Senarai Filem Biografi
Contoh-contoh filem genre biografi yang lain yang pernah aku tengok antaranya:
Dragon: The Bruce Lee Story (1993) – Bruce Lee
The Imitation Game (2014) – Alan Turing
October Sky (1999) – Homer Hickam
Ip Man (2008), Ip Man 2 (2010), The legend Is Born – Ip Man (2010), Ip Man: The Final Fight (2013), The Grandmaster (2013) – Ip Man
Fearless (2006) – Huo Yuan Jia
Alexander (2004) – Alexander the Great
Fighter in the Wind (2004) – Masutatsu Oyama
Catch Me If You Can (2002) – Frank Abagnale
A beautiful Mind (2001) – John Nash
The Wolf Of Wall Street (2013) – Jordan Belfort
The Blind Side (2009) – Michael Oher
Dan banyak lagi filem-filem genre biografi ni yang agak popular yang aku tak pernah tengok lagi. Contohnya macam filem The Social network (2010), tentang pencipta Facebook, Mark Zuckerberg. Yang ni aku sempat tengok sekerat pastu delet, sebab aku tengok macam tak best je.
Walaupun kadang-kadang filen genre ni agak boring, tapi tak semua macam tu. Terutamanya kalau filem tu filem aksi. Tengok je filem-filem pasal Ip Man, pengasas kung fu Win Chun merangkap guru kepada Bruce Lee. Pasal dia sorang je dah ada sampai ada 5 filem! Hebat tak hebat beliau tu.
Antara senarai filem-filem atas tu, yang paling aku rekemen antaranya October Sky dan Catch Me If You Can. Dua filem ni aku tengok banyak kali pun tak boring, walaupun ianya bukan filem aksi dan hanya drama. Untuk filem aksi biografi, aku rasa Fearless kot paling best.
Tapi kalau cerita bersiri plak, aku suka cerita bersiri Jepun, One Litre of Tears (2005). Cerita berkenaan seorang pesakit spinocerebellar degeneration yang bernama Ikeuchi Aya, semenjak dia berumur 15 tahun. Sedih kot cerita ni. Memang tangkap tangis la kalau tengok.
Bagi aku cerita-cerita genre macam ni bukan drama atau aksi yang menjadi kayu ukur. Tetapi macam mana filem tu berjaya memberi inspirasi (inspire) kepada penontonnya.
Tapi tu cuma ikut citarasa aku je. Lain orang lain pendapat. Korang plak minat tak filem-filem macam ni? Ada penambahan atau cadangan filem biografi lain yang best?
26 Comments
assalamualaikukum...
ReplyDeletePha Is - citer One Litre of Tears (2005) ni akak dah tgk. tapi tak abes. sbb sedih sgt.
phaIs ada full version ke citer ni?
dulu pernah ada.. tapi dah terdelet...
DeleteMENARIK FILEM BIOGRAPHY NI...KISAH BENAR YG XDIREKA.
ReplyDeletewalaupun tak direka, tapi selalunya mesti akan ada sedikit tokok tambah.. hehehe..
DeleteFilem biografi paling saya suka.. kira hampir kpd cerita2 sejarah juga tu.. mmg best..
ReplyDeleteSuka filem The Iron Lady lakonan Meryl Streep.
ReplyDeletepernah nampak filem tu tapi masa tu tak tergerak hati nk download... nk kena cari nnti ni..
Deleteboleh tengok
ReplyDeletekalau movie biografi yg jenis aksi tu aku tgk la.
ReplyDeletedulu cukup rajin tengok cite camni
ReplyDeletetapi sekarang dah tak berkesempatan =)
anyway, membalas kunjungan n done follow sini
Diari Seorang Mama
thanks..
DeleteAssalammualaikum.. Macam best je cerita-cerita macam ni.. belum pernah menontonnya..
ReplyDeleteSuka cerita2 begini.. cuma masa je yang tak berapa nak free.. huhuu
ReplyDeleteSaya pernah tengok filem biografi:
ReplyDelete1. Anna and the King - Anna Leonowens
2. Al Nasser Salah Ad-Din - Saladin
3. Jodhaa Akbar - Akbar the Great
4. Catch Me If You Can – Frank Abagnale
5. IP Man & IP Man 2
6. Tun Fatimah - Anak perempuan kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah (sultan Melaka yang terakhir) dan menjadi Permaisuri Negeri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri Tun Fatimah.
7. Sultan Mahmod Mangkat Dijulang - Sultan Mahmod II merupakan sultan Johor ke-10 (tahun pemerintahan dari 1685 - Ogos 1699).
8. Laksanama Bentan - Beliau bertanggungjawab membunuh Sultan Mahmod Mangkat Dijulang.
9. Siti Zubaidah - Kisah benar Puteri Kerajaan Melayu Champa yang berusaha menyelamatkan suaminya iaitu Sultan Zainal Abidin yang telah ditawan oleh puteri dari negara China.
10. Dang Anom - Kisah benar berlaku di Singapura yang tercatat dalam buku Sulatus Salatin karya Tun Sri Lanang. Dang Anom anak kepada Sang Rajuna Tapa yang ditunangkan kepada Panglima Malang. Bagaimanapun, Sultan telah jatuh hati kepadanya dan menjadikannya sebagai gundik. Panglima Malang telah mencuri masuk ke istana untuk berjumpa dengan Dang Anom tetapi telah ditangkap. Akibatnya kedua mereka dihukum bunuh. Sang Rajuna Tapa kemudiannya membuka pagar kota dan membiar tentera Majapahit masuk sebagai ikthiar menyelamatkan anaknya.
11. Leftenan Adnan - Perjuangan Leftenan Adnan Saidi dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun.
wow.. banyaknya...
DeleteBanyak lagi Pha Is. Saya sebelaih je :)
Deleteada yang rietta tgk...ada yang x....tgk keadaan...
ReplyDeleteThe social network tu best la cerita dia bro... cuba tgk sampai abis klu keluar kat astro lagi... hehe
ReplyDeletekalau cerita tu best pada saya, tak kisah genre apa pun saya tengok juga....dalam senarai pha is ni ada juga yang saya dah tengok..
ReplyDelete1)Gandhi
ReplyDelete2)Invictus (Nelson Mandela)
3)Lion of the Desert (Omar Mokhtar)
saya layan semua genre.yang penting ia berkualiti, termasuk filem biografi
ReplyDeleteselalu jugak tgk...rasanya jarang nak pilih sebab selalunya ada sebab kenapa sesebuah filem tu keluar kan...latest pasal Michael Jackson pun best...
ReplyDeleteyg tu saya x tengok lagi..
DeleteIbuNoey layan je citer tu selagi jalan cerita menarik dan tak membosankan.IP Man tu memang layan la sebab ada aksi kan.
ReplyDeletedalam byk2 dalam lat tu 1 pun belum pernah tgk
ReplyDeletetengok la nnti kalau berkesempatan.. :)
Delete