Kedekut Papan Tanda

Aku seorang yang suka jalan2 dengan moto tanpa arah tuju sekadar suka-suka. Selalunya aku bila mula perjalanan aku, aku tak tengok sebarang peta, Waze atau mana-mana aplikasi GPS yang lain. Aku sekadar jalan2 berpandukan arah dari papan tanda penunjuk arah jalan. Dari situ, baru la adventure.

Bila dah balik rumah, baru aku buka google earth, lepas tu tengok balik kat mana dah yang aku dah sampai, jalan mana yang aku dah lalu.

Sejak tu, aku terperasan sesuatu tentang papan tanda kat tepi jalan raya ni. kalau nak dibandingkan antara negeri Pulau Pinang, kedah, dan Perak (sebab 3 negeri ni je yang aku selalu jalan2 dengan moto aku tu), aku rasa negeri Perak ni paling kedekut papan tanda.

contoh papan tanda
gambar sekadar hiasan
sumber[1]

Perak Kedekut Papan Tanda


Kalau aku jalan-jalan kat perak, mesti aku akan terperasan yang perak tak banyak papan tanda penunjuk arah kat setiap simpang. Bila jumpa 1 simpang, selalu buat aku tertanya : Kalau masuk simpang ni, keluar ke mana? Simpang ni pulak menghala ke mana?

Aku tak kata penang dan kedah semak dengan papan tanda arah jalan. Tapi sekurang-kurangnya, aku ada idea kemana simpang ni akan bawak aku pergi, setiap kali aku tiba kat mana-mana simpang.

Mungkin pandangan aku ni akan kurang reliable sebab perak dan kedah besar negerinya. Aku Cuma dapat jelajah kat area yang berdekatang dengan penang je. Sedangkan penang area seberang perai selatan pun banyak lagi aku tak redah.

Nak redah jauh-jauh, kena tunggu angkat superbike la. Ada yang tu baru sedap kalau nak travel jauh-jauh. Nak tunggu angkat superbike, nak kena kerja dulu. Pastu takut nanti dah kerja, tak ada masa plak. Hmmm...

sumber gambar:
[1] Fadhil Kasim. (2014 Apr.) Jenis Papan Tanda: Papan Tanda Arah. Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya. http://blogfadhilkasim.blogspot.com/2014/04/jenis-papan-tanda-papan-tanda-arah.html

Post a Comment

38 Comments

  1. setuju tu..susah nak jumpa papan tanda kat Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... 4 tahun setengah belajar kat tronoh perak. bukan setakat kedekut signboard, kedekut lampu jalan sekali. ada certain tempat tak ada lampu jalan, so kita drive ni guna lampu kereta aje, bahaya kalau keluar malam :)

      Delete
  2. haha yeke susah nk jmp papan tanda kt perak...hihi sbb takpernah drive sendiri lg kt perak..heee:p

    ReplyDelete
  3. kena banyak tanya orang kalu jalan2 di perak

    ReplyDelete
  4. Hehe..Sebab banyak pekan-pekan di Perak pekan lama yang terlibat dengan sejarah-sejarah

    ReplyDelete
  5. pihak berwajib perlu alert perkara ni..bukan semua org perak je di PErak..ramai org luar jelajah masuk ke PErak utk cari temapt2 menarik di sana...kalau begini mmg sukar lag bg yg x guna khsmat Wave..sis JM yg guma khdmat Wave ni pun boleh SESAT huhuh

    ReplyDelete
  6. Nasib kedah ngan penang bnyak papan tanda.. Saya sejak keja ni baru reti nak ke sana sini. Perak penah sampai Taiping je. so far ok lagi.. saya pn jenis yg tak guna wave sebab fon x support (koman kan fon ai,,huhu)..papan tanda mmg mmbntu, klu kurang mmg susah la..
    p/s: Tuan tanah, singgah mmblas knjungan..
    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Dalam waktu sekarang yg dah bnyk kereta dan moto ni sepatutnya masalah papan tanda tak perlu timbulkan.. kesian org jauh2 yg tak tahu.. boleh sesat barat jadinya... :D

    ReplyDelete
  8. Pha Is,
    Nak redah jauh-jauh, kena tunggu angkat superbike? gua naik motor Wave 100cc pun dah sampai KL-Kubang Kerian... :)
    Tu kira biasa bro... kawan2 yg tour basikal (bukan basikal racing pun) ada yg dah pusing satu Malaysia, sambung tour Sumatera, ada yg KL-Bangkok... tambah2 yg cuti panjang / cuti semester... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lejen.. hard core... hahaha.. saya tak sampai tahap tu lagi..

