Ingat tak masa kecik-kecik dulu, bagi budak kampong terutamanya kalau nak main game macam “aci ligan duduk”, galah panjang (toi), polis sentry (police and thief) dan sebagainya, selalunya pemilihan ‘team’ akan dipilih melalui perkiraan kaki (atau tangan) dengan lagu-lagu tertentu kan?
kira kaki siapa jadi (gambar sekadar hiasan, ehsan google) |
Kalau korang tak tahu apa-apa, maybe korang anak Bandar kot. Hehehe.. So kat sini aku nak share beberapa lagu yang aku pernah nyanyi masa kecik-kecik dulu masa nak pilih team atau nak pilih siapa yang “jadi”.
Antaranya :
Polis sentry want to jaga (police and thief went to jungle)
Polis mati pencuri jaga
Acilut cat ap
cap kucing lompat
nestum nestap
pak aji tukang cap
ulu air uar
sapa dan keluar
cilot ci penpen
cici capa com lampin
lai lai li lai tamplom
mak minah balik kampong
beranak dalam tong
tengok-tengok anak patong
namanya sotong
(lai lai li versi 2)
lai lai li lai tamplom
apepek apom
apom bin lohai
lohai cap kasai
o-som..!
want to juice / one two juices
janjan jala
jala itik jala ayam
tang mana lubang kecil
seratus lima puluh
panggil cik goyah makan sireh
mulut merah
28 Comments
Haha..Sya budak felda je..tp ada byk pd lagu ni Sya x tau pun..
ReplyDeleteheh..heh..tersengih-sengih mengingatkannya..
ReplyDeleteLupa tak ingat dah.. hehehe..
ReplyDeleteadooii.. rindu tol zaman kanak2 walaupun tanpa segala gadget2 canggih tab bagai tp memang hepi..
ReplyDeletePernah gak...mmg nostalgia zaman kecik dulu. Tapi skrg dah byk lupe dah...
ReplyDeleteterkenang daku...
ReplyDeleteada yg familiar, ada juga yg x pernah dgr.
ReplyDeleteDulu saya bersekolah rendah di Sabah kerana kedua-dua ibu bapa saya bekerja sebagai pegawai pendidikan transfer dari Semenanjung berkhidmat di Sabah. Sekolah rendah saya berada dalam kawasan kem tentera. Ramai kawan2 sekolah rendah saya merupakan anak-anak askar RAMD dari Semenanjung yang bertugas dalam kem tentera itu. Anak-anak askar dari Semenanjung datang berpindah ke Sabah turut membawa bersama lagu2 kanak-kanak pilih tukang dari Semenanjung seperti dalam entri ini. Anak-anak orang Sabah turut mendapat dan boleh menyanyikan lagu2 pilih tukang itu. Akhirnya, lagu2 pilih tukang itu menjadi di antara lagu2 universal bagi kanak-kanak di Malaysia.
ReplyDeleteSaya yang budak bandar tinggal di Sabah pun pandai juga menyanyi lagu2 jadi tukang yang dinyanyikan oleh kawan2 dari Semenanjung. Kanak2 yang mendiami di kawasan jauh di pedalaman Sabah mungkin tidak tahu menyanyikan lagu2 pilih tukang kerana anak2 orang Semenanjung yang berkhidmat di Sabah kebiasaannya tinggal di kawasan bandar.
fuh, macam baca buk sejarah.. hehehe.. thanks atas info tambahan ni..
Deletehehehe
DeletePolis sentri, mak minah&janjan jala ni mmg febret kot...;-)
ReplyDeletebetul2 . yang ni pon mesti pernah main .
ReplyDeletepepsi cola
asikrim soda
buatan malaysia tidak laku di malaysia
pas
lebih kurang la kot . huhuu
okay, yg ni first time saya dengar..
Deletelama dh jd dewasa ni.. rindu zaman kanak2 dlu. xpayah pikiaq mcm2
ReplyDeletethrowback zaman kekanak sungguh.. bebudak sekarang tak tau dah permainan ni semua.. huhu.
ReplyDeletemeningimbau kenangan silam ni....
ReplyDeleteoh ni yg teringin nak jadi bebudak balik. haha
ReplyDeletelat tali lat lai li tang plong ... bunyi lain sikit :)
ReplyDeleteurmm.. tak pernah dengar lagu gini masa kecik..
ReplyDeleteTeringat zaman kanak-kanak dulu ^-^
ReplyDeleteNostalgia betul. Teringat zaman kanak-kanak
ReplyDeletepolis sentry tu.. nyanyi pun tak betul dulu..haha..syok mengikut org.. banyak lagi lagu tapi tak ingat dah.. dak2 pompuan klu main lompat getah tu macam2 lagu ada.. hehe
ReplyDeleteha ah... saya pun baru teringat pasal lagu yg dinyanyikan masa lompat getah tu.. antaranya:
Deleterumah terbakar panggil bomba,
bomba datang berlumba-lumba
tengok lirik, teruih menyanyi sekali..hehehe
ReplyDeletehahahaha...teringat zaman kecik2 dulu
ReplyDeleteTetiba teri gat zmn knk2 la pulak..hehehe police and thief tu mmg slalu la main dlu2
ReplyDeletedh tak ingat...zaman bebudak dh lama sgt berlalu
ReplyDeleteAssalam pha is,
ReplyDeletemengamit memory niiiiiiiiii :)