Gelaran Adik Beradik Yang Betul

entri kali ni bersisarkan gambar di bawah ni yang aku jumpa orang share kat facebook. pernah tak terfikir tentang gelaran adik-beradik ni mengikut turutan yang betul?


mengikut gambar by NakFakta kat atas tu:

anak pertama : along
anak kedua : angah
anak ketiga : alang
anak keempat : atih
anak kelima : andak
anak keenam : uda
anak ketujuh : tam
anak kelapan : acik
anak kesembilan : anjang
anak kesepuluh : usu


Gelaran Adik Beradik Yang Betul


tapi kalau mengikut kamus dewan edisi keempat, gelaran adik beradik yang betul adalah macam kat bawah ni:

1. anak sulung : anak yg pertama (tertua);
2. anak ngah : anak yg kedua
3. alang: nama timang-timangan bagi anak yg ketiga
4. utih* : 1. Ph panggilan utk anak yg keempat; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg keenam.
5. anak panjang : anak yg kelima;
6. anak putih : anak yg keenam
7. anak hitam : anak yg ketujuh
8. anak muda : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan

[kamus dewan edisi keempat]

kesimpulan yg boleh aku buat berdasarkan definisi dari kamus dewan tu:

anak pertama : anak sulung - along - paklong/maklong
anak kedua : anak ngah - angah - pakngah/makngah
anak ketiga : alang - paklang/maklang
anak keempat : utih - paktih/maktih (Pahang)*
anak kelima : anak panjang - anjang - pak anjang/mak anjang
anak keenam : anak putih - utih - paktih/maktih (Perak)*
anak ketujuh : anak hitam - tam - paktam/maktam
anak kelapan : anak muda - uda - pak uda/mak uda

(aku take note sebab nanti nak bagi gelaran kat anak dengan betol. hehehe)


Gelaran Adik Beradik Loghat Utara


tapi kalau mengikut loghat negeri, mungkin akan ada istilah yang lain. sebagai contoh, di bahagian utara untuk anak pertama sahaja dah ada macam-macam gelaran. contohnya:

cha' (cha-alif-ain) - pak cha'/mak cha'
wa - pakwa/makwa  ---------------------------------------- (ni gelaran untuk aku)
long (along) - paklong/maklong

hmm.. macam-macam kan?
ada lagi tak gelaran adik beradik yang korang boleh kongsikan?

Post a Comment

83 Comments

  1. Replies
    1. Kalau Chinese guna juga ke gelaran nie YS? Family Zumal tunggang langgang gelarannya...

      Delete
    2. Tak.. Biasanya kalau Chinese panggil mcm nama belakang.. Contohnya ada 3 anak dalam family tu:-

      Yong Qi , Xiao Mei dan Pei Pei

      Ty panggil mcm.. 'Ah Qi', 'Ah Mei' dan 'Ah Pei'

      Lebih kurang camtu la.. tapi bukan semua org amalkan, cuma kebanyakan :)

      Delete
    3. thanks Yun Sing share info..

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. panggil untuk anak buah saya anak no 2 tp tak kahwin lagi

      Delete
  2. saya anak no6 ... tapi family panggil acik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik selalunya yang paling kecik. anak bongsu kot....

      Delete
  3. kat rumah gelaran along ja yang guna, yang lain takda lg. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya macam tu la.. yg sulung je sempat ada gelaran, yg lain dah malas dah.. hehehe

      Delete
  4. tasha mak tih anak2 buah panggil.. hahaha.. betul la tu urutan dia

    ReplyDelete
  5. Along dengan Adik.. hehehe.. sebab kami dua beradik je.. ;)

    ReplyDelete
  6. anak buah aku panggil aku pak yang. mungkin lebih kurang pak lang kot.

    ReplyDelete
  7. ikut edisi kamus yg ke 4 haha tp 9 beradik ayah ada lain sikit. pak tam dgn pak andak tu jadi no 5 dgn 8.