      Delete
  9. papan tanda tu penting sbg petunjuk jln bg yg jrg ke sesuatu tmpat r xpernah smpai lg...

    ReplyDelete
  10. X pernah jalan² Kat sana..so, x tau..tp hubby I kata,melaka lg best..melampau byk sign board sampai sesat kita..hahaha..(dulu la,sekarang x tau)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. baru prasan.. sbb baru2 ni ada jugak sata ke melaka.. keluar je lebuh raya plus, signboard bercambah sampai tak larat nk baca.. hehehe

      Delete
  11. Betul tu Pha Is, dulu masa first time zumal lalu jalan baru Parit Buntar tu buat sesat lebih 1 jam... Sebelum jalan tu siap memang kita familiar la laluan tu, tapi bila dah siap dorang tak pasang pun papan tanda ke arah Bagan Serai. Geram dibuatnya ^-^

    ReplyDelete
  12. papan tanda kuala berang.. hihihihihi ... :D

    ReplyDelete
  13. Sebagai orang Perak, aku setuju dengan statement hang. Perak kedekut signboard. Tapi ada satu je tempat yang penuh dengan signboard dalam negeri Perak. Simpang keluar dari plaza tol Gopeng. Kat situ bersepah.

    Hahaha

    ReplyDelete
  14. Hihi, pernah jugak tinggal di Perak, masa tu kecil2 lagi. haha. so tak perasan pulak pasal sihnboard tu.. hoho XD

    ReplyDelete
  15. btul tu...signboard mmg penting...hehehe....

    ReplyDelete
  16. Ada waze pun akak jarang guna.. lebih selesa cari jalan guna signboard yang ada.. ;)
    Kalau sesat anggap jelah sedang bercuti.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  17. waze ni kadang2 confuse so papan tanda lah yg memudahkan. hehe

    p/s kalau ada superbike tu smpai ke mana lah agaknya ye? Thailand? hehehe

    ReplyDelete
  18. Kalau pergi Perak, kena ada GPS. Tak ada GPS, kena ingat apa-apa tanda untuk sampai simpang, batu jalan, pintu gerbang, sekolah dsb :)

    ReplyDelete
  19. Lepas ni balik Perak kena tengok la papan tanda, sebelum ni tak perasan sangat:)

    ReplyDelete
  20. Haha. Aku duk perak jugak tapi aku tak pernah perati signboard tepi jalan. Kena buat aduan kt pihak berkuasa ni.
    Haritu aku cr skynet kt teluk intan. Dalam google map kata lain rupanya kt tmpt lain. Signboard memang takde la kan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan, kadang2 google map mmg tak reliable sangat.. boleh digunakan buat pedoman, tapi tak bleh pecaya sangat.. hehehe

      Delete
  21. agaknya orang perak suka adventure kot...saya tak sempat perasan sebab lepas selangor, masuk perak sikit je dah sampai umah mentua...^_^

    ReplyDelete
  22. ye ke..susah gak macam tu.IbuNoey ni pun selalu berpandukan papan tanda.

    ReplyDelete
  23. Huhuhu ssh la camtu kan..klau org luar g sana nk cr tempat jd ssh laaa..apa slhnya buat papan tanda ..snang skit org nk rujuk..buag mcm kl tu haaa..

    ReplyDelete
  24. rasanya xsemua negeri perak kedekut papan tanda sbb selama 3 thn dok sana xpenah lg sesat. hehee

    ReplyDelete
  25. selalu gak gi perak . klu lalu jln biasa , sampai je . tapi klu lalu highway , confirm sesat ... adeh .

    ReplyDelete
  26. Hhehe..bagus Pha Is ni sebab alert dengan perkara ni..siap boleh buat research lagi..gud2..^_^

    ReplyDelete
  27. Rajinnya main redah je lah tu :D
    Nasib baik x sesat.
    Lorrr perak kureng signboard ke? Kampung mak saya tu..tapi kami dah lama x balik sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan fakta dari statistik mana2.. cuma pandangan saya je.. hehehe

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)