Kelebihan Motosikal Berbanding Kereta

Sekarang, rumah aku dah ada kereta sebijik. dulu hanya ada motosikal je. So sekarang boleh dah bawa mak jalan-jalan dengan selesa. Bukan kereta aku, tapi kereta adik perempuan kedua aku sebab dia kerja dulu berbanding abang dan kakak dia. Abang dia masih menunggu surat penempatan dari KKM dan kakak dia plak masih belajar di UM.

Tapi so far aku je yang drive kereta tu. Dia tak konfiden lagi bawak kereta.

aku dan tuan empunya kereta. abaikan seat berplastik tu. ni dalam perjalanan baru bawak balik dari kedai. hehehe...

Kelebihan Motosikal Berbanding Kereta


Dulu kawan aku pernah cerita lepas dia beli kereta, dia dah tak pandang motosikal ni. katanya best lagi bawak kereta. Tapi setelah lebih 800++ km aku bawak kereta adik aku tu, aku rasa hati aku masih lagi melekat dengan motosikal.

Sebabnya :

1. feeling bila bawak laju.

Kalau naik moto, bawak lebih 100km/j dah rasa feeling lain. Saat menyelit-nyelit di lebuh raya, dengan adrenalin rush, dengan tiupan angin yang merempuh kasar dari arah hadapan, memang terasa bezanya. Kalau naik kereta bila tengok meter, “eh, dan lebih 100km/j? Tak rasa apa-apa pun..”

2. susah nak potong.

Aku rasa, orang yang bawak kereta sangat-sangat penyabar orangnya. Terutamanya bila kena ikut kenderaan depan yang bawa slow yang amat, dengan keadaan jalan yang agak sibuk yang susah kita nak potong.

Bila jadi macam ni, selalu aku fikir “kalau aku bawak moto ni, dah lama aku potong kot kiri”.

3. jalan jam

Saat kereta stuck dalam jam, yang ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai seorang yang sudah biasa bawak moto, aku tak sanggup lagi bertahan duduk dalam kereta yang tak bergerak-gerak atas jalan untuk jangka masa waktu yang lama.

4. layan corner  

Macam yang aku pernah cerita dalam entri ini : Selekoh | kereta vs motosikal, masuk selekoh antara kereta dan motosikal banyak bezanya.  Pernah aku bawak kereta masuk selekoh dengan kelajuan yang biasa aku bawak dengan motosikal, aku rasa macam sikit lagi kereta tu nak tergolek ketepi. Kalau bawak moto, rilek je layan corner seret lutut.

5. pandangan terbatas.

Aku suka jalan-jalan tanpa arah tuju melalui jalan yang tak pernah aku lalu dengan moto hanya sekadar suka-suka. Dari situ, aku suka tengok permandangan tempat orang. Sambil bawak slow2, boleh tengok sekeliling 360 darjah tanpa halangan. Contohnya yang aku cerita dalam entri ni : “Hikmah Perjalanan

Tapi bila bawak kereta, pandangan agak terbatas. hanya boleh tumpu arah depan je. tu pun bila toleh 45 darjah je, dah ada halangan yang mengganggu pemandangan.

6. parking

Part ni antara yang aku paling malas kalau bawak kereta. Nak cari parking terutamanya kat kawasan yang tempat parking tak banyak. Pernah suatu ketika aku lebih rela naik moto meredah hujan (rintik) dari naik kereta dengan selesa sebab kat tempat yang aku nak pergi tu, susah nak cari parking untuk kereta.

so, korang plak macam mana? ada tak yang rasa macam ni?


