Sekarang, aku baru nak ambil lesen kereta. Dan sepanjang aku bawak kereta untuk test ‘jalan raya’, ada 1 perbezaan ketara yang sangat aku rasa antara bawa kereta dan motosikal masa nak masuk selekoh.
Masa bawak kereta, bila masuk selekoh kalau lebih dari 20km/j sikit pun, dah rasa tak sedap, sebab dah mula terasa g-force walaupun speed tak laju. So, bila selekoh je, kena brek sikit, lepastu ‘kona’ (corner) slow-slow. Fuh, boring betul.
Tapi kalau aku naik moto masa kat selekoh, aku lagi pulas minyak. Baru ‘layan corner’beb. kalau naik moto masuk selekoh, 60-80km/j baru best. Badan rapat ke jalan, baru ada feel. Dan tak rasa pun rasa tarikan G-force.
kenapa?
sebab resultant force (betul ke entah istilah ni aku tak sure, sebab dah 5 tahun tinggal fizik matrikulasi) antara g-force dengan gravitional force tu secara otomatik akan menghala ke bawah seat moto sekiranya moto tu dalam keadaan mengereng masa layan corner. sebab tu tak rasa langsung ada daya tolak ke luar bila masuk selekoh.
macam yang aku cakap sebelum ni, aku suka aply konsep fizik dalam kehidupan aku, terutamanya masa nak naik motosikal. apa yang aku buat, aku boleh aku relate-kan balik dengan konsep fizik. contohnya kat entri bawah ni :
ilmu farmasi kebanyakannya bila ada kaitan dengan ubat je, baru nak boleh relate-kan dengan apa yang aku belajar. hmm.. nampak sangat aku ni silap ambik kos kan.. 5 tahun belajar farmasi pun, fizik jugak yang aku ingat. hmm..
aku rindu fizik..
18 Comments
patut la orang yg nek moto suka layan kona klu kat selekoh.. anne plak yang seram, takut diorang jatuh.. kehkehkeh..
ReplyDeletemenabung utk pha is :D
thanks..
Deleteassalam..hati2lah naik moto r kereta..hindari kemalangan...
ReplyDeleteinsyaAllah...
Deletefuh lagi havoc amik selekoh dengan motor, pusing sampai cecah lutut. haha tu la rindu nak buat experiment fizik zaman sekolah
ReplyDeletePha Is,
ReplyDeleteAku pun dulu gitu juga
tapi sekarang dah pandai sikit bawa kereta, rasa lagi stabil speeding masa korner berbanding bawa motor
Oooo..macam tu ya...Hmmm
ReplyDeletebawak keta, tang kona tu nak kena jaga..kalau naik motor,sedap la merempit..:)
ReplyDeletepatutlah mat rempit tu bahagia jer bila time koner ...
ReplyDeletetak pernah kona macam pelumbah..haha sebab takut jatuh.
ReplyDeletepelumba motor kena konar baring baru leh sagat lutut...hahaha..aku dulu time sekolah bab fizik laa yang lemah sekali..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
owhh baru fham. hoho
ReplyDeleteer..saya hampir2 tak lulus fizik. Kepala otak bio juga.nasib course bio
ReplyDeleteHehehe camtu ke ???
ReplyDeleteTakutnyerrr kalau tgk anak2 muda bawak moto main korner2 camtu huissssssssssss tak takut ke diaorng tu .......
ReplyDeletemenggunakan konsep fizik juga, ko boleh counter g-force gak semasa memandu kereta. dengan mengiringkan badan melawan arah g-force. aku selalu buat time amek corner susur keluar/masuk highway. memang makin tekan minyak la (kalo xde kereta laen).
ReplyDeletehahahaha...
DeleteMasa baru2 belajar bawa kereta, biasalah lebih sikit saja dari 20km/j dah rasa lain. Sebut fasal selekoh bergantung pada jenis selekoh. Selekoh tak berapa tajam, saya memandu kereta 80km/j hingga 100km/j. Selekoh yang betul2 tajam biasanya bentuk separuh roundabout, saya memandu kereta dalam 60km/j.
ReplyDelete