Alhamdulillah, sekarang aku sudahpun melapor diri untuk bekerja dia Hospital Pulau Pinang sebagai seorang ahli farmasi PRP (Provisional Registered Pharmacist) 2 minggu lepas. Sudah mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan.
Dan sekarang, setelah 2 minggu bekerja, aku rasa mungkin aku tak dapat aktif berblog macam dulu-dulu. Agak sibok dan penat dengan kerja. Pagi keluar lepas subuh merempit ke hospital (dalam pulau) dari rumah (seberang). Petang pun sama. Malam lepas isyak dah penat dan mengantuk.
Dulu lepas grad aku kurang aktif berblog sebab kekangan line internet. Sekarang mungkin bertambah kekangan masa. So, maybe blog akan lebih terabai. Kesian blog. Kurang perhatian.
Nak membalas kunjungan pun, maybe tunggu hujung minggu je. Tu pun kalau cuti. Biasa la, mula-mula kerja ni kan..
Apa-apa pun aku harap korang tak berkecik hati kalau aku dah kurang menjenguk blog korang semua. Semoga perkenalan kita dalam dunia blog ni tak hilang begitu sahaja..
Dan tolong doakan aku agar menjadi ahli farmasi yang berdedikasi, berintergriti.. ada masa nanti kita sembang lain.
37 Comments
selamat bekerja=)) kalau p sana boleh cari=PP
ReplyDeleteselamat bekerja :D
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah Pha Is.. ade masa jenguk2 la kami ye.. hehe :))
ReplyDeleteTahniah..selamat menempuh alam pekerjaan...
ReplyDeleteWAH TAMBAH HENSEM DGN UNIFORM KERJA...
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah.. selamat bekerja ye..
ReplyDeleteall the best.....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah Pha Is.. jngn pening2-pala lagi eh.. Selamat menjalankan tugas dgn cemerlang.. All the best.. :) :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. moga terus berjaya dengan kerjaya yang dipilih.. ;)
ReplyDeleteTahniah! selamat menempuh alam pekerjaan dan sentiasa jujur dan amanah
ReplyDeleteAssalammualaikum... pha,
ReplyDeleteselamat menempuh alam pekerjaan. Semoga Pha sukses k... Good job.
mselim3
saya pasti merindui blog anda..
ReplyDeleteada masa singgah blog saya
ReplyDeletemoga persahabatan kita kekal jua
ReplyDeleteTahniah Pha Is, Alhamdulillah dapat penempatan di negeri sendiri yer... Selamat menjalankan tugas yer ^-^
ReplyDeleteTahniah, sekurang2nya dapat kerja dekat dengan rumah, tak perlu nak transfer jauh2.
ReplyDeleteSelamat datang ke alam pekerjaan! Semoga menjadi pekerja yg berdedikasi dan berjaya!
ReplyDeleteDr Fatin Liyana pun lagi sibuk...tapi ada masa dgn blog! Hang jangan bagi alasan nak tinggalkan blogging no! :D
hahah.. insyaAllah.. :)
Deletetahniah...ada rezeki mohon tukar ke kepala batas...
ReplyDeletetahniah pha is. selamat bekerja. selamat berbakti kepada ibu bapa. selamat mengumpul duit untuk berumahtangga :)
ReplyDeletetahniah ... blh je berblog guna hphone . heee ... semoga menjadi pekerja yg berdedikasi ... klu migrain , telan je ubat depan mata ...
ReplyDeletekalau berblog guna hphone waktu kerja, kan dah xde intergriti kat situ.. hehehe...
Deleteselamat maju jaya bro
ReplyDeleteTahniah..semoga murah rezeki.
ReplyDeleteTahniah Pha Is :-)
ReplyDeleteSelamat menempuh dunia pekerjaan.
welcome to alam pekerjaan. hehehe... faham sgt dah tu. biasa la. dah kerja, trpaksa la kurangkan sket aktiviti blogging ni.
ReplyDeletePha Is,
ReplyDeleteAku lahir sana (Hospital Pulau Pinang) .. cuma besar di KL... so, welcome to my hospital lah ye? :)
All the best. Selamat bekerja
ReplyDeleteTahniah.. Kija elok2 mana tau ada pasakit tu blog reader ke..
ReplyDeleteTahniah & all the best :)
ReplyDeletePasal kurang waktu untuk blogging, inshaaAllah, lepas ni dah biasa dengan rutin kerja, dah boleh bahagikan masa antara kerja dengan personal work, dunt worry :)
Selamat bekerja =)
ReplyDeleteamin..congrat..do the best
ReplyDeleteSelamat menempuh alam pekerjaan..all the best..pharmacist jugak rupanye :)
ReplyDeleteTahniah!!! Nanti ada masa share la experience pasal PRP. Rindu pulak masa praktikal kat hospital farmasi dulu. Aaaa, dah ada dalam bidang yg sama, borak2 best ni. Haha
ReplyDeletethanks.. okay2.. :)
Deletetak pe pha is...blog tu hanya sampingan je..ada masa datang lah jengah ...jgn lama menyei..rindu kami nanti
ReplyDeleteAssalam pha is,
ReplyDeletemoga terus success AMIN
pssttt : sweat jer uols ni :)