Post a Comment

34 Comments

  1. Bawa kereta memang susah la nak cari parking berbanding dengan motor.

    ReplyDelete
  2. Bawa motor jimat minyak. Kalau kereta seminggu RM30 pergi balik ofis. Motor baru RM 5

    ReplyDelete
  3. Terbaek entry ni! Hehehhe. Sama dengan aku yang lebih suka memilih motosikal sebagai kenderaan utama aku. :)

    ReplyDelete
  4. Duduk seberang, dpt kerja dkt sek nun di Balik Pulau, Muz dgn sorg kawan ja yg berulang. Dia naik keta spend sebulan dlm 500 utk minyak dgn tol, Muz naik moto sepnd 100 ja sebulan... Jimat.. Cuma hujan dgn angin lintang dkt jambatan ja leceh sikit...Huhu

    ReplyDelete
  5. time musim hujan ni kena bawak kereta la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. timemusim hujan bawak la baju hujan.. ehehhee

      Delete
  6. niesa pun kalau diberi pilihan lg suka bawak moto sbb bab parking niesa mmg failed..lg2 kalau pg bank...lg pn jimat...hehe

    ReplyDelete
  7. Paling pening bawak moto bile hujan lebattttttt

    ReplyDelete
  8. bawak moto yg susahnya time hujanlah kan..

    ReplyDelete
  9. haha pilih moto gak boleh gi keje lewat2.. senang nak set masa.. cuba kalau kereta? jem yang sukar dijangkaaa..

    ReplyDelete
  10. good job pha is... alhamdulillah...
    sudah maju setapak...
    alhamdulillah.

    moto ada lebihnya.

    kereta pun ada lebihnya.

    both are very useful.
    appreciate have both... alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. Dari tahun 1986 masa Form 3 sampai sekarang 2014, dah 28 tahun bawa motorsikal di KL, dah sampai JB, dah merasa naik jambatan Pulau Pinang (tahun 2000 - first and only time kena bayar tol :) ) ... memang lebih seronok naik motorsikal.

    Saya bagi 5 BINTANG! :)

    ReplyDelete
  12. Tak pandai bawa moto.. start keje kumpul duit belajar keta, pastu bawa keta.. rasa selamat kot bawa keta dari motor ni.. zas sana.. zas sini.. seram gak kekadang nampak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau nk lebih selamat, mestinya kereta..

      Delete
  13. bila time bujang, mmg best lg la bwk motor. tp bila dah kahwin, convenient lagi bawak kereta. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best aper kalau dating laki bini dgn moto.. tapi kalau moto besar la.. hehehe

      Delete
  14. kereta pun bnyk kelbhannya utk jln2 jauh bersama fmli kan pha is..

    ReplyDelete
  15. Klu berjiwa motor mmg akan ttp rindu layanan motor berbanding kereta.. :) :)

    ReplyDelete
  16. Sangat setujuuu !! oleh kerana AB takdak lagi lesen kereta, apatah lagi kereta sendiri, bawak kereta pon tak reti..so, AB akan pilih motor..hahahha..dari darjah 6 setia dengan EX5, sampai la belajar kat UPM..

    ReplyDelete
  17. Malangnya bunda dua2 tak pandai bawa, acaner tu?..huhu..

    ReplyDelete
  18. Dari bujang sampai dah kahwin dan dah ada anak.. memang tak merasa nak pandu sendiri motor.. amik lesen jauh sekali.. dari ayah, FIL sampai ke en. suami memang tak bagi bawak motor.. hehehe.. bawak kereta pun dah laju semacam.. kalau bawak motor camane ntah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. mesti lagi laju kalau bawak moto.. hehe

      Delete
  19. pastinya bukan motor pilihan kita walau banyak kelebihan...he..he

    ReplyDelete
  20. Ada jugak pikir macam tu.
    Tapi, bawak moto ni lebih tinggi risiko jika terlibat accident.
    Suami saya masih MC panjang lepas accident waktu riding superbike dia (Seremban -KL).

    ReplyDelete
  21. Waaahh...bestnya kalau adik masih x confident tu bolehlah lelama drive kete dia.

    ReplyDelete
  22. Saya tak reti bawa motor, pandai drive kereta je

    ReplyDelete
  23. Sy penakut nak naik motor. Tu baru bonceng dah takut, apatah lagi bawa.. Mmg kereta aje la pilihan. Tp kalau ikut mcm point yg pha is bg tu.. Mmg nak best motor lg.. :)

    ReplyDelete
  24. Kalau nak cepat, bawa moto lagi best.tapi sayangnya IbuNoey tak reti bawa moto.sorong moto boleh la..ahahaha..

    Eh,eh,ari tu ada nampak sorang mamat naik moto sambil pandang sana sini,360 darjah.pha is ke tu?ahahaha..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)