Dulu kata mak aku, kalau musim kemarau panjang, lipan ni suka keluar. Bila hujan dah lama tak turun, diorang akan keluar untuk cari air. Sahih atau tidak hypothesis ini, aku tak pasti.
Kisah aku dan lipan
lipan (gambar sekadar hiasan) |
Dulu masa aku berumur dalam lingkungan 5 tahun macam tu, aku pernah diketit* lipan. Agak dewasa lipan yang ketit aku masa tu. Ketit di jari telunjuk masa aku tidur, tapi keesokannya 1 tangan aku bengkak.
Sejak tu, aku mula perasan setiap kali aku kena sengat/ketit serangga yang lain, aku jarang sangat bengkak. Mungkin sengatan lipan yang aku kena masa aku umur 5 tahun tu dah buat aku immune dengan bisa serangga yang lain.
Itu Cuma hypothesis aku.
Kisah lipan dan katak
Suatu hari, abang aku pernah cerita tikamana dia bersama dengan kawan-kawannya di negeri Kelantan. sedang asyik bersembang, muncul kelibat seekor lipan.
Maka abang aku pun menyuruh kawannya mengatok lipan tersebut.
“katok..!!! katok..!!! katok..!!!” (ejaan mengikut kamus dewan : KATUK)*
Belum sempat lipan tu dikatok, kawan abang aku menyanggah “gilo mu.. tu bukey katok..!! tu lipey..!!!”
Kisah lipan dan gajah
Menurut mak aku jugak, pesan orang tua-tua, kalau Nampak lipan, jangan disebut lipan. Tapi sebut gajah. Contohnya, kalau ternampak lipan lalu depan mata, dengan spontan terus menjerit :
“gajah..!!! gajah..!!! gajah..!!!”
Sebabnya, supaya nanti lipan tu konfius. Nanti dia akan fikir kita panggil dia gajah. Nanti dia ingat yang dia tu gajah, dan bukannya lipan. So, bila dia fikir yang dia tu gajah, dia pun akan rasa badannya berat macam gajah.
Natijahnya, nanti dia akan jalan slow, sebab dia rasa badan dia tetiba berat. Bila dia jalan slow, senang la nanti kalau kita nak katok lipan tu.
Fuh, rendah giler self esteem lipan ni yer...
*kosa kata :
1. ketit : Kd menggigit: semut ~ budak itu.
2. katuk (disebut katok dalam loghat utara) : mengatuk Kd, Pn mengetuk (dgn pemukul).
[sumber : kamus Dewan Edisi ke-4]
29 Comments
hohoho...Fuh, rendah giler self esteem lipan ni yer...hehe...
ReplyDeletewah lipan best
ReplyDeletelian best..abe MKL buat kawan ke lipan tu ee...takut
Deletestim gila kat lipan...hi3.
ReplyDeletecam feliknya bunyi nye hahhaah
DeleteHEH..HEH..TAPI LIPAN PUN MAKHLUK YG BOLEH BERFIKIR JUGA...KENA KETIT LIPAN MMG MERAUNG OII...
ReplyDeletehaha..mcm2..:)
ReplyDeleteIni memang sangat kelakar
ReplyDeletehahaha ... lawak yg "katok" tu
ReplyDeletehahaha, fobia o nampak lipan ni. memang ke katuk. hahah
ReplyDeleteadarain.com
adoi la..gelak-gelak baca entri ni..katok,katok...
ReplyDeletelipan pun boleh konfius diri sendiri ye?ehehehe.
hehe byk sunguh cite pasal lipan ni hehe
ReplyDeleteLipan klu dah masuk rumah mmg lambat laa nak keluar.. banyak kaki nak pakai kasut hehee.. :D
ReplyDeletemmg bisa kalau kena gigit lipan.
ReplyDeletePha Is,
ReplyDelete2 tahun lepas - masa di kampung wife di Slim River, pukul 3 pagi, wife aku yang tidur beralas tilam atas lantai kena gigit lipan. Masa tu aku tak balik kg, sebab ada kerja di KL. Nasib baik ayah mertua aku panjang akal, dia terus bawa wife aku pergi ICU Hospital Slim River. Kena cucuk satu kali, terus wife aku diam. Alhamdulillah.
Ee.. I takut lipan.. mujur x pernah kena gigit
ReplyDeletetakut dan geli geleman tengok lipan...nasib baik tak kena ketit lagi setakat ni
ReplyDeleteerrkk...geli tengok lipan..! hati2 k..
ReplyDeleteAnyway, tahniah pha is dah berdomain sendiri..happy blogging.. :)
kisah lipan dan gajah tu kelakar..haha pasni nk try kt mana² lipan yg melintas dpn sy..;p
ReplyDeletehihihihiih... no 2 tu klakar... :p
ReplyDeletemujur tak jadi 'lipanMan'
ReplyDeleteLawak la lu bro...keh3...
ReplyDeleteErr.. mmg betul ke mcm gitu? he.. he.. he..
ReplyDeletelipan memang keluar selalu keluar bila musim hujan . sbb tu jugalah lipan ini tumpang teduh kat bilik saya . maka pucat lesilah sbb trauma kena gigit lipan kat kaki masa kecik dulu tak hilang lagi ... huhuhuuu
ReplyDeleteLawak pula baca cerita pendek tu Pha is.. lagilah yg lipan disebut gajah tu.. lebihkurang sama dengan tikus dipanggil mak siti atau siti.. konon2 kalaupanggil tikus, tikus tu akan balas dendam.. hahaa
ReplyDeletehahaha. Kelakar betullah kisah lipan dan katak. Saya setuju kisah ke-2 menggambarkan rendahnya self-esteem seekor lipan
ReplyDeletegeli tgk lipan.. dh lama xdok rumah kg xjumpa la. tp alhamdulillah tak penah kena ketit
ReplyDeleteMcm biasa dgr je kisah katak&lipan tu....
ReplyDeleteAssalam pha is,
ReplyDeletehat no dua tu lawak2 :P
tapi hat nombor tiga tu betoi ka petua dia????