sebut pasal teknik brake, suatu malam aku sempat sembang dengan seorang yang agak otai dan dah lama pakai moto R25 ni, yang dikenali sebagai 'Cai' dalam group R25. malam tu, Cai sempat perturun ilmu kat aku, dia bagi tips tentang cara nak brake.
kata dia, kalau brake kecemasan, lebihkan brake depan berbanding belakang supaya tayar tak tergelincir atas jalan raya. pembahagian brake tu dalam lebih kurang 80-90% brake depan dan selebihnya hanya 20-10% brake belakang. brake belakang hanya sekadar nak 'support' kata beliau.
kata Cai lagi, teknik ni dia belajar dari abang polis trafik dalam 1 'kelas' keselamatan jalan raya untuk rider superbike yang dia hadiri. polis trafik kan dah biasa bawak moto besar. mesti la diorang lagi terrer. kan?
dan aku dah try sendiri, memang berkesan. tayar dah tak tergelincir jauh lagi setiap kali aku try emergency brake.
Tips emergency braking 3 : Tayar
.part ni memang tak dapat nak dinafikan la. kalau tayar botak, macam mana dia nak cengkam jalan masa brake? so, antara pesan otai2 yang aku pernah sembang, jangan kedekut bab tayar. jangan target tayar yang murah je tapi pentingkan kualiti sebab ini soal keselamatan.
ada beberapa jenama tayar yang disyorkan otai-otai moto, antara yang aku dengar, michelin. dan beberapa lagi. bab ni, aku tak buat research secara mendalam lagi, sebab skarang tayar aku masih okay, bukan dalam perancangan masa terdekat untuk tukar tayar.
p/s : asalnya aku nk buat 1 entri je pasal tips untuk beginner rider macam aku ni. tapi point brake je dah panjang nak ulas. tu x masuk point lain lagi.. nanti aku update entri untuk point2 dan tips2 lain dari masa ke semasa.
20 Comments
Good shating pha is?lma xmenulis😊
ReplyDeleteha ah.. sejak dua menjak ni mood berblog x beberapa nak ada.. hehehe
DeleteHATI2 BAWA MOTO PHA IS JATUH SAKIT OO.
ReplyDeletesakit lagi kalau jatuh hati kat seseorang tapi x dibalas.. hehehe
DeleteParah gak kan ^-^
Deleteparah.. sakit sangat.. saya dah rasa.. hehehe
DeleteZumal nie naik apa pun dah trauma, tapi kerana ada motor je belasah je la... Hati2 semasa di jalan raya k
ReplyDeleteokay..
DeleteMakin besar cc, makin kena jaga time kona dan brek Pha Is.
ReplyDeleterasanya sebab makn berat mot kot..
Deleteok bye, tak paham ... salah masuk channel hahaha :p
ReplyDeletehahaha.. x paham boleh belajar. hehehe
Deletetak pernah bawa moto besor..bawa yamaha EGO ja..tu pon tau bawa jer..maintenance semua ke laut..hihi
ReplyDeletekna belajar la kalau macam tu..
Deletetak paaaaham Phais cakap apa ahaha.. sebab tak penah amek tau pasal motor..
ReplyDeletexpe.. bukan semua orang boleh faham perasaan dan hati kita.. heheh..
Deletebagus tips. tapi kami memang tak bagi izin suami beli motor besar bertayar besar ni. sebab risiko tu lebih tinggi. yela motor besar beli mahal takkan nak bwak slow kan. mau tersilap teknik macam phais kata ni haruuuuuuuu
ReplyDeleteamboi.. macam minta izxi kahwin dua tuh.. hahaha
DeleteSiap ada teori fizik lagi tu
ReplyDeletedh memang minat fizik.. hehehe..
Deletemacam tu la jadinya.