    ReplyDelete
  8. btw pha is jmpa kt kenduri helmi USM 19 mac ni. hahaha

    ReplyDelete
  9. Guna Along Angah je..yang bawah0bawah tu semua panggil nama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mula2 je semangat.. dah hujung2 tu pakai nama je.. hehehe
      macam saya ni, saya je yg lekat.. yg lain panggil nama je..

      Delete
  10. Replies
    1. betol2.. bro khairuddin bukan ada mix chinese ke..?

      Delete
  11. lain negeri lain susunan kot ... kalau anak sulong dan bongsu sure betul panggilannya. yang teh dan tam tu pula, gelaran diberi ikut kulit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pulak macam tu.. kesian sapa yg dapat gelaran tam.. hahaha

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tuan,

    Saya ingin bertanya sekiranya tuan sudi review laman web kami, sebuah laman web bagi pencarian bilik sewa dan housemates/roommates yang baru dilancarkan awal Oktober 2015.

    Selain dari itu, adakah pihak tuan menyediakan ruang sekiranya kami menyediakan sebuah artikel untuk dikongsikan diruangan blog tuan? Terima kasih saya dahulukan.

    Syahmi Ruhaizat
    +6011-15359165
    http://hidup.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelaran orang kelantan mcm mne

      Delete
    2. kena tanya orang kelanta.. saya orang utara.. hehehe

      Delete
  14. IKUTLAH GELARAN YG BETUL BARU ELOK TURUTANNYA TAPI LA NI FAMILI DH XRAMAI ANAK2 MCM DULU2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. susah nk jumpa famili yg anak lebih dari 4 org skrg nih..

      Delete
  15. uh , byk lari lk gelaran tu dgn adik beradik sis yg 9 org nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. 9 org tu..
      tapi saya 11 org.. hehehe

      Delete
    2. Boleh share untuk 12 org adik beradik punya gelaran tak?

      Delete
  16. belasah jer..mujur kami dua2 anak sulung..so dua2 belah orang pggil paklong/maklong

    ReplyDelete
  17. waaaah.. tak ikut turutan pun.. MamiZ no 4 tapi da panggil andak ehehe..

    ReplyDelete
  18. Kalau belah ayah Sha anak yang sulung diberi gelaran pakwe/makwe.. Lagi ohsem kan.. Tapi abang sha kami panggil along je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay.. sama macam saya.. saya anak sulung, anak sedara kna panggil saya pakwa..

      Delete
  19. tak pernah ikut pun.. sembrono je panggil hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. family belah isteri saya pun dah tak ikut sangat,, akai panggil nama je.. contohnya, pakcik mail, pakcik aq', pakcik zul..

      Delete
  20. Sy ank kesembilan pnggil nma je..yg ats ad dua tiga org ada panggilan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya dah sampai yg ke-9 ni gelaran semua dah habis guna dah kot.. hahaha

      Delete
  21. Adik-beradik lain mak, turutan dikira berdasarkan kedudukan anak menurut sebelah ibunya. Contoh, bapa saya ada ramai adik-beradik dari mak-mak yg berbeza tapi satu bapa. Hanya anak yang paling tua dikira dari sebelah bapa dipanggil 'wa' maksudnya 'yang paling tua'. Selepas itu, anak sulung dari setiap mak yang berbeza akan dipanggil mak long/pak long. Begitulah yang seterusnya. Sebelah bapa saya, saya ada ramai bapa/ibu saudara yang dipanggil mak/pak long, mak/pak ngah, mak/pak su untuk menunjukkan kedudukan bapa/mak saudara saya itu anak yang ke berapa dari sebelah ibu mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat gelaran "wa" tapi saya anak sulong sebelah ibu. sebelah bapa saya anak kelapan.

      gelaran "wa" tu pakai hentam je, sebab long, chaq, semua dah ada.. kat saya tinggal wa ja..

      Delete
  22. saya dalam adik beradik pangil nama je mamasing.. kalau yang lebih tua pgl kakak abang je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pro n cons kalau panggil nama ni.. ada org kata elok gunakan nama je sebab nama bermaksud yang baik2 sebagai doa..

      Delete
  23. indah juga bahasa ibunda kita. banyak gelaran yang menarik hati

    ReplyDelete
  24. Kalau adik badik ada 12 org camne la ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pandai2 la cari nama samaran.. hahaha

      Delete
  25. klu johor macam lain sbb mcm adik beradik mak saya gelaran macam ni :

    1) along - anak pertama ( mak long saya )
    2) angah - anak kedua ( pak ngah saya )
    3) uda - anak ketiga ( mak uda saya )
    4) utih - anak keempat ( mak utih saya )
    5) itam - sbb dia kulit itam ( pak itam saya )
    6) anjang - anak keenam ( mak anjang saya )
    7) cik - anak ketujuh ( mak saya )
    8) ucu - anak kelapan ( mak ucu saya )
    9) usu - anak terakhir ( pak usu saya )

    ReplyDelete
  26. Klu belah ayh saya plk mcm ni..
    1. Pak long
    2. Mak ngah
    3. Mak lang
    4. Pak anjang
    5. Pak teh.
    6. Pak bujang
    7. Pak ayop
    8. Pak itam (ayh saya)
    9. Mak noi
    10. Mak semah
    11. Pak ajis
    12. Pakcik jamal
    13. Mak lah
    14. Pak abu
    15. Mak busu
    16. Acik

    Huhu..belah johor..tpi pgiln ada tbalik2 sikit..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada dalam tu yang pakai nama je kan, bukan gelaran?
      sbb ramai sangat kot.. hehe

      Delete
  27. suami sy lk ank ke3...tp ank2 sdarenye pggil pkteh...adik llkinye yg no 4 dipggil pkngah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu gelaran ikut sapa paling tua ni dah banyak yang x ikut.. kecuali along, chaq, yang selalu digunakan untuk anak pertma.. yang lain kebanyakannya hentam ja..

      Delete
  28. kalau kami, anak sulung panggil chaq singkatan nama dari besaq. haha

    1. kak chaq
    2. abg chaq

    Tapi, anak menakan tukaq pulak gelaran panggil

    1. mak chaq
    2. pak ngah

    haha paham dak

    ReplyDelete
  29. hai min...hidup lagi tak ni?..heheh gurau

    ReplyDelete
  30. Saya anak ke 4 atih , tpu nme sy mmg putih😂

    ReplyDelete
  31. Sy anak terakhir , tp kenapa dipanggil along ... Errr

    ReplyDelete
  32. Anak sy 7.selalu panggilan yg ke 3 dah lari...yg selalu betul Along,angah ngan poksu je btl..

    ReplyDelete
  33. Alhamdulilah. Terima kasih buat info. Keluarga belah mak , main tibai letak je. Kecuali yg sulung, Perak kami pangil Encik. Mak encik dan Pak encik. Belah bapa plak semua matsalleh blaka, pakai aunty and uncle . Kena reset ke anak ber 6 ni. Smlm mereka tanya. Boleh lah umi jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. ramai jugak sampai 6 orang..

      Delete
  34. Adik beradik saya 7 orang yg anak2 buah panggil

    1 Along / Ayah Long
    2 Mak Ngah
    3 Uda
    4 Panggil nama / Ayah Leh
    5 Andak
    6 Acik
    7 Ayah Su

    Bila dah ada anak buah baru gelaran ni timbul. Masa kecik2 panggil nama saja.

    ReplyDelete
  35. Macam sebelah saya, dari kecik memasing dah ada nama gelaran. Jadi bila en. hb balik kampung saya, berlagaklah dia sebab semua panggil dia abg long, paklong sebab dalam family dia, en. hb anak ketiga.. hahaha..

    ReplyDelete
  36. Nasib saye anak pertama tp kena panggil ami apelah nasib 😂

